Jumaat, 22 Mac 2013

ke sana lagi..

Cuti sekolah akan tiba minggu depan tapi aku dah mintak izin kat cikgu kelas anak2 aku nak cuti 3 hari awal. Plan asal dh berubah... asal2 nak beli tiket flight 23/3 tapi nak booking asyik tertangguh pasal kitorang belum dapat kebenaran visa masuk Saudi untuk adik ipar aku. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat keputusan yang mendukacitakan. 3 kali request di reject. Tak tau apa masalah tapi mungkin sebab law baru Saudi yang agak ketat. Pompuan takde mahram tak leh masuk Saudi tapi...... somi aku bukan ke abang kandung dia, pun tak boleh ker?... not understeng la.. Dah lambat ngat booking, kebanyakkan tiket flight Saudi Airlines dah fully booked. Biasa la musim2 umrah ni. Somi aku cadang naik flight Sri Lankan tapi aku tak nak. Aku kurang ada keberanian nak 'transit' kat Colombo tu. Maklum la, adik ipar tak jadi pegi, so takut jugak sdn bhd jaga anak2 kat tempat orang. Naik Saudi Airlines, kompem transit dalam Saudi jugak, lagipun ramai orang Mesia naik. Akhirnya dapat flight dari KL ke Riyard dengan Saudi Airlines, pastu naik flight Nasair pulak ke dari Riyard ke Dammam.
Dah settle ngan tiket KL-Dammam, baru la cari tiket Mas Kuantan-KL pulak. Asal2 nak drive ke airport pastu tinggal kete kat situ tapi bila kira balik, dekat nak sama je harga tiket flight dengan kos bayar parking KLIA tu. Belum kira duit minyak lagi tu... Dari penat drive, baik ambik flight terus, ye dak?!

3 kapal terbang naik nak jumpe en somi... huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan