Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Ogos 2017

....i am me...

Dah lebih pertengahan tahun baru nak buat 1st entri untuk 2017.. Wahhhh...betapa akak sudah melupakan laman ini ya. Jenuh menyelak tabir sawang...hehehe.. Ye akak lupa... lupa password dik non. Bese la bila dah masuk kategori senja nan merah ni, penyakit kelupaan makin ketara. Yang herannya bila bab makan tak pulak dia lupa gitewww...

Makan dan akak memamg takkan terpisah. Memang akak spesis yg suka makan. Nak kata 'kuat makan' tu macam pelahap la pulak kan. Mulut ni asyik nak mengunyah je, tak kira la hepi ke, sedih ke, stress lagi la kan.. hehehe. Sebab tu la makin hari makin kembang bermangkuk hayun,, hehehe, Ex2 boipren akak memang tak menyesal la broke up ngan akak dulu. Kalo tak, senget sebelah bila naik kete ngan akak... 

picture from google

Dan sebab suka makan jugaklah, akak jadi suka masak. Akak kerap upload gambo2 lauk pauk yg akak masak tu kat pesbuk dan instagram. No.. tak harap orang puji pun dik non, walaupun ada 'haters' yang bermulut longkang kata akak nak tunjuk rajin. Perghhhh... macam retis you, ada 'haters'. Besela..kita ni tak seme orang suka kannnnn.. ade mak kesah (mata pandang atas sambil mulut mencebik)

Akak upload gambo2 tu sebab nak bagi idea kat my 'friends' and 'stalkers' kat alam maya tu ha.. yg masih tak menyala mentol dalam kepala diorang nak masak apa. Nak share jugak resepi campak2 dengan kengkawan yg baru2 nak berjinak-jinak ngan periuk belanga yg dorang baru beli kat gosop ngan lazad tu ha.. kihkihkih. 

Akak jugak nak bagitau, walaupun akak masuk keje kul 7.30am, balik kul 5pm. Senin sampai Jumaat...and have 5 kids to handle without my hubby sebab 'pjj' (perkahwinan jarak jauh kata orang).. sempat je untuk sediakan bekpes, lunch & dinner untuk my family. Sempat je uruskan keje2 rumah. Sempat jugak selit2 baca novel... hehehe... Actually, pokok pangkalnya diri sendiri. Nak dan tak nak... macam DSV kata  "i'm inspire your desire"...hahaha. Kita punya badan, kita punya masa... pandai2 la kita aturkan.. no matter working mom or stay at home mom

pinjam kat gugel

And you.. women out there... please la.. sudah2 la merendahkan sesama sendiri. Para isteri yang berkerjaya merendahkan para isteri yang sepanjang masa menguruskan rumah. Begitu jugak sebaliknya. Dua2 ada kelebihan, dua2 ada kekurangan. Dua2 pun 'surirumah'... dua2 pun permaisuri dalam rumahtangga. Dua2 pun mulia.

p/s : kalo ade typo tu buat2 tak nampak je la ye.. 😉

Jumaat, 24 Julai 2015

...juadah raya..

Dah seminggu rasanya kita meraikan Aildilfitri. Baru hari ni aku ada kesempatan nak meng’update’ cite raya kat sini. Busy uolss… (hehehe).. la sangatttt.. Bukan busy beraya, tapi busy mendobi dan melipat kain baju yang menimbun gara2 cuti lama kat kampung. Statement poyo sangat… macam la balik berbulan2 kat kampung tu kannnn… 4 hari je pun… hehehe

Slogan raya aku tahun ni.. ‘makan tido’.. takde maknanya turun pat lima kilo time puasa ritu. Dah memang dijangka.. hari raya je kompem ‘ter’makan melebihi had yang ditetapkan oleh perut. Macam selok sangat dapat makan di siang hari tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut diangkut van jenazah… muahahahaha….  Juadah atas meja kompem la bukan salad sayuran atau singgang ikan tenggiri atau roti bakar sapu margerin campur sekaya (yang baik2 untuk kesihatan) kannn.. Raya.. memang tak lengkap kalo takde tiga benda merangkap bff ni…. Si manis, si lemak dan si karbohidrat, kat atas meja makan. Celik mata je, dorang bertiga macam melambai-lambai je kat aku walaupun dorang tau yang aku belum gosok gigi lagi..

Dulu2 masa arwah mak ada… juadah pagi raya kitorang cuma rendang dan lemang. Kekadang sampai lunch kitorang makan rendang dan lemang tu. Tapi sejak arwah mak takde, aku ngan adik beradik serta ipar duai bergotong royong la main masak2 untuk juadah di raya. Disebabkan adik beradik aku majoriti ‘kawin campur’ (utara selatan timur barat Malaysia jer).. hehehe… makin banyak la menu pagi raya kitorang. Tu yang kejenya makan tido makan tido di hari raya. TV pun tak dan nak tengok. Apatah lagi nak gi beraya umah tetangga.


Meh cuci mata dengan hasil ‘kerjatangan’ kitorang. Aku belanja gambo sikit..

lemang
rendang daging ciliapi
acar mentah
Menu kat atas ni hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Kluang tapi duduk kat Serting. Lemang tu dorang kongsi buat ngan kengkawan dorang. Yang pastinya lemang tu memang sangat berlemak... dan punca utama aku tak dapat menahan mata dari terlelap lepas pekena lima enam potong... iskh3x, baik makan sebatang terus.. kannn (lemang jugak yang dipersalahkan..haihhh...)

rendang ayam goreng
Yang ni pulak hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Aloq Setaq tapi keje kat Kolumpo. Aku pasan yang bapak aku suka pasal nampak dia ulang makan rendang nih...

nasi minyak
kari kambing

ayam masak merah
Yang atas ni pulak.... hmm.. aku la yang punya keroje. Tak la sesedap kat restoran tu tapi boleh la di telan dek tekak dorang.. tapi sedey pasal bapak aku komplen kari kambing kurang garam dan kurang pekat (ala... aku tak makan kambing sebab tu aku tak rasa dulu...hehehe...alasannn). Malamnya pulak ada lagi acara mentekedarah kitorang. Adik ipar aku masak mee goreng. Biasa adik aku yang masak, tapi sejak dah kawin ni dia dah turunkan skill goreng mee tu kat orang rumah dia. Servis bertukar tangan la sekarang. Yang ni tak dan aku nak snap gambo. Satu lagi menu yang aku tak dan nak snap gambo...bbq kambing... dorang kata sedap tapi aku bab kambing ni, masak boleh.. makan tidak. Adik aku yang duduk Nilai beli daging kambing 5kg. Puas la mengembek hari tu.. mujur tak lekat bau kambing. 

sate ayam & daging - 400 batang
Sate ni aku tempah ngan member satu keje ngan aku. Aku tak kose nak mengadap mencucuk sate yang banyak gitu. Kang tercucuk mata lak sebab dek ngantuk. Kebetulan dia cuti sebelum raya, tu yang dia ada masa nak menyucuk tu. Kuah ngan nasi impit.... pun aku tak kose nak buat. Guna yang segera je...


rasa dia sedap jugak
Yang sadisnya raya pertama tahun ni, aku cuma sempat ambik gambo makanan je... gambo pakai baju raya sedondon tak dan nak ambik.. sian baju raya... terpinggir...hehehe










Selasa, 11 Disember 2012

ade ke mase??

