Isnin, 23 April 2012

hepi besdei to us

Lama tak meng update blog ni. Maklum je la sejak kehadiran si kecik ni, sibuk la sikit. Payah nak bukak laptop. Asal baru nak start je, si kecik merengek. Terus hilang mood nak bercerite-ceriti kat sini.
kek cawan besdei aku..
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya sebab masih bagi aku peluang untuk meraikan birthday buat kesekian kalinya. Yang ke berapa???    hmm.. jap nak tengok ic sat, maklum aje la.. umur makin bertambah ni, terlupa lak tahun bila lahir ( buat-buat lupa sebenarnya..;p). Tua sudaaa..
Ada la jugak a few friends ( ada la 2,3 orang ) yang ingat nak kasi birthday wish kat aku. If diorang terbaca blog aku ni, terima kasih sangat2 kat korang ( you know who u're ) sebab ingat birthday aku. Tahun ni tak ramai yang wish birthday kat aku sebab aku tak publish my birthday kat profile fb & twitter. Saja.. nak tau gak sapa je yang ingat hari tu. My hubby pun hampir terlupa nak wish sebab dia busy sangat. Dapat call dari dia pun dah dekat penghujung hari tapi it's ok, bak kata omputih 'better late than never'... kan..
kek cawan kasi kat kawan2 sekerja..
Tahun2 sebelumnya, aku akan jamu kengkawan makan2 kat tempat keje time birthday. Masak sendiri. Tapi tahun ni, kebetulannya aku masih dalam 'cuti bersalin'... nak masak pun payah sebab nak kena jaga baby. So aku tempah cupcakes dari kuantancupcakes.blogspot.com. Itupun dok cari kat google. Kebetulan jumpa & tempahan diterima. Sedap jugak, kalau ada sape2 yang rasa nak tempah cupcakes tu, boleh try la contact owner blog tu. Sesekali tolong orang melayu kita, kan...
kek cawan untuk anak bujang aku..
Kebetulannya pada tarikh yang sama jugak, anak aku yang kedua juga sambut birthday dia. Berkongsi tarikh lahir ngan anak, seronok jugak. Boleh order kek bebanyak.. So, dari pagi sampai ke malam kitorang dok ngulang makan cupcakes. Makin bertambahlah gula & lemak dalam badan... hehehe.