Ahad, 13 Mei 2012

jentat ??

Cuaca di Kuantan seminggu dua ni, asal senja je start le berarak mendung kelabu. Pastu kompem la kedengaran guruh berdentam dentum mengiringi kilat yang sabung menyabung. 
pinjam image dari mr google..
Yang buat aku baran, bukan guruh... bukan kilat tapi benda alah ni bawah ni. Asal kilat yang kaw2 je, dia jentat (a.k.a 'tendang' bagi setengah2 orang ). Yang aku heran, apasal rumah aku je yang dapat problem gini.. rumah orang lain molek je terang benderang..


Kalau 10 kali kilat kaw2 punya sabung... 10 kali jugak la aku kena gi swicth on balik benda alah di atas. Yang bengkek je jiwa, baru nak letak bontot atas kerusi, dengar bunyi 'kebabowww' ( perkataan sinonim bagi guruh, anak aku kata laa... )... arrghh... jentat lagik..
At last aku terpikir, biarlah bergelap dulu, dah reda baru swicth on balik. Mula2 dulu aku standby lilin tapi bila payah sangat nak cari lighter kat umah ( maklum aje la... laki akak non-smoking, mana la nak simpan stok lighter2 ni kan.. ), tapi sekarang, aku standby benda alah di bawah ni pulak. Aku dapat idea ni masa singgah kat gerai2 tepi jalan, nak beli nasi lemak buat bekalan anak2 pi sekolah. Aku kan keluar rumah 6.30 pagi. Gelap lagi waktu tu. Comel pulak tengok lampu2 ni tergantung kat setiap gerai, aneka bentuk, aneka kaler... dan2 tu terpikir. Balik keje lepas ambik anak2 kat taska, terus singgah 'COWBOI' beli satu.. takde la mahal mana, RM15 pun tak sampai.. ( lain size lain rege la ).

tak pakai minyak gas dahhh...pakai bateri je zaman la ni..
Lagi selamat. Takde risiko anak terbakar tangan dok main api lilin & kuranglah risiko bingit telinga aku dengar anak2 gaduh berebut nak tiup padamkan lilin.... terutama sekali budak cengeng ( kuat nangis ) kat bawah ni... ;P



Jumaat, 4 Mei 2012

internet banking

Zaman sekarang, semuanya online. Banking, shopping, baca papers, beli tiket pelbagai ande, bayar segala macam bil (kecuali JBA Pahang), borak ngan kengkawan dan macam2 lagi la.. Slip gaji orang keje gomen pun dah kena download & print sendiri kalau nak simpan, takpun download & save kat mana2 folder dalam komputer tu kalau kat umah takde printer.  Jangan kata orang kat bandar je yang guna online service ni, mereka2 yang dok kat kawasan pendalaman pun tak terkecuali tapi bagi yang mampu melanggan line internet je la.. Abih kalau takde internet, nak online guane, ye dok..!

hobi~ giler bukak akaun banyak2, bukan berduweeeet pun... saja kumpul kad atm, hehehe
Baguih memang la baguih tapi bila dah banyak ngat nak login.. masalah yang utama aku sokmo2 kena hadap ialah lupa username & lupa password. Nak pulak kalau nak guna internet banking. Try 3 kali, kalau salah haruslah kena block access. Satu keje lak kena tlipon customer service. Selalunya bukan dapat cakap terus dengan operatornya, kena dengar mukadimah dulu seminit dua.. ada tu siap kasi dengar lagu tema lagik. Diorang lupa kot yang kita dok calling tu 'BERBAYAR'.. kekadang tu baru dengar operator sebut "hello, dot dot dot customer sevice".. terus line terputus pasal kredit abih. Alih-alih lepas dia reset kita punya login, dia suruh kita daftar semula tapi kena ambik no pin yang baru kat mesin atm. Satu kelije la pulak, nak start kete gi cari atm yang berkenaan semata-mata nak ambik no pin yang baru.
Moral of the story.... pasni sila guna username & password yang sama untuk semua login... huhuhu