Khamis, 22 Ogos 2019

....anakku ke menara jua...

pinjam gambar dari mr gugel
5hb Mei 2019... hari ini dalam sejarah la bagi akak dan suami. Anak sulung diterima masuk di IPTA, syukur. Macam mimpi je dapat tengok anak belajar sampai universiti. Yelah, akak tau takat mana pencapaian anak2 akak. Result SPM pun sederhana je nak dibandingkan dengan anak2 kawan2 di luar sana. Rezeki dari Allah swt. Ikutkan akak dah plan untuk mohon ke kolej2 swasta sebab pikir peluang nak dapat ipta tu macam tipis je sebab ramai sangat dapat result yang lebih cemerlang dari anak dara akak tu. Takpelah kos dia tinggi sikit asalkan anak akak dapat sambung belajar. Lagipun kitorang memang ada menabung untuk pembelajaran anak2 ni dari diorang lahir. Ayah diorang kalo boleh tak nak anak2 berhutang untuk belajar takut tak terbayar akan datang. Tengok saje la contoh yang ada. Ramai yg disenarai hitamkan namanya sebab tak bayar hutang PTPTN dan MARA. Jangan amik mudah weh...hutang tetap hutang walau apa pun alasannya. Bawak sampai dalam kubur tu.

Start dari dapat surat tawaran tu, akak lak yang paling sibuk uruskan segala dokumen. Macam akak lak yang nak gi belajar tu ha. Mungkin anak dah terbiasa semuanya ibu yang akan settle kan, penyudahnya dia tak tau nak buat apa. Mohon UPU ritu pun ibu jugak yang isi. Ater bila tanya dia nak mintak course apa, dia jawab tak kisah apapun asalkan dapat sambung belajar. Itu bab belajar... sama la jugak bab bila makan kat luar tanya nak makan apa, beli baju tanya nak baju kaler apa.. jawapan yang akak terima memang almost the same la.. "ikut ibu lah". 

21hb Julai, hari daftar masuk ke sana. Dapat cawangan Raub. Mujurlah dekat. Dekat2 pun ada la pat lima jam jugak nak nyampainya. Buat pertama kali jugak la anak akan duduk jauh dari mata akak. Kebetulan hari daftar tu si ayah tak dapat nak hantar sebab kena turun ke laut dah untuk cari rezeki untuk anak bini. Bermakna akak la yang kena drive hantar. Risau jugak sebenarnya nak drive jauh2 dengan bawak perut yang dah masuk 7 bulan tu kan. Nak dijadikan cerita, Allah sekali lagi tolong permudahkan urusan anak akak. Syukur. Ex-boss akak, offer diri untuk teman, tolong drive kebetulan dia pun free hari tu. 

Kitorang gerak awal pagi ke sana. Ikut LPT. Cuaca baik2 aje Kete pun tak banyak atas jalan. Sampai Bentong baru start jem. Ada event apa tah dalam bandar tu... tapi bukan jem abih kat sana je. Bersambung terus ke Raub tu sampai la ke laluan masuk ipta tu. Ramai betul yang dapat belajar situ. Bercinta jugak la nak dapatkan parking. Ikut dan je la. Settle daftar dan bawak barang2 naik ke bilik, akak bawak anak keluar ke bandar cari apa lagi barang yang patut. Then singgah lunch kt KFC, lepas tu hantar semula anak ke hostel. Akak gerak balik semula ke Kuantan petang tu. Jenuh jugak akak kawal emosi untuk tak bergenang airmata. Tak tau la rasa sedih pulok berjauhan dari anak. Diorang nak gi program camping anjuran sekolah satu malam pun akak dah tak senang duduk, inikan pulak berhari2 takde depan mata. Akak ni depan anak2 memang tegas, garang... memang jenis tak tunjuk yang sebenarnya dalam hati tu cair sangat dekat anak. Tak nak diorang pijak kepala nanti.

1st night si kakak takde kat rumah, macam tak lengkap je rumah ni. Tak lena tidur gak la ibu dia dok mikir macamana anak kat sana. Selesa tak dia? Makan ke dia? Boleh tido tak dia? Kawan sebilik ok tak? Pandai ke berdikari? ye lah selama 17 tahun ni seme ibu yang buat untuk dia kannn... macam2 la pikir. Esoknya bila wasap tanya... lor.. hepi rupanya dapat duduk ngan kawan2. Suka letewww sebab takde ibu yang membebel bila celik je mata kannnn.,, hehehe. 

Actually, akak lega la dia hepi. Bila suasana hepi, nak belajar pun hepi ye dok. Akak doakan je dari jauh moga Allah swt lindungi dia setiap masa, moga Allah swt jauhi dia dari sebarang anasir negatif. Namun rasa risau dalam hati tu tetap ada. IBU kannnnn....

Jumaat, 28 Jun 2019

...rezeki lagi.....

Throwback awal kejadian. Asalnya memang la ada petanda nak period macam breast bengkak dan memulas perut sekali sekala tu. Pastu dua minggu berlalu still takde pulak keluar period tu. Macam pelik je pulak. Selalunya bila ada petanda gitu, paling lama 5 hari start la darah haid tu keluar. Pastu kerap pulak rasa gelap mata macam nak pitam tu. Suami kata mungkin sebab dah berumur. Ada darah tinggi kot kata dia. Ok la... mungkin. Terpikir pulak yang agaknya dah nak sampai masa kekacauan hormon berlaku kot. Petanda nak menuju menopous barangkali.

Pastu nak dijadikan cerita satu hari tu, celik mata bangun tidur tergerak rasa nak buat urine pregnancy test aka UPT, dah kebetulan memang ada simpan banyak strip tu beli kat Lazada. In case la kannnn.... Pasal malam sebelum tu ada terpikir perubahan suami yang giler jaga makan tu dah tak jaga makan. Macam lain macam je selera dia makan sekarang. Mana pigi dia punya diet??? Satu lagi kerap pulak dia demam, selsema ngan batuk.  Lama pulak tu kena. Tanda-tanda yang sama jadi kat akak setiap kali akak pregnant... tapi kali ni tak pulak. Semua macam beralih dekat suami.

siap 2 kali check takut strip tu rosak ke apa kannn..

Jeng...jeng...jeng... Betullah, Allah bila nak bagi rezeki tu, dalam pelbagai bentuk. Yezza..... termengandung lagi di usia remaja purba.. hahaha... Kun fayakun. Betapa kita elak pun tapi kalau memang dah tertulis Allah tu nak bagi kita rezeki anak lagi, redha je walaupun pada awalnya kemurungan jap dalam toilet bila tengok ada dua line itewwww. Bukan tak suka tapi lebih pada takut. Yelah dah pertengahan 40an ni, pikir mampu ke lagi nak bawak perut ke hulu ke hilir. Mampu ke nak kawal emosi. Mampu ke lagi nak meneran. Al maklum la pompuan bila pregnant sensitif dia lain macam sikit. Mood tak stabil sokmo. Antibodi pun tak sehebat zaman muda dulu. Mudah letih, mudah sakit. Tambahan pulak ada sejarah hemoglobin aka HB rendah dan gestational diabetes mellitus aka GDM pada kehamilan sebelum ni. Seram jugak pikir bila anak yg ke 5 ritu terpaksa bersalin secara caesarean. Masalah uri. Macam-macam lagi lah dalam kepala ni.

Bila duduk bertenang-tenang.. pikir balik. Orang lain jenuh menunggu kehadiran cahaya mata. Macam-macam ikhtiar diorang buat, belum kira berapa banyak modal yang diorang keluar tapi tetap belum rezeki. Akak lak mudah-mudah je Allah nak kasi, takkan tak bersyukur kannnn. 

Alhamdulillah. Lepas buat detail scan, baru lah rasa lega sangat. Semuanya normal. Baby sihat. Harapnya sihat sehingga dia dapat tengok muka ibu dia ni ek. Kali ni akak perlu bantuan insulin sebab macam payah je nak kawal gula bila makin berumur ni. Makan sikit pun gula naik mencanak. Tak makan langsung kang, hypo pulak. Lagi bahaya. Naik kematu jugak la kulit perut nak kena cucuk sokmo. Tu belum kira hujung jari. Hari-hari pantau sendiri blood sugar profile aka BSP. Maksima 2 kali la sehari. Kalau ikut misi klinik gomen, kena check 4 kali sehari. Nak jimat jugak strip tu. Mahal gok rege dia. Tu pun beli kat shopee, kebetulan ada offer free shipping dari oversea. Kalau beli kat kedai farmasi agak beza jauh jugak rege dia. By the way, kali ni 1st time akak buat maternity checkup di klinik swasta. Tak nak la bukak buku merah kat gomen, nanti stress kena bebel ngan misi... hehehe... Lepas bersalin anak ke 5 dulu diorang siap pesan tak yah la pregnant lagi pasni sebab pening diorang. Banyak ngat problem. Masa tu pun dah nak masuk 40an. Anak pun dah 5. Cukuplah kot kata diorang.

scan yg pertama nak make sure betul2 pregnant
Dah confirm terus bukak buku merah
Glucometer & Insulin
Kebetulan pulak mengandung kali ni akak dah tak kerja. Setahun lebih dah bergelar pesara. Ambik pencen awal dengan tujuan nak tumpu urus anak-anak. Susah jugak bila PJJ aka perkahwinan jarak jauh ni. Seme urusan anak majoriti atas bahu si ibu. Perancangan Allah itu memang cantik. Kandungan dah masuk 7 bulan, takde lagi masalah cramp kaki berlaku walaupun ada vericose vein yang agak teruk. Mungkin sebab kali ni banyak dapat rehatkan kaki. Dulu kerja.... 8 jam tu la kaki kena kerja. Maklumlah, kerja yang memerlukan banyak pergerakan kaki dan tangan. 

Mengandung kali ni jugak akak tak war2kan pada kawan-kawan realiti mahupun alam maya. Mana yang paham ayat-ayat kiasan akak di status alam maya, mana yang terserempak kat luar perasan perubahan fizikal akak dan bertanya, baru akak bagitau. Bukan nak sorok apa, biarlah semuanya selamat dulu baru bagitau. Hamil diusia 40an ni sangat berisiko. Tak nak tunjuk happy sangat, rileks2 je dulu. Rehat minda.