Isnin, 8 Ogos 2022

Lagu

hmm.... tengah layan youtube. Bukak pulak lagu2 rock kapak. Menggamit memori. Melayang fikiran teringat zaman muda belia, zaman kiut miut, zaman bergetah... zaman masih ada pinggang yang pastinya,,, kihkihkih. Sekarang dah tak tau mana bahu, mana peha, mana pinggang. Cam sama je ngan batang balak 2 pemeluk gitewwwww.

Ok, sape ada buat koleksi buku lirik lagu time sekolah dulu, angkat tangan...hehehe. Ni zaman sekolah era 80an 90an la kan. Sanggup weh dengar radio sebelah telinga, nak nyalin lirik kat buku. Takde faedah langsung. Bukannya nak gi ujibakat Bintang Rtm ke apa nak kena hafal lirik, ye dok. Akedemi Fantasia Astro pun tak wujud lagi. Almaklum le, tv pun time tu masih zaman pulas2 tombol tukar channel. Lagu hafal, surah baca terkial-kial. Astagfirullahaladzim.... jahil sungguh time tu ek. Sekarang anak2 dok hafal lagu korea, reti sound pulak. 

Bila dah start masuk alam ada gaji, asal Siti Nurhaliza, Amelina & Exist keluar kaset baru, kompom beli. Kaset tau. Simpan bertahun tapi sayangnya boleh simpan saje la kan. Mana ada dah radio boleh pasang kaset. Pernah sekali jumpa radio cap ayam jual kat Lazada yang ada tempat kaset. Beli. Rege seratus hengget lebih jugak la. Try pasang kaset2 tu semua. Hampeh. Dah bunyi macam radio abih bateri. Pita kaset2 tu dah tak elok. Naik kulat. Last2, buang je la belaka. Semak pulak nak simpan dalam stor kecik sama besar ngan ruang jamban belakang rumah dulu2. Maklum je lah, bila ada penambahan ahli keluarga, lagi banyak la barang nak disumbat ke dalam.

pinjam gambar kat mr google

Satu lagi hobi zaman2 kaset tu, rakam lagu. Ada weh time tu kat kedai. Senarai je lagu apa nak. Diorang buat kompilasi. Bayar seploh hengget 1 kaset. Time tu tak kecoh sangat isu cetak rompak macam zaman sekarang. Yelah, nak beli kaset satu2 tak mampu. Lagipun kadang dalam 10 lagu, 1 lagu je kita berkenan nak dengar. Bila zaman cd vcd ambil alih, dah stop dah beli album lagu nih. Mahal sikit dari kaset. Tapi ada jugak ngelat. beli cd kosong, download lagu kat internet pastu burn dalam cd. Zaman ni dah start la isu cetak rompak diketengahkan. Tapi kita buat untuk kegunaan sendiri je. Dengar pun cuma dalam kete. Time tu je la pasang cd nih. Malas nak dengar si penyampai radio berceloteh tah hape2. Kelemahan cd ni, satu je la... pantang calar. Sangkut terus lagu. Tengah syok nak tarik chorus... ehh, dia stop pulak.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Retis pun dah malas nak buat album lagu. Rakam single je belaka. Main kat youtube. Kutip royalti satu lagu lagi baloi dari nunggu orang beli 1 album. Orang pun tak kisah dah pasal cd vcd ni. Kaset apatah lagi. Ada yang tak tau pun kewujudan benda alah tu. Nak dengar lagu, buka je youtube. Bukan kat pc je, guna enpon pun boleh. Macam2 applikasi lagu boleh install. Boleh download, simpan dalam pendrive, flash drive atau thumb drive. Cucuh la kat tv, pc, radio, ipod ngan enpon yg ada usb port. Dengar lah berulang kali sampai bernanah telinga pun takpe ye dok. Well, setiap orang tu tak perfect. Ada kelemahan dia. Samalah dengan usb tu. Kadang, dengar kat pc ok. Bila pasang kat gadget lain, ada pulak part yang usb port takleh detect. Samalah problem dia ngan cd tu..... baru nak tarik chorus, alih2 dia stop, start main next lagu. Hare betulllll !!!

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan