Memaparkan catatan dengan label ibadat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibadat. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Jun 2015

...jengah blog bersawang..

Asalamualaikum semua….

Hehehe…. Dah bersawang dah blog aku ni rupanya. Nak buat macamana, sejak pesbuk, ig dan wasap makin fofuler ni… makin jarang la nak meng’update’ blog. Jejari aku dah macam kena block nak sign in blog…hehehe. Hari ni tetibe rasa nak cuci la sawang2 tu sikit kan. Biasa la... bersih2 umah sebelum ghaye..

Hmm… dah seminggu kot umat Islam seluruh dunia menahan nafsu tak makan siang (kecuali yg ‘uzur’ & anak2 yg belum baligh). Tak kira la terlambat atau tidak, aku nak jugak ucap selamat menunaikan ibadah puasa pada korang semua. Semoga amalan baik kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah swt. Amalan buruk??...simpanlah sendiri… hehehe


Macamana korang semua??... hagak2 tahun ni dapat tak menahan diri dari menjengah bazar Ramadhan? Aku dah lama mengurangkan aktiviti SEHAT itewww. Tak terkawal nafsu bila buat ‘lawatan’ kat situ nanti. Nak2 pulak zaman semua benda naik rege ni, parah dompet. Lagipun, penatlah nak cari parking bagai. Jalan raya pulak makin hari makin macam tak berapa nak bergerak je kenderaan atas jalan tu. Tak kuasa. Baik balik rumah terus dari kerja kul 5 petang  tu, boleh buat sesi baring2 setengah jam, pastu ambik 15 minit mandi manda ngan solat. Pukul 6 lebih sikit start masak sempoi2 untuk berbuka. Sejam dah cukup kot nak masak sempoi2 tu. Ala… setakat buat sup atau gulai ayam, goreng telur, goreng ikan masin takde la lama sangat ambik masa. Bukan buat bufet untuk seratus orang, ye dok.. Sayur??... tak yah membazir. Budak2 kat umah ni karnivor belaka. Masak nasi pun pakai hok periuk letrik je … tak payah susah2 nak tunggu. Sedang molek siap hidang atas meja.. dengor la orang azan kat radio. Dah boleh soru, kannnn….

Bab bangun sahur tak jadi masalah pada aku sebab hari2 biasa pun, gitu la time aku bangun.  Masak ala kadar je untuk anak2 buat alas perut. Untuk aku, sahur dapat segelas nescafe pun dah ok kot. Aku makin senja ni, selera tekak makin kurang. Nak2 pulak pada menda yg aku masak sendiri. Macam bosan jer walau orang lain kabor sedap (cehhh…perasannn). Biasa la… Allah tarik sikit2 nikmat hidup kannn… hehehe. Cuma  satu  la aku heran, walaupun cenggitu… badan aku tetap menten montel. Camner tu??!!!

Sabtu, 22 Disember 2012

umrah lagi..

Alhamdulillah.... seminggu lepas, en somi bawak aku ngan anak2 ke Kota Makkah buat umrah lagi buat kesekian kalinya. Kadang2 pikir macam mimpi je dapat jejak kaki kat sana. Tahun ni saje dah tiga kali aku ke sana. Hikmah berada di bumi arab ni, tiap2 bulan nak ke sana pun boleh. Belanja tak semahal pakej umrah dari Malaysia. Paling2 pun habis campur tolak dalam sar4000/rm3262 sefamili (6 org) termasuk hotel dan makan2. Itu kalau naik flight. Belanja banyak keluar untuk tiket flight. Kalau drive sendiri tolak le rege tiket flight dalam sar2500/rm2038 tu, lagi la jimat. Ater, minyak petrol kat Saudi ni tersangat murah.. sar0.47/liter (rm0.38) sahaja. Cuma kalo drive tu agak lama jugak nak nyampai, berbelas jam jugak la dari Jubail ni. Naik flight jimat masa sikit. 2 jam dah sampai Jeddah. Dari Jeddah ambik teksi ke Makkah dalam 45minit dah sampai. Tambang teksi dari Jeddah ke Makkah dalam sar150-sar250. Kalo dapat kautim ngan kete sapu, boleh dapat kurang lagi kot...

suasana selepas solat isyak
Jemaah umrah buat masa ni, tak berapa ramai la sebab visa umrah untuk jemaah luar Saudi belum dibuka selepas bulan haji ritu. Kebanyakkan jemaah datang dari bumi Saudi ni jugak.Ada jugak jemaah dari luar, tapi itupun kebetulan diorang ada kerja kat sini. Nyeyambil tu, diorang buatlah umrah sekali. Lepas subuh dan tengah malam, waktu yang sangat cantik untuk buat tawaf sebab masa tu orang tak ramai. Kalo ada  rezeki siap boleh sentuh dan cium batu Hajar Aswad. Cuma kali ni, feel aku tak berapa seronok sebab aku tak dapat bersama2 en somi dan anak2 buat umrah pada hari yang sama sebab 'bulanku masih mengambang'... huhuhu.

anakanda2 berumrah dgn ayah saje kali ni..
Tiga hari aku duduk saje kat hotel ngan si kecik, makan tido...makan tido... Selama tiga hari tu la aku kena menahan diri dari buat apa2 yg akan membatalkan ihram aku. Mujurlah malam hari ketiga tu, dah 'suci murni' gitu. Hepi tak terkata. Syukur sebab Allah bagi aku peluang berumrah sekali lagi, dapat jejak kaki dalam Masjidil Haram sekali lagi.. dapat tawaf dan saie sekali lagi.. tapi sian gak kat anak2 kepenatan sebab kena tawaf dan saie sekali lagi sebab nak teman ibu.
bersemangat sekali 'bodyguards' ibu nih...


baru selesai menyempurnakan umrahku...rehat kaki jap..
baru balik lunch, en somi curik snap.. mcm model lak..
Minggu ni, minggu last aku dan anak2 di tanah arab ni. Berat rasa hati nak kembali ke tanahair. Tak tau nape. Terasa sayang sebab bila dah balik sana, tak tau bila lagi dapat jejak kaki ke Makkah lagi... tah bila la dapat tengok kaabah  lagi... tah bila la dapat bersolat di Masjidil Haram lagi... Time buat haji la kot, insya Allah. Bila giliran??!!... hmm... 43 tahun lagi....insya Allah... err...tah hidup lagi tak aku masa tu....

Ahad, 2 Disember 2012

Disember suda mari...

Sedar tak sedar, hari ni dah pun 01/12/12. Da bulan Disember. Lagi tiga minggu 'percutian' aku ni akan berakhir. Rasa sebak pulak nak meninggalkan bumi Saudi ni.. Betul la orang kata, tak kenal maka tak cinta.. bila dah jatuh cinta, berat hati pulak nak meninggalkannya.. cheewahhh..


Apa yang aku suka kat sini, aku boleh kurangkan 'dosa' sikit... al maklum lah, kat sini, 95% life aku, hanya kat rumah. Fikirkan suami dan anak2. Sosial??.. bukan takde, ada gak la sembang2 ngan kengkawan baru di laman pesbuk dan instagram.. Itu pun sekadar bertanya kabar, dan bergurau senda sesama.. sikit pun tak menyentuh hal peribadi orang lain a.k.a 'mengumpat'. At least, aku dapat mengawal mulut aku yang very the laser nih, kannn... satu lagi, dapat membataskan pergaulan aku dengan kaum adam yang bukan mahram. Ye lah, kekadang kat tempat kerja tu bergurau sesama setaf sampai kekadang terlajak tertepuk tampar dan bergelak2 besar... terlupa jap status 'bini orang' yang aku pegang, tak pasal2 en somi di soal 'di sana' nanti.. Yang pastinya, aku banyak bermuhasabah diri sepanjang 'percutian'aku ni.
Satu lagi perkara yang aku suka duduk kat sini...'masa'. Suka la weh, aku tak yah lagi termengah2 mengejar masa tapi masa pulak yang semput berlari  mengejar aku. Di sini aku yang aturkan masa dan bukan masa yang aturkan aku. Hilang segala stress. Yang paling best... bila2 masa je aku sefamili boleh gi buat umrah kat Makkah dan ziarah di Madinah.

Berat memang berat rasa hati ni nak balik ke tanahair, nak2 pulak bila mengenangkan yang en somi akan kembali mencari rezeki di tanah Saudi ni selepas menemani aku dan anak2 balik ke Malaysia dan meninggalkan aku seorang lagi  terkontang kanting menguruskan segalanya sendirian.......huaaaaaaa..!!!!

Selasa, 23 Oktober 2012

ziarah Madinah..

