Ahad, 2 September 2012

tak sihat..

Sejak balik dari Makkah hari tu, batuk selsema yang melanda belum surut-surut. Suara pun dah sama tone dengan itik serati. Masuk ujibakat The Voice, sure awal kena reject. Mujur demam dah takde. Sakit betis pun dah hilang. Kalau tak, berdiri pun nak kena papah. Maklum la, aku kan ada masalah verikos vein.. kaki aku mudah tak tahan kalau berjalan atau berdiri lama. Itulah cabaran utama masa buat umrah. Kena tahan sakit la masa tawaf & saei... itu pun berkali-kali ingatkan diri......'kerana Allah'. Mungkin sebab aku tak 'warm up' dulu kot. Macam joging jugak... sebelum berlari kena 'warm up' kan kaki dulu. Kalau tak nanti boleh jadi cramp. Maklumlah, sebelum tu kaki dah sembab sebab berjuntai dalam kete.Campur tolak lebih kurang 16 jam tu.... tapi tak pe, mungkin tu satu ujian sebelum Allah nak makbulkan segala doa aku kat sana. Ini baru sikit....
Ubat dah berjenis-jenis aku telan. Yang tak bestnya kat Jubail ni, payah nak dapat ubat yang kita biasa ambil macam kat Malaysia. Setiap kali pesan kat en suami beli ubat (siap nama ubat), mesti takde... aku kena check dulu kat internet samada ubat tu ada tak jual kat Arab ni, baru suruh en suami gi beli. Nyesal lak tak bawak bekal untuk standby sebelum datang sini dulu.

Asyik terhacchum sana terhaccum sini, dah virus hinggap kat baby. Mangsa pertama. Ni yang leceh.. nak pulak time tido malam. Sah-sah la hidung dia sumbat. Kompem mengamuk punya. Baby.. bukan pandai nak hembus hingus keluar.. kasi makan ubat pun payah. Yang kecik ni, tak boleh tipu kalau letak ubat dalam susu. Dia boleh rasa.. dia luek balik.. melainkan dia betul-betul dahaga, terpaksa gak dia minum.
Lepas tu si kakak dan ammar dah mula tersoksek-soksek berair hidung. Mujur dah besar, tak berani nak bantah bila aku sumbat ubat dalam mulut. La ni, ayah diorang lak mengadu sakit tekak.. kompem la jangkit ... ater tido sebelah, kannnn.....

***Satu yang aku rasa perubahan yang ketara bila anak-beranak demam ni... masak nasi 3 put sokmo tak abih. Kalau tak, 4 put pun macam tak cukup.... selera diorang seme merundum... aku je yang maintain.. hehehe