Melewati hari2 penghujung 'percutian' ni dengan melangok depan pc en somi, secara tak langsung timbul kesedaran nak do something bila balik mesia nanti. Hari2 mem'blog walking' kat blog2 pakar2 di dapur ngan buat road tour kat timelime pesbuk kengkawan pompuan khususnya (kengkawan ex schoolmate yg lelaki, sori ek... tak berminat lak jari aku nak klik..). Jeles... sungguh aku jeles dengan kemahiran, kepakaran dan ke'terror'an korang. Jelesnye aku bila tengok korang post gambo2 masakan terutamanya western style macam kek, pastry, pasta, pallova (teringin nk makan mende nih) dan seangkatan dengannya. Nak2 lak tengok korang deco menda2 tu seme.. gilerrr pandainye korang. Aku ni nak kelim karipap pun pakai acuan, tu pun ada gak yg 'tersengih' bila digoreng. Baguihnye tangan korang... (tangan aku pun baguih jugak.. baguih melempang orang... hahahahaha)

Tu belum lagi masuk yg menge'post' kraftangan2 yg lain.. broonch, tudung, telekung, baju... seme handmade at home. Termasuklah satu2nya adik pompuan aku yg terror jahit beg (i'm proud of her). Aku nih... takat jahit butang baju tercabut, boleh laaa... tu pun benang suka hati je kaler apepun. memang 'kerastangan' betul. 

Bila sedar diri banyak yang kurang tu kan, mula2 timbul nawaitu nak pertingkatkan kemahiran diri. Mula tercari2 kat laman maya ni kot2 ada kelas2 masakan dan jahitan yang ada dekat2 rumah. Ada tu ada tapi (mesti ada gak 'tapi' tu kan), rata2 semuanya hari Sabtu Ahad (hari yg nursery anak2 aku tak beroperasi).  Kalo hari bekerja pun masalah jugak, takkan kena ambik mc (pasal cuti tahun dah perabih) tiap kali nak gi 'kelas tambahan' tu kan... Pastu rata2 kena ambik 2 ke 4 jam punya kelas. Kang terkejar2 ngan anak2 aku punya kelas tuisyen. The main problem is.... ade ke mase?????


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... kata orang lama. Insya Allah, aku tetap akan ambik 'futher study' bab2 masak2 dan jahit2 ni jugak (takde graduation punya la) tapi secara online kat alam maya nih... lagipun ramai 'guru2' masakan kat internet ni kannn. Teringin jugak nak sediakan kek untuk birthday anak2 & en somi dengan airtangan sendiri....

Selasa, 14 Ogos 2012

apam balik..

Sejak berada diperantauan ni, makin rajin pulak aku mencuba-cuba resepi kat blog-blog orang yang terer masak ni. Aku pun minat main masak-masak ni, tapi sekadar yang senang-senang je untuk tekak family sendiri. Nak jamu kat orang... iskh.. segan la pulak. Bukan reti sangat memasak ni. Yang cincai-cincai je. Memang tabik spring la aku kat bloggers yang terer bab masak-memasak ni. 
Semalam terasa nak mencuba buat Apam Balik. Macam biasa la, rujukan utama... Makcik Gugel. Tengok resepi dan cara buat... la.. senang giler. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Resepi ni hasil dari olahan semula resepi-resepi para masterchef kat rumah Makcik  Gugel ni.

Bahan untuk apam/pancake

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
11/2 cawan air masak
1 sudu teh sodium bicarbonate
1sudu teh baking powder (tapi kalau dah guna tepung naik sendiri tu, takyah taruk la menda ni)

Bahan untuk tabur

Kacang tanah yang dah di kisar
Gula pasir
Jagung dalam tin yang spesis berkrim

Planta/margerin untuk sapu kat kuali

Cara buat dia;

