Ahad, 14 Ogos 2011

cite pasal puasa lagi...

Pejam celik, pejam celik, dah 2 minggu umat Islam menjalani ibadah puasa di tahun 2011 ni. Alhamdulillah, selama 2 minggu ni jugak, anak sulung & anak kedua aku, masih larat meneruskan puasa..... walaupun sesekali anak aku yang kedua tu terlupa untuk meninggalkan tabiat hisap ibu jari tangannya ( err...boleh dikira ker??.. ) Budak-budak zaman sekarang, semangatnya lebih kuat berbanding zaman aku kecik-kecik dulu. Mungkin zaman aku dulu, orang tua tak sampai hati tengok bebudak melepek seakan tak makan berbulan-bulan kot. Budak-budak sekarang tak berasa sangat sebab diorang boleh hilangkan keinginan nak makan minum tu dengan aktiviti lain. Aktiviti paling digemari kanak-kanak zaman IT..... tengok cite kartun & main PSP ngan handphone aku... ( ah, tak kisah la asalkan homework diorang beres )
Makin hari, selera makan tu dah jadi macam tak tau nak makan apa. Lagi-lagi pula time sahur. Ikut tekak aku, makan roti je pun takpe dah tapi sian lak kat budak-budak. Takut perut diorang tak leh bertahan sepanjang siang dengan roti. Kalau hari cuti, tak kisah gak kot tapi hari sekolah, tak sampai hati lak aku. Tak pasal-pasal kang anak-anak aku pengsan lak kat sekolah. Nak tak nak, aku paksa gak diorang makan nasi time sahur, biarpun lauk hanya ayam goreng ngan kicap.

Rabu, 3 Ogos 2011

alahai ramadhan..

Hari ni aku balik keje awal lagi seperti semalam pasal waktu rehat tadi aku tak ambik masa rehat tu. Terus buat 'lunch call', dan anjakkan waktu rehat tu ke jam 4 petang, boleh balik terus. Kebetulannya hari ni hari Rabu, ada pasar malam kat area Taman Cenderawasih Kuantan ni. Itu la tempat yang aku paling suka cari sayur-sayur kampung dan lauk-lauk basah. Teringat pasal kawan dok cerita nak masak pucuk paku untuk juadah berbuka semalam..... iskh, teringin pulak nak makan gulai pucuk paku.
Dah dapat pucuk paku, nampak pulak petai jeruk... teringat kat en. suami. Peberet dia tu. Aku pun belajar makan benda alah tu dari dia. Teringat lak kat rumah ada tempoyak ( sendiri buat tau, durian bapak aku ), boleh jadi pencicah. Beli jugak sikit petai jeruk tu. Nampak pulak rebung, cantik, terliur lak nak buat gulai tapi... aku tanya kat akak yang jual tu, orang mengandung boleh makan tak. Dia kata kalau 1 ke 5 bulan takleh. Risiko. So, aku terpaksa batalkan niat nak beli rebung tu. bagus la akak tu, siap pesan kat aku, jangan minum air tebu sebab dia punya bisa sama macam rebung. Lepas tu singgah kat tempat ikan, nak beli ikan kerisi.. anak-anak aku punya peberet. Beli ikan lain, kompem bazir. Tak nak diorang makan. Ikan kerisi tu pun kena goreng je, masak resepi lain....takkan sentuh dek bebudak tu ha. Aku gak jadi tukang sapu.
Lepas siap ber'shopping' kat pasar malam tu. Aku terus gerak ke sekolah untuk ambik anak kedua aku. Dia sekolah sesi petang, bulan puasa ni balik awal sejam dari biasa. Baik la aku terus pi ambik. Kalau nak balik rumah dulu, pastu nak kena keluar balik ambik, bazir minyak keta & bazir masa je.
Sampai rumah, cepat-cepat solat asar. Selesai menunaikan kewajipan muslim yang satu tu, aku pun bergegas ke dapur. Berperang dengan masa nak siapkan juadah berbuka puasa. Maklumlah tengok jam dah pukul 6.15 petang. Kalut di pikiran la pikirkan menu nak masak. Akhirnya siap dalam masa setengah jam. Masak yang sempoi je. Gulai pucuk paku, sambal tumis udang ngan goreng ikan kerisi. Pastu tumbuk lada sikit buat sambal tempoyak nak makan ngan petai jeruk tu. Siap semua, aku pun membaring-baringkan diri kat dalam bilik. Check fb kat handphone sesambil merehat-rehatkan diri yang kepenatan. Tengah baring-baring tu, dengar orang dah start ngaji kat dalam radio sebagai isyarat untuk tuang-tuang air & senduk-senduk lauk ngan nasi. Ya....ampunnnnn..... macamana aku boleh ter'forgot' ni. Nasi tak masak lagi. Nak masak dah tak sempat. Mujur la ada sikit lebih bersahur tadi. Leroi-leroikan, pastu titis air sikit, masuk dalam microwave. Sian lak tengok bebudak. lauk peberet depan mata...... nasi lak tak leh tambah... huhuhuhuhuhuhuhu

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan


Ramadhan menjelma lagi. Seperti tahun sebelumnya, ramadhan kali ini juga aku jalani tanpa kehadiran suami tersayang. Nak buat macamana, tugas mencari nafkah buat aku dan anak-anak membataskan kami untuk meluangkan masa bersama-sama terutama pada hari-hari yang istimewa dalam kehidupan. Rasa sedih jugak sebab rindu untuk bersahur dan berbuka puasa bersama dia berserta anak-anak. Sesekali rasa sedih juga sebab tak berpeluang menyediakan juadah kegemaran suami tersayang untuk dia berbuka puasa. Hmm... macamna la dia kat sana. Sorang diri menjalani ibadah ini tanpa aku dan anak-anak. Tertanya-tanya juga, juadah apa dia berbuka puasa. Pastinya tak 'semercu' masakan tempatan kita terutama sekali air tangan isteri tersayang...kan...kan...kan...
Hari pertama bersahur sebelum subuh tadi, nengok muka anak-anak... hmm, pedih je muka nak ngabihkan nasi goreng yang aku masak pepagi buta tu. Paham ajelah, kita yang tua pun takkan ada selera nak makan nasi pagi-pagi buta tu, ni pulak bebudak. Ayam goreng pun, seketul tak abih. Kalau hari-hari biasa makan malam atau tengahari benda macam gini pun, cukup-cukup selera diorang makan. Ayam goreng berketul-ketul la sorang, kalah si Upin dan si Ipin tu ha. Sampai time aku nak makan, semua dah licin.
Time berbuka puasa hari ni, aku cuma sempat masak bihun goreng je. Mujurlah anak-anak aku jenis tak kisah sangat. Yelah tak seperti segelintir kanak-kanak yang request pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Bebudak ni kekadang serupa orang tua jugak, bila perut lapar, macam-macam benda nak makan. Semua benda nak beli tapi bila berbuka, start minum segelas air sirap...... terus perut jadi kenyang. Makan pun sikit aje. Penyudahnya buang gitu je makanan. That's why kalau aku nak singgah bazar ramadhan, aku tak nak dah kasi diorang ikut. Nanti rambang mata diorang tengok makanan. Pengajaran buat aku dari pengalaman tahun-tahun sebelumnya. Tatkala orang lain boleh kurangkan lemak-lemak di badan, aku pulak makin 'berkembang' dek kena habiskan makanan yang tak di makan anak-anak sebab tukang sapu bersih semua juadah di atas meja berada jauh diperantauan....hehehe