Memaparkan catatan dengan label ceaserean. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceaserean. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2019

...rezeki lagi.....

Throwback awal kejadian. Asalnya memang la ada petanda nak period macam breast bengkak dan memulas perut sekali sekala tu. Pastu dua minggu berlalu still takde pulak keluar period tu. Macam pelik je pulak. Selalunya bila ada petanda gitu, paling lama 5 hari start la darah haid tu keluar. Pastu kerap pulak rasa gelap mata macam nak pitam tu. Suami kata mungkin sebab dah berumur. Ada darah tinggi kot kata dia. Ok la... mungkin. Terpikir pulak yang agaknya dah nak sampai masa kekacauan hormon berlaku kot. Petanda nak menuju menopous barangkali.

Pastu nak dijadikan cerita satu hari tu, celik mata bangun tidur tergerak rasa nak buat urine pregnancy test aka UPT, dah kebetulan memang ada simpan banyak strip tu beli kat Lazada. In case la kannnn.... Pasal malam sebelum tu ada terpikir perubahan suami yang giler jaga makan tu dah tak jaga makan. Macam lain macam je selera dia makan sekarang. Mana pigi dia punya diet??? Satu lagi kerap pulak dia demam, selsema ngan batuk.  Lama pulak tu kena. Tanda-tanda yang sama jadi kat akak setiap kali akak pregnant... tapi kali ni tak pulak. Semua macam beralih dekat suami.

siap 2 kali check takut strip tu rosak ke apa kannn..

Jeng...jeng...jeng... Betullah, Allah bila nak bagi rezeki tu, dalam pelbagai bentuk. Yezza..... termengandung lagi di usia remaja purba.. hahaha... Kun fayakun. Betapa kita elak pun tapi kalau memang dah tertulis Allah tu nak bagi kita rezeki anak lagi, redha je walaupun pada awalnya kemurungan jap dalam toilet bila tengok ada dua line itewwww. Bukan tak suka tapi lebih pada takut. Yelah dah pertengahan 40an ni, pikir mampu ke lagi nak bawak perut ke hulu ke hilir. Mampu ke nak kawal emosi. Mampu ke lagi nak meneran. Al maklum la pompuan bila pregnant sensitif dia lain macam sikit. Mood tak stabil sokmo. Antibodi pun tak sehebat zaman muda dulu. Mudah letih, mudah sakit. Tambahan pulak ada sejarah hemoglobin aka HB rendah dan gestational diabetes mellitus aka GDM pada kehamilan sebelum ni. Seram jugak pikir bila anak yg ke 5 ritu terpaksa bersalin secara caesarean. Masalah uri. Macam-macam lagi lah dalam kepala ni.

Bila duduk bertenang-tenang.. pikir balik. Orang lain jenuh menunggu kehadiran cahaya mata. Macam-macam ikhtiar diorang buat, belum kira berapa banyak modal yang diorang keluar tapi tetap belum rezeki. Akak lak mudah-mudah je Allah nak kasi, takkan tak bersyukur kannnn. 

Alhamdulillah. Lepas buat detail scan, baru lah rasa lega sangat. Semuanya normal. Baby sihat. Harapnya sihat sehingga dia dapat tengok muka ibu dia ni ek. Kali ni akak perlu bantuan insulin sebab macam payah je nak kawal gula bila makin berumur ni. Makan sikit pun gula naik mencanak. Tak makan langsung kang, hypo pulak. Lagi bahaya. Naik kematu jugak la kulit perut nak kena cucuk sokmo. Tu belum kira hujung jari. Hari-hari pantau sendiri blood sugar profile aka BSP. Maksima 2 kali la sehari. Kalau ikut misi klinik gomen, kena check 4 kali sehari. Nak jimat jugak strip tu. Mahal gok rege dia. Tu pun beli kat shopee, kebetulan ada offer free shipping dari oversea. Kalau beli kat kedai farmasi agak beza jauh jugak rege dia. By the way, kali ni 1st time akak buat maternity checkup di klinik swasta. Tak nak la bukak buku merah kat gomen, nanti stress kena bebel ngan misi... hehehe... Lepas bersalin anak ke 5 dulu diorang siap pesan tak yah la pregnant lagi pasni sebab pening diorang. Banyak ngat problem. Masa tu pun dah nak masuk 40an. Anak pun dah 5. Cukuplah kot kata diorang.

scan yg pertama nak make sure betul2 pregnant
Dah confirm terus bukak buku merah
Glucometer & Insulin
Kebetulan pulak mengandung kali ni akak dah tak kerja. Setahun lebih dah bergelar pesara. Ambik pencen awal dengan tujuan nak tumpu urus anak-anak. Susah jugak bila PJJ aka perkahwinan jarak jauh ni. Seme urusan anak majoriti atas bahu si ibu. Perancangan Allah itu memang cantik. Kandungan dah masuk 7 bulan, takde lagi masalah cramp kaki berlaku walaupun ada vericose vein yang agak teruk. Mungkin sebab kali ni banyak dapat rehatkan kaki. Dulu kerja.... 8 jam tu la kaki kena kerja. Maklumlah, kerja yang memerlukan banyak pergerakan kaki dan tangan. 

Mengandung kali ni jugak akak tak war2kan pada kawan-kawan realiti mahupun alam maya. Mana yang paham ayat-ayat kiasan akak di status alam maya, mana yang terserempak kat luar perasan perubahan fizikal akak dan bertanya, baru akak bagitau. Bukan nak sorok apa, biarlah semuanya selamat dulu baru bagitau. Hamil diusia 40an ni sangat berisiko. Tak nak tunjuk happy sangat, rileks2 je dulu. Rehat minda.



Khamis, 22 Mei 2014

.....cite lepas czer..