Syukur Alhamdulillah, macam mimpi je aku dapat jejak kaki kat kota kedua paling suci selepas Makkah.. kota Madinah al-Munawwarah ni. Kota di mana letaknya masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Di Madinah ni jugaklah letaknya makam junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw.

bawah kubah hijau tu letaknya makam Rasulullah saw

payung di Masjid Nabawi akan kuncup
selepas terbenamnya matahari

payung mula mengembang selepas terbitnya fajar

sempat posing di pintu emas Masjid Nabawi..

kat belakang tu terdapatnya makam isteri2
  dan keluarga terdekat Rasulullah saw
Tak dapat nak gambarkan macamana perasaan teruja dapat bawak anak2 bersolat di masjid Masjid an-Nabawi ni. Masjid yang asalnya kecik je masa nabi kita bina tapi tahun berganti tahun, abad berganti abad, masjid ni diubahsuai sehingga menjadi seluas ni. Kat dalam masjid ni lah letaknya makam Rasulullah saw tapi sayang, aku tak dapat nak tengok makam baginda dengan mata sendiri sebab bawak si kecik. Ada beberapa orang jemaah yang nasihatkan aku lebih baik jangan masuk dalam tu dengan bawak baby sebab sangat2 berasak2 orang kat dalam. Sian kat baby nanti. Aku hanya dapat bagi salam kat nabi dari jauh je. 

pandangan Jabal Uhud dari Jabal Rumah. Di belakang papan tanda
biru tu letaknya makam2 para syuhada' semasa perang uhud.

macam suasana kat pasar malam lak..

Jabal Rumah, tempat Rasulullah mengarahkan
para pemanah bersembunyi semasa perang uhud

Selama empat hari kitorang kat Madinah ni, somi aku bawak aku ngan anak2 ziarah ke tempat2 bersejarah yang ada di sini. Tempat2 tu jugak la yang biasa dilawati atau diziarah para jemaah haji dan umrah. hmmm... sejak tengok drama bersiri Adam dan Hawa kat astro tu, rasa berkobar2 nak gi tengok tempat2 yang si Ain Hawani dan Adam Muhkriz gi tu. Tempat kedua yang kitorang pegi, Jabal Uhud di mana zaman nabi dulu berlakunya Perang Uhud. Lepas tu kitorang singgah buat solat sunat kat Masjid Qiblatain dan Masjid Quba.

si kakak bergambar di Masjid Quba yang mana diberitahu pahala
melakukan solat sunat di sini bersamaan dengan sekali umrah

Masjid Qiblatain, yg dikatakan mempunyai 2 kiblat. 
Nak tau lebih lanjut tentang sejarah 2 kiblat tu boleh klik kat link di atas. 
Gambar ni pinjam kat pakcik gugel sbb tak sempat nak snap sendiri








...hotel yang adoooo.....

Alhamdulillah, aku, somi dan anak2 selamat landing kat airport Madinah lepas lebih kurang 2 jam berada di ruang udara. Kitorang bertolak naik teksi dari Jubail ke airport Riyard dalam pukul 12 tgahari. Sampai kat airport tu dalam pukul 5 lebih jugak la. Pastu baru naik flight pukul 9 malam terus ke Madinah. Mulanya plan nak naik flight terus dari Dammam (45minit dari Jubail) ke Madinah tapi tiket habis lak. Maklum je la musim2 haji ni kan. Salah kitorang gak, cari tiket last minit sokmo2.


Sampai kat airport Madinah, masya Allah... ramainya umat dari pelbagai negara. ofcoz la muslim, nama pun musim haji. Somi aku cari kete sapu untuk ke hotel yang dh dia booking online. Mujur jugak ada lagi yang kosong yang dekat dengan masjid. Somi kata lebih baik cari kete sapu sebab caj teksi kat sini memang tekan habis2an nak2 pulak tau kita dari luar, walhal bukan jauh pun airport dengan hotel yang kitorang nak gi tu. Nak check in hotel, dalam kul 12 lebih gak. Memang betul sesangat lokasinya dekat sangat dengan masjid Nabawi. Sebelah aje. Kitorang ada terbaca jugak komen2 negatif tentang hotel ni, tapi so far sampai kitorang masuk bilik tengok... not bad at all pun. Ada dua bilik. Satu bilik ada tiga single bed dan satu bilik lagi ada 4 single bed. Ada dapur letrik untuk masak, fridge, mesin basuh dan cerek letrik. Ok la kan..


Nak dijadikan cite, malam tu aku pun try la basuh aku punya arbaya/jubah sebab esok nak pakai balik arbaya tu memandangkan aku cuma bawak sepasang je 'uniform hitam' tu. Masa dia nak kuarkan air basuhan tu, tak semena2 satu bilik kitorang kuar satu bau yang teramatlah harumnya sampai boleh hilang selera makan dan selera tido. Bau air kumbahan uolllss... uwekkssss. Apa lagi somi aku dan2 tu gi turun kat kaunter bawah komplen dan mintak tukar bilik. Diorang tetap takmo kasi tukar... alasan diorang bilik dah penuh dan diorang akan panggil orang untuk baiki. Hampeh betul. Somi aku sangat2 tak puas hati pasal dia dah bayar mahal, kan.. dapat lak room gitewww. Dah la tu, sinki dalam bathroom pun sumbat. Hadoiiii... patutlah majoriti komplen tentang 'servis dan kebersihan' kat dalam internet tu. Somi aku memang tak sabar nak komplen kaw2 kat booking.com tu balik nanti...

Cari hotel yang dekat dengan masjid, sebab nak senang menapak jalan kaki ke masjid tu. Al maklumlah, membawak si kecik nih. Hajat hati boleh buat solat fardu 5 waktu jemaah kat masjid tapi rasanya sama jugak kalau ambik hotel jauh sikit pasal lif sikit, pastu kerap jem dan ramai orang. Bosan nunggu lif sikit punya lama, kitorang guna manual je abih cite. Mujur kitorang duduk kat tingkat 4, kalau tingkat 13, maunya pengsan panjat tangga sampai atas tu.

Rabu, 17 Oktober 2012

... nak ziarah Madinah...

Tujuh jam dari entri ni di taip, aku dan famili nak gerak ke Madinah. Dah seminggu aku dok mengemas barang2 yang nak dibawak. Seminggu tu jugak la berapa kali kuar masuk beg barang2 tu. Blank jugak... tak tau apa yang boleh bawak, apa yang tak boleh bawak. Yelah, somi aku kata... kalau boleh dia nak bawak beg naik atas, takmo letak kat bahagian luggage. Leceh nunggu beg nanti katanya. Tak tahu la tu lepas ke tak beg2 ni nak bawak kat atas tu.. jenuh gak nak ngejas berat satu2 jangan lebih tujuh kilo.. Ikutkan aku bior je letak kat tempat luggage tu pasal boleh bawak barang banyak sikit. Aku ni, kalau gi jenjalan kat area bumi arab ni yang bermalam... kalau boleh, periuk nasi pun nak aku bawak. Ater.... makanan kat sini tak berapa nak masuk ngan selera, kalau ada periuk rasanya lebih baik masak megi dari beli makanan tapi banyak buang.. kan membazir namanya tu... ..

supervisor tgh checking ada mende tinggal tak... ;)
Tak tahu kenapa, makin dekat nak gi ni.. makin kuat debaran aku rasa. Dah dua kali ke Makkah pun aku tak rasa gini. Pikir punya pikir... hmmm.. patutlah.... Dua kali ke Makkah tu kitorang naik kete tapi kali ni nak ke Madinah, somi malas nak drive jauh2 dah. Penat katanya. Kitorang naik flight. Sejak dia kompem je beli tiket flight tu, aku dah start berdebor. Pssttt... nak tau satu rahsia... aku ni giler takut naik flight. Dalam kepala tu pikir benda negatif je. Terpengaruh ngan filem2 omputih yang banyak insiden tak best tentang kapal terbang. Tu la satu alasan nape aku lambat buat keputusan nak ikut somi aku ke bumi arab nih. Masa on flight ke sini dari Malaysia ritu, muka nak senyum pun payah. Tangan tak lepas pegang tangan somi. Asal gegar je sikit kapal terbang tu, mula la ngucap panjang aku... mujur tak ambik seat tepi tingkap..... huhuhu..

pinjam gambo kat pakcik gugel..
Harap2 perjalanan kali ni jugak dipermudahkan Allah. Moga kitorang selamat gi dan selamat balik... dan moga amal ibadat kami di sana nanti diterima Allah swt. Tolong doakan untuk kitorang sama ek...