Sabtu, 21 Julai 2012

..1st ramadhan @Jubail..

Hari ni masuk hari kedua aku ngan anak-anak berpuasa di negara padang pasir ni. Kira ok la jugak sebab anak-anak aku boleh bertahan berpuasa lebih 2 jam dari Malaysia dan dalam cuaca yang panas. Mungkin sebab diorang duduk dalam umah je. Ber airkon 24jam lagik... takde la terasa sangat kot. 
Waktu bersahur kat Jubail ni awal la sikit. Jam 2.30 pagi, kitorang dah kena bangun sahur sebab subuh masuk lebih kurang sejam lepas tu. Tu yang buat anak-anak aku tak tido pun lepas terawih. Dok ngadap tv, dok ngadap games. Alang-alang je kan nak tido sejam dua, pastu kena bangun. Diorang je la yang jadi 'jam loceng' aku time sahur . Aku kena tido kan diri gak kejap sebab kalo hari dah cerah, payah sikit mata aku nak pejam balik. Kat sini, jam 4 pagi pun dah terang.

Pada aku biasa je. Lebih kurang sama je puasa kat Malaysia tu. Yang lainnya cuma.. kaki ni tak melangkah ke  bazar-bazar Ramadhan. Tah la, tak tau lak aku ada ke tidak 'bazar' Ramadhan kat sini. Takde kot pasal tak nampak pun. Cuma asben ada la bagitau yang kat depan sesetengah pasaraya tu ada orang jual kuih-muih jugak (spesis arab la kan..) tapi takde la macam kat tempat kita. Nak suruh dia beli pun, bazir kot rasanya pasal tekak kitorang payah nak terima. Asben lainlah kan.. dah hampir masuk 4 tahun hidup kat tanah Jubail ni, mesti dah sebati ngan anak tekak dia. 
hmm... kalo biasa kat Malaysia, lepas terawih dok lepak pekena kuih karipap ke, buah melaka ke, kuih koci ke, pengat pisang dan sebagainya... tapi kat sini kitorang ganti la semua tu ngan pekena biskut tawar & cheese craker cicah ngan air teh o je la.....

menu sahur pertama Ramadhan di Jubail
nasi goreng cina, ayam goreng, keropok & sambal belacan

juadah berbuka puasa pertama Ramadhan di Jubail
ayam goreng kicap, kangkung goreng ikan masin,
asam pedas ikan kembung, terung bakar, sambal belacan
& ofkos la buah tamar kan....



Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan al-Kareem



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

"Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Isnin, 16 Julai 2012

...tentang panas lagi..

Aduyai.. plan nak memandikan diri terbantut sudaa.. Apa tidaknya, masuk bilik air tengok air dalam tong tak sampai pun separuh. Mana cukup beb.. Sekarang kat bumi Arab ni musim panas. Maknanya tangki di luar pun kepanasan. Makanya air paip pun terasa hangat serupa air yang hampir suku jam dijerang gitu... walaupun matahari dah tenggelam. Kata asben aku, walaupun hari dah malam, matahari dah takde tapi udara kat luar tetap panas.
Itu baru cerita malam hari, kalau siang... nak2 pulak waktu tengahari, lagi la panas air paip tu. Sampai jari jemari pun naik kebas. Maklum le, time2 gitu nak kena sediakan lunch untuk family, nak tak nak pun kena jugak la 'bermain' dengan air tu. Macam rumah kat Kuantan, air paip terasa panas masa baru2 bukak paip je, sebab batang paip kat luar tu berjemur, lama2 tu dia normal sejuk balik macam biasa tapi kat sini, walau lama mana pun paip tu terbukak, air tetap panas. That's why la anak2 bertolak-tolak kalau aku suruh basuh pinggan.

Kat sini asben pesan suh tadah air dulu bila nak guna. Jiran sebelah pun pesan jugak. Mula2 sampai sini, tak tau la nape pulak kena tadah dulu, kan. Pastu baru lah tau. Ater... kalau tak tadah air dulu.... errr... bayangkanlah ek, macamana korang rasa bila nak basuh berak kencing pakai air yang baru didih. I rela tahan dulu uuu....

Ahad, 8 Julai 2012

..demam la pulak..



Dari sehari ke sehari nak update blog tapi tak kesampaian. Baru taip separuh, anakanda lak kacau... tengah syok menaip, laki lak kacau.. opps.. ha, pikir lain la tu.. kacau berebut nak guna pc lah.. Asyik kena kacau je, terencat lak idea.. seme masuk draft box. Hmm.... nak post pun dah tak syiok sebab dah jadi belated. Tengok la kot2 nanti ada siaran ulangan, boleh la aku olah balik cite yang dah di draft tu.


Pejam celik, pejam celik... kelmarin genap sebulan dah aku ngan anak2 kat bumi Arab ni. Setakat ni, belum terbit lagi rasa boring ke, apa ke.. tah.. biasa je. Anak2 tak tau la kan. Tengok diorang ok je. Pada aku, macam best lak duduk sini, ikut hati macam nak stay lama2 kat sini tapi apakan daya....... keadaan tak mengizinkan.

Genap sebulan kat sini, kitorang diraikan ngan virus selesema. Kejutan suhu barangkali. Iyolah, bila keluar rumah, matahari macam sejongkal jo ateh kepalo, masuk2 dalam umah lak dah raso macam kat kutub utaro pasal 24jam airkon on memanjang tahap maksima. Masuk hari ni, dah tiga hari dah aku demam. Si kecik baru jangkit dari aku semalam. Abang2 dia pulak dah 3,4 hari batuk. Si kakak je yang masih kebal antibodi. Ayah diorang pun dah menjangkit selsema semalam, ater... tido sebelah, kan..... ;)

Mujur la stok ubat yang aku bekal tiap kali cik abang balik Malaysia, masih ada. Tarikh expired ada la dalam sebulan dua lagi, kira masih ada power lagi lah walaupun dah suam2 kuku. Ubat si kecik la takde. Sebelum datang ritu dah siap standby gak nak bawak sini sebab cik abang pernah la bagitau, ubat kat Malaysia tak sama ngan sini. Selalu yang aku suggest dia beli tu, tak pernahnya ada kat sini. Tapi..... sebelum datang sini ritu, kitorang lepak kat umah adik aku kat Nilai. Kebetulannya anak sedara aku batuk selsema, aku pun bagi la ubat tu kat dia, kesahnyaa...

Kat sini, bercinta sikit nak jumpa doktor. Masa aku gi bawak si kecik cucuk dia punya vaksin hari tu, gila ko. Dua jam nunggu, baru di panggil ke bilik doktor. Yang hangin tu, pesakit cuma tiga orang, termasuk anak aku. Betul la orang kata orang Arab ni buat keje very the slow.... yang buat keje, si misi je. Doktor???... duduk menyandar peluk tubuh, sambil kasi arahan. Kalo doktor kat Malaysia buat cenggitu.... alamatnya malam tu jugak masuk Buletin Utama TV3 segmen Suara Rakyat. Esok pagi kompem kuar muka depan Harian Metro... huhuhu.. bercakap tak pandang muka pun kena komplen, apatah lagik....

Kelebihan aku keje kat bahagian farmasi walaupun sekadar penolong, dah boleh agak dah ubat apa si doktor nak kasi. Buat list je suh cik abang pi beli kat farmasi pasal farmasi pun melambak2 kat sini. Maklum le, hospital & klinik kasi service je.... ubat2 kena beli sendiri kat farmasi. Bukan macam Malaysia ku tercinta.. ubat seme FREE..