Selasa, 29 Mac 2011

Ammar lagi..

Petang semalam aku jadi panik kejap bila anak aku yg bongsu (buat masa ni...hehehe) menangis dalam kereta masa aku tengah drive dari taska ke sekolah, nak ambik anak2 aku yg lain. Memang biasa la si cengeng ni menangis, tapi petang tu kedengarannya pelik sikit. Selalunya aku pekakkan telinga aje tapi tetiba mata aku terpandang dia kat dalam cermin pandang belakang tu. Mulut penuh darah. Arrrgghhh....apa pula kali ni...

Tisu....sakit hati betul, time nak guna, time tu lak dia takde. Mujur teringat pada tuala anak kat dalam beg taska dia tu. Tibai je la. Aku mula rasa tak sedap hati. Pehal pulak budak ni. Sebelum ni asyik berdarah hidung. La ni mulut pulak. Aku teringat lak dalam dua tiga hari sebelum tu, dia pernah mengadu yang dia sakit mulut, tapi aku tak ambik pot pun...ala, ingatkan dia nak manja-manja ngan ibu, malas la nak layan.
Malam tu jugak, lepas antar si kakak tuisyen kat rumah cikgu dia, aku pun terus bawak Ammar ke klinik yang biasa aku pergi. Aduh, payah betul parking....hujan lak tu. Selepas 4,5 kali tawaf, aku pun naik fed up, bantai je parking kat tepi stesen minyak tu. Aku turun jap gi daftar anak. Aku tengok dalam klinik tu punya la ramai umat, tempat duduk ade la seciput. Aku pun tanya kat adik yang jaga kaunter tu.."lambat lagi ke dik?"... tengok dalam klinik tu pun aku dah tau pun jawapannya. Aku pun bagitau minah tu yang aku tunggu kat luar. Aku nunggu dalam kereta, sesambil ngajo si abang buat homework. Si abang tu kalau nak tunggu balik rumah baru nak ngadap homework, hmm... alamatnya esok pagi belum tentu siap. Lebih kurang sejam aku duduk dalam kereta tu, aku pun bawak si adik masuk ke dalam klinik. Aku tanya kat minah tadi samada nama anak aku dah di panggil ke belum. Dia cakap nanti dia check sebab dia rasa macam dah panggil. So aku pun duduk. Aku tengok ada pesakit keluar dari bilik doktor, aku ingatkan dia terus nak panggil kami masuk, tapi hampeh. Pas sorang2 pesakit lain yang dia panggil. Yg buat aku baran tu, pesakit2 yang dia panggil tu datang kemudian dari aku. Agak2 dah setengah jam aku nunggu, aku pun pegi balik kat minah tu dan tanya balik kat dia soalan tadi. Boleh minah tu jawab, "tadi panggil akak takde, nanti lepas patient yg last tu akak masuk".. hangin betul aku. Aku dah tak pandang kiri kanan dah... aku tengking kat budak tu, "kan aku dah bagitau yang aku tunggu kat luar, enko pekak ke? Dah dekat 2 jam aku tunggu, dah..cancel..byk lagi klinik lain aku boleh pegi!!!".. aku pun blah. Lepas masuk dalam kereta, aku tarik nafas dalam-dalam. Sian lak kat minah tu, terkulat2 muka dia tadi. Tak leh salah kan aku, aku penat weh, balik keje nak terkejar sana-sini, makan pun tak sempat... kalo korang di tempat aku, mesti hangin jugak bila kena gitu.

Jam dah dekat 10pm. Nasib baik aku sempat kejar klinik yang satu ni. Doktor tu pun tak dapat nak pastikan apa kena dengan si Ammar ni. Dia syorkan aku bawak Ammar buat ujian darah kat spital nanti.
Pagi tadi masa aku kejutkan Ammar masa nak keluar rumah, aduhhh...sekali lagi penuh darah kat mulut dia. Aku decide nak ambik 'off petang' hari ni nak bawak dia jumpa doktor pakar. Macam biasalah, pagi aku tinggalkan dia kat taska dulu tapi aku dah pesan kat owner taska tu kalo nampak benda yang pelik pada Ammar, aku suruh dia terus call aku. Masa tengah kerja tu, akak tu call. Bagitau mulut Ammar masih berdarah. Dia dah tengok tapi takde apa2 kesan luka tapi dia kata gusi Ammar merah. Dia cadangkan aku bawak Ammar jumpa dentist. Mula la aku dalam dilema......specialist @ dentist???

Petang tadi soalan aku dah terjawab. Boleh tarik nafas lega. Bawak Ammar jumpa dentist. Nasib baik Ammar ni jenis suka jumpa doktor. Tak menangis dan tak tunjuk rasa takut pun. Elok je dia duduk atas kerusi tu. Dentist tu kata, gusi Ammar ada infection. Gusi keliling semua bengkak. Punca??.....err...gosok gigi tak bersih...(nak buat camner, dia taknak aku gosokkan). Apa2pun hujung minggu ni dah buat appointment dengan dentist tu nak buat teeth scaling untuk Ammar lepas complete kan dia punya antibiotik 4 hari untuk kurangkan radang.... harap2 dia tak meronta2 nanti.......;p

Rabu, 9 Mac 2011

update blog

As Salam.

