Sudah dua minggu Ramadhan tahun
ni berlalu. Sekejap je kan.. tu pun ada yang sengaja culas nak puasa. Bermakna
lagi dua minggu, kita nak beraya. Bermakna penantian segolongan hamba Allah untuk
kembali makan di siang hari semakin tiba…. Hehehehe…
Macamana persiapan korang? Sakan
ke idok? Aku tahun ni teruja jugak nak beraya… bukan sebab nak bertandang ke
rumah orang tapi time raya je la dapat berkumpul semua adik-beradik. Kebetulan
1st Syawal tahun ni giliran ke rumah orang tua aku dulu… dan
kebetulannya jugak en somi ‘offday’. Last year sikit pun tak cakna nak buat
persiapan raya sebab en somi kena bertugas di laut dalam. Baju raya anak-anak
pun aku beli sehari dua nak raya. Ikutkan malas nak beli tapi kesian lak kat
anak2. Cukuplah sekadar baju untuk pakai di pagi raya. Itu cite tahun lepas la
kan… tahun ni sakan jugak aku berbelanja untuk baju baru anak2. Beli online
jer. Takde mase nak kuar gi beli.. jalan jem satu hal… nak beratur membayor kat
kaunter pun satu hal..
pinjam gambo gugel lagi.. |
Bab sekut2 ghaye pun dah settle.
Banyak gak susut fulus. Ater… seme barang dah naik rege, takkan pengusaha sekut
ghaye nak guna rege lama. Sian dorang takde untung. Aku memang sokmo kesian kat
peniaga2…hehehehe… nak beli sekut ghaye, kena beli 3 set. Rumah mak bapak aku, rumah
mok aboh en somi dan untuk rumah aku jugak (biar
takde pun orang datang beraya kat umah aku nih..) Biasa kalo kat umah aku
nih.. mende2 tu semua akan lesap dalam perut kitorang anak-beranak sebelum raya
lagi. Macam baru ni, awal puasa aku ada beli kerepek bawang ngan member dalam
15 bungkus.. ni masuk dua minggu puasa, kerepek tu dah tinggal 6 bungkus... entah2 raya nanti tetibe orang datang nak beraya, aku dapat hidang sekut kering jer...
Tapi ok la kan… aku cuma belanja dua menda je
sempena sambut lebaran tahun ni. Bajet ciput. Kalo bajet sama level ngan Rozita
Che Wan, mau akak beli semua baru dari hujung pagar depan umah sampai hujung gril
pintu dapur rumah akak nih.. kihkihkih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan