Musim-musim panas cenggini, mula la rasa nak makan benda yang boleh menyejukkan tekak. Hari tu buat agar-agar Milo tapi aku sorang je yang makan sesungguh. Yang lain-lain macam kureng je dengan agar-agar gitu. Makan pun sekadar takmo aku berasa hati kot.. huhuhu
Teringat pulak ritu my hubby beli bertin-tin jagung dalam tin. Yang creamy, yang tak creamy... pelbagai ande. Standby kalo lapar tengah malam katanya. Hmm.. tetiba keluar idea nak buat puding jagung. Apa lagi, mula lah start blog walking mencari resepi yang mudah. Hasil dari meng 'combine' resepi-resepi para bloggers maka jadilah ia... Puding Jagung Kastad Berkuah Syrup Koktail Berkastad Lemak Berkrim Disukai Ramai..... fuiiyoooooo... panjangnya nama... hehehehe. Ok la, nama pendeknya.. 'Puding Jagung Banjir'.
Bahan-bahan Puding;
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung berkrim
1 cawan santan
4 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
Mula-mula bancuh tepung kastad dengan air. Bila dah larut, masuk semua bahan yang lain & kacau atas api yang tak kecik tak besar. Kacau jangan berenti, sambil menyanyi pun takpe asal tangan jangan berenti mengacau. Kalau tak, alamat jadi berketul-ketul la adunan tu nanti (pengalaman lalu... hehehehe). Bila dah nampak pecat, likat & berkilat ala-ala dodol tu... sila tutup api ye tuan puan. (macam dalam tv lak rase...). Cepat-cepat pindahkan dalam bekas yang sesuaiiiiiii.... Pastu simpan dalam peti sejuk dulu.
Bahan-bahan kuah;
1tin buah-buahan koktel
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastad
1 gelas air
1 sudu esen vanila
secubit garam
Bancuh tepung kastad dengan air. Campurkan kesemua bahan dalam periuk, pastu kacau jangan berenti jugak. Bila dia rasa macam suam-suam sikit, tutup je api. Tak payah sampai mendidih. Pastu simpan dalam peti sejuk.
Puding ni tersangatlah best makan bila dia sejuk, tapi kan, al-kisahnya... hari yang aku buat puding ni... dah cantik simpan dalam peti dalam 2,3 jam. Dah berangan betapa syioknya makan puding yang sejuk iteww. Aku hidangkan kat meja dan suruh my hubby makan dulu sebab aku nak solat isyak dulu. After solat, aku keluar bilik nak makan tengok pinggan..... licin sudaaaa... huhuhu. Nasib baik takde batu belah batu bertangkup kat sini... ;p
Saja nak share resepi ni, bagi yang dah terer tu... janganlah jebik pulak ek... resepi ni untuk mereka-mereka yang kurang mahir di dapur macam tuan punya blog ni ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan