hehehe... cam sama lak tajuk entri ngan tajuk drama yang aku follow petang2 kt tv3 kul 7pm tu ha.. alaaa, yang hero peberet aku berlakon tu. Tengok cite tu pun, makin tebal rindu aku kat saudi, walaupun cite tu shoot kat UAE. Lebih kurang sama tapi tak serupa...
Apa khabar jiran2 ku kat sana? Tah ingat tah tidak lagi kengkawan di Jubail kat aku ni. Yelah, kebanyakkannya kenal kat pesbuk. Ada yang pernah bersua muka dan ada yang tidak. Tapi aku tetap rasa, dorang semua sangat baik. Walaupun kenal tak serapat mana, tapi dorang punya caring better than 'kawan2 baik' aku kat mesia ni. Ikhlas dorang aku dapat rasa.
Apa khabar jugak en somi kat sana? Yelah, teknologi canggih macamanapun, terkadang payah jugak nak berhubung. Masa selalu jadi penghalang. hmm.. sms? email? kekadang sibuk sampai lupa nak reply. skype? ym? facetime? .. time jugak jadi penghalang... nak call?.. err, kekadang kredit henpon pun menghalang jugak. Takleh nk cite panjang. Cakap apa yang penting je. Tak dan nak bermanja2. Dan terkadang.... mood jugak jadi penghalang. Maklum le, ai ni moody sokmo, lebih2 lagi masa bulan mengambang... huhuhu..
Rindu... rindu sangat ngan Saudi. Walau hanya beberapa bulan, aku dah terpaut dengan life aku kat sana. Serius, aku hepi kat sana berbanding di bumi Malaysia ni. Aku tak berapa nak hepi kat sini. Stress bertimpa2 saban hari. Serabut terkejar sana sini, dan paling serabut dengan mereka2 yang suka serabutkan kepala orang lain...
pinjam kt en gugel.. |