Jumaat, 25 Januari 2013

..sabor je la..

Aduyai... malang tak berbau. Elok2 plan benda lain tengahari tadi, dah jadi benda lain. Nak dijadikan cerita, masa rehat gomen hari Jumaat kat Malaysia ni panjang sikit dari hari biasa. Kebetulan nama tak naik dalam tugas 'lunch call' hari ni, aku pun plan nak balik umah masak untuk lunch. Sebelum balik tu, aku ambik Ammar kat taska pastu ambik Amir & Sabrina kat sekolah dorang.

Biasa la hari Jumaat di Kuantan.. memang menguji kesabaran sikit bila di jalanraya. Aku drive sangat2 la siviknya di lorong kanan, walaupun mengejar masa. Yela.. laju pun tak guna sebab kete banyak di jalan... very smooth sampai la kat jalan berdepan restoran Rahmat... ala..depan sikit tu ada jalan masuk ke Masjid Indera Mahkota. Kat bahu jalan tu kan banyak orang berhenti cari parking nak gi solat Jumaat. Nak di jadikan kisahnya.. ada la sorang makluk tuhan ni, bawak kete di lorong kiri, tetiba bagi signal (dia kata la.... tapi anak2 aku pulak kata takde pun dia bagi signal) terus potong line aku tapi tak lepas. Aku siap brek tapi dia terus tekan minyak himpit kete aku. Kalo betul pun dia bagi signal, dah rapat sangat.. kompem la aku tak nampak. Kete aku tinggi dari kete dia.. Memang sah2 jugak dia yang salah. Dia berhenti depan aku, aku pun berhenti la jugak tengok keadaan kete. Ala.. calar sikit je, kete dia? ... kemek sikit je pun, claim insurans pun tarak baloi punyer...
...tapi yang buat aku hangin tu, dia siap tengking2 aku cakap aku salah. Apa ni sister... u yang langgar ai, u pulak yang marah ai.. gilo ko.. Ok, fine... aku pun ajak dia gi buat repot balai. Ater sampai balai, kawan dia nak deal ngan aku. Kawan dia bagitau yang si pemandu tu tengah stress ada masalah famili.. sebab tu dia emosi sikit.. Weh... u ingat u je ada masalah... cacing dalam perut pun ada masalah jugak la woiiii... (Astagrafirullah.. sabor mimi, sabor...)
1st traffic report in my life..
Kata nak settle tapi nak mintak aku bayar repair kete dia sebab dia takut nanti laki dia marah sambil tetap jugak mention aku yang salah. Suka2 hati ko je ek... aku punya kemik, aku punya calar, pehal? Aku pun cakap la, nak suruh aku bayar, no hal... jom buat report. Ater siap2 je aku sign report, laki dia pun sampai.. nak deal dengan aku kasi settle.. sendiri rosak sendiri tanggung sebab dia tengok kete dia 'cedera ringan' je. Dia takmo rugi masa.. (u punya bini sudah bazirkan masa 'lunch' ai tau) Actually aku tahu yang laki dia takmo kena saman. Tapi sori bro... sayang semuanya telah terlambat. Itu report tableh tarik balik pasal itu kesalahan trafik...

saje je buat ai tayang diri kt tengah jalan..
~sesaje je ai kene ngulor keje petang ni.. :P

Ahad, 20 Januari 2013

hepi besdei son..

Hari ni genaplah umur my 2nd son, Wan Ammar Sabrin, 5 tahun. Bermakna untuk ke 5 kalinya dia sambut birthday tanpa kehadiran si ayah yang mencari rezeki nun jauh di sana...

Hadiah?.. hmm, tahun ni takmo lah kasi hadiah pasal sebelum ni pun dah macam2 ibu dan ayah kasi dia hadiah. Apa tidaknya, setiap kali ngikut gi kedai, sure ada je mainan di tangan. Berjaya sokmo2 mengepau ibu terutamanya, dengan muka poyo yang encem itu... (sampai si abang pun naik berbulu...huhuhu..)

Apapun sayangku ammar, ibu tetap akan hadiahkan doa moga anak ibu ni akan sentiasa dilindungi, diberkati hidup, diberi rezeki yang baik, diberi akal yang cerdik & diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt. Moga anak2 ibu jadi anak2 soleh & solehah.. Aamiin.

ammar with his 5th birthday cake
Red Velvet Cupcakes tempah dgn Syafa Cupcakes di pesbuk..

Khamis, 3 Januari 2013

kami dah balik...

Dah 3 minggu aku ngan anak2 selamat sampai di Malaysia bertemankan en somi. Dan dah hampir seminggu en somi balik semula ke bumi Saudi. Tak berkesempatan nak update blog ni. Buzy sesangat. Ngalahkan bini PM... hihihi. Beg2 balik hari tu pun masih belum habis kemas lagi. Tak kuasa. Usahkan nk kemas beg, barang2 dapur pun tak cukup top up lagi. Dah tak menang tangan nak berulang alik ke pasaraya Tunas Manja tu. Nak beli terus sekaligus, tak larat nak angkut barang ke kete. Nak suruh anak?... iskh, tak kuasa nak angkut diorang gi market ni. Kompem hilang terus mood nak menyoping... maklum la, anak2 ku tersayang tu tergolong dalam spesis 'ingin tahu' yang melampau. Kang barang tah ke mana, anak tah ke mana... huhuhu