Khamis, 22 Disember 2016

...whatsapp dan kawan...

Tengah menguap sambil ngadap pc kemaskini stok kat dalam stor tempat keje, keting keting bunyi aplikasi whatsapp masuk. Mula-mula jeling je, tak dan nak main balas wasap ni masa tengah keje kecuali yg berkaitan ngan keje. Bukan ape, karang syiok ngat berwasap, keje pun terbengkalai. Tapi tadi, sedang molek duduk menyandor rehatkan bahu sebab sakit belakang duduk depan pc lelama, akak pun tergerak la nak me'reply' wasap grup bekas kengkawan se'hostel' masa sekolah menengah dulu. Terhibur jugak hati yang lara, terubat rindu di dada... cewahhh

Kitorang jarang-jarang jugak berhubung dalam wasap tu tapi sekali timbul... rancak jugak jejari masing-masing. Belum face to face.... harus kantok bak kata orang Pahang. Watak masing-masing masih sama zaman muda belia dulu, walau rupa parasnya ada lari sikit la ( akak letteww ). Dulu slim river, sekarang big mountain... hahaha

Sebelum ni ramai je yg memasukkan no enpon akak kat dalam whatsapp group. Macam-macam grup ande. Rimas siut. Kejap ting, kejap ting... nak tido pun tarak senang. Memang la ada button nak silent kan enpon tu tapi kang tetibe ada emergency kang, tak dengar bunyi enpon. Masalah jugak. Belek punye belek, la.... boleh 'mute' kan grup mana yg kita nak rupanya... hehehe... maklum la, ai kan warga emas...mana tauuuu...hahaha

pinjam gambo pakcik gugel

Best jugak ada aplikasi gini... tapi kena tau la batas-batasnya kan. Akak paham sebab tu lah akak banyak left group. Nak-nak pulak kalo ada yang dalam grup tu kaki sentap, tak reti beza mana gurau mana serius. Satu lagi, akak lebih senang kalo group tu tak melibatkan kaum adam dalam grup kengkawan nih. Lainlah grup opis, bos dah warning jangan gatal nak 'mengiri' melainkan dah berenti keje kat situ. Bukan apa...tak semua orang open minded. Akak jenis yg move on with my life. Takut jugak la ada bini-bini ahli grup tu yang terjeles tahap gaban bila tengok laki dorang galak berwasap sampai malam. Tapi kalo akak pun meradang jugak kalo dah tengah malam buta kita duduk sebelah, laki dok main wasap sambil tersengeh-sengeh...nak pulak dalam grup tu ada ex gepren dia, memang dapat 'jelingan manja' la dari akak... gitewww. 

Apapun pada akak, aplikasi tu tak salah.... yang salah orang yang gunakan aplikasi tu. Tuhan dah bagi kita akal, pandailah guna. Takkan nak kena create aplikasi akal pulak baru boleh pikir mana betul dan mana salah kannnn. Ok lah... sambung lain kali, nak titun, esok keje lagi. Jaga diri, hiasi peribadi, kurangkan kontroversi dan tingkatkan iman di hati..... melodiiiahhh... ehh... tetibe.... hehehe




Rabu, 21 Disember 2016

..acah-acah diet lagi...

Semakin hari akak terasa baju keje akak a.k.a uniform keje semakin mengecut. Tak tau la kenapa diorang bagi kat akak kain yang tak berkualiti... hehehe. Tetiba kain dipersalahkan...

Awal tahun ritu, molek je akak follow menu sihat. Dapat jugak lah buangkan kilo dalam badan ni dalam 5,6 kg, itupun terseksa perut dalam masa 3 bulan. Bersemangat waja bila member-member tegur akak dah kurus sikit... sikit la kan. Pastu tetibe tak leh nak kontrol, asyik kemaruk je nak makan. Lupa terus kat azam nak kuruih tu. Macam ada sesuatu yang tak disangka je. Hahaha... betul punnnn.. ter'peknen' la pulok tua-tua gini. Tapi rezeki tu tak bape nak sampai kat akak ngan en somi. Genap 12 minggu, akak miscarrige... dalam kata lainnya, keguguran.

Lepas gugur tu, akak berpantang la jugak... err... sikit-sikit. Habis 2 minggu cuti sakit, masuk keje. Perut asyik berceriuk mintak diisi. Mulut ni asyik nak mengunyah je. Sedar tak sedar, nak zip kain pun se'eh bak kata orang Pahang. Bila lalu kat pintu cermin,.... omg... buat-buat terkejut la konon tengok biasan diri sendiri dalam cermin tu. Gila babas besor. Tak boleh jadi gini..

pinjam gambar pakcik gugel

Minggu ni akak cuba start balik menu diet hari tu. Harap akak dapat 'tabah' kan hati bila bukak pesbuk nanti.... huhuhu... al maklum je la, kengkawan alam maya akak suka berkongsi gambar resepi yang dah jadi.... sabarlah duhai tekak....

