Ahad, 27 Jun 2010

Sukan1

mmm....baru balik dari sekolah anak. Ada sukan tahunan sekolah pagi tadi. Buat kesekian kalinya ayah diorang tak dapat bersama-sama beri sokongan moral kat Kakak & Amir. Frust tu frust jugak tapi nak buat macamana kan. Bukan dia sengaja.
Pagi tadi aku siap goreng nasi dan buat roti bakar untuk sarapan tapi bukan makan kat rumah, buat bekal. Kitorang sarapan dalam kereta. Memang dah plan. Kalau lambat nanti, confirm la susah nak dapat parking dekat. Leceh nak park jejauh sebab bawak si kecik ni. Kang kalau dia mengamuk kang, boleh lepak dalam keta, kan. Biasalah, budak besar tu, ada time tido berperingkat-peringkat.
Tahun ni, seperti yang aku jangka, bukan aje tak dapat nak tumpukan perhatian tapi juga tak dapat tengok acara sukan yang Kakak & Amir sertai. Apa taknya, si Ammar asyik buat perangai. Dah dapat kaki, kan. Takut gak kalau terlepa nanti. Almaklumlah, sekarang ni banyak betul kes hilang anak. Jauhkanlah musibah macam tu berlaku pada keluarga aku. Amin. Hajat nak ambil video shot diorang berlari (nak tunjuk kat ayah diorang)pun tak kesampaian. Usahkan nak ambik video shot, nak ambik gambar pun payah.
Kakak berjaya jugak bawak balik piala, naib johan. Amir lak.....mmm...dia kata dia dapat no 2 tapi terlupa nak ambik hadiah....err...boleh caya ker???.....;P

Ahad, 20 Jun 2010

Diarrhoea1

Maklumat ni aku copy dari laman www.infosihat.gov.com. Rasanye elok juga aku kongsikan maklumat ni dengan ibu2 yang masih punya anak kecil yg kerap alami masalah cam gini, macam anak aku.

Cirit - Birit (Diarrhoea)
Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.
Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

Bakteria
contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
Virus
contoh; Norwalk virus, Rotavirus
Parasit
contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan

Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
Reaksi ubat-ubatan
anti-biotik tertentu
Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

Perut rasa memulas lebih kerap
Cirit-birit
Mual dan muntah-muntah
Demam
Hilang selera makan
Sakit perut/kejang
Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana

Mulut dan lidah kering
Bibir merekah
Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
Gelisah
Tidak kencing sehingga 4-6 jam
Ubun-ubun kepala bayi tenggelam
Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

Kulit kering dan berkedut
Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
Enggan makan
Mata cengkung
Sukar bernafas
Nadi yang lemah dan cepat
Tangan dan kaki terasa sangat sejuk
Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

Tanda-tanda dihidrasi
Darah pada najis atau najis bewarna hitam
Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
Hilang berat badan
Mengantuk dan kelihatan lali
Demam > 38 darjah selsius
Enggan makan
Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
Jangkitan Sistemic (systemic infection)
Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
Rasa sakit disekeliling kawasan dubur
Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah

30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun

90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun

120 hingga 240 mls setiap jam
Fasa pemulihan

Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.
Susu

Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.
Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

Tidak selamat untuk bayi dan anak
Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu
Anti-biotik

Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor
Krim-krim semasa

Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.
Rawatan untuk Diarrhoea kronik

Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk
Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?

Minum air yang dimasak
Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
Buang lampin pakai buang dengan betul

Jumaat, 18 Jun 2010

Puasa & Menu Berbuka

Hmm...pejam celik pejam celik, dah 4 hari aku berpuasa. Sori, bukan puasa ganti tapi puasa sunat. Sempena bulan Rejab. Puasa ganti awal-awal lagi dah settle lepas raya tahun lepas. Tak suka ganti lambat-lambat, takut lupa berapa hari 'tinggal'....hehehe
Sebenarnya, ni lah baru pertama kali aku puasa di bulan Rejab. Sedikit jahil jugak la. Mula heran gak nape ramai betul yang sibuk-sibuk nak berpuasa dalam bulan Rejab ni. Nak tanya kat member, rasa segan lak. Malu sebab jahil. Dengan rasa rendah diri, aku on internet. Cari maklumat kat situ. Barulah aku tahu. That's why, aku tergerak hati bila baca kelebihan berpuasa di bulan tertentu dalam kalendar islam termasuklah Rejab.
Oklah tu, secara tak langsung jugak, aku dapat kontrol nafsu makan aku. Hai...aku ni memang pemakan orangnya. Kalau tak dikontrol, takut esok-esok pintu rumah pun kena pecah pasal tuan rumah tak leh nak masuk.....'besar sangat'....huhuhu
Hari pertama, aku singgah kedai minimarket kat perumahan depan tu. Beli sekor ikan tongkol@aya. Bahagi dua. Sebelah buat singgang untuk aku, sebelah lagi buat gulai untuk anak-anak pasal anak-anak aku tak leh nak gi dengan kuah singgang. So, berbuka dengan lauk singgang je la aku.
Hari kedua, masih lagi berbuka berlaukkan singgang. Semalam punya, kasi perangat. Nak masak-masak beria kang tak berbaloi. Aku je yang makan. Anak aku awal-awal lagi dah sound diorang nak makan choco crunch jer.
Hari ketiga, singgah pasar malam. Beli sepotong ikan tenggiri. Buat masak ompok. Iskh....lama betul tak makan masakan kampar tu. Walaupun tak sesedap arwah mak & arwah wan aku buat, tapi still boleh la untuk tekak sendiri. Anak takleh makan sebab pedas gilerrrrr. So, aku buat nasi goreng bodo je untuk diorang. Licin gak.
Hari keempat yakni hari ni lah, macam semalam jugak kot pasal memang saja tinggalkan sebelah lagi ikan tenggiri tu. Jap lagi, aku goreng nasi lagi untuk anak-anak.
Untung gak aku pasal anak-anak aku jenis senang bab makan ni. Masak lauk beria-ia pun, diorang tetap nak telur hancur goreng kicap @ nasi goreng jugak.
Hmmmm.....tapi kalau WMS ada disisi, for sure....meja makan aku tu penuh ngan lauk sebab dia suka sangat makan dari air tangan isteri tersayang..Aku pun senang hati tengok benda-benda yang aku masak tu....licin. ;)

Isnin, 14 Jun 2010

Mari berpuasa di Bln Rejab

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALLAM.
(copy from harakahdaily)

Sabtu, 12 Jun 2010

Lipat Kain

Add Image
adusss....balik keje, baru je masuk rumah mata terpandang kain baju yang makin membukit atas sofa tu. Lambat betul hati nak tergerak tuk mulakan operasi opps lipat. Ace baru je nak mula, mulut pun menguap tah yang keberapa kali dah. Heran betul.
Agaknya ada tak mesin lipat kain dijual kat kedai barang-barang elektronik tu yek? Kalau ada, teringin gak aku beli satu. Rata-rata bila aku tanya kengkawan pompuan kat tempat aku cari makan tu (HTAA), majoriti akan jawab benda yang sama...."keje paling malas nak buat ialah lipat kain".. Rupanya bukan aku sorang saja dalam dunia ni punya masalah kemalasan melipat kain tu. Kemalasan tahap gaban aku akan lentur jugak bilamana pagi-pagi kalut cari baju nak pakai, semua masih tersadai atas sofa @ bakul-bakul besar yang ada dua tiga bijik kat rumah aku tuh, jenuh pulak nak 'menggali'....rugi masa.
Setelah hampir 3 jam, berhempas pulas melipat kain...at last, siap jugak. Macam biasalah, suruh anak-anak simpan kain baju dah siap aku lipat tu. Aku dah tak leh nak bangun sebab kaki kebas pasal duk bersila lama sangat. Seperkara lagi yang buat aku rasa baran sangat, bila nyuruh anak-anak ambik kain baju masing-masing dan simpan. Aduhh....diorang boleh campak je kain baju yang dah lipat tu dalam lemari macam diorang campak kain baju kotor dalam mesin basuh. Nak nangis aku tengok. Takde maknanya aku duk 2,3 jam menyudahkan perkerjaan yang aku kureng gemar tu, tak berbaloi kebas kakiku, huhuhu....

Selasa, 8 Jun 2010

Masak Ompok Ikan Tenggiri



Lama dah aku tak makan benda alah ni. Arwah uwan dan arwah mak aku suke benor masak lauk ni. Podeh & menyengat.

Bahan-bahannya:-

2 keping ikan tenggiri

5 biji bawang merah*
2 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun aci je nak pakai)*
2 biji cili merah*
10 biji cili padi ( kalau nak masuk segenggam pun, berehhh)*
2 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
3 keping asam gelugor aka asam keping
air secukupnya
garam secukup rasa
ajinomoto (nak isi boleh, tak nak isi pun boleh)

*dikisar/blend

Cara2nya:

Mula-mula ambil periuk yang boleh muat ikan tu. Susun daun kunyit dalam periuk tu. Pastu susun pulak serai yang dah diketuk atas daun kunyit tadi. Then campak asam gelugor dalam tu. Lepas tu baru letak ikan. Dah siap, tuang bahan2 kisar tadi atas ikan.. Masukkan air sampai tenggelam ikan je, pastu masukkan garam. Letak periuk atas dapur. Pasang api sederhana, tak besar sangat, tak slow sangat. Biarkan sampai mendidih dan bila nampak agak2 kering baru tutup api.
Pastu ambik nasi panas-panas tu, letak lauk ni, kasi gaul sama dia. Perrrrgghhh.....menyengat weh.....Pastikan ada segelas air untuk diminum di sebelah pinggan nasi anda....hehehe

nota kaki: ikan kembung, ikan selar, patin ngan baung pun boleh jugak tapi yg sedap tenggiri laaaa

Bil

Pagi tadi keluar ke bandar, nak settle bil-bil kat rumah. Lambat bayor kang, potong lak. Tak pasal-pasal nanti bergolap rumah den...takpun nak melepaskan hajat kat bilik termenung pun mikir dua tiga kali pasal air pun kena potong, haru...
Sebut pasal bil ni, aku rasa sedikit heran la, apsal bil JBA masih tinggi sedangkan aku dah buat salur baru. Bulan lepas kena caj RM71, sama nilai ngan setengah tahun punya bil air. Ingatkan ade la mane2 tempat yg bocor, panggil tukang paip. So dah ganti salur paip yang baru. Tup2, semalam dapat lagi bil. Mak ai...kali ni lagi banyak. Tambah lagi RM15 dari nilai bulan lepas. Huh...ngalahkan bukak kedai dobi lak. Heran bin ajaib.
Satu hal lagi, bil broadband celcom. Kata petugas kat pejabat pos tu, dah kuar arahan yang bil celcom broadband kena bayar kat Celcom Centre. Bengang tul. Dah 5 kali tawaf kat area tu tapi still tak dapat parking. Last2, patah balik gi Kuantan Parade. Kat situ ada satu kedai yang boleh bayar bil celcom. Try la tanya kat awek yg keja situ, boleh tak nak bayar bil broadband kat situ, dia kata boleh. Iskh...iskh...hangin lak aku rasa kat petugas pejabat pos tadi tu. Dah dia cakap Celcom Centre, so aku gi lah kat main office kat sebelah Kamdar tu. Memang tau dah kat area tu, bercinta sikit nak cari parking. Kalo dia cakap terang2 takde la aku nak ngabiskan minyak keta dok cari parking tak dapat2 tadi tuh. Mengong.