Bersalin ikut 'tingkap' ni kata orang, kena jaga lebih sikit dari ikut 'pintu'. Dulu aku tak tau, sekarang baru tau. Dari pengalaman aku sendiri (orang len aku tak tau la kan).. lepas beranakkan 4 orang askar aku sebelum ni secara induce (normal delivery), keesokkannya aku dah rasa ok. Dah boleh bangun dari katil, ber'catwalk' masuk bilik air sendiri. Duduk wad pun semalaman je. Lepas discaj, siap boleh nguruskan makan minum, sekolah anak2. Minggu ke 2 aku dah start enjin kete nganto anak2 sekolah.

aku dibelah melintang mcm gambar atas sebelah kiri tu

Sangat2 lain bila beranakkan si bongsu nih. Ceaserean. Lepas keluar dari bilik bedah, semalaman aku terbaring je atas katil. Nak gerak pun tak boleh. Sakit wooi.. Esoknya datang misi, tolong tukarkan pad. Segan pulak rasa. Sebelum sarapan datang dua orang misi kat bilik aku. Diorang tolong aku bangun dari katil. Seksa betul aku rasa. 1st, 2nd dan 3rd time aku cuba bangun sendiri tapi tak lepas beb.. sakit. Saiko pun ye kot. Dalam kepala takut jahitan tertetas ke, kan.. Kali ke 4, misi tu suruh aku ngesot ke tepi katil, turunkan kaki dulu, pastu tarik nafas dalam2, pastu dorang berdua cepat2 tolong tarik aku duduk. Aku siap nangis lagi. Sakit tak terkata. Dorang pun cakap, kali pertama memang sakit. Pastu dorang papah aku kat bilik air untuk mandikan aku. Tetiba rasa malu sangat dah tua2 gini di mandikan dek orang.

mula2 sakit mcm no 8, skrg dah jd no 2
3 hari jugak aku 'bercuti' kat spital tu. Hari ke 3 tu la aku rasa ok sikit tapi still tak leh jalan lama2 sikit. 7,8 langkah.. kena berenti sebab rasa perit kat luka jahit. 

Isnin, 19 Mei 2014

...the 5th...

hmm... sudah dua purnama aku tak mengerakkan jejari menyinggah di sini. Maklum la.. busy membawak perut yang keboyotan sampai hilang idea ngan mood nak menaip panjang lebor. Alhamdulillah, nak gitau ni... aku dah selamat di belah perut untuk keluarkan zuriat en somi yang ke 5 pada 29/04/2014 jam 4.40 petang baru nih. Dapat baby girl lagi, tak kisah la asal sihat tubuh badan. As usual la, anak aku mana ada bersaiz kecik2 bila keluar.. kali ni 3.86kg. Sikit je beza ngan kakak dia sebelum ni.

me & my latest princess

Kali ni juga buat pertama kalinya aku dapat pengalaman bersalin ikut tingkap.. (ceaserean la..). Berbulan-bulan gak aku menggugel pasal bersalin ceaser ni. Siap hari2 tengok you tube. Ngeri, dan seram sejuk je rasa. Lagi dekat harinya, lagi berdebar aku rasa. Walaupun dah confirm kandungan aku tu placenta previa (uri duduk bahagian bawah) tapi aku dan doktor pakar masih berharap yang aku still boleh bersalin secara normal. Berkali2 gi check perut dan scan pun masih di situ duduknya cuma type je yang berubah. Kejap type 3... kejap 2.. kejap 1.. pastu jadi type 2 balik.. haihhhhh..

Nak dijadikan cite..... sampailah kandungan mencecah 37w plus. Pada 29/04/2014 aku ke Kuantan Medical Centre sekali lagi scan untuk tentukan samada boleh induce atau confirm ceaser. Disebabkan aku ni kategori pregnancy with gdm (kencing ada manis jugaa), so takleh tunggu 40w. Ada tanda2 nak bersalin atau tidak, 38w aku kena keluarkan baby jugak. Doktor kata nak cuba induce boleh tapi risiko pada nyawa baby dan ibu. Aku pandang en somi, pastu aku cakap aku takmo ambik risiko dan redha je la dengan kaedah ceaser tu. Pastu doktor cakap, " kalo nak ceaser, hari ni jugak boleh buat".. aku pun dah alang2 doktor kabor gitu, aku pun on je la..

Dalam kul 4 petang gitu, aku pun dorang tolak dalam bilik ot (operation theatre la.. bukan over time). Pastu pakar bius datang, dia cakap nak masukkan ubat kat tulang belakang. Sakit bebbbbbb... Tak lama pastu aku rasa kebas bahagian perut ke bawah. Bilik bedah tu aku dah rasa sejuknya kemain macam cite Frozen tu ha.. (agaknya la kan..). Tangan aku punya gigil, kalah orang sakit parkinson.

Actually, masa doktor toreh perut aku tu.. aku sikit pun tak rasa apa2... tapi bila dorang start dah korek2 dalam perut tu... tetiba aku rasa tak selesa sampai kuar dari mulut aku.. "arrghhh", last aku dengar pakar bius yang berdiri sebelah aku tu cakap, "tak boleh ni, kena bius penuh"... pastu rasa sejuk ngalir kat dalam tangan aku dan... zzzzzzzzzzzz. Sedar2 aku dah kat waiting room. Macam baru jaga dari tidur, pandang keliling tertanya dalam hati, kat mana aku ni, mana anak aku... 

Lepas sedar, aku pun dorang tolak ke wad. Masa kuar dari lif, baru aku nampak en somi. Dia terus pegang tangan aku dan aku terus tanya pasal anak. "Alhamdulillah", katanya. Itu sudah cukup buat aku tarik nafas lega.