Isnin, 27 Februari 2012

bongsu kot..

14/02/2012... tarikh yang dinantikan oleh pasangan2 kekasih diluar sana. Tarikh ini jugak hari yang aku dan hubby nantikan. Hari Memperingati Kekasih  (Valentine Day) kata mereka tapi tidak bagi aku dan hubby. Kitorang tidak pernah teruja dengan Valentine Day yang disambut oleh para non-muslim tu. Tak kuasa nak ngikut budaya barat tu ha. Tak pernah dan tak akan kot. Bagi kitorang, hari2 pun hari berkasih sayang....kan..
Apa yang buat kitorang teruja ngat dengan tarikh ni..... kitorang dapat baby lagi.. puteri kedua merangkap cahayamata keempat lahir dengan selamatnya dengan izin Allah. 
Walaupun ada masalah sikit masa lahir ( oksigen dan gula dalam darah dia kurang ) tapi dengan kecekapan para doktor dan jururawat yang bertugas, Alhamdulillah, semuanya ok, cukup sifat dan sihat. Cukup sudah hajat aku nak ada dua pasang cahayamata. No more after this ( err.. hoping la kan...). memandangkan kali ni banyak ngat masalah, faktor umur pun ye jugak, aku dah mintak izin ngan hubby untuk tutup kilang. Suda tua la dik non, tak larat dah nak ngusung perut boyot kesana kemari tapi kalau ditakdirkan Allah nak kasi lagik... redha je la....  hehehe

Wan Nuha Shadrina binti Wan Mohd.Sabri

Khamis, 23 Februari 2012

Masanya telah tiba..

13/02/2012 yang lepas, aku gi serah diri kat Kuantan Medical Centre untuk induce. Sebab pertama induce tu, kebetulan hubby dapat balik Malaysia bercuti time tu & sebab kedua, doktor pakar pun sarankan aku request induce awal sebab gula dalam darah aku tinggi, berkemungkinan baby besar... silap2 kang lebih 4kg saje lak kena operate. Aku kalo boleh nak elak dari operate. Memang la nak keluar baby tak sakit tapi kata orang sakit lepas operate tu lagi lama nak baik berbanding dengan bersalin normal. Sakit masa nak keluarkan baby je, seminggu dua lepas tu dah sihat kalo dijaga betul2. 

Jam 3.15 petang baru doktor datang kat wad  masukkan ubat pesari untuk prosedur induce tu. Lepas tu aku kena la baring selama sejam. Nasib baik jugak la di hospital swasta, takde la boring sangat. Kebetulan dapat bilik single, pastu tv depan katil. Sambil baring, tonton movie kat channel HBO sambil borak2 dan makan2 ngan hubby tanpa gangguan. 

Lepas solat maghrib, aku dah mula rasa perut asyik mengeras. Makin lama makin kuat. Misi ada bagitau kat aku yang doktor cuma kasi sekali saja ubat tahan sakit so selagi boleh tahan, baik tahan dulu sebab nanti makin lama sakit akan makin kuat. Kalo ambik ubat tu awal2, nanti kang bila time sakit makin kuat dah takde ubat tahan sakit dah. Jenuh jugak la aku menahan sakit. Mujur la dapat hubby yang sangat2 penyabar, sanggup bersengkang mata menjaga aku. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku dah tak reti nak buat camana lagi. Bangun salah, duduk salah, berjalan apatah lagi. Sehinggakan kaki asyik terasa seperti nak cramp. Hubby tak henti2 suruh aku bersabar, tak henti2 gosok belakang aku, tak henti2 picit kaki aku. Jam 1 pagi aku dah tak tahan sangat dah menanggung sakit. Suruh hubby panggil misi sebab nak ubat tahan sakit tapi bila misi datang check jalan, dia kata baru 1cm. Nanti lagi banyak lagi sakit, dia nasihatkan aku bertahan dulu. Tarik nafas panjang2. Nak tak nak, terpaksalah menahan lagik. Kejap2 tengok jam, kejap2 tengok jam.. lambatnya waktu berlalu. Sekali lagi dalam jam 4 pagi, hubby panggil misi lagi sebab aku betul2 dah tak tertanggung sakitnya, kebetulan pulak ada cecair keluar (mungkin petanda). Aku siap menangis sampai bengkak2 mata lagi menahan sakit. Misi datang check jalan sekali lagi. Dah 5cm katanya. Terus dia bawak aku gi masuk labour room. Dia inject ubat tahan sakit tu, ok sikit. Sakit tetap sakit tapi kepala aku jadi terlayang penangan ubat tu jadi tak memikir sangat tentang sakit. Doktor sampai, check jalan.. dah bukak habis katanya. Dia pecahkan mentuban dan cakap kat aku kalau ada rasa nak teran tu, teran je. Kali ketiga aku meneran tetiba lak kaki kanan aku jadi cramp, aku terberhenti teran. Apalagi, doktor ngan misi siap jerit kat aku, jangan berhenti teran sebab bahu anak dah tersangkut. Doktor lak kata dia takleh tarik sebab baby besar. Antara sakit cramp ngan anak, aku pilih anak. Aku teran sehabis tenaga dan akhirnya tanggal 14/02/2012, jam 5.44 pagi, aku selamat melahirkan seorang lagi hamba Allah yang sangat comel. Syukur Alhamdulillah.



Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidurasul 2012


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud : " Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku....

Berkata Jibrail, " Wahai Rasulullah, sesiapa yang membaca selawat ke atasmu setiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbang tangannya dan membawa dia melintasi Titian seperti kilat yang menyambar."

Berkata pula Mikail, " Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil. " Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata, " Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh anbiya."

Rasulullah saw jua bersabda, " Sesiapa berselawat atasku sekali, maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kali selawat."