Tak tau la masih ada pembaca ke yang masih singgah di laman bersawang akak ni lagi ke tak? Yelah... lama gak tak bercerita ceriti kat sini. Sejak ada pesbuk ngan ig ni, akak lupa sokmo yang blog ni masih wujud... hehehe..
Cuti sekolah tahun ni seronok tengok kawan2 pergi bercuti sana sini. Ada yang balik kampung berkumpul adik beradik. Ada yang terjumpa kawan2 lama kat kenduri, maklum je la... time cuti sekolah ni macam2 kenduri ada. Akak tumpang 'like' je la. Akak??? Eh.... jalan2 jugak... ke dapur, ke bilik, ke ruangtamu, ke jamban.... hehehehe
Dulu2 masa zaman sekolah, sangat2 la sukanya. Mak bapak mesti 'pos' anak2 ke kampung. Best weh dapat berkumpul sepupu sepapat. Best dapat balik umah uwan ngan atuk. Tapi anak2 sekarang, balik kampung kejap pun dah sibuk tanya nak duduk berapa hari. Hok remaja la terutamanya kan. Zaman IT. Susah hati sebab kat kampung takde wifi. Line telipon pun sendu nak2 pulak belah ayah diorang. Astro? .... basic channel je ada. Itu belah akak, belah ayah dia lagi la.. takde astro... channel lawo sikit tv3... yang lain buat sakit mata je tengok penuh ngan 'hujan rintik2 air bergelombang'...hahaha.. Kita orang tua ni seronok la balik, sambil kupas bawang sambil2 jugak la membawang... hehehe..
Tahun ni punya cuti sekolah hujung tahun memang tak ke mana. Si sulung exam SPM. Sedang elok abis exam, ayah dia dah kena balik ke laut cari rezeki. Lepak umah je la. Anak2 ok je tak merungut. Mujur jugak dapat anak2 yang pesen tak keluar umah, walaupun depan umah ada padang permainan. Pembesaran yang sangat tak sihat. Orang lain susah hati anak2 dah maghrib tak balik umah lagi, akak lak risau anak2 tak keluar umah... hadoi. Dah macam anti-sosial lak bebudak ni. Kawan2 cuma kat sekolah. Si kakak, tak habis2 ngadap pc layan drama2 korea. Si abang2 ngadap pc jugak tapi main online game... siap boleh berkomunikasi ngan kawan2 game kat alam maya tu. Hebat betul kan zaman sekarang, tak yah keluar rumah pun boleh sembang kat alam maya ngan kawan2. Ketinggalan zaman betul akak. Patutlah akak membebel, diorang rileks je... rupanya telinga dah sumbat ngan earphone... hampeh. Si adik2, kejap layan youtube kids... sampai abis bateri ipad akak tu, diorang layan kartun kat tv, pastu main berdua sampai tunggang langgang kat depan tu. Dah penat tido. Itu je lah aktiviti sepanjamg cuti sekolah diorang.
Kadang2 terpikir jugak... esok2 bila diorang dah besar, dah ada kerjaya, dah berkeluarga... nak balik jumpa ibu ayah pun payah kan. Macam yang akak lalui sekarang ni. Ok la diorang tak keluar umah, abiskan masa kanak2 dan remaja diorang dalam umah ni sebab akan tiba masa satu hari nanti... rumah yang diorang membesar di dalamnya ni cuma akan jadi kenangan untuk kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan