Isnin, 14 November 2011

alahai wiper..

Adusss.... payah benar bila 'big boss' takde kat rumah ni. Maklum je la... 'mem besar' pandai bawak, pandai isi minyak ngan pandai isi angin tayar je. Yang lain-lain tu jarang benor nak ambik tau. Ala, majoriti kaum hawa ni macam aku jugak la. Yang tau selok belok keta tu aku rasa, amatlah kecik bilangannya. Itu pun jenis pompuan yang betul2 minat pasal keta....takpun dia punya karier ada kena mengena ngan keta.
Ni anak bujang aku punya keja la ni. Hari tu aku sergah dia pasal asyik dok main wiper kancil aku tu. Bila time nak guna je, terus wiper tu jem. Tak bergerak sebelah. Tak ke hangin aku jadinya. Lagi buat aku hangin tu, yang tak bergerak tu yang depan driver. Payah gak ada anak yang terlebih bijaksana bercita-cita nak jadi macam McGyver ngan Inspektor Gadget ni. Suka ubah suai barang sampai punah.... huhuhu 

buat keroje dalam gelap...hehehe
Esoknya aku bawak jugak pi keja sebab nak mintak tolong kat rakan sekerja yang tau pasal keta ni. Kawan aku tu kata, dia punya skru dah longgar... maklum le keta sama ngan tuan dia. Dah masuk senja. Kawan aku try ketatkan balik pakai tangan sebab takde alat pengetat skru tu. Alhamdulilah, berfungsi balik. Aku tetap berterima kasih pada kawan aku tu walaupun dia dah buat cover skru wiper kancil aku tu patah. Ala, bukan dia sengaja pun.... benda tu dah reput.
Ku sangkakan panas hingga ke malam, rupanya hujan di senjahari. Masa aku nak gi ambik anak bujang aku dari sekolah tadi, hujan turun dah tapi ala2 gerimis mengundang je. On wiper, still ok. Mana tau, dalam perjalanan nak balik umah, dia jem balik. Hujan lak dah makin di undang2 lebatnya. Seksa giler aku drive dalam hujan. Tak kuasa la ku nak tunggu hujan berenti sebab tak nampak tanda2 hujan nak berenti pun. Kang tak pasal2 hanyut aku punya solat maghrib. Alhamdulillah lagi, sampai jugak kitorang kat umah walaupun bawak keta kalah dengan pemandu kancil berlesen L yang tengah belajar. At least aku dah buat pelajar tu bangga sebab dapat potong keta aku.... asyik dia je kena potong, kan....

bedal ajelah guna segala tools yg jumpe...huhuhu
Lepas solat maghrib, aku geledah jugak stor kat rumah. Cari la apa2 yang patut boleh guna untuk ketatkan skru tu semula. Akhirnya misi aku berjaya jua...... bedal saja la labu, asalkan boleh... hahahaha... sebelum korang ketawa, baik aku ketawa dulu... ;D

Sabtu, 29 Oktober 2011

Shopping

Baru balik dari bershopping barang rumah di Giant tapi sayang, takde lak terserempak ngan Nobita atau Doraemon...hehehee. Barang-barang kat situ tidaklah murah sesangat macam iklan kat tv tu tapi aku memang suka beli barang kat situ sebab senang. Parking free, ada tempat nak singgah bekpes yang penting tak sempit nak menolak troley yang besar tu. Satu lagi, barang senang nak cari pasal susun atur dia so far so good la.. Aku kalau memang plan nak gi situ, kompem kuar rumah awal. Lagi 10 mini diorang bukak bisnes, aku dah sampai....bukan ape...saje nak chup parking berbumbung yang baikkkk punyeee... maklum la musim-musim awan nano menangis nih.. ( musim hujan la beb.. ). Nak elak dari basah kuyup...


Sebelum sampai tadi terpikir nak beli rak kayu serbaguna  yang DIY tu. Tempat novel aku kat rumah tu dah penuh, itu yang tetiba berhajat tu. Rak yang display kat situ nampak cantik, simple, harga pun ok kot...30 hinggit jer, kena lak dengan kaler dinding rumah. Belek punye belek, terpikir lagi...iskh...senang ke nak pasang ni. Dulu beli meja study anak pun aku dok terkial-kial nak pasang. Mula la hot bila tersalah pasang, nak pulak terhilang satu skru. Maklum le, aku ni bukan seorang 'penyabar'. Karang tak semena-mena punah saje je benda alah tu... 

Isnin, 24 Oktober 2011

cuti lagik..

Hari ni, Isnin ( hari yg tak disukai ramai pekerja ) public holiday lagi tapi khas untuk mereka2 yang mencari rezeki di negeri Pahang Darulmakmur sahaja. Lusa lak ( tentulah hari Rabu, kan..) kaum India akan sambut Deepavali, bermakna public holiday lagi. Kompem la ramai staff apply cuti rehat hari Selasa, dah alang2 je selang sehari nak gi keje, kan...  tak terkecuali la aku. Sebenarnya aku sayang gak kat cuti aku yang dah tinggal sejemput tu. Malas nak ambik cuti tapi terpaksa jugak bila memikirkan ramai yang mohon cuti hari Selasa tu. Bukan apa, biasanya setiap petang Selasa aku akan ambik off petang sebab nak antar dan ambik anak sulung aku dari kelas tuisyen. Kelas start kul 3ptg sampai 4.30ptg. Kalau aku tak ambik off, nanti kengkawan sekerja jeling menjeling kat aku sebab mengulau 2 kali. Aku pun tak suka nak 'berbulu' kan mata kengkawan sekerja. Dah kalau ramai ngat bercuti, tentulah aku punya 'supervisor' tak benarkan aku off, kan..
Ambik cuti hari Selasa bermakna 5 hari la aku tak jejak tempat keje. Syok memang syok tapi yang tak syok pun ada gak.... pasal cuti saja, dok bertapa kat rumah. Nak jenjalan pun tak berapa nak syok pasal 'big boss' takde kat rumah. Tak kuasa la nak bawak anak-anak aku yang tersangat lasak ni gi shopping tingkap, nak pulak si kecik tu.. kang dia ternampak benda yang dia berkenan kang, haru... selagi tak dapat, selagi tu tak berganjak. Tak pun nanti satu mall dengar suara lemak merdu aku ni. Nak bawak ke tempat riadah pun, pikir dua tiga kali bila mendengar guruh di langit dan melihat awan2 nano yang mendung....

Ahad, 23 Oktober 2011

12th anniversary


Pejam celik pejam celik, dah 12 tahun aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Wan Mohd Sabri bin Mukhtar. Rasa sangat gembira dapat sampai ke hari ini dan aku berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar rasa sayang, kasih dan cinta ini, akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aku juga berdoa semoga Allah akan satukan kami semula di syurga...amin.


Selama 12 tahun ni, kami amat bersyukur dikurniakan 3 orang cahayamata yang menjadi penyeri hidup kami. Seorang puteri dan dua orang putera. Dan kini Allah memberi kami rezeki lagi dan insya Allah, cahayamata kami yang ke 4 akan melihat dunia pada pertengahan Februari tahun depan (2012).
*****************************************************************************
Kepada suamiku, aku tahu aku bukanlah isteri yang terbaik dalam dunia ni tapi aku akan cuba untuk jadi yang terbaik buat kamu. Aku amat bersyukur ditemukan dengan kamu yang menerima baik burukku seadanya. Kesabaran, ketabahan dan keprihatinan kamu menguatkan lagi rasa sayang aku pada kamu. Terima kasih kerana menjadi seorang suami & ayah yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Terima kasih juga kerana sentiasa berdoa untuk aku dan anak-anak. Terima kasih kerana sentiasa memimpin aku dan anak-anak ke jalan yang diredhai-Nya........

Isnin, 17 Oktober 2011

Mak


Hari ni, 17hb. Oktober, 2011, genap 2 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami buat selamanya. Terkadang bila rasa rindu bertandang, bergenang juga airmata. Seringkali timbul rasa kesal, rasa terkilan, rasa sedih sebab tak berada disisi arwah mak di saat dia 'pergi'. Kekadang tertanya pada diri sendiri, apakah arwah telah mengampunkan segala salah silap aku padanya dari kecil hingga aku bergelar isteri orang... hanya dia & Dia saja yang tahu.
Sebagai anak, aku tidak pernah lupa dan tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan arwah mak 'di sana'. Itu tanggungjawab yang wajib aku pikul selagi Allah meminjamkan nyawa ini kepada aku. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah mak. Semoga Allah melindungi roh, jasad dan pusara arwah mak. Semoga Allah merahmati hidup dan mati mak. Semoga Allah menempatkan arwah mak di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya..... Amin..

Sabtu, 8 Oktober 2011

aduyai anak..

Aduyaiii....tensen betul dengan anak-anak zaman sekarang. Satu kita cakap, lebih dari sepuluh dia kasi reason. Garang salah, lembut pun salah. Nak dipaksa sangat, salah...kalau dibiarkan aje lagi la salah, kan...

Periksa akhir tahun, seminggu je lagi. Bila disuruh baca buku, dia ambik je buku tu baca saja tapi tak masuk ke kepala. Pastu boleh lak create satu cerita dari gambar dalam buku teks tu yang takde kena mengena dengan topik dalam buku tu ha, siap dengan sound effect sekali. Yang tak tahan tu, buku matematik yang di bacanya. Bila kita tegur, buat latihan, jangan dok baca je. Katanya, ibu suruh baca buku, diorang baca la. Salah ke ayat aku tu ek... Payah betul nak mengajar bebudak yang terlebih bijaksana nih. 
Kalau mengadap tv, lebih lebih lagi cite kartun ataupun main games kat komputer tu, tak yah susah-susah kita nak suruh-suruh. Tak makan, tak minum pun takpe. Bahasa jepun sekalipun diorang paham....heran gak aku. Terpikir lak , bila aku bercakap...aku sorang je ke yang dengar bahasa melayu tapi diorang dengar aku cakap pakai bahasa alien....agaknya kot...sebab tu diorang buat dek je.


Hubby ada gak cakap kat aku, suruh kurangkan aktiviti anak-anak tengok tv tapi nak buat lagu mana? Bukan macam tv zaman dulu yang ada peti tv siap ngan kunci. Kekadang rasa serba salah juga, nak dibuang astro tu kang, mata kita lak tak tahan menengok hujan rintik2 kat kaca tv tu ha. Jenuh lak nak ngejas arial bila nak tukar channel. Nak dibuang line internet, payah lak aku nak meng update blog ni ha.... Nak  buang komputer....acer giler, bukan singgit , dua inggit nak dapatkan sebuah...huhuhu

i had GDM...omg

Agak berminggu-minggu jugak aku tak mengemaskini blog ni. Saja nak rehatkan minda seketika. Nak pulak time berbadan dua gini, dah tua dik...banyak ngat masalahnya. Nak bukak laptop pun malas je rasa. Update facebook pun guna android & handphone. Nak update blog guna dua benda alah tu bukan tak boleh tapi tak kuasalah akak, dik...pasal tak best. Kecik ngat tulisan. Tua2 ni akak rabun la sikit.... ( iyola tu..benarnya kurang pandai...hehehehe )
Hari ni cuti mingguan, macam biasalah lepak je kat rumah tapi kali ni tak leh amal rutin makan tido tu. Bukan apa, aku kena maintain berat badan & pengambilan kaborhidrat/gula. Tak tau la nape ngandung kali ni aku kena kencing manis  ( Gestational Diabetes Mellitus - GDM ). Tensen betul sebab kena control makan. Nak makan apapun bersukat gara2 nak maintain gula dalam darah pasal aku tak nak kena cucuk insulin nanti. Leceh beb..

Satu lagi masalah yang mengganggu kerja harian aku....urat timbul ( vericose vein ). Aku kena kat bahagian belakang betis dan yang paling serius sebelah kaki sebelah kiri. Kata doktor, jangan berdiri atau duduk terlalu lama. Memang tak dapat nak elak la kan, sebab kerjaya aku ni kena berdiri 8 jam sehari. Kekadang tu aku rasa nak nangis je sebab menahan sakit yang teramat. Sesekali terasa seperti dicucuk2 dari dalam. Nak ambik cuti pun....cuti tahunan dah makin susut. Nak nyampai bulan 12 kena simpan gak cuti. Mana tau kalau ada hal2 emergency ke, anak demam ke...kan. Nak ambik mc sokmo2 pun, tak sedap jugak. Aku tak mau la rekod bersih aku tercemar dan di cop 'kaki mc' lak nanti....eiii tak suka, tak suka. Aku tak nafikan ada jugak suara2 sumbangsih yang cakap2 belakang yang aku ni saja2 buat sakit sebab nak elak dari tugas yang diberi. Orang yang tak alami, takkan paham macamana sakitnya tapi tahan je la sebab tugas tetap tugas..  Sabor je la menanti 4 bulan saja lagi kan...

Khamis, 8 September 2011

Biskut raya

Banyak betul biskut raya kat atas meja packing a.k.a meja 'murai.com' ( hehehe.. ) kat tempat aku kerja hari ni. It's means, makin banyak juga la gula yang mula berumah dalam badan aku ni. Mana tahan tengok biskut2 yang beraneka kaler, bentuk & rasa tu. Member2 lain buat senaman muka dengan mulut tak renti2 mengunyap, dengan mengeluarkan dialog..." weh, sedap la kuih ni, rugi kalo tak rase"....takkan aku nak tengok saje....kan... Bak kata ayat yang last tu....."rugi kalo tak rase".... iskh, iskh...aku nak untung juga, tak mau rugi2 ni.
Majoriti biskut2 raya aku tahun ni, seme main tunjuk2 je.....pastu kuar duit & bayar. Makin tua ni ( ala, tua dah ker? ), makin malas nak menguli tepung apatah lagi bila sensorang je kat dapur tu. Actually, uli tepung tu tak kisah sangat tapi yang tak gemar nak menunggu biskut2 tu dibakar. 20 minit pun, takkan nak duduk je ngadap oven tu. Tapi kang kalau tak tunggu depan oven tu, silap2 kang banyak hangus dari yang elok. Maklum aje la, beli oven 'cap ayam' jer... huhuhu

Selasa, 6 September 2011

Selasa yg memenatkan

Aku ambik cuti lagi hari ni....tapi tak macam bercuti pun. Pagi2 hari lagi aku kena gi hantar anak2 sekolah seawal 6.30 pagi. Kena keluar awal dari rumah sebab nak cari mana2 gerai tepi jalan yang buka utnuk beli bekalan untuk anak aku sarapan di sekolah.  Aku memang melarang keras anak2 aku beli makanan kat kantin sekolah sebab aku was2 dengan 'kehalalan' makanan tu sebab aku tengok pekerja bangsa indon, owner tender of coz la not muslim. Lepas hantar diorang, aku singgah mengorek saki-baki yang ada dalam akaun aku kat mesin atm kat bandar. Maklum je la lepas2 raya ni... keluar banyak masuk tarak...hehehe
Balik dari bank, aku terus ke Klinik Masyarakat Indera Mahkota. Hari ni aku kena gi minum air gula sebab diorang suspect aku ada penyakit kencing manis lepas diorang tengok rekod aku sebelum ni, anak2 aku lahir besar2...min 3.5kg, max 4.2kg. Lagipun kebetulan pulak diorang tengok family history, parents aku ada penyakit tu. Sampai klinik dalam kul 8.15am. Kena ambil darah dulu, lepas tu baru minum air gula (glucose 75g). Sekali nafas je aku habiskan bancuhan gula tu. Uweekkss....betul2 rasa nak termuntah. Pastu misi tu cakap kat aku, kul 9.30am datang balik untuk ambik darah semula. Dalam jangkamasa tu aku belum dibolehkan makan @ minum. Aku balik ngemas rumah jap. Sampai kul 9.30am tu aku gi semula kat klinik tu. Misi tu pulak bagitau yang dia salah kasi info. Aku sepatutnya datang kul 10.30am. Dia silap kira jam. Aku pusing balik la ke rumah tapi terpandang lak kat stiker merah tepi cermin depan tu. 11.09.2011, road tax keta ni nak mati. So aku pun terus gerak ke Pusat Toyota Semambu. Renew ja la kat situ pasal sebelum ni hubby memang buat kat situ. Balik dari sana, aku terus semula ke klinik tadi. Ambik darah lagi. Lepas tu aku ingat nak sarapan kat Taj. Pekena roti canai. Sampai depan kedai, aku tengok punya la ramai manusia dalam kedai tu. Tak jadi la. Aku pun pusing2 cari mana2 kedai makan yang buka. Masih ramai tokeh2 kedai2 makan yang masih bercuti. Mujur jumpa gak satu. Makan je la nasi berlauk yang ada, takde la sedap mana pun tapi belasah jugak la pasal lapar sangat.
Balik dari sarap kat kedai tu, aku terus ke rumah, merehatkan diri sebentar.... terlelap jugak la dalam sejam. Pastu kena paksa diri bangun pasal nak kena gi ambik anak dara aku yang sorang tu kat sekolah. Lepas sampai rumah, suruh dia makan cepat2, pastu mandi & solat. Then keluar lagi hantar dia tuisyen kat rumah cikgu dia. Kul 4.30pm, keluar lagi untuk ambik dia habis tuisyen. Kul 6.30pm kena keluar sekali lagi untuk jemput anak teruna aku kat sekolah. Sian tayar keta aku hari ni. Penat dia berpusing berkali-kali dalam satu hari. Sian jugak kat enjin keta pasal tak dan dia nak 'sejukkan' diri....huhuhu...
Aduyai....hari selasa hari yang paling busy dalam seminggu.

Isnin, 5 September 2011

Cerita Aidilfitri 2011

Hari ni dah masuk seminggu umat islam merayakan Aidilfitri. Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan salam Aidilfitri kepada pembaca2 yang sudi singgah di laman blog aku yang tak semegah ni. Mohon ampun dan maaf andaikata ada 'terhancur' bahasa yang aku guna di laman ini, almaklum saja lah...  macam lirik dalam satu lagu zaman rock kapak tu..."aku bukanlah sasterawan negara, aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa"... cewahhhh....
Hmm...takde apa pun yang menarik Aidilfitri tahun ni. Terkadang tak rasa macam raya, rasa macam seperti hari-hari biasa. Bezanya cuma aku tak gi keja. Selalunya selepas solat pagi raya, akan kedengaran suara2 si cilik bertalu2 memberi salam sambil mengulang ayat yang sama...."kami datang nak raya".... tapi tahun ni suara2 tu tak kedengaran. Mungkin si cilik dah tak jadi si cilik lagi. Mungkin diorang dah makin membesar dan makin membesar juga rasa segan untuk berkunjung ke rumah2 orang yang tak dikenali....atau mungkin juga si cilik sayang untuk meninggalkan cite2 katun yang dijamukan oleh syarikat2 tv sebagai santapan utama pagi raya.... ( err....anak2 aku pun sama daaa...).
Usahkan kata bebudak, aku sendiri pun tak jalan kemana-mana. Apatah lagi bila sang suami takde bersama. Berat hati nak jalan beraya rumah kengkawan.... Bukan apa, terkadang aku rimas dengan soklan2 yang aku tak boleh nak jawab. Soklan yang sama, cuma mulut yang bertanya je yang lain2. Sengih je la walau hati di dalam bak kata Ct Nurhaliza..."biarlah rahsia".. ye tak...
Rasa 'boring' nya aku di cuti2 raya ni hampir ke tahap gaban... keja aku tak lain tak bukan...makan2 tdo, tdo2 makan.... aiyooo, makin terkumpul lah segala macam kolestrol. Dah hampir jadi spesis Garfield...


.iskh...iskh...iskh...Silap2 masuk keja sok, member dah tak cam. Bukan setakat uniform je tak muat, takut nanti pintu kat farmasi pun tak boleh nak lalu........
Apapun, 'keboringan' aku terubat jua bila ada juga sahabat2 lama yang sudi jugak berkunjung bertemu aku dipenghujung cuti raya aku tahun ni. Aku rasa ralat sangat sebab tak dapat jamu diorang dengan juadah2 yang sepatutnya. Yang benarnya, aku sendiri tak sangka yang mereka2 akan datang beraya sebab tu aku tak ready apa2 pun. Sian diorang, dah la datang waktu tengahari...tuan rumah cuma hidang kuih raya je...huhuhu Harap2 di tahun2 mendatang, diorang tak serik datang beraya lagi..... ;-)

Ahad, 14 Ogos 2011

cite pasal puasa lagi...

Pejam celik, pejam celik, dah 2 minggu umat Islam menjalani ibadah puasa di tahun 2011 ni. Alhamdulillah, selama 2 minggu ni jugak, anak sulung & anak kedua aku, masih larat meneruskan puasa..... walaupun sesekali anak aku yang kedua tu terlupa untuk meninggalkan tabiat hisap ibu jari tangannya ( err...boleh dikira ker??.. ) Budak-budak zaman sekarang, semangatnya lebih kuat berbanding zaman aku kecik-kecik dulu. Mungkin zaman aku dulu, orang tua tak sampai hati tengok bebudak melepek seakan tak makan berbulan-bulan kot. Budak-budak sekarang tak berasa sangat sebab diorang boleh hilangkan keinginan nak makan minum tu dengan aktiviti lain. Aktiviti paling digemari kanak-kanak zaman IT..... tengok cite kartun & main PSP ngan handphone aku... ( ah, tak kisah la asalkan homework diorang beres )
Makin hari, selera makan tu dah jadi macam tak tau nak makan apa. Lagi-lagi pula time sahur. Ikut tekak aku, makan roti je pun takpe dah tapi sian lak kat budak-budak. Takut perut diorang tak leh bertahan sepanjang siang dengan roti. Kalau hari cuti, tak kisah gak kot tapi hari sekolah, tak sampai hati lak aku. Tak pasal-pasal kang anak-anak aku pengsan lak kat sekolah. Nak tak nak, aku paksa gak diorang makan nasi time sahur, biarpun lauk hanya ayam goreng ngan kicap.

Rabu, 3 Ogos 2011

alahai ramadhan..

Hari ni aku balik keje awal lagi seperti semalam pasal waktu rehat tadi aku tak ambik masa rehat tu. Terus buat 'lunch call', dan anjakkan waktu rehat tu ke jam 4 petang, boleh balik terus. Kebetulannya hari ni hari Rabu, ada pasar malam kat area Taman Cenderawasih Kuantan ni. Itu la tempat yang aku paling suka cari sayur-sayur kampung dan lauk-lauk basah. Teringat pasal kawan dok cerita nak masak pucuk paku untuk juadah berbuka semalam..... iskh, teringin pulak nak makan gulai pucuk paku.
Dah dapat pucuk paku, nampak pulak petai jeruk... teringat kat en. suami. Peberet dia tu. Aku pun belajar makan benda alah tu dari dia. Teringat lak kat rumah ada tempoyak ( sendiri buat tau, durian bapak aku ), boleh jadi pencicah. Beli jugak sikit petai jeruk tu. Nampak pulak rebung, cantik, terliur lak nak buat gulai tapi... aku tanya kat akak yang jual tu, orang mengandung boleh makan tak. Dia kata kalau 1 ke 5 bulan takleh. Risiko. So, aku terpaksa batalkan niat nak beli rebung tu. bagus la akak tu, siap pesan kat aku, jangan minum air tebu sebab dia punya bisa sama macam rebung. Lepas tu singgah kat tempat ikan, nak beli ikan kerisi.. anak-anak aku punya peberet. Beli ikan lain, kompem bazir. Tak nak diorang makan. Ikan kerisi tu pun kena goreng je, masak resepi lain....takkan sentuh dek bebudak tu ha. Aku gak jadi tukang sapu.
Lepas siap ber'shopping' kat pasar malam tu. Aku terus gerak ke sekolah untuk ambik anak kedua aku. Dia sekolah sesi petang, bulan puasa ni balik awal sejam dari biasa. Baik la aku terus pi ambik. Kalau nak balik rumah dulu, pastu nak kena keluar balik ambik, bazir minyak keta & bazir masa je.
Sampai rumah, cepat-cepat solat asar. Selesai menunaikan kewajipan muslim yang satu tu, aku pun bergegas ke dapur. Berperang dengan masa nak siapkan juadah berbuka puasa. Maklumlah tengok jam dah pukul 6.15 petang. Kalut di pikiran la pikirkan menu nak masak. Akhirnya siap dalam masa setengah jam. Masak yang sempoi je. Gulai pucuk paku, sambal tumis udang ngan goreng ikan kerisi. Pastu tumbuk lada sikit buat sambal tempoyak nak makan ngan petai jeruk tu. Siap semua, aku pun membaring-baringkan diri kat dalam bilik. Check fb kat handphone sesambil merehat-rehatkan diri yang kepenatan. Tengah baring-baring tu, dengar orang dah start ngaji kat dalam radio sebagai isyarat untuk tuang-tuang air & senduk-senduk lauk ngan nasi. Ya....ampunnnnn..... macamana aku boleh ter'forgot' ni. Nasi tak masak lagi. Nak masak dah tak sempat. Mujur la ada sikit lebih bersahur tadi. Leroi-leroikan, pastu titis air sikit, masuk dalam microwave. Sian lak tengok bebudak. lauk peberet depan mata...... nasi lak tak leh tambah... huhuhuhuhuhuhuhu

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan


Ramadhan menjelma lagi. Seperti tahun sebelumnya, ramadhan kali ini juga aku jalani tanpa kehadiran suami tersayang. Nak buat macamana, tugas mencari nafkah buat aku dan anak-anak membataskan kami untuk meluangkan masa bersama-sama terutama pada hari-hari yang istimewa dalam kehidupan. Rasa sedih jugak sebab rindu untuk bersahur dan berbuka puasa bersama dia berserta anak-anak. Sesekali rasa sedih juga sebab tak berpeluang menyediakan juadah kegemaran suami tersayang untuk dia berbuka puasa. Hmm... macamna la dia kat sana. Sorang diri menjalani ibadah ini tanpa aku dan anak-anak. Tertanya-tanya juga, juadah apa dia berbuka puasa. Pastinya tak 'semercu' masakan tempatan kita terutama sekali air tangan isteri tersayang...kan...kan...kan...
Hari pertama bersahur sebelum subuh tadi, nengok muka anak-anak... hmm, pedih je muka nak ngabihkan nasi goreng yang aku masak pepagi buta tu. Paham ajelah, kita yang tua pun takkan ada selera nak makan nasi pagi-pagi buta tu, ni pulak bebudak. Ayam goreng pun, seketul tak abih. Kalau hari-hari biasa makan malam atau tengahari benda macam gini pun, cukup-cukup selera diorang makan. Ayam goreng berketul-ketul la sorang, kalah si Upin dan si Ipin tu ha. Sampai time aku nak makan, semua dah licin.
Time berbuka puasa hari ni, aku cuma sempat masak bihun goreng je. Mujurlah anak-anak aku jenis tak kisah sangat. Yelah tak seperti segelintir kanak-kanak yang request pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Bebudak ni kekadang serupa orang tua jugak, bila perut lapar, macam-macam benda nak makan. Semua benda nak beli tapi bila berbuka, start minum segelas air sirap...... terus perut jadi kenyang. Makan pun sikit aje. Penyudahnya buang gitu je makanan. That's why kalau aku nak singgah bazar ramadhan, aku tak nak dah kasi diorang ikut. Nanti rambang mata diorang tengok makanan. Pengajaran buat aku dari pengalaman tahun-tahun sebelumnya. Tatkala orang lain boleh kurangkan lemak-lemak di badan, aku pulak makin 'berkembang' dek kena habiskan makanan yang tak di makan anak-anak sebab tukang sapu bersih semua juadah di atas meja berada jauh diperantauan....hehehe

Ahad, 24 Julai 2011

rezeki lagi.

Agak lama jugak aku tak update blog ni. Semenjak dua menjak ni, badan agak tidak selesa. Nak bukak laptop pun takde mood. Sesekali aku update gak laman sosial mukabuku melalui handphone & android.

Kebelakangan ni, kesihatan aku agak kurang memuaskan. Mulanya aku rasa mungkin sebab penat & rasa stress menguruskan anak-anak sendirian sebab hubby terpaksa mencari rezeki diperantauaan. Maklum saje lah, bukan mudah menguruskan anak-anak sedang meningkat besar ni...karenahnya pun semakin 'besar'. Betul-betul menguji kesabaran.

Satu hari tu, ada la sorang kawan sekerja kasi aku tapai. Katanya mak dia buat sendiri. Aku lak memang penggemar setia tapai terutamanya tapai pulut ni. Sebelum sampai rumah, aku terpikir lak peristiwa aku makan tapai tahun 2007 lalu. Rasa takut la pulak....mana la tau kan.... Aku pun singgah kat farmasi dan beli satu set alat ujian kehamilan tu. Sampai rumah, masa nak bersihkan diri, aku pun try la guna alat tu tanpa apa-apa harapan. Tengok result pun acuh tak acuh aje....tapi bila aku nak keluar dari toilet, aku terpandang lagi alat tu... tapi....jeng,jeng,jeng. Keesokkannya, selepas balik kerja, aku singgah lagi beli alat tu. Kali ni dua jenis dari jenama yang berlainan.

 Sah..... result tetap 'positif'. Alhamdulillah, rasa tak sedap badan yang aku rasa kebelakangan ini rupanya ada sebab yang lebih menggembirakan. Tak sangka aku masih diberikan rezeki ni sekali lagi. Aku berdoa sangat-sangat supaya aku dan janin yang ada dalam rahimku ini diberikan kesihatan yang baik sehingga ke saat itu...

Sabtu, 4 Jun 2011

cuti2 malaysia 2011

Cuti sekolah pun bermula. Aku terasa gak nak bawak anak-anak jenjalan. Sian kat diorang asyik terperuk kat rumah. Kebetulan pulak my hubby balik Malaysia sebab nak raikan adik lelaki dia kawin awal minggu cuti sekolah hari tu. Hubby cuma dapat balik seminggu, so aku abih pikir dah mana nak pegi. Masa singkat sangat, takleh la nak jalan yang jauh-jauh. Rugi masa dok dalam kete, kan.... Pikir punya pikir, pack kain baju untuk semalaman. Pastu ikut je la mana tangan pulas stereng. Hubby tanya aku, nak ke mana... anak-anak lak sorang nak gi Genting Highland, sorang nak gi Gambang Waterpark. Siap tak moh mengalah . At last aku cakap kat hubby, gi Terengganu lah (walaupun aku sendiri tak tau apa tempat menarik kat situ). Tempat tu yang paling dekat. Dua tempat yang bebudak suggest tu dah berkali-kali gak pegi. Boring la, kan...

Kitorang gerak dari Kuantan dalam pukul 11 am lebih la jugak, sampai sana dalam pukul 2pm lebih. Singgah makan kat area Pantai Batu Burok. Cari tempat nak tido, kebanyakkan hotel dah penuh. Kitorang dapat satu bilik kat Hotel Primula. Adik ipar aku cakap hotel ni je yang ada swimming pool  kat Kuala Terengganu ni.

aku??? ...mcm biase la xde dlm gambar pasal kena kadi tukang ambik gambar....huhuhu




naik bot pusing2 sungai terengganu (nama sungai tak ingat daaa..)


 jalan-jalan kat Pusat Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

antara replika masjid & makam yang ada di dunia

Disebabkan masa amat singkat, rancangan nak masuk ke Muzium Negeri Terengganu terpaksa dibatalkan. Orang kata muzium tu terbesar kat Malaysia ni, kalau nak meneroka kat dalam....sehari suntuk la... Keluar dari Pusat Tamadun Islam tu, kitorang terus gerak balik ke Kuantan. Sambil lalu tu, singgah sebentar beli keropok Losong Kak Yah...... yelah, kata orang, tak sah kalau tak beli keropok lekor bila sampai kat Terengganu ni....;-)

Selasa, 24 Mei 2011

Air

Hari ni tadi, dengan penuh semangatnya aku mengemaskini rumah. Sental sini. Sental sana. Sampai berkilau bilik mandi. macam dalam iklan kat tv tu...bercahaya ( nampok sangat menipunye, ater udoh pasang lampunye, pasal tu bercahaya ...hehehe ) Agak sakit sendi2 aku, biasa la weh..... orang yang agak berlemak cam aku ni, mengcangkung ( err...'men' @ 'meng' ha?? ) lama2 tak boleh. Mudah ngat lenguh. 

Sikit punya banyak aku dah 'main air' nak mencuci segala bagai, bila time nak basuh kain dalam mesin basuh tu, ya adoiii....air takde rupanya. Dalam bilik mandi memang la ada air, sebab pakai air tangki...tapi banyak mana sangat la air tangki tu kan... Aku try check kat luar, kot2 la bebudak nakal gi tutup meter air aku kat luar tu, pasal sokmo2 gitu. Takde pun. Seingat aku, dah bayar bil air bulan lepas, bulan ni belum dapat lagi. Aku pun sms kat budak praktikal kat tempat aku keje. Sah. Dia bagitau aku yang hari ni satu Kuantan takde air & tak tau sampai pukul berapa. Dia pun tau sebab kebetulan dia makan kat kedai & staff kedai tu la cite kat dia. 
Aisehhhhhh....macamana aku boleh tak tau ni. Dah la tong standby kat luar tu aku dah buang airnya gara2 buat checking jejentik. Itu la padahnya kalau tak tergerak hati nak dengar channel Radio Kuantan. Padan muka aku. Aduyaiiii..... aku kalau takde letrik, boleh tahan lagi pasal boleh pakai lilin tapi kalau takde air..... setengah jam pun tak tahan wehhhh... takkan nak angkut baldi gi ambik air kat Sungai Kuantan pulak ( tapi kalau sungai tu kat sebelah rumah aku ni je, berehhhh... )


Gatal satu badan la anak2 aku pasal aku tak kasi diorang mandi balik sekolah petang tadi. Aku nak taruh untuk mandi pagi besok. Yang paling penting pada aku, air tu nak simpan untuk 'situasi yang lebih penting'.....hmm...paham2 sendiri la, kan. Takkan nak buang dalam pampers pulak. Anak2 tu ok la..... aku???.... eeeiiwwwwww. Kalau takde air lagi sampai pagi esok, alamatnya kitorang kena mandi ala2 P.Ramlee la......

Sabtu, 21 Mei 2011

makan2 @kenduri kawin

Hmm...cuti hujung minggu datang lagi. Nak kata boring, kekadang tu rasa la jugak. Ada masa tu, tak sempat nak rasa boring pasal weekend la hari untuk menguruskan rumah, menggemukkan tuan rumah...hehehehe

Tengahari tadi, lepas solat zohor, aku bawak anak2 gi makan kat luar. Bukan kat kedai, tapi kat umah (err....umah ker??) orang kawin. Cikgu taska anak aku yang bongsu. Dia buat kat taska. Aku pun tak paham pasal apa famili dia buat kenduri tu kat taska. Malas la nak tanya walaupun hati tertanya2. Kot la nanti dia jawab, "suka ati aku la nak buat kat mana pun"... tak ke haru nanti. Aku sebenarnya malas nak gi tapi tak sedap hati lak. Memang tak syok gi kenduri ngan anak2 je. Famili tak complete pasal ayah diorang takde kat sini. Maklum je la, biasanya aku gi bawak anak2 duduk, hubby lak tolong gi ambik makanan. Ni, berderet la ngan anak2 beratur ambik nasi macam anak2 itik yang jalan beratur kat belakang bontot ibu si itik. Bezanya aku tak 'lentik' macam si itik tu ha...hehehe
Cuaca sangat2 panas terik tadi. Aku tak selesa betul nak makan kat orang ramai2 gitu dalam cuaca yang panas ni. Lebih2 lagi makan di kerusi tanpa meja. Nak wat camner, aku tengok mejanya ada la dalam 6 biji meja bulat. Orang yang datang ramai. Aku kalau makan, tak berpeluh, tak sah. Menitik2 peluh di pinggan, jadi perisa tambahan. Aku nak kesat camner kalo dah tangan kiri pegang gelas, tangan kanan pegang nasi, kan... tak pe..masuk perut sendiri jugak. Apapun aku nak puji gak pasal lauk dia sedap. Ikut hati, nak je gi tambah nasi tapi malu lak. Kalo pengantin tu sedara mara aku, kompem aku gi bisik2 kat mak pengantin bungkus lauk kat aku sikit....hehehe

Sebenarnya hari ni pun, kat kampung ada kenduri kawin gak. Adik ipar aku (lelaki) kawin tapi aku tak balik pasal anak aku ada kelas tuisyen pagi tadi. Aku balik gak nanti, minggu depan masa kenduri bertandang. Actually banyak jugak jemputan aku dapat. Biasa la..cuti sekolah dah nak bermula, 'musim mengawan' pun tiba..ahakss... 