Pukul telur ngan gula sampai kembang, pastu taruk la sodium bicarbonate dan baking powder tu dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan air sikit-sikit dan kacau sampai sebati. Then boleh la masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau tau. Kalau tak nanti, berketul-ketul lak jadinya.. lagi senang kalau pakai mesin buat kek tu. Aku kat sini guna manual je la.
Panaskan kuali seeloknya guna yang non-stick pan..... nak elok lagi pakai kuali tembaga yang khas untuk buat apam balik tu ha.. hehehe.... Kuali dah agak suam-suam kuku panasnya, sapukan margerin kat kuali tu. Pastu masukkan sesenduk adunan tadi dan ratakan... (ala.. macam buat lempeng tu la, takpun macam buat telur dadar).. biar sekejap, api jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang-sedang saje... Bila nampak macam nak jadi berlubang-lubang tu, sila taburkan gula ikut suka la nak banyak mana. Aku suka tabur lebih sikit pasal nak kurangkan rasa payau sodium bicarbonate tu. Pastu taburkan kacang yang dah dikisar. Kalau malas nak goreng kacang tu, guna je readymade salted nut yang selalu buat kudapan tu ha. Kisar je sikit. Untuk yang alahan kat kacang tanah lak, boleh ganti dengan kacang hazel ke, kacang gajus ke atau badam pun boleh kot. Jangan tertinggal lak cik jagung berkrim tu. Taruk la sesudu dua. Nampak kulit cam nak garing sikit, boleh la lipat dua kan apam balik tadi. Pastu pindahkan ke pinggan. Makan panas-panas lagi best. Nak lagi best, sapu margerin kat kulit dia... perrrgghh... lagi syiok. Manis-manis lemak masin gitu....
tadaaaa..... jadik pun. Walau rupanya tak secantik kat pasar malam tu,
tapi cukup cantik di tekak laki & anak-anak aku... licinnnnnnnn...


Ahad, 5 Ogos 2012

puding jagung banjir...

Musim-musim panas cenggini, mula la rasa nak makan benda yang boleh menyejukkan tekak. Hari tu buat agar-agar Milo tapi aku sorang je yang makan sesungguh. Yang lain-lain macam kureng je dengan agar-agar gitu. Makan pun sekadar takmo aku berasa hati kot.. huhuhu
Teringat pulak ritu my hubby beli bertin-tin jagung dalam tin. Yang creamy, yang tak creamy... pelbagai ande. Standby kalo lapar tengah malam katanya. Hmm.. tetiba keluar idea nak buat puding jagung. Apa lagi, mula lah start blog walking mencari resepi yang mudah. Hasil dari meng 'combine' resepi-resepi para bloggers maka jadilah ia... Puding Jagung Kastad Berkuah Syrup Koktail Berkastad Lemak Berkrim Disukai Ramai..... fuiiyoooooo... panjangnya nama... hehehehe. Ok la, nama pendeknya.. 'Puding Jagung Banjir'.

Bahan-bahan Puding;
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung berkrim
1 cawan santan
4 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam

Mula-mula bancuh tepung kastad dengan air. Bila dah larut, masuk semua bahan yang lain & kacau atas api yang tak kecik tak besar. Kacau jangan berenti, sambil menyanyi pun takpe asal tangan jangan berenti mengacau. Kalau tak, alamat jadi berketul-ketul la adunan tu nanti (pengalaman lalu... hehehehe). Bila dah nampak pecat, likat & berkilat ala-ala dodol tu... sila tutup api ye tuan puan. (macam dalam tv lak rase...). Cepat-cepat pindahkan dalam bekas yang sesuaiiiiiii.... Pastu simpan dalam peti sejuk dulu.

Bahan-bahan kuah;
1tin buah-buahan koktel
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastad
1 gelas air
1 sudu esen vanila
secubit garam

Bancuh tepung kastad dengan air. Campurkan kesemua bahan dalam periuk, pastu kacau jangan berenti jugak. Bila dia rasa macam suam-suam sikit, tutup je api. Tak payah sampai mendidih. Pastu simpan dalam peti sejuk.

Puding ni tersangatlah best makan bila dia sejuk, tapi kan, al-kisahnya... hari yang aku buat puding ni... dah cantik simpan dalam peti dalam 2,3 jam. Dah berangan betapa syioknya makan puding yang sejuk iteww. Aku hidangkan kat meja dan suruh my hubby makan dulu sebab aku nak solat isyak dulu. After solat, aku keluar bilik nak makan tengok pinggan..... licin sudaaaa... huhuhu. Nasib baik takde batu belah batu bertangkup kat sini... ;p

Saja nak share resepi ni, bagi yang dah terer tu... janganlah jebik pulak ek... resepi ni untuk mereka-mereka yang kurang mahir di dapur macam tuan punya blog ni ha

Rabu, 1 Ogos 2012

kuih keria tak jadi..

