Jumaat, 22 Mac 2013

ke sana lagi..

Cuti sekolah akan tiba minggu depan tapi aku dah mintak izin kat cikgu kelas anak2 aku nak cuti 3 hari awal. Plan asal dh berubah... asal2 nak beli tiket flight 23/3 tapi nak booking asyik tertangguh pasal kitorang belum dapat kebenaran visa masuk Saudi untuk adik ipar aku. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat keputusan yang mendukacitakan. 3 kali request di reject. Tak tau apa masalah tapi mungkin sebab law baru Saudi yang agak ketat. Pompuan takde mahram tak leh masuk Saudi tapi...... somi aku bukan ke abang kandung dia, pun tak boleh ker?... not understeng la.. Dah lambat ngat booking, kebanyakkan tiket flight Saudi Airlines dah fully booked. Biasa la musim2 umrah ni. Somi aku cadang naik flight Sri Lankan tapi aku tak nak. Aku kurang ada keberanian nak 'transit' kat Colombo tu. Maklum la, adik ipar tak jadi pegi, so takut jugak sdn bhd jaga anak2 kat tempat orang. Naik Saudi Airlines, kompem transit dalam Saudi jugak, lagipun ramai orang Mesia naik. Akhirnya dapat flight dari KL ke Riyard dengan Saudi Airlines, pastu naik flight Nasair pulak ke dari Riyard ke Dammam.
Dah settle ngan tiket KL-Dammam, baru la cari tiket Mas Kuantan-KL pulak. Asal2 nak drive ke airport pastu tinggal kete kat situ tapi bila kira balik, dekat nak sama je harga tiket flight dengan kos bayar parking KLIA tu. Belum kira duit minyak lagi tu... Dari penat drive, baik ambik flight terus, ye dak?!

3 kapal terbang naik nak jumpe en somi... huhuhu

Isnin, 11 Mac 2013

gemuk tapi sihat..

Alahai, lama gak tak bukak blog ni. Bererti lama jugak blog ni tak ber'update'. Busy sangat lately, sampai tak de masa nak pikir cite apa nak dikongsi kat sini.

Yang herannya, busy macamana pun aku.. badan tetap menten... menten ngan lemak2 tepu di sini sana. Orang lain bila sangat busy, badan jadi sekeping tapi aku.. huh, ibarat sandwich 4,5,6 keping. Muskil gilerrrrr...

Bab nak kurus mengkuruskan diri ni, aku dah 'resign'. Dah tak kuasa nak berdiet bagai nak rak tapi tak jugak turun2. Tak tau la kalo penimbang aku tu dah rosak atau nak kena kalibrate semula. Asyik statik je result dia. Dari teh OK sampai la ke jus SP... dari jamu MR sampai la ke slimming centre. Result tetap yang adoooo. Giler bazir duit gaji setiap bulan. Sape tak nak badan cantik slim melim kannn.. tak kira laki ataupun pompuan, ye ta?

Susah la.. aku ni kan spesis pompuan melayu sejati.. Mana boleh tak makan nasi. Seme nak kena pantang nasi. Sian lak kat pesawah nanti pasal takde orang nak beli beras. Payah aku nak hidup ngan makan sayur, buah ngan air masak je. Ater dah makan nasi, takkan makan nasi kosong je kan.... haruslah berlauk paling kurang 2,3 jenis. Lauk pulak, orang melayu... ofkos la bergoreng, berlemak dan bergaram ye tak. Lain la kalo kena admit kat wad sepanjang tahun.. kompem boleh kurus sebab lauk pauk tawar heber, singgang ikan aye 365 hari.. sanggup kerrrr... err... pantang beranak 40 hari tu pun terbabas sokmo... hehehe

From now on, tak kisah lah obes pun asalkan sihat tubuh badan. Lagipun, sape kata pompuan obes tu tak cantik, silap besar la korang. Kitorang cantik lagi comel apeee... Kurus tapi sakit sokmo pun tarak guna jugak. Sekarang aku ber'diet' tapi bukan sebab nak kurus, tapi sebab aku nak sihat. Aku kena sihat untuk jaga keluarga aku. Aku kena sihat untuk terus tengok anak2 aku grown up dan succes in their life... tapi kalo dah tertulis aku akan 'diambil' sebelum tu, apakan daya...

jangan le sampai macam gini lak... huhuhu