Khamis, 5 Mei 2011

Mesin urut

Badan terasa tak berapa best pagi ni. Asyik terbersin je. Petanda demam datang lagi la ni. Biasa la... macam kete tua gak. Dah lama pakai, kekadang enjin semput gak, nak kena anto workshop. sama la cam aku ni jugak, makin meningkat umur ni, antibodi pun tak berapa nak kuat. Cuaca panas sangat kang, demam.....cuaca sejuk sangat pun demam.
Balik keje, mintak tolong kat anak2 picit2kan badan tapi tau je la bebudak. Tak sampai seminit dah lenguh. Picit 10 saat, dok ulang tanya soklan..."dah ibu?" aii, kalau dah lebih 4,5,6 tanya gitu, kita pun fed up. Bertambah sakit lagi ada..... Yang lagi tak tahan tu, diorang guna satu jari je dok tekan2 bahu aku ni macam tekan button no telefon rumah tu ha.... 

Tetiba teringat pada mesin urut mini yang aku beli minggu lalu. Tulis kat kotak dia, Slimming Massage tapi takde kena mengena dengan kurus pun. Nama dia je, nak bagi orang tertarik terutamanya kaum2 hawa yang agak gempal seperti aku....huhuhu. Try guna, ok la jugak. Lebih baik dari 'urutan' anak2 aku tu. Lega la jugak tapi takde la hilang sepenuhnya, padanlah jugak dengan RM40 harga promosi tu. Kata awek2 yang datang jual kat tempat keje aku tu, ni harga promosi, pasni harga dia RM150/each. Tak tau le betul ke tidak sebab......jauh bebenor beza rege promosi ngan rege sebenor. 

Tapi kan... bila penat2 balik keje, aku selalu terpikir alangkah bestnye kalau ada mesin urut kat rumah.  Tak kira la OSIM ke, Ogawa ke...ape ke, kan.... Nak beli tu terasa sayang lak pasal rege dia boleh bayar muka beli kete baru. err.....takde ke sape2 nak kasi hadiah kat aku mende ni ha..;p

Rabu, 27 April 2011

panas

Seminggu dua ni cuaca panas semacam. Kalo mandi tu rasa macam takmo sudah. Air pun tak terasa tercurah kat badan. Keluar bilik air terasa bahang. Kalo sebelum ni, hujan je memanjang... nak masuk bilik air tu pun malas je rasanya. Sejukkk. Mandi siap pakai water heater. Sekarang ni pulak apa ke jadahnya nak pakai water heater. Air dah panas semulajadi. Kekadang tu, balik keje nak basuh tangan kat sinki dapur tu, terkejut aku (nasib baik bukan jenis melatah). Macam air baru setengah jam didih jirus kat tangan tapi tidak le sampai melecur, kan....Nampak ngat menipunye nanti... hehehe

Sedar atau tidak, cuaca panas ni pun bagi rezeki melimpah ruah pada peniaga terutamanya, si ane yang jual ais krim kat tepi pagar sekolah anak-anak aku tu. Aku tengok sorang beli 2,3 batang sekali jalan. Kiri kanan tangan pegang ais krim. Tu ha, kat depan pasaraya Tunas Manja dekat ngan kawasan perumahan aku tu, mamak jual abc ngan cendol tak menang tangan. Tetibe ramai lak customer. Siap kena beratur lagi (nasib baik tak kena ambik no giliran). Yang paling masyukkkkk..... tokeh2 jual air batu la, kan... Aku pun tak terkecuali jadi salah sorang yang menguntungkan para peniaga di atas. Kekadang terlanggar jugak pantang minum ais nih... hehehehe..

Sekarang ni, petang-petang balik keje tu, nak masuk kete..... bercinta rasanya. Al-maklum je la, kuli-kuli batak ni mana ada tempat parking berbumbung... berbumbungkan langit tu ada la. Bayang aje la seharian kete tu berjemur dalam panas terik. Cermin tutup penuh lak tu. Nak tutup separuh, takmo ambik risiko. Alangkah cermin cinonit yang aku letak kat cermin sisi tu pun ada yang berkenan (kalo tidak, xde la kena cabut, kan..).. inikan pulak nak bagi jalan mudah kat 'Mac Gyver'2 kat luar tu menjalankan 'aktiviti tak berapa nak sihat' diorang.
Berbalik pada cite masuk kete tadi, iskh... rasa macam gi slimming centre foc. Berpeluh-peluh macam duduk dalam hot blanket, takpun rasa macam duduk dalam bilik sauna kat pusat SPA. Hmm... agak-agak la kan, lemak yang terkumpul boleh ke cair gitu, ek..? ...hehehe

Khamis, 21 April 2011

Puasa

Hari ni aku puasa lagi.......bukan puasa ganti tapi puasa sunat. Aku ingat aku nak buat balik macam zaman2 bujang dulu. Aku rajin tul buat puasa sunat Isnin & Khamis masa tu. Banyak kelebihannya. Dapat pahala dan dapat jugak jaga diet. Al-maklum ajelah, aku ni kalo bab makan, takkan tolak punya......hehehe. Tengok body la kan.
Banyak tul dugaannya bila kita puasa bukan dalam bulan puasa. Apa taknya, kita sorang je yang dok menahan lapar & dahaga. Orang lain lak dengan penuh berseleranya menikmati makanan depan kita. Macam hari ni, rakan2 sekerja boleh bawak buah jambu merah yang comel2 tu (ala, aku tak tau la nama dia apa). Diorang dok makan colek ngan kicap......taruk gula sikit, cili api sikit...perrrrgggghhhh. Yang hampeh, sesaje je diorang tunjuk2 kat aku. Menggugat keimanan sungguh. Kecur gak air liur tapi, sabor, sabor....

Pastu tengahari lak ada program 'Lunch Talk' ( macam promosi ubat2 dari syarikat luar & diorang akan sediakan lunch sebab diorang ambik masa lunch kitorang). Bertambah tergugat keimanan aku bila 5,6 0rang member2 dok menjamu selera depan aku, apatah lagi lobang hidungku yang tak mancung tapi tak kembang jugak, menghidu aroma sambal belacan yang cukup menggoda (my paberet tu......). Tapi bila di pikir2, elok jugak aku puasa tadi, kalo tak.......sure lah dah berpinggan-pinggan aku tambah nasi tadi. Maka makin bertingkat2 lah apartment lemak di badan aku ni....hehehe
Aku nak ucap time kasih kat sorang kakak radicare yg prihatin dengan aku ni. Aku panggil dia 'Mak Kiah'. Dia tau aku ni memang hantu sambal belacan so dia tapaukan aku sikit sambal belacan tu (err.....sikit ker??).

Balik keje tadi sepanjang jalan aku dok teringatkan sambal belacan tu. Lepas ambik anak aku balik sekolah petang tadi, aku singgah kat restoran area rumah aku ni. Beli kuew teau goreng tak mau sayur untuk anak2 aku. Aku lak dah tak tau nak berbuka ngan apa. At last aku beli roti kat kedai sebelah. Sampai rumah sedang elok je orang azan Maghrib. Dan aku cuma berbuka dengan roti putih Gardenia cicah ngan sambal belacan tu.....huhuhu

Ahad, 17 April 2011

birthday 2011

Syukur pada Allah swt sebab masih bagi peluang kat aku terus menikmati hidup tika dan saat ini. Syukur juga sebab masih diberi peluang untuk memperbaiki apa yang kurang. Membetulkan apa yang silap.

Hmm....sudah mencecah angka 36 rupanya aku. Terasa baru semalam, aku masih lagi terkinje-kinje bersama teman2 sekolah di dorm asrama SMDB tu...hehehe. Tua sudahhhh....anak pun dah tiga. Nak tambah lagi?...err, kena pikir 4,5 kali pasal risiko beranak umur dah banyak ni....huhuhu


Kebetulannya, aku dan anak keduaku, Wan Amir, berkongsi hari lahir. Dah tau dah hadiah apa yang dia nak. Kete kontrol la...apa lagi. Itu la yg dia mintak setiap kali hari lahir. Tapi sekarang ni, si adik, Wan Ammar dah besar. Dah pandai berebut. Usahkan mainan, nak tiup lilin pun berebut dengan abang ngan kakak. So, moral of the story....kena la beli 2 set....(aduyai...paham2 ajelah tengah2 bulan lak ni...huhuhu). Tapi takpe demi kegembiraan anak2.


