Ahad, 28 April 2013

keropok

Semalam aku terpaksa keluar nak nganto henbeg mak mertua yang tertinggal kat atas sofa kat rumah aku. Mujur gak sampai kat Jaya Gading, baru dia perasan yang henbeg dia tertinggal. Adik ipar aku lak malas nak patah balik... takut jem katanya.. Nak tak nak, terpaksalah aku gi anto.

Dah alang2 dah sampai kat Jaya Gading tu, nyinggah jugak la aku menyopink keropok seploh duaploh hinggit. Gerai yang hujung sekali. Dari belum kawin sampailah sekarang, kitorang memang beli kat gerai hujung sekali tu... Dah kenal dengan abang kakak owner gerai tu. Sokmo gak dapat 'percuma' jajan untuk anak2 dari dorang... tapi setahun dua ni bila singgah, tak jumpa lak dorang. Tak tau la kalau2 dah bertukar owner. Maklum la, sejak ada highway ni, jarang sangat dah aku ikut jalan ni bila balik Mentakab. Tak kuasa lak nak tanya, kang kata busy the body lak kang.
Puas hati dapat makan keropok lekor. Pagi petang siang malam dok ulang goreng keropok tu. Memang la kadang2 ada jugak beli yang dah goreng kat gerai depan umah tepi padang tu petang2 tapi tak best. Sejuk dan berminyak sangat. Lagipun tak sedap la, nipis dan ada kalanya tawar. Macam keropok dah lama. Sedap yang goreng sendiri lagi. Makan panas2.

pinjam gambo kt gugel... ni lah tempat sopink kopok
kat Jaya Gading Kuantan tu..

Seingat aku, masa kecik2 dulu.. aku tak panggil keropok lekor tapi keropok 'gondeng'. Kelakor kan nama dia. Pernah masa belajar kat SLPF dulu, aku panggil la keropok ni dengan nama keropok gondeng, pastu housemate aku dari Kelantan marah kat aku. Dia kata aku mencarut pasal makanan... hihihi.. aku bagitau dia balik, kat Temerloh memang kitorang panggil keropok gondeng... tak caya tanya Dato Siti Nurhaliza.. ;P

Yang aku goreng untuk minum petang tadi..

Cite pasal keropok lekor ni, teringat balik zaman sekolah rendah. Lepas abih waktu sekolah, memang dok serbu rumah cikgu Sani pasal isteri dia jual keropok lekor dan ais krim mesia. Semua berebut nak bahagian 'kepala' pasal bahagian tu tebal sikit, harga sama. Seposen satu. Sekarang dorang dah tak berniaga keropok lagi dah.. dah pencen jadi cikgu dah pencen jual keropok. Aku tau la sebab sekarang ni cikgu Sani tu berjiran ngan rumah orang tua aku kat Mentakab tu ha..


Khamis, 25 April 2013

cite besdei yg belated..

hmm... dah seminggu berlalu, baru mau cerita. Sori la weh, masa free aku memang banyak tapi full dengan aktiviti membuto.. one of my hobby, whatttttt... hihihi

Ni ha, nak cite.... 17/04/2013 lepas, umur aku up lagi satu tangga. Tua sudaaa. Macam tahun sebelumnya, takde la dapat wish besdei dari ramai kengkawan sebab aku tak pamer birthday date aku kat laman pesbuk. Ada jugak la sorang dua, itupun sebelum aku hide birthday kat info. Saje malas. Kang tetibe penuh wall ngan besdei wish walaupun dari 'kawan' yang baru kenal sehari.. mula la heran.. "mana tau ni?!".... hehehe.. dan2 tu gak rase glamer. Pada yang ingat tu, terima kasih sangat. Terharu gak dah tua2 ni.

Aku dah awal2 tempah kek besdei untuk diri sendiri dan putera sulung aku, si Amir (walaupun aku tahu dia tak makan).. saje gatal. Kasi kat kawan2 dia boleh, apeee... Aku pun tak gemor gak makan kek ni tapi dah ketagih makan cupcake redvelvet dari Syafacupcake tu. Rasa dia lain sikit. Sedap. Aku kenal si pembuat cupcake ni pun kat pesbuk je. Saje gatai bila tengok cupcake tu comei2. Amir punya kek, aku order la perisa coklat. Kalo ikutkan si Amir, dia lebih suka kalo aku beli ayam kfc pastu letak lilin seketul atas ayam tu ha... Terlanjur cite pasal kek ni, aku nak berterima kasih gak pada bff aku yang buat surprise anto kek kat umah aku. Memang kenyang ngan kek la satu hari tu. Bertambah balik kolestrol koi, wehhhh..



kek surprise dari member

ni untuk belated si kakak 6/4
Petang tu aku gi beli pizza dan panggil kengkawan anak2 sekitar rumah tu berkongsi rezeki kek ngan pizza yang Allah kasi. Seronok dorang semua.

birthday boy yang paling hepi, dapat makan pizza
Lepas aku upload gambo kek kat pesbuk, baru la ada kawan2 yang wish berserta doa yang baik2 untuk kitorang.. aamiin. Thanks korang.. dan lepas tengok gambo yang aku upload kat pesbuk tu jugak la, en somi baru teringat tarikh tu... sian aku, kan. Seharian tunggu bedsei wish dari dia, walhal hari yang sama.. dua tiga kali gak dia tlipon. Tak pe la... dimaafkan dengan alasan 'semakin tua semakin kurang ingatan' asal bukan, 'semakin tua semakin dilupakan'... hadoiiiii






Ahad, 7 April 2013

6/4/2013

Tarikh itu buat aku rasa sebak sekali. 

Pertamanya, aku diberi peluang oleh tuhan untuk melihat anak sulung aku bakal memegang kad pengenalan pertamanya di usia 12 tahun. Sudah besar Sabrina aku. Tetiba terfikir, agaknya sempat tak aku tengok dia 12 tahun mendatang. Sempat tak aku tengok dia dewasa. Sempat tak aku tengok dia bertemu jodohnya. sempat tak aku tengok dia melahirkan zuriatnya.. entahlah..

Keduanya.. aku mendapat perkhabaran duka di subuh hari pada tarikh yg sama, hati pompuan aku ni tersentuh. Seorang rakan setugas aku di Farmasi Htaa telah kembali menemui Penciptanya. Meninggalkan anak2 yg masih kecil yg sememangnya very close sangat dengan dia. Anak sulung dia sama baya dengan Sabrina aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam mereka2 yg disayangi Allah.. aamiin.

Khamis, 4 April 2013

balik dah..

Alhamdulillah.. selamat jugak aku bawak anak2 gi Saudi jumpa ayah dorang cuti sekolah baru ni. Mulanya terasa takut jugak, maklumlah sorang2 diri bawak anak2 gi tempat orang. Dulu pegi, en somi mari ambik kat Malaysia. Nak pulak ada la sorang dua kawan yg 'berpenyakit' menakut2 kan aku dengan benda2 negatif. Aku tak ambik pot sangat, Allah ada.. sepatutnya dorang doakan benda yg baik2, ini sebaliknya. Spesis mereka2 yg macam tu, aku anggap 'orang sakit'.. maaf je la dorang tu.. kesiannnnn..

Nak cite jugak, masa gi ritu kul 6.45am dah naik flight. Lebih kurang 45min, dah pun sampai KLIA. Kuar dari flight dah tak tau nak gi arah mana pulak. Siap bawak bagasi2 atas troli pastu cerdik ngat turun tingkat bawah guna esklator padahal naik lif lagi senang bawak troli. Sampai2 kat bawah, si troli sangkut, terjatuh abih aku anak beranak. Malu wehhhh.. walau takde orang sangat tapi ada cctv. Jangan la orang yg jaga cctv tu gi upload video kt youtube ke, pesbuk ke... kannn. Flight ke Riyard kul 2 petang. Kasi anak2 main sampai penat kat KLIA tu. Tak lama tu, adik ipar datang ambik. Suh lepak dulu kat Nilai. Elok jugak, sempat lagi aku nak beli beg sandang jap untuk bawak sana. Senang sikit dari beg pegang, kann. Pastu dalam kul 12pm, aku panggil teksi untuk gi KLIA. Saje taknak nyusahkan adik ipar aku. Kompem la dia penat dan ngantuk balik keje malam.

Kul 2pm kitorang terbang lagi. Lebih kurang 8 jam berlalu baru sampai kat Riyard. Kitorang turun kat airport Riyard tu dalam kul 7pm lebih gak la (waktu Saudi). Sepatutnya naik lagi flight ketiga kul 11pm pulak tapi tak tau nape masa nak check in, mamat arab tu bagitau flight delay ke 2 am. Jenuh la nunggu kat sana. Anak2 yg kecik nangis2 tak selesa. Sejuk dan mengantuk. Aku??... tensen kuase dueploh laaaa...

Dalam kul 2.30am jugak la baru kitorang terbang ke Dammam. Dalam sejam dah sampai. En somi dah tunggu situ. Nampak muka en somi senyum, hilang segala penat.. hilang segala tensen... :-)

mase mood tengah ok... kt Klia