Isnin, 19 Disember 2016

...pt3..


Hari ni rata-rata dok post kejayaan anak masing-masing dalam laman sosial. Akak pun tumpang gembira la dengan kejayaan anak-anak kengkawan akak samada di luar dan di dalam alam maya ni. Tahniah pada yang cemerlang.. dan pada yang result dia tak berapa nak best, chill... this is not the end of the world. Masih ada lagi satu exam besar yang korang boleh tebus semula jika betul-betul ada niat dalam hati tu untuk berjaya. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...kannnn. SPM masih ada..

Hari ni akak tak keje. Saje ambik cuti nak teman puteri sulung ambil result PT3 dia. Debar jugak, sama je kot ngan anak tapi buat-buat cool sebab tak nak anak tu stress. Result dia? Alhamdulillah jugak. Dia punya result di luar jangkaan akak. Tidaklah cemerlang tapi tidak jugak teruk. Berapa tu, akak tak boleh nak cerita sebab anak dah besar. Akak respect privacy dia. Anak ni bila dah masuk peralihan zaman, kita kena paham la kan. Mungkin dia segan atau rendah diri takut dibanding-bandingkan result dia dengan orang lain. Tak bagi mak dia canang. Akak ni jenis mak yang open, tapi tak bermaksud akak tak pentingkan pelajaran untuk anak-anak akak. Kita pun pernah berada kat tempat dia dulu. At least dia dah usaha sehabis baik. Akak redha dan tetap bangga dengan dia. Kesian tengok dia tadi, macam gelisah dan takut nak tunjuk result pada akak. Hmm... mungkin sebab akak ni garang kot ngan anak..huhuhu 

Sebenarnya, akak pun rasa bersalah jugak. Dia tak dapat nak study dengan tenang. Apa taknya, tengah-tengah study, akak suruh dia buat itu ini. Nasib dia lah jadi anak sulung yang masih ramai adik-adik bawah dia. Nasib dia la, dapat parents yang PJJ (perkahwinan jarak jauh). Nasib dia la dapat mak bukan surirumah sepenuh masa, yang balik keje kadang-kadang moody, penat dan selalu mintak bantuan dia untuk menguruskan rumah dan adik-adik. Macamana la dia nak tumpu 100% dengan study, ye dak. Apapun akak bangga dengan dia. Sangat sabar. Sesuai sangat la akak letak nama dia NURSABRINA...cahaya kesabaran.

Dan pada puteri sulung akak tu, andaikata satu hari nanti dia terbaca entry akak kali ni, akak nak dia tau yang akak sangat sayang dia, bangga ada anak macam dia. Dan akak pasti, satu hari nanti dia akan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..... sebab itulah doa akak setiap hari. Allah pasti dengar..

Sabtu, 17 Disember 2016

...sawang...

uitt... lama benar akak tak menjengah blog ni sampai terlupa password. Gitu la kalo dah banyak sangat akaun email. Boleh tertukar id ngan password. Mujur akaun ni tak macam akaun bank. Tiga kali salah, terus kena block gitu.

Hari ni akak terlebih bosan kot, sebab tu tetibe terpikir nak bukak blog ni. Novel2 dah abis baca. Tunggu gaji masuk esok lusa baru gi cari novel baru. Cite kat tv lak bila time cuti hujung minggu gini, takde yang menarik minat akak nak berlingkor depan tv tu. Nak layan drama online, aduyai... line sangkut-sangkut. Asyik buffering je, Lama lak tu. Potong stim nak masuk dalam drama tu fifiling jadi heroin...kihkihkih..

Hmm... dah tak tau nak buat apa. Nak keluar jenjalan... ahh malaslah kalo en somi takde. Lagipun akak ni, bukan spesis suka keluar rumah. Jarang sangat keluar jenjalan. Anak-anak ngan en somi pun sama spesis. Bak kata mak mentua akak kitorang ni macam burung dalam sangkor. Muka pucat tak kena cahaya matahari nasib baik dia tak cakap macam dracula tak kena cahaya matahari.. hahaha.

pinjam gambar mr google

Disebabkan tak bape ada keje nak dibuat, akak cucilah sawang kat sini sikit-sikit. Kang penuh sawang, takde dah yang sudi menjengah... (err.. macam lah selama ni ada yang jengah, ek ) Nanti akak cuba rajinkan jari jemari akak untuk update blog ni. Itupun kalo sel-sel otak akak berhubung.. hehehe