Masa besdei si kakak, 06/04/2011 yg lepas, jenuh gak aku nak mikir nak kasi hadiah ape la kat anak dara aku sorang ni. Teddy bear?...dah penuh kat katil dia. Mainan?...rasanya dengan umur 10 tahun tu, dah tak sesuai nak main mainan lagi. Notebook pun ayah dia dah kasi last year. Kebetulan besdei dia jatuh pada hari bekerja, lagi la tak sempat aku nak sedia apa2. Then, aku terpikir lak yang dia suka menulis & suka simpan duit belanja. Tiba2 je idea datang. Belikan dia sebuah diari & tabung....hehehe. Harap-harap dia tak tulis yang aku suka membebel sepanjang hari dalam diari tu......;p


Dan gambar jubah kat atas ni.......hadiah dari anak dara tunggal aku untuk ibunya (aku la tu). Rasa terharu sebab susah payah dia kumpul duit belanja, nak beli hadiah kat aku. Patutlah dia ada tanya aku pasal apa aku suka pakai baju panjang (jubah). Aku jawab yang aku dah tua, kena la pakai baju gini....hehehe. Dia kata dia kirim ngan kawan beli kat pasaraya. Tah berapa hinggit la budak ni habis duit dia. Dia bagitau kat aku dalam RM20 jer. Aku tak kisah la baju ni baju murah, aku pun tak kisah kain dia takde kualiti......yang penting terlalu mahal kasih sayang anak-anak terhadap aku dan aku bangga ngan kualiti zuriat aku yang ingat pada ibunya. Lagipun, apa la budak umur 10 tahun tahu pasal nilai & kualiti baju...kan.....

"Buat anakanda Wan Nursabrina, terima kasih ibu ucapkan. Ibu akan pakai baju ni nanti tapi ibu kena hantar kedai dulu untuk kecikkan sikit sebab besar sangat.....;-)"

Khamis, 14 April 2011

Awan

Mula-mula dengar lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF (sori la, tak ingat la AF yg ke berapa pasal tak ikuti sesangat), rasa macam boring je lagu mamat ni. Tapi bila dah makin hari makin rancak lak lagu tu berkumandang di radio. Macam best lak. Bila 1st time aku tengok dia punya video clip kt @15 Astro tu, baru la aku paham maksud yang tersirat.

Dan hari ini, aku sendiri merasakan yang aku juga seperti awan dalam lagu tu. Selalu nak tolong orang-orang yang aku sayang walaupun aku sendiri sedar yang sebesar zarah pun diorang takkan hargai dan pandang. Tolong aku ikhlas hati atas rasa kasih dan sayang. Cuma sesekali rasa terkilan juga jauh disudut hati bila niat suci aku, selalu disalah tafsirkan (sedey la pulak).
Takpe2, biarlah aku terus jadi awan.... selagi termampu, aku akan terus payungi mereka2 yang aku sayang dari bahang panas sinaran terik sang mentari. Selagi terdaya, aku akan turunkan hujan rahmat membasahi kehidupan mereka2 tatkala musim kemarau tiba....




Ahad, 10 April 2011

boring..

Seperti minggu2 sebelumnya, setiap cuti hari minggu dihabiskan dengan bertapa dalam rumah. Mendalami ilmu2 yang membesarkan badan......tido dan makan...hehehe. Aku ni benarnya bukan jenis yang suka gi jenjalan....... gi shopping suka la tapi kalo bawak anak2, rentikanlah niat nak shopping tu. Aku lebih suka lepak2 kat umah ni tapi bila takde teman nak bersembang, tak best jugak. Maklum ajelah, hobi aku ni bercakap. Padan la dengan gelaran nakal my siblings kasi kat aku..."angah murai". Nasib baik la nama 'Murai.com" dah digunakan, kalo tak, aku nak rename blog aku ni dengan nama tu....hehehehe.
Cite kat tv tu pun takde yang memberangsangkan langsung. Astro?..buang karan. Asyik dok tayang cite tule. Sampai kekadang dah boleh hafal skrip para pelakon tu. Tapi kalo tak langgan pun tak leh jugak pasal kat area umah aku ni, kalo tak pasang Astro....alamatnya setiap kali nak tukar channel, kena adjust dia punya aerial sekali. Apa taknya, kalo tak buat gitu, hmm...setiap cite kat tv tu semua ada effect ala2 hujan gitu.

'mengintai dari tirai kamar'.......

Anak2?...hmm, biasa la....ater rumah depan padang. Asal kul 5pm je, masing2 buat muka kesian bila nak mintak izin main kat luar. Tengok cuaca ok, aku lepaslah diorang dari sangkar batu ni. Ye la.. sian gak kat bebudak. Meleleh air liur dok nengok member2 berlari2an kat padang tu ha. Sesekali aku 'mengintai dari tirai kamar' gak la bebudak tu. Actually, aku bukan tak nak kasi diorang main kat luar tu, tapi sedikit bimbang akan keselamatan putera2 & puteri aku tu. Maklum je la zaman sekarang ni, depan pagar rumah pun boleh lagi disambar dek orang yang takde hati perut. Lebih2 lagi duduk kat kawasan bandar ni. Aku tak nak ambik risiko. Mintak jauh lah..


Khamis, 7 April 2011

menurun tabiat

Dulu aku selalu 'mengata' perihal tabiat arwah mak aku yang satu tu tapi sekarang dah menurun kat aku pulak. Tak tahu sejak bila aku boleh terikut tabiat arwah mak aku yang satu nih. Macamana aku boleh tak perasan ni....... hmm...mungkinkah faktor genetik, atau....... balasan sebab dulu ngata kat arwah. aha....maksud 'ngata' yang aku taip jap tadi bukan ngumpat tau....aku sendiri tak reti nak translate. Kata yang cakap depan-depan punya (ala...macam ayat ni ....."kau ni kata aku kuat makan tapi kau pun sama"...)...korang paham, kan...;p
koleksi milo


macam-macam ada....;-)

Mesti korang nak tau tabiat apa yang aku maksudkan. Tabiat tu bukan la tabiat tak elok tapi kekadang tabiat tu macam kelakar la pulak. Ce korang teka. Alaaaaa...teka la, teka la......tettt...masa dah tamat... hehehehe....(kalau korang tengok betul-betul gambar kat atas perenggan ni, mesti korang boleh agak). Actually, tabiat yang aku maksudkan, suka beli barang yang ada 'barang percuma'. Contohnya (weh...ade contoh2 la pulak...;p) sabun A lebih mahal dari sabun B tapi sabun A tu ada percuma barang C. Macam dah di programkan dalam kepala otak aku ni, tangan aku dengan automatiknya akan ambik yang A tu masuk dalam troli.
Bukannya aku tak tahu yang kekadang diorang dah campur sekali harga barang C tu dalam tanda harga sabun A tu ha. Maklum aje la, aku dulu kelas aliran PERDAGANGAN (zaman sekarang diorang pakai nama PENGURUSAN PERNIAGAAN). Tau jugak la strategi perniagaan ni walau sikit pun. Hidup-hidup je kena tipu (tapi memang orang tipu orang hidup je kan...;p). Tak kisah la tu, asalkan aku bahagia..... aku jadi syok lak tengok pinggan mangkuk ada cop nama sabun, ubat gigi dan sewaktu dengannya.....

the latest...hehehe

Isnin, 4 April 2011

penat la..

Tah nape hari ni aku rase penat sangat. Mungkin sebab cuaca panas atau mungkin sebab terlalu bosan suasana di seminar tadi. Majoriti penceramah bercakap dengan diri sendiri. Kenkadang, tak dengar apa diorang cakap. Macam syok sendiri. Hmm....apa kaitan bosan kat seminar tu dengan penat, ye tak..... Ye la, dah boring giler....mata mengantuk yang amat tapi kena kontrol diri supaya tidak tertido.... Aku rasa kejam lak kalo tertido. Itu yang buat penat tu, (penat menahan mengantuk) Rasa sian lak kat para penceramah yang syok sendiri tu (wah bangga la pasal aku masih punya perasan...hehehe). Aku ingat la kan...para penceramah tu yang patutnya di hantar seminar....."cara memberi ceramah yang berkesan".

Balik ceramah tadi, aku bergegas nak ambik anak-anak kat taska. Alahai.... pehal la aku gi parking jauh no dari UIAM tu. Penat aku menapak sensorang. Dah la tu, nak kuar dari tempat parking pun satu hal. Kena nunggu sebiji kete proton tu nak kuar parking dia tapi tak leh pasal ada driver teksi yang bengong dan tara pakai otak, main parking je ikut suka hati tok moyang dia. Pintu kete teksi tu ngan bontot kete proton tu ada la sedepa, becinta la aku nak nunggu dia dok kedepan kebelakang meng'adjust' kete dia nak kuar. Mamat yang dok tolong empunya proton tu pasan muka aku macam dah bengang (actually bukan macam lagi dah.....memang bengang pun), at last dia suruh aku jalan dulu. Sambil lalu, mulut aku ni menyumpah tak abis kat teksi tu pasal aku nak lalu pun payah. Jenuh lak aku meng'adjust' kete manual aku ni pulak. Nak ngundur lelebih tak leh pasal kat belakang aku pun kete2 lain dah berduyun tiba. Penat nunggu. Tak pasti la aku samada aku tercalarkan teksi tu pasal rapat sangat. tapi, aku peduli apa teksi dia tercalar kena kete aku pasal kete aku pun memang dah penuh calar-balar....huhuhu

Jumaat, 1 April 2011

5s

Demam 5s melanda Jabatan Farmasi HTAA. Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa amal. Orang-orang Jepun yang create sistem ni. Aku akui yang sistem ni dapat membantu kerja-kerja di pejabat menjadi lebih lancar. Semua benda @ peralatan mesti di tag nama dan ada tempat 'parking'. Senang cari senang simpan.
Minggu ni, minggu 1st audit 5s untuk jabatan farmasi. Susah juga masa nak start buat projek ni. Ye la pasal kitorang sebelum ni tak pernah pun dihantar kursus 5s ni. Tak tahu apa kriteria yang diorang nak. Nak buat penyusunan semula ubat-ubat pun satu hal jugak pasal ruang kerja terhad. Maklum saje lah, jumlah semua item ubat yang ada pun hampir 600 jenis.

hmmmm......tersenyum lebar jugak aku & partners tatkala bilik kitorang bekerja diberikan 3 tag Cemerlang. Suke tau. Thanks pada pengaudit 5s. Usaha aku & partners tak sia-sia selama 3 bulan ni. Walaupun kekadang kitorang terkejar-kejar buat semua ni di samping nak kejar buat kerja hakiki lagi. Berbaloi. Harap-harap apa yang kitorang buat ni akan selalu diamalkan oleh penganti seterusnya (kerja aku ni 'rotate', 3 bulan sekali tukar ke bahagian lain lak)

terbahagi kpd 3 zon (TULIP/ROSE/SUNFLOWER)

hahaha... tak tau sape punye idea ni...macam taska lak..

tempat aku menulis...hmm..seme benda nak kena tag & ade tempat 'parking'

Actually, bukan nama bukan pujian yang aku nak. Aku memang suka tengok benda-benda yang cantik. Suke keje kalo tempat keje tu cantik, bersih, kemas...sejuk mate memandang. Baru seronok nak mulakan keje. Ye la, kalo gi keje tengok tempat keje macam tongkang pecah....mood nak keje pun boleh spoil, kan.....

radio zaman-berzaman yang disorokkan ke 'veteran' nyer...hehehe

Apa-apa pun, ini baru audit 5s yang ala-ala 'rehearsal'. Yang betul-betul punya nanti...hmm.. hujung bulan ni kot... kalau tak maintain, bukan salah kitorang la kan pasal kitorang dah ditempatkan ke unit yang lain pulak..

Selasa, 29 Mac 2011

Ammar lagi..

Petang semalam aku jadi panik kejap bila anak aku yg bongsu (buat masa ni...hehehe) menangis dalam kereta masa aku tengah drive dari taska ke sekolah, nak ambik anak2 aku yg lain. Memang biasa la si cengeng ni menangis, tapi petang tu kedengarannya pelik sikit. Selalunya aku pekakkan telinga aje tapi tetiba mata aku terpandang dia kat dalam cermin pandang belakang tu. Mulut penuh darah. Arrrgghhh....apa pula kali ni...

Tisu....sakit hati betul, time nak guna, time tu lak dia takde. Mujur teringat pada tuala anak kat dalam beg taska dia tu. Tibai je la. Aku mula rasa tak sedap hati. Pehal pulak budak ni. Sebelum ni asyik berdarah hidung. La ni mulut pulak. Aku teringat lak dalam dua tiga hari sebelum tu, dia pernah mengadu yang dia sakit mulut, tapi aku tak ambik pot pun...ala, ingatkan dia nak manja-manja ngan ibu, malas la nak layan.
Malam tu jugak, lepas antar si kakak tuisyen kat rumah cikgu dia, aku pun terus bawak Ammar ke klinik yang biasa aku pergi. Aduh, payah betul parking....hujan lak tu. Selepas 4,5 kali tawaf, aku pun naik fed up, bantai je parking kat tepi stesen minyak tu. Aku turun jap gi daftar anak. Aku tengok dalam klinik tu punya la ramai umat, tempat duduk ade la seciput. Aku pun tanya kat adik yang jaga kaunter tu.."lambat lagi ke dik?"... tengok dalam klinik tu pun aku dah tau pun jawapannya. Aku pun bagitau minah tu yang aku tunggu kat luar. Aku nunggu dalam kereta, sesambil ngajo si abang buat homework. Si abang tu kalau nak tunggu balik rumah baru nak ngadap homework, hmm... alamatnya esok pagi belum tentu siap. Lebih kurang sejam aku duduk dalam kereta tu, aku pun bawak si adik masuk ke dalam klinik. Aku tanya kat minah tadi samada nama anak aku dah di panggil ke belum. Dia cakap nanti dia check sebab dia rasa macam dah panggil. So aku pun duduk. Aku tengok ada pesakit keluar dari bilik doktor, aku ingatkan dia terus nak panggil kami masuk, tapi hampeh. Pas sorang2 pesakit lain yang dia panggil. Yg buat aku baran tu, pesakit2 yang dia panggil tu datang kemudian dari aku. Agak2 dah setengah jam aku nunggu, aku pun pegi balik kat minah tu dan tanya balik kat dia soalan tadi. Boleh minah tu jawab, "tadi panggil akak takde, nanti lepas patient yg last tu akak masuk".. hangin betul aku. Aku dah tak pandang kiri kanan dah... aku tengking kat budak tu, "kan aku dah bagitau yang aku tunggu kat luar, enko pekak ke? Dah dekat 2 jam aku tunggu, dah..cancel..byk lagi klinik lain aku boleh pegi!!!".. aku pun blah. Lepas masuk dalam kereta, aku tarik nafas dalam-dalam. Sian lak kat minah tu, terkulat2 muka dia tadi. Tak leh salah kan aku, aku penat weh, balik keje nak terkejar sana-sini, makan pun tak sempat... kalo korang di tempat aku, mesti hangin jugak bila kena gitu.

Jam dah dekat 10pm. Nasib baik aku sempat kejar klinik yang satu ni. Doktor tu pun tak dapat nak pastikan apa kena dengan si Ammar ni. Dia syorkan aku bawak Ammar buat ujian darah kat spital nanti.
Pagi tadi masa aku kejutkan Ammar masa nak keluar rumah, aduhhh...sekali lagi penuh darah kat mulut dia. Aku decide nak ambik 'off petang' hari ni nak bawak dia jumpa doktor pakar. Macam biasalah, pagi aku tinggalkan dia kat taska dulu tapi aku dah pesan kat owner taska tu kalo nampak benda yang pelik pada Ammar, aku suruh dia terus call aku. Masa tengah kerja tu, akak tu call. Bagitau mulut Ammar masih berdarah. Dia dah tengok tapi takde apa2 kesan luka tapi dia kata gusi Ammar merah. Dia cadangkan aku bawak Ammar jumpa dentist. Mula la aku dalam dilema......specialist @ dentist???

Petang tadi soalan aku dah terjawab. Boleh tarik nafas lega. Bawak Ammar jumpa dentist. Nasib baik Ammar ni jenis suka jumpa doktor. Tak menangis dan tak tunjuk rasa takut pun. Elok je dia duduk atas kerusi tu. Dentist tu kata, gusi Ammar ada infection. Gusi keliling semua bengkak. Punca??.....err...gosok gigi tak bersih...(nak buat camner, dia taknak aku gosokkan). Apa2pun hujung minggu ni dah buat appointment dengan dentist tu nak buat teeth scaling untuk Ammar lepas complete kan dia punya antibiotik 4 hari untuk kurangkan radang.... harap2 dia tak meronta2 nanti.......;p

Rabu, 9 Mac 2011

update blog

As Salam.

Tahun 2011 ni, semakin lama semakin jarang aku meng'update' blog ni. Macam yang aku maklumkan sebelum ni, bukan takde idea, bukan juga takde cerita nak dikongsikan cuma masa lapang yg aku ada tu , amat2lah ciput. Yang ciput tu la, aku gunakan untuk rehat2kan diri. Paling kerap pun sekadar meng'update' status fb jer. Itupun sebab boleh bukak fb kat hanset. Lagipun meng'update' status fb tak sepanjang cite meng'update' blog, kan... err...takkan nak update guna hanset lak... acer giler nak taip panjang2 kat skrin yg kecik tuh..!

Tahun ni aku rasa penat la sikit berbanding tahun lepas, pasal tahun ni anak aku sorang sesi pagi, dan sorang sesi petang. Yang sesi pagi tu kang, pas balik sekolah dah nak terkejar lak nganto dia pi tuisyen. Kalo takde tuisyen kang, ada lak ko-kurikulum kat sekolah. Kelab itu la, kelab ini la. Persatuan itu, persatuan ini. Iskh..... ngalahkan bini2 menteri la pulak. Kadang2 tu terpaksa ngulor la jap nak nganto anak sana sini. Nak ambik cuti, tak berbaloi la setakat nak kuar dalam 15minit tu. Lainlah kalo diorang kasi cuti rehat 200 hari setahun (boleh gitu...hehehe). Yang menjadikan lama sikit tu, bkn pe.. bila nak cari parking semula kat spital tu. Kompem kena tawaf 2,3 kali baru dapat semula tempat parking. Kalo rasuah tu tak dosa, nak gak aku rasuah pak guard yg jaga parking, tolong standby kan satu lot parking untuk aku...;p
Anak2 pun dah pandai, balik sekolah, jejak je kaki kat dalam rumah....diorang siap dah hafal dialog wajib aku setiap hari. "bawak beg masuk terus dalam rumah, pegi mandi. Pastu makan. Pas makan buat homework. Kul 9 tido!"......(sambil kedua tangan berada di pinggang macam mak mertua Kasim Selamat tu) kekadang tu, aku belum habis cakap lagi, diorang dah tolong complete kan ayat aku tu... bagus punya anak (at least aku tau yg diorang beri perhatian apa ibu dia cakap, kan... hehehe)
Masa diorang buat homework tu, aku lak buat aku punya housework. Sesekali dok jeling ke skrin komputer tu. Tengok kot2 ada pesanan penaja. Abis aku punya housework, baru aku ngadap desktop. Kebetulan lak desktop dok bersebelahan dengan meja study anak2. Kekadang bila idea datang mencurah-curah, acer baru jari jemari aku nak menari rap kat keyboard pc tu.. anak aku datang tunjuk buku... "ibu, macamana nak buat ni? ...ibu, betul tak buat cam gini? ..ibu, macamana nak kira ni? ...bla..bla..bla.." terus terbantut la apa yang aku nak taip pada asal tadi.


Selasa, 1 Mac 2011

Hubby's birthday

Sudah agak lama juga aku tidak meng'update' blog ini. Bukan tiada cerita yang nak dikongsikan, cuma ketiadaan masa untuk menaip patah-patah ayat untuk bercerita. Baru je nak tulis tajuk, mulut pun mula la menguap2. Kalo time segar sikit, anak yang kecik lak ngacau. Nak menaip pun tak concentrate. Tak pasal2 tertaip ayat yang aku marah2 kat dia. Hilang 'keibu mithalian' aku nanti (hehehe...abih la kena marah dek sasterawan negara, ayat aku ni kang).

inilah wajah lelaki yg berjaya memiliki hati aku

Hmm....hari ni, 1hb Mac 2011. My hubby's birthday. Hari jadi yang ke 40thn. Cepatnya masa berlalu, kan. Sudah tua lakiku... no wonder la rambutnya sudah bertukar kaler.... hehehe....(kepada suamiku tersayang, ya...ampunnnn).
Tahun ni merupakan tahun ketiga aku tak dapat meraikan hari jadinya, bersama. Maklum ajelah, dia jauh diperantauan... bermakna tahun ketiga la aku tidak menghadiahkan dia apa2 melainkan doa semoga dia sentiasa dilindungi Allah.
Walaupun begitu, aku tetap akan meraikannya dengan anak2. Beli sebiji kek ( ye la... takkan nak beli 20biji lak..), rakam anak2 nyanyi lagu hepi besdei tu dan send video anak2 tu kat dia.

hadiah dari puteri tersayang

Gambar kat atas tu, gambar kad yang ditulis oleh puteri tunggal aku. Kalo baca, usahkan korang... aku pun tak paham. Tapi dia ada terangkan kat aku, ada pari2 hantar kotak hadiah untuk ayah. Lepas tu ayah tanya, apa dia isi kandungan dalam kotak tu. Pastu pari2 jawab, "keluarga". Ayah pun bersedih (aku rasa dia maksudkan 'terharu' kot). Walaupun bahasa anak aku nih agak tunggang langgang sikit, tapi jauh disudut hati, aku bangga sebab dia punya daya imaginasi dan penterjemahan dia terhadap sesuatu cerita agak kreatif. Betul kata orang, mana tak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi, kan.... orang kata la... bukan aku kata.... ;-)

Jumaat, 4 Februari 2011

ayah balik...:)

Hari yang dinantikan sudah tiba. My hubby selamat sampai kat KLIA jam 6.00 pagi, 29/01/2011 yang lalu. Berdebar-debar jugak nak menatap wajah hubby tercinta setelah hampir 3 punama tak bersua muka...cewahhh... Macam budak-budak baru nak belajar bercinta lak rasanya. Rasa macam pengantin baru pun ada. Malu..hehehe
Masuk-masuk kete, ayat dia yang pertama "ada nasi lemak tak, lapar la"... aik.. nasi lemak lebih dirindukan dari aku. Sedey la weh...huhuhu. Sesekali menjeling pada hubby tersayang, aku nampak dia macam susut sikit. Ni yang aku jeles ni pasal aku kat Malaysia ni bagai di pam-pam kembangnya. Ah, tak kisah la tu, janji dia selamat sampai. Cuti dua minggu je, kebetulan minggu dia balik tu, sekolah cuti seminggu sempena merayakan Tahun Baru Cina. Hajat hati nak la bawak anak-anak jenjalan. Tak dapat yang jauh-jauh, area KL pun jadi ler... Sian kat diorang, kalau ayahnya takde, usahkan nak jenjalan KL, nak kuar jenjalan kat padang depan rumah pun aku tak kasi. Bak kata mertua aku, macam burung dalam sangkar.

Sayang seribu kali sayang, sepanjang hari KL dilimpahi hujan time tu. Nak jalan camner. Bukan tau ngat area KL ni. Pikir punya pikir, bawak je la tgk ikan kat KLCC tu lagi. Dah tak tau nak bawak ke mana lagi dah dalam hujan2 gitu. Nak round lebih-lebih, takleh gak pasal hari yang sama gak nak balik Kuantan.
Sampai Kuantan, budak2 dah request nak gi Gambang Waterpark. Macam KL, hujan dah 3 hari non-stop. Ace gile (ayat yang dramatist Wan Maimunah suka pakai) nak mandi kolam dalam hujan. Kalau hujan sikit-sikit takpe la jugak, ni lebat giler. Hari ke 4 hubby aku balik, baru la nampak matahari kuar. Aku pun cepat2 sound kat anak2, sapa2 nak gi Gambang Waterpark.. siap cepat sebelum hujan datang lagi. Wah, sepantas kilat diorang bangun. Ace kalau kejut bangun pegi sekolah, 10 kali menggeliat belum tentu gi masuk bilik mandi tu lagi.
Apa-apa pun, lepas gak lak hajat diorang nak main air kat Gambang Waterpark tu....=)




Isnin, 24 Januari 2011

Lambat vs Lupa

Aisehhh, masuk hari ni, tah berapa kali tah aku kena u turn balik ke rumah. Kalau sikit2 punya u turn, ok la jugak....ni kalau dah sampai 3,4 traffic light nak kena tempoh, ape ke jadohnye (bak kata orang Pahang).
Aku memang pencinta wanita...ehh..ternyanyi la pulak. Aku nak kata, aku memang siap sediakan barang2 yang nak bawak masa gi keje keesokan hari dah malam2 lagi tapi tidak la pulak masukkan terus barang2 tu dalam kete. Tabiat. Biasa bila start je enjin kete, aku pun mula la jadi mesin ingatan untuk anak2 aku:-

(dialog tiap pagi)

Aku : beg sekolah?
Anak : dah
Aku : kasut?
Anak : dah
Aku : beg taska?
Anak : dah
Aku : baju sekolah?
Anak : dah
Aku : beg adik?
Anak : dah
Aku : bekal?
Anak : dah
Anak : duit belanja, ibu?
(huh...bab yang satu ni je yang diorang tak pernah lupa)

Jenuh la kalau hari-hari aku nak kena ingatkan benda yang sama, kan. Kekadang aku ni pelupa jugak walaupun jarang-jarang sekali pekena kari kepala ikan kat kedai mamak depan tu.
Kekadang, ada gak time kelam kelibutnya kan. Tu yang ter miss nak 'berdialog', pepagi hari. Yang tak tahan tu, selalu pagi2 dah nganto si kakak gi sekolah, pastu aku tiga beranak dok lepak depan taska sambil makan karipap beli kat tepi jalan (laa...memang lah tepi, acer gile gi beli tengah jalan). Dah habis karipap dua inggit, baru diorang nak kabor yang tertinggal beg lah, tertinggal kasutlah, tertinggal bekal lah .......yang tak pernah tertinggal.. kompem la 'duit belanja'. Tak ke baran aku pepagi buta. Rugi masa aku setengah jam dok saje depan taska sementara tunggu taska tu bukak.
Nak balik umah pun dah ambik masa dalam 15minit jugak (kalau tak jem la, maklum le time orang kuar gi keje) . Tak pasal2 lewat lak aku datang keje rini. Dah la lewat, cari parking kat tempat keje pun satu hal. 5 kali tawaf, baru dapat mencelah. Nasib tak baik lagi, keje lak ngan partner yang tak best. Lewat 10 minit, kepoh satu opis... chaitt.. Aiyaaa mami, macam la lu tak pernah lewat....


Sabtu, 22 Januari 2011

ulcer

aduyaiii...tetiba je la pulak ulcer ni muncul. Dekat gusi lak tu. Nak makan pun tak selesa. Pedih giler, nak pulak kalau terkena makanan yang bergaram. Perrrgghhh....tak tertahan rasanya. Boleh menitik air mata macam tengok cerita hindustan kat tv. Kata orang la kan, benda alah tu jadi sebab dek panas dan kurang minum air masak, tak tau la aku betul ke tidak.
Tadi masa kat trafik light, aku pasan gak driver Myvi sebelah tersenyum2 tengok aku. Pastu dok gelak2 bercakap ngan orang sebelah dia sambil paling kat aku. Mamat2 motor kapcai kat sebelah pun dua tiga kali paling tengok aku.....hah, baru aku tersedar yang aku dok buat kembung pipi sepanjang jalan pasal nak hilangkan rasa sakit ulcer tu.
Mesti dalam hati diorang, muka aku dah macam muka ikan buntal, takpun macam muka katak kembung...waaaaa