Bulan-bulan puasa gini, nak pulak duduk kat tempat orang.... mula lah tekak tu terasa rindu nak mentekedarah kuih-kuih tradisonal kita. Tetiba nak makan kuih keria a.k.a kuih gelang. Arwah mak aku selalu buat kuih ni masa zaman aku sekolah dulu. Nak cari kat sini, kompom takkan ada punya. Kalau donut tu bersepah-sepah la kedai jual, tapi regenye jangan dok mimpilah 3 singgit yek. Standard donut kedai Big Apple & Dunkin's Donut tu ha.. paling-paling koman pun ada jual kat hyper2 market bahagian bakery. Singgit lebih gak la seketul...
Dah alang-alang ke supermarket baru ni, try la jeling kot-kot ada ubi keledek jual kat situ. Ada jumpa tapi hok mahal tu la, bukan hok ubi keledek kampung kita tu. Dua ketul agak-agak besar tapak tangan, lebih kurang RM15 duit kita. Beli la jugak dah mengidam ngat nak makan.

Actually aku bukan pandai sangat bab-bab buat kuih ni. Nak kena belek resepi kat intenet dulu baru buat. Balik umah rasa excited je nak mencuba buat sendiri kuih keria tu. Dah siap rebus, siap lenyek.. aku pun campur la dengan tepung untuk jadikan macam doh tu. Uli-uli, lembek... pastu lekat kat tangan so aku dok tambah lagi tepung.. rasa mau dekat sekilo tepung aku masuk. Tiba masa nak membentuknya, still lembik melekat-lekat di jari... 10 biji yang pertama, nampak ok. Masuk yang seterusnya, ok la jugak walaupun..... Masuk yang ke 20 biji... ahhh.. takleh jadi ni. lauk berbuka tak masak lagi ni. 2 jam lagi dah Maghrib. At last, aku masukkan lebihan doh tadi dalam peti (ater dah dekat sekilo taruk tepung, tentulah banyak, kan..). Tak cukup kang, lepas berbuka nanti buat lagi... kononnye lah.

Nak dijadikan cerita, lepas terawih anak-baranak, aku pun dengan kompidennye goreng lah kuih keria tadi. Bila time makan, dengarlah suara-suara sumbang anak-anakanda.. "kuih ape ni, uii kerasnye!!!".. hahaha, memang keras giler tapi abih gak la kan (itupun lepas aku paksa anak-anak makan.. kejam tak??!).

betul kata pepatah omputih,
don't judge a book by it cover
rupa dah cantik tapi rasa... lembut sikit dari batu.. huhuhu
Esoknya aku pikir nak buang je lebihan doh semalam tapi sayanglah pulak. Aku ni memang spesis tak suka membazir terutama sekali makanan (tengok body la kan.. ). Tetiba muncul mentol lampu kat kepala hotak aku ni......... aku pun masuk doh tu dalam blender, tambah air panas secawan, garam sesudu. Blend kasi sebati. Pastu goreng. Siap goreng, dah sejuk sikit, aku tabur gula halus. Maka terciptalah Cekodok Keria Tak Jadi... hehehehe. Dan tak disangka-sangka, anak-anak aku berebut makan sampai tak tinggal untuk ayah diorang. Berbaloi la dari buang, kan...

taraaaaa..... Cekodok Keria Tak Jadi
Tapi satu pengajaran yang aku dapat dari sesi buat kuih hangat tahi ayam, jadinya tidak ni... nak buat sesuatu tu kena study betul-betul dulu. Masa kena sesuai. Paling penting.... KESABARAN kena ada beb..