Tahun 2011 ni, semakin lama semakin jarang aku meng'update' blog ni. Macam yang aku maklumkan sebelum ni, bukan takde idea, bukan juga takde cerita nak dikongsikan cuma masa lapang yg aku ada tu , amat2lah ciput. Yang ciput tu la, aku gunakan untuk rehat2kan diri. Paling kerap pun sekadar meng'update' status fb jer. Itupun sebab boleh bukak fb kat hanset. Lagipun meng'update' status fb tak sepanjang cite meng'update' blog, kan... err...takkan nak update guna hanset lak... acer giler nak taip panjang2 kat skrin yg kecik tuh..!

Tahun ni aku rasa penat la sikit berbanding tahun lepas, pasal tahun ni anak aku sorang sesi pagi, dan sorang sesi petang. Yang sesi pagi tu kang, pas balik sekolah dah nak terkejar lak nganto dia pi tuisyen. Kalo takde tuisyen kang, ada lak ko-kurikulum kat sekolah. Kelab itu la, kelab ini la. Persatuan itu, persatuan ini. Iskh..... ngalahkan bini2 menteri la pulak. Kadang2 tu terpaksa ngulor la jap nak nganto anak sana sini. Nak ambik cuti, tak berbaloi la setakat nak kuar dalam 15minit tu. Lainlah kalo diorang kasi cuti rehat 200 hari setahun (boleh gitu...hehehe). Yang menjadikan lama sikit tu, bkn pe.. bila nak cari parking semula kat spital tu. Kompem kena tawaf 2,3 kali baru dapat semula tempat parking. Kalo rasuah tu tak dosa, nak gak aku rasuah pak guard yg jaga parking, tolong standby kan satu lot parking untuk aku...;p
Anak2 pun dah pandai, balik sekolah, jejak je kaki kat dalam rumah....diorang siap dah hafal dialog wajib aku setiap hari. "bawak beg masuk terus dalam rumah, pegi mandi. Pastu makan. Pas makan buat homework. Kul 9 tido!"......(sambil kedua tangan berada di pinggang macam mak mertua Kasim Selamat tu) kekadang tu, aku belum habis cakap lagi, diorang dah tolong complete kan ayat aku tu... bagus punya anak (at least aku tau yg diorang beri perhatian apa ibu dia cakap, kan... hehehe)
Masa diorang buat homework tu, aku lak buat aku punya housework. Sesekali dok jeling ke skrin komputer tu. Tengok kot2 ada pesanan penaja. Abis aku punya housework, baru aku ngadap desktop. Kebetulan lak desktop dok bersebelahan dengan meja study anak2. Kekadang bila idea datang mencurah-curah, acer baru jari jemari aku nak menari rap kat keyboard pc tu.. anak aku datang tunjuk buku... "ibu, macamana nak buat ni? ...ibu, betul tak buat cam gini? ..ibu, macamana nak kira ni? ...bla..bla..bla.." terus terbantut la apa yang aku nak taip pada asal tadi.


Selasa, 1 Mac 2011

Hubby's birthday

Sudah agak lama juga aku tidak meng'update' blog ini. Bukan tiada cerita yang nak dikongsikan, cuma ketiadaan masa untuk menaip patah-patah ayat untuk bercerita. Baru je nak tulis tajuk, mulut pun mula la menguap2. Kalo time segar sikit, anak yang kecik lak ngacau. Nak menaip pun tak concentrate. Tak pasal2 tertaip ayat yang aku marah2 kat dia. Hilang 'keibu mithalian' aku nanti (hehehe...abih la kena marah dek sasterawan negara, ayat aku ni kang).

inilah wajah lelaki yg berjaya memiliki hati aku

Hmm....hari ni, 1hb Mac 2011. My hubby's birthday. Hari jadi yang ke 40thn. Cepatnya masa berlalu, kan. Sudah tua lakiku... no wonder la rambutnya sudah bertukar kaler.... hehehe....(kepada suamiku tersayang, ya...ampunnnn).
Tahun ni merupakan tahun ketiga aku tak dapat meraikan hari jadinya, bersama. Maklum ajelah, dia jauh diperantauan... bermakna tahun ketiga la aku tidak menghadiahkan dia apa2 melainkan doa semoga dia sentiasa dilindungi Allah.
Walaupun begitu, aku tetap akan meraikannya dengan anak2. Beli sebiji kek ( ye la... takkan nak beli 20biji lak..), rakam anak2 nyanyi lagu hepi besdei tu dan send video anak2 tu kat dia.

hadiah dari puteri tersayang

Gambar kat atas tu, gambar kad yang ditulis oleh puteri tunggal aku. Kalo baca, usahkan korang... aku pun tak paham. Tapi dia ada terangkan kat aku, ada pari2 hantar kotak hadiah untuk ayah. Lepas tu ayah tanya, apa dia isi kandungan dalam kotak tu. Pastu pari2 jawab, "keluarga". Ayah pun bersedih (aku rasa dia maksudkan 'terharu' kot). Walaupun bahasa anak aku nih agak tunggang langgang sikit, tapi jauh disudut hati, aku bangga sebab dia punya daya imaginasi dan penterjemahan dia terhadap sesuatu cerita agak kreatif. Betul kata orang, mana tak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi, kan.... orang kata la... bukan aku kata.... ;-)