Sabtu, 31 Julai 2010

Cite Hindi


Vacum dan mop lantai, sudah. Masak pun sudah. Makan pun, iskh... kompem la sudah. Basuh kain baju ngan jemur baju pun sudah........ (melipatnya ...belum sampai seru la, hehehe..)
Sedang merehatkan diri sambil jari jemari menekan button remote astro, tetibe ter'stop' lak kat channel tv2 RTM. Filem hindi. Lama betul aku tak layan filem hindi ni....tapi drama hindi kat Zee TV tu selalu jugak follow pasal banyak cite famili. Kalo filem tu, leh tau jalan cite. Asyik-asyik pasal cinta. Tak pun penuh ngan adegan nyanyi & nari dengan pakaian yang tak cukup kain tu. Tak tergamak lak nak nonton perut-perut yang terlebih minyak sapi tu.
Main Aisa Hi Hoon.....( in English : This is what i'am ), dia punya tajuk.... pelakon dia... hehehe, tak tau la sape nama diorang pasal aku bukan peminat fanatik filem hindi. Tentang perebutan hak penjagaan seorang kanak-kanak 7 tahun diantara ayahnya seorang autistik yang bekerja sebagai tukang buka & tutup pintu kedai buku dengan datuknya seorang usahawan yang kaya raya menetap di London.
Iskh... iskh.... ada gak aku termenangis beberapa kali. Nasib baik jugak la anak tak nonton sama pasal sibuk buat keje sekolah. Kalo tak mesti si kakak akan kasi soalan cepumas................... (nape ibu sedih?) 'Tersedih" pulak cite ni... Nasib baik hubby jauh, kalo tak........... kaw-kaw la dia gelakkan aku.....;p
Teringat pulak pada cite Kuch Kuch Hota Hai yang jadi sebutan sedikit masa dulu. Walau berkali-kali tonton dan dah boleh hafal jalan ceritanya, still kuar airmata bila nontonnya yang ke 10 kali. Lebih-lebih lagi part pertandingan bercerita si anak yang kena bercerita tentang si ibu yang dia tak pernah jumpa. Lagi satu sebab aku suka tonton cite ni..... lagu-lagu dia seme best.. mmm... satu lagi filem hindi yang aku suka, Mohabbatein, pasal lagu-lagu dan koreografi dalam cite ni, cukup cantikkkk... sukeee... rasanya kalo aku boleh join nari, kompem boleh maintain 'kecik' macam zaman remaja dulu.
Lagu-lagu hindi kekadang melodinya sedap didengar, walaupun liriknya tak paham sepatah haram.... Masa muda-muda dulu (err...sekarang pun muda lagi) siap ada beli video tape lagu-lagu dari filem hindi ni. Tapi sekarang tape tu dah 'arwah'. Habis berkulat sebab lama tak pasang. Ye la, zaman sekarang zaman dvd & vcd. Nak cucuh mane lak tape tu, kan... ;-)

Jumaat, 30 Julai 2010

Cite makan...



Hari ni tak wat 'lunch call', so tak dapat nak balik awal. Selalunya aku kontrak wat 'lunch call' tapi hari ni demi kengkawan tersayang yang ngajak neman shopping tengahari tadi (al- maklum le, waktu rehat Jumaat kan panjang...), aku batalkan niat nak mintak keje tengahari tadi. Mulanya niat neman jer....alih-alih, tergoda gak dengan baju & tudung kat kedai diorang pegi tu. Ala bukan banyak pun beli....cukup 'sepersalinan' jer...Nak pakai gi konvo adik kandung aku next week kat Perlis..Nasib baik dah gaji.....kalo tak meleleh air liur jer la nengok....hehehe
Lepas siap shopping, kitorang gi 'mengisi minyak' kat Secret Recipe. Member aku tu la, dah seminggu nyebut nak makan kat sana. Lama dah tak makan kat Secret Recipe walaupun ada satu cawangan dekat dengan taman perumahan yang aku menetap sekarang ni. Bukan apa......cuma kurang syiokk nak makan kat situ sorang-sorang. Dulu biasa calling adik ipar ajak neman makan kat situ tapi la ni adik ipar praktikal kat Dungun lak.


Aku cam biasa la, ngorder my peberet........... nasi herba ngan ayam lada hitam tu dan air green apple kasturi. Selalunya
aku akan order green tea tapi tengahari ni rasa nak minum ais la pulak. Member aku yang dua orang tu order tomyam ngan air 'sky juice' jer....(orang melayu kata air masak sejuk...hehehe).....
mmm....baru je nak kuarkan duit dari wallet, alih-alih member aku tadi kata dia dah bayar semua, kira belanja la ni......iskh..........iskh.....kalo tau, aku siap order tak hingat................. silap-silap siap tapau lagi.... hehehe....... nak wat camner.... ater hobi makan, kan.... tengok 'body' la.....;P
Balik keje tadi lak mula dok mikir pasal makan lagi. Mikir nak masak ape untuk dinner. Iskh, malas tul rasanya nak masak ni. Penat dan tak berbaloi takat makan ngan anak-anak yang nafsu makannya macam langit & bumi ngan ibu diorang. Pikir punya pikir, ala pe susah, hari ni kan Jumaat. Pasar malam Indera Mahkota kan ade.....hahaha....sudah dapat jalan penyelesaian.
Lepas nganto anak-anak mengaji lepas maghrib tadi, aku gi le kat pasar malam tu ngan si kecik aku tu. Lama gak aku tak menjejakkan kaki kat pasar malam ni. Dulu hari-hari gi beli kat pasar malam kecuali hari Kamis sebab aku tak tau kat area mana ada pasar malam hari Khamis. Tah-tah hari Khamis memang takde pasar malam kot.... al-maklumlah...MALAM JUMAAT...... hehehe (gelak berbaur gatai)....
Bila dah sampai kat dalam pasar malam ni, mula la rambang mata ( tapi tak sehebat rambangnya mata bila jejak bazar ramadhan). Tak tau nak beli apa. Ala, balik-balik sama je menu diorang. Nasi lemak, nasi myk, nasi ayam, nasi kerabu, ayam goreng,sate...bla...bla...bla....tak cakap pun pembaca boleh tau apa menu yang dijual kat pasar malam nih... Cuma hari ni aku ternampak benda yang aku belum pernah nampak kat pasar malam sebelum ni. Spring potato. Nampak unik terbeli pulak aku....dan rasanya....rasa kentang lah...ater nama pun POTATO.....takkan rasa durian pulak kan....hehehe.....
Mujurlah aku beli selidi jer.....anak-anak aku nampaknya kurang berminat nak makan benda alah tu. Kalau tak, jenoh la berlidi-lidi aku kena perabihkan (kalo makan tu body blh jd cam lidi, best gak). Lagi aku beli tauhu bakar (boleh gi kat wall FB aku kalo nak tengok rupanya lagu mana..)....hmmm...aku ni memang pengemar tauhu. Macam bapak aku kot. Best betul....rugi lak tak beli dua bungkus......opps......
Oklah...bahaya cite pasal makanan malam-malam ni ( ketika artikel ini di taip). Baik cepat-cepat tido sebelum perut ni meminta untuk diisi lagi dan mulut meminta benda untuk mengunyap....;P
......................yang sebenarnya....mata aku dah memang ngantuk sangat dah ni..... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Ahad, 25 Julai 2010

Reunion SMDB @ HolidayVilla Cherating





Asalamualaikum semua,

KELMARIN, 24/07/2010, kul 4pm lebih aku drive bawak anak-anak ke Holiday Villa Cherating. Ada la dalam setengah jam perjalanan dari rumah aku kat Indera Mahkota ni ha. Ada perjumpaan bekas-bekas pelajar SMDB kat sana. Sampai-sampai, anak-anak aku dah tak sabar-sabar nak terjun kolam. Maklum ler kat umah takde. Cantik gak tempat ni, memang sesuai bawak famili. Boleh la nak ajak abang sayang honeymoon kat sini nanti, maklum ler tak pernah gi honeymoon pun sejak menikah.... tak berkesempatan....huhuhu
Lepas simpan bargasi(ceh, macam besar je bunyinyer...;P) kat bilik dan solat asar, aku bawak anak-anak turun ke laut...eh....ke kolam. Tak sampai hati lak aku nak turut serta masuk dalam kolam tu, kang timbul je kain baju yang aku pakai. Takkan nak berbikini lak....haru nanti bila terserlah segala mangkuk tingkat yang ada. So, lepak-lepak sambil bergosip ngan para ibu, manakala para bapak sibuk berendam sambil melayan karenah permata hati masing-masing dalam kolam tu....tapi tak taula samada bapak jaga anak atau anak yang jaga bapak....hehehehe.
Bilik pun okay cuma yang tak okay nya, pintu bilik aku yang dah dua kali takleh nak buka. Pihak
hotel kata belum ada bajet nak tukar stail card key macam kat hotel-hotel lain tu. Kira okay la jugak aku ni setakat pintu takleh bukak.....ada gak member yang aircond bilik yang tak berfungsi...tapi tanpa pengetahuan aku, tingkat bawah bilik aku blackout malam tu rupanya. Member-member yang dapat bilik area tu, mengeluh pasal berpeluh satu malam. Well guys jangan marah, aku lak menggigil sampai ke pagi....
Dinner malam tu jugak okay. Kena dengan selera aku. Itupun ada gak lauk yang aku tak terambil dan para desert yang tak termakan pasal perut dah penuh. Apa taknya, