Ahad, 15 Jun 2014

..masuk keje daaa..

Bab ni yang aku rasa culas sikit. Al maklum la lama bercuti. Yang buat lagi culas tu, terpaksa masuk keje dalam tempoh berpantang (err... pantang la sangattttt). Gomen bagi cuti bersalin 300 hari sepanjang servis. Maksima 5 kali beranak. Maksima 90 hari setahun. Pandai2 la nak ngejas macamana. Anak pertama kedua ketiga, aku ambik 60 hari sorang. Anak ke empat lak, aku gatai ambik 90 hari. Aku ingat last dah tu mengenangkan faktor usia yang semakin mudo.. Alih2 berubah fikiran, yang last dah jadi not least. Allah nak kasi rezeki lagi, alhamdulillah. Dalam kepala.. "alamak, cuti balance 30 hari je ni"... asudahhhhh



Alhamdulillah jugak sebab aku mewarisi kuasa super dari arwah mak aku. After 2 weeks lepas ceaser, aku nak gagah buat keje2 ringan. Main masak2 minggu pertama pun aku dah start berperang kat dapur. Minggu ke 3, aku dah start merempit dengan kete anto anak2 gi sekolah. Allah sayang aku, Dia kesian dan Dia paham situasi aku, sebab tu Dia pinjamkan aku kuasa super ni. Bukan nak riak, bukan jugak nak bangga diri, tapi nak tunjuk kat korang yang membaca entri aku ni.. hidup akan sentiasa jadi mudah bila kita selalu ingat yang Dia bersama kita.

Aku gi keje sehari je dulu, pastu aku sambung balik cuti seminggu. Sian kat baby aku tu ha. Tempat keje aku lak sejuk giler. Nak tak nak, aku terpaksa bawa dia sekali kat tempat keje. Mujur jugak boss aku sangat sporting dan prihatin orangnya (bujang trang tang tang lagi ni.... highly recommend). Owner taska pun tak kompiden nak suh anak2 buah dia yang rata2 berkategori remaja gediks2 untuk jaga baby yang masih lembik loklek. Aku pun sama, takut juga jadi apa2 nanti. Banyak ngat kes negatif jadi kat taska, kann. So, tak yah la nak ambik risiko. Aku pun sokong jugak kat menteri pompuan yang jaga bahagian kebajikan masyarakat tu. Pernah la dengar kat media yang dia syorkan setiap tempat keje, sediakan pusat asuhan kanak2 untuk kakitangan. Bila la agaknya nak direalisasikan ek..

Isnin, 26 Mei 2014

...pantang...

Diam tak diam, dah dekat nak sebulan aku memberanakkan si bongsu. Lagi 3,4 hari nak kena masuk keje dah. Maklum la, cuti bersalin yang aku layak cuma tinggal 30 hari. Masa anak no 4 dulu tu, gatal sangat ambik sampai 90 hari. Ingatkan tak beranak dah, mana tau Allah nak kasi aku rezeki menjelang 40 series... syukurrrrrr. Ramai yang tanya, nape aku tak ambik cuti tanpa gaji ke.. cuti nyusu anak ke.. kan.. Actually bukan tak terpikir nak ambik tapi aku kesian kat kawan2 sekerja. Klinik bukan macam spital. Ramai staf boleh cover. Kat klinik ni payah sikit bab cari pengganti ni. Lagipun aku rasa, keje kat klinik tu takde la seberat dan sesibuk keje kat spital. Duduk2 packing ubat je, tak payah buat keje angkat mengangkat. Alhamdulillah, dapat YM a.k.a bos pun yang memahami.

Ini kali ke 3, aku pantang ala2 je.. Masa anak no 3, aku siap jaga arwah mak yang sedang bertarung ngan breast cancer. Masa anak ke 4, en somi lak kena terbang semula ke Tanah Arab lepas seminggu aku beranak. Dugaan berat lak bila sedang molek je si ayah sampai kat fadang fasir.... si kecik pulak admit wad sebab acute bronkolitis. Serabut gak mikir yang di spital dan yang di rumah, haihhh. Lepas sebulan, disebabkan arwah mak dah takde, abang sulung aku lak duduk Johor, aku kena ambik alih menguruskan majlis kawin adik bujang aku kat mentakab tu.. selesai majlis, terus berangkat ke Saudi menemani sang somi yang cari rezeki kat sana. Saja ambik 'cuti panjang' nak release tensen la konon. Then kali ni pun tetap berpantang ala2.. Lepas seminggu bersalin, en somi dah terbang ke laut. Mujur ada mak mertua yang sudi teman aku sepanjang en somi takde. Tapi aku tak haraplah mak mertua aku uruskan aku sebab aku tahu yang dia pun tak sihat mana. Semua keje pun aku uruskan sendiri. Mujur jugak ada adik ipar aku yang sudi jadi drebar untuk anto anak2 aku ke sekolah selama 2 minggu tu jugak. Disebabkan kali ni aku bersalin czer, so agak takutlah sikit aku nak drive awal2. Ikutkan, tak nak la nyusahkan orang lain walaupun adik beradik..
Seriusly (eh, ada ke perkataan ni)  aku pun nak jugak berpantang macam orang lain. Ada orang jaga dan pantau makan minum. Duduk2, baring2, makan, tido, nyusu baby je keje. Mandi ngan uruskan baby pun ada orang tolong. Hal2 rumahtangga yang lain takyah kisah, takyah mikir. Namun apalah dayaku (cewahhhh, macam lirik lagu la pulak)... hmm.. jaga je la benda2 yang patut dijaga, kannnn...

antara yang aku 'komplian' sekarang..hehehe

yang spital kasi...

yang terseksa aku nak nelan... huhuhu

Beranak kali ni, aku jadi seorang yang komplian pada ubat-ubatan. Moden, tradisional, sunnah... seme aku bahan. Ater... cukup sebulan, kena dah masuk keje. Tempoh 'berpantang' pun belum abih. Aku nak men'sihat'kan diri aku dalaman dan luaran secepat2nya. Mujur juga aku bukan spesis orang yang 'manja'... (ai manja kat laki ai jer). Ndak tak ndak... pati haruan la yang wajib aku telan hari2. Ikan haruan fresh?... hmm, makan jugak tapi payah nak cari kat bandar ni. Ikan keli berlambak la. Kalo ikan keli elok dimakan masa dalam pantang, kompem la aku ni memang bukan sihat je... 'sehat' pun ye... pasal itu aku punya peberet. Sepinggan nasi tak cukup maaaa.... (hek ele, bukan lauk ikan bilis goreng semata pun bertambah2 nasi tu.. Kihkihkih)

Khamis, 22 Mei 2014

.....cite lepas czer..

Bersalin ikut 'tingkap' ni kata orang, kena jaga lebih sikit dari ikut 'pintu'. Dulu aku tak tau, sekarang baru tau. Dari pengalaman aku sendiri (orang len aku tak tau la kan).. lepas beranakkan 4 orang askar aku sebelum ni secara induce (normal delivery), keesokkannya aku dah rasa ok. Dah boleh bangun dari katil, ber'catwalk' masuk bilik air sendiri. Duduk wad pun semalaman je. Lepas discaj, siap boleh nguruskan makan minum, sekolah anak2. Minggu ke 2 aku dah start enjin kete nganto anak2 sekolah.

aku dibelah melintang mcm gambar atas sebelah kiri tu

Sangat2 lain bila beranakkan si bongsu nih. Ceaserean. Lepas keluar dari bilik bedah, semalaman aku terbaring je atas katil. Nak gerak pun tak boleh. Sakit wooi.. Esoknya datang misi, tolong tukarkan pad. Segan pulak rasa. Sebelum sarapan datang dua orang misi kat bilik aku. Diorang tolong aku bangun dari katil. Seksa betul aku rasa. 1st, 2nd dan 3rd time aku cuba bangun sendiri tapi tak lepas beb.. sakit. Saiko pun ye kot. Dalam kepala takut jahitan tertetas ke, kan.. Kali ke 4, misi tu suruh aku ngesot ke tepi katil, turunkan kaki dulu, pastu tarik nafas dalam2, pastu dorang berdua cepat2 tolong tarik aku duduk. Aku siap nangis lagi. Sakit tak terkata. Dorang pun cakap, kali pertama memang sakit. Pastu dorang papah aku kat bilik air untuk mandikan aku. Tetiba rasa malu sangat dah tua2 gini di mandikan dek orang.

mula2 sakit mcm no 8, skrg dah jd no 2
3 hari jugak aku 'bercuti' kat spital tu. Hari ke 3 tu la aku rasa ok sikit tapi still tak leh jalan lama2 sikit. 7,8 langkah.. kena berenti sebab rasa perit kat luka jahit. 

Isnin, 19 Mei 2014

...the 5th...

hmm... sudah dua purnama aku tak mengerakkan jejari menyinggah di sini. Maklum la.. busy membawak perut yang keboyotan sampai hilang idea ngan mood nak menaip panjang lebor. Alhamdulillah, nak gitau ni... aku dah selamat di belah perut untuk keluarkan zuriat en somi yang ke 5 pada 29/04/2014 jam 4.40 petang baru nih. Dapat baby girl lagi, tak kisah la asal sihat tubuh badan. As usual la, anak aku mana ada bersaiz kecik2 bila keluar.. kali ni 3.86kg. Sikit je beza ngan kakak dia sebelum ni.

me & my latest princess

Kali ni juga buat pertama kalinya aku dapat pengalaman bersalin ikut tingkap.. (ceaserean la..). Berbulan-bulan gak aku menggugel pasal bersalin ceaser ni. Siap hari2 tengok you tube. Ngeri, dan seram sejuk je rasa. Lagi dekat harinya, lagi berdebar aku rasa. Walaupun dah confirm kandungan aku tu placenta previa (uri duduk bahagian bawah) tapi aku dan doktor pakar masih berharap yang aku still boleh bersalin secara normal. Berkali2 gi check perut dan scan pun masih di situ duduknya cuma type je yang berubah. Kejap type 3... kejap 2.. kejap 1.. pastu jadi type 2 balik.. haihhhhh..

Nak dijadikan cite..... sampailah kandungan mencecah 37w plus. Pada 29/04/2014 aku ke Kuantan Medical Centre sekali lagi scan untuk tentukan samada boleh induce atau confirm ceaser. Disebabkan aku ni kategori pregnancy with gdm (kencing ada manis jugaa), so takleh tunggu 40w. Ada tanda2 nak bersalin atau tidak, 38w aku kena keluarkan baby jugak. Doktor kata nak cuba induce boleh tapi risiko pada nyawa baby dan ibu. Aku pandang en somi, pastu aku cakap aku takmo ambik risiko dan redha je la dengan kaedah ceaser tu. Pastu doktor cakap, " kalo nak ceaser, hari ni jugak boleh buat".. aku pun dah alang2 doktor kabor gitu, aku pun on je la..

Dalam kul 4 petang gitu, aku pun dorang tolak dalam bilik ot (operation theatre la.. bukan over time). Pastu pakar bius datang, dia cakap nak masukkan ubat kat tulang belakang. Sakit bebbbbbb... Tak lama pastu aku rasa kebas bahagian perut ke bawah. Bilik bedah tu aku dah rasa sejuknya kemain macam cite Frozen tu ha.. (agaknya la kan..). Tangan aku punya gigil, kalah orang sakit parkinson.

Actually, masa doktor toreh perut aku tu.. aku sikit pun tak rasa apa2... tapi bila dorang start dah korek2 dalam perut tu... tetiba aku rasa tak selesa sampai kuar dari mulut aku.. "arrghhh", last aku dengar pakar bius yang berdiri sebelah aku tu cakap, "tak boleh ni, kena bius penuh"... pastu rasa sejuk ngalir kat dalam tangan aku dan... zzzzzzzzzzzz. Sedar2 aku dah kat waiting room. Macam baru jaga dari tidur, pandang keliling tertanya dalam hati, kat mana aku ni, mana anak aku... 

Lepas sedar, aku pun dorang tolak ke wad. Masa kuar dari lif, baru aku nampak en somi. Dia terus pegang tangan aku dan aku terus tanya pasal anak. "Alhamdulillah", katanya. Itu sudah cukup buat aku tarik nafas lega. 


Sabtu, 22 Februari 2014

hmm... rezeki...

Alhamdulillah... tak sangka jugak dalam menginjak ke era penghujung 30an ni, Allah bagi lagi peluang kat aku menambah umat Nabi Muhammad saw... hehehe. Daku sangkakan sudah mau menopos sebab last bulan jatuh keriba cuma sehari. Rupanya satu petanda si kecik nak beradik lagi. Rasa macam baru dua tiga bulan lepas aku dok menahan sakit teramat kat dalam wad masa nak lahirkan si Nuha.

girl lagi...
Serius aku gitau, aku sangat2 takut dengan pregnancy kali ni. Banyak sangat problem. Mula2 gula tinggi, ok fine.. aku start diet plus insulin. Naik kebas peha berlemak tepu ni nak pekena jarum 4 kali sehari. Belum kira jarum cucuk kat hujung jari untuk buat BSP ( blood sugar profile ). Mujur tu 4kali sehari tapi untuk seminggu sekali je. Pastu result urin kurang cantik, tak tertarik, ko memang tak bommm.. sokmo2 ada ketone trace la, blood trace la dan bla...bla...bla... Ok, aku ikut cakap misi, minum air masak banyak2, minum air barli, komplian dengan antibiotik. Then, bab HB ( haemoglobin ) lak... makin banyak bulan, makin besar perut, makin merundum bacaan dia. Ok, ni pun aku ikut pharmacist & doc advice. Makan iron lebih. Alhamdulillah, latest check hb, ada naik sikit bacaan dia. Yang sadis, problem yg latest ni la... hmm... placenta previa type 3. Arrrgghhhh.... tensen100x bila doc gitau kena beranak ceaser kali ni. Rasa nak nangis pun ada.

Memang aku sedikit gerun bila dengar kena ceaser. Yang paling gerun, ramai yang cite luka lambat baik. Takleh gerak banyak.. wehhh.. aku ada 4 anak lagi nak handle. Camner? Yang buat aku semakin gerun, waktu aku dijangka ditoreh tu kebetulan betul en somi sudah berangkat ke atas kapal untuk start keroje. Sape nak jaga aku? Sape nak uruskan anak2 aku? Makan minum dorang, sekolah dorang lagi.. Dah la takde bas dari taman perumahan aku ni ke sekolah dorang. Takkan dorang kena 'cuti bersalin' selama aku sihat sikit boleh drive... arrrghhh, tambah lagi 100x tensen... hadoiiiiii laaaa...

Ahad, 9 Februari 2014

I'm back...

Uittt... sekian lama jugak aku tak menjengok blog ni ek. Maklum le sejak bertambah umat dalam rumah ni.. nak bukak pc pun malas, ni kan pulak nak duduk lelama menaip depan pc tu. Busy melayan karenah dorang. 4 orang, 4 karenah.. kalo seploh orang, pengsan mak oiii.. kang my blood go upstairs, masuk wad pulak akak ni dek non...

Ok la.. entry kali ni cuma nak warm up je dulu, esok2 kita bikin panasssss.. oppss, tu dah kedengaran macam tagline blog gosip retis tu.. hehehehe... tagline takleh pakai.. ok uols, esok pagi rutin mingguan pun bermula, anak2 nak gi sekolah.. aku nak gi keje. Jam sudah 11.34 malam, masa untuk aku berkerohhhhhhh.. hehehe. Nite uols, esok ada masa ai updet story ek.. kalo tak sempat esok, esok lagi, dan lagi... dan lagi.... dan lagi.. bila aku free... ;P