Rabu, 3 Ogos 2011

alahai ramadhan..

Hari ni aku balik keje awal lagi seperti semalam pasal waktu rehat tadi aku tak ambik masa rehat tu. Terus buat 'lunch call', dan anjakkan waktu rehat tu ke jam 4 petang, boleh balik terus. Kebetulannya hari ni hari Rabu, ada pasar malam kat area Taman Cenderawasih Kuantan ni. Itu la tempat yang aku paling suka cari sayur-sayur kampung dan lauk-lauk basah. Teringat pasal kawan dok cerita nak masak pucuk paku untuk juadah berbuka semalam..... iskh, teringin pulak nak makan gulai pucuk paku.
Dah dapat pucuk paku, nampak pulak petai jeruk... teringat kat en. suami. Peberet dia tu. Aku pun belajar makan benda alah tu dari dia. Teringat lak kat rumah ada tempoyak ( sendiri buat tau, durian bapak aku ), boleh jadi pencicah. Beli jugak sikit petai jeruk tu. Nampak pulak rebung, cantik, terliur lak nak buat gulai tapi... aku tanya kat akak yang jual tu, orang mengandung boleh makan tak. Dia kata kalau 1 ke 5 bulan takleh. Risiko. So, aku terpaksa batalkan niat nak beli rebung tu. bagus la akak tu, siap pesan kat aku, jangan minum air tebu sebab dia punya bisa sama macam rebung. Lepas tu singgah kat tempat ikan, nak beli ikan kerisi.. anak-anak aku punya peberet. Beli ikan lain, kompem bazir. Tak nak diorang makan. Ikan kerisi tu pun kena goreng je, masak resepi lain....takkan sentuh dek bebudak tu ha. Aku gak jadi tukang sapu.
Lepas siap ber'shopping' kat pasar malam tu. Aku terus gerak ke sekolah untuk ambik anak kedua aku. Dia sekolah sesi petang, bulan puasa ni balik awal sejam dari biasa. Baik la aku terus pi ambik. Kalau nak balik rumah dulu, pastu nak kena keluar balik ambik, bazir minyak keta & bazir masa je.
Sampai rumah, cepat-cepat solat asar. Selesai menunaikan kewajipan muslim yang satu tu, aku pun bergegas ke dapur. Berperang dengan masa nak siapkan juadah berbuka puasa. Maklumlah tengok jam dah pukul 6.15 petang. Kalut di pikiran la pikirkan menu nak masak. Akhirnya siap dalam masa setengah jam. Masak yang sempoi je. Gulai pucuk paku, sambal tumis udang ngan goreng ikan kerisi. Pastu tumbuk lada sikit buat sambal tempoyak nak makan ngan petai jeruk tu. Siap semua, aku pun membaring-baringkan diri kat dalam bilik. Check fb kat handphone sesambil merehat-rehatkan diri yang kepenatan. Tengah baring-baring tu, dengar orang dah start ngaji kat dalam radio sebagai isyarat untuk tuang-tuang air & senduk-senduk lauk ngan nasi. Ya....ampunnnnn..... macamana aku boleh ter'forgot' ni. Nasi tak masak lagi. Nak masak dah tak sempat. Mujur la ada sikit lebih bersahur tadi. Leroi-leroikan, pastu titis air sikit, masuk dalam microwave. Sian lak tengok bebudak. lauk peberet depan mata...... nasi lak tak leh tambah... huhuhuhuhuhuhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan