Jumaat, 15 Februari 2013

..dah setahun dah dia..

Terasa baru semalam aku gi menyerah diri kat Kuantan Medical Centre untuk di 'induce'... masih terasa sakit yang merengat2 selepas 5 jam dimasukkan ubat... masih terngiang2 suara en somi yang bersama bersengkang mata memujuk aku untuk bersabar dan bertahan..

Diam tak diam, dah setahun berlalu. 14/02/2013, tatkala ramai orang yang celebrate hari kekasih la kununnnn... aku lebih senang untuk celebrate 1st birthday si bongsu (err... bongsu kerrr??!)... tapi tidaklah celebrate ber'party' bagai. Aku ni lebih suka meraikan hari2 spesel hanya dengan mereka2 yang spesel pada aku. Anak2 ngan en somi tapi sayangnya, en somi tak dapat bersama2 meraikan 1st birthday si Nuha... alahai, senasib la dengan abang Ammar dia. Takpelah, si ayah kena cari rezeki, kumpul rezeki bebanyak untuk senang dorang jugak masa depan. Si ayah tetap dekat dihati dorang, walaupun jauh beribu kilometer.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjauhi Nuha aku dan anak2 aku yang lain dari sebarang kemungkaran. Semoga mereka tergolong dalam orang2 yang tidak meninggalkan solat dan memelihara ke'Islam'an mereka. Semoga mereka mendapat kebahagiaan dunia serta akhirat... dan semoga mereka menjadi anak yang tidak pernah lupa untuk mendoakan aku dan en somi sepertimana kami tidak lupa mendoakan atuk, wan, datuk dan arwah opah mereka.. Aamiin..

Happy 1st birthday Nuha... we love you so much..

14/02/2012....
14/02/2013...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan