Hehehe…. Dah bersawang dah blog aku ni rupanya. Nak buat macamana, sejak pesbuk, ig dan wasap makin fofuler ni… makin jarang la nak meng’update’ blog. Jejari aku dah macam kena block nak sign in blog…hehehe. Hari ni tetibe rasa nak cuci la sawang2 tu sikit kan. Biasa la... bersih2 umah sebelum ghaye..
Hmm… dah seminggu kot umat Islam seluruh dunia menahan nafsu tak makan siang (kecuali yg ‘uzur’ & anak2 yg belum baligh). Tak kira la terlambat atau tidak, aku nak jugak ucap selamat menunaikan ibadah puasa pada korang semua. Semoga amalan baik kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah swt. Amalan buruk??...simpanlah sendiri… hehehe
Macamana korang semua??... hagak2 tahun ni dapat tak menahan diri dari menjengah bazar Ramadhan? Aku dah lama mengurangkan aktiviti SEHAT itewww. Tak terkawal nafsu bila buat ‘lawatan’ kat situ nanti. Nak2 pulak zaman semua benda naik rege ni, parah dompet. Lagipun, penatlah nak cari parking bagai. Jalan raya pulak makin hari makin macam tak berapa nak bergerak je kenderaan atas jalan tu. Tak kuasa. Baik balik rumah terus dari kerja kul 5 petang tu, boleh buat sesi baring2 setengah jam, pastu ambik 15 minit mandi manda ngan solat. Pukul 6 lebih sikit start masak sempoi2 untuk berbuka. Sejam dah cukup kot nak masak sempoi2 tu. Ala… setakat buat sup atau gulai ayam, goreng telur, goreng ikan masin takde la lama sangat ambik masa. Bukan buat bufet untuk seratus orang, ye dok.. Sayur??... tak yah membazir. Budak2 kat umah ni karnivor belaka. Masak nasi pun pakai hok periuk letrik je … tak payah susah2 nak tunggu. Sedang molek siap hidang atas meja.. dengor la orang azan kat radio. Dah boleh soru, kannnn….
Bab bangun sahur tak jadi masalah pada aku sebab hari2 biasa pun, gitu la time aku bangun. Masak ala kadar je untuk anak2 buat alas perut. Untuk aku, sahur dapat segelas nescafe pun dah ok kot. Aku makin senja ni, selera tekak makin kurang. Nak2 pulak pada menda yg aku masak sendiri. Macam bosan jer walau orang lain kabor sedap (cehhh…perasannn). Biasa la… Allah tarik sikit2 nikmat hidup kannn… hehehe. Cuma satu la aku heran, walaupun cenggitu… badan aku tetap menten montel. Camner tu??!!!