Rabu, 24 Julai 2013

ramadan 2013..

Pejam celik pejam celik, dah dua minggu umat Islam kat Malaysia ni berpuasa sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Sure esok pagi kat radio, dorang pasang lagu2 raya. Ye la, kan sebelum ni ada kuar arahan yang lagu raya boleh pasang kat radio lepas dua minggu pose gara2 satu stesen radio yg tak dan2 nak pasang lagu tu pada hari pertama pose... huhuhu... 

Sepanjang pose ni, aku jarang gak gi bazar ramadan. Mahal la menda2 sekarang ni. Hok anak ala2 ramai macam aku ni ha.. boleh botak kaplaaaaa... nak2 pulak anak2 yg makin membesar, selera pun besarrrrr... masak sendiri lagi jimat. Lagipun, bila beli nampak sedap ngat mende tu tapi bila makan... ya adoooo... buang jugak akhirnya. Aku cuma gi beli kat bazar kalo rasa penat ngat nak masak, al maklum la... aku kan keroje. 



Menu2 atas meja makan bulan pose atau tak, sama je pada aku. Tah, takde la macam sesetengah orang yg beriftar penuh meja makan, pastu tong sampah gak yg kenyang. Menu beriftar aku ngan anak2 sempoi sesangat. Hari ni mi kuning, esok kuew teau, lusa bihun.. kalo masak nasi pun, cuma satu je lauk.. gulai ayam ke, kari ayam ke, sup ayam ke, ikan kerisi berlada ke.. cuma kalo lauk tom yam, aku kena tambah satu lauk lagi samada telur dadar atau ikan goreng (kerisi, selar, siakap @ tenggiri je pasal ikan lain dorang kurenggg) masak banyak2 pun bebudak ni bukannya makan. Sebelum ni adik ipar aku duduk sekali, that's why selalu meriah sikit meja makan tu sebab ada lawan aku nak makan.. anak2? ... memilih gak dorang ni, sayur? menda yg paling awal di reject dek tekak dorang. Masak dua tiga lauk pun, satu gak yg dorang pilih. Last2 perut aku gak yg jadi tong sampah. Caner tak kembang... huhuhu

Jumaat, 12 Julai 2013

Ramadan..

Ramadan menjelma sudaaa.. kali ni back to menjalani rukun islam yang ketiga tanpa en somi. Tak meriah la meja makan.. huhuhu.

Walaupun dah masuk 3 Ramadan, rasanya belum terlewat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ibadah puasa kita ini diterima Allah swt. aamiin.