Jumaat, 4 Mei 2012

internet banking

Zaman sekarang, semuanya online. Banking, shopping, baca papers, beli tiket pelbagai ande, bayar segala macam bil (kecuali JBA Pahang), borak ngan kengkawan dan macam2 lagi la.. Slip gaji orang keje gomen pun dah kena download & print sendiri kalau nak simpan, takpun download & save kat mana2 folder dalam komputer tu kalau kat umah takde printer.  Jangan kata orang kat bandar je yang guna online service ni, mereka2 yang dok kat kawasan pendalaman pun tak terkecuali tapi bagi yang mampu melanggan line internet je la.. Abih kalau takde internet, nak online guane, ye dok..!

hobi~ giler bukak akaun banyak2, bukan berduweeeet pun... saja kumpul kad atm, hehehe
Baguih memang la baguih tapi bila dah banyak ngat nak login.. masalah yang utama aku sokmo2 kena hadap ialah lupa username & lupa password. Nak pulak kalau nak guna internet banking. Try 3 kali, kalau salah haruslah kena block access. Satu keje lak kena tlipon customer service. Selalunya bukan dapat cakap terus dengan operatornya, kena dengar mukadimah dulu seminit dua.. ada tu siap kasi dengar lagu tema lagik. Diorang lupa kot yang kita dok calling tu 'BERBAYAR'.. kekadang tu baru dengar operator sebut "hello, dot dot dot customer sevice".. terus line terputus pasal kredit abih. Alih-alih lepas dia reset kita punya login, dia suruh kita daftar semula tapi kena ambik no pin yang baru kat mesin atm. Satu kelije la pulak, nak start kete gi cari atm yang berkenaan semata-mata nak ambik no pin yang baru.
Moral of the story.... pasni sila guna username & password yang sama untuk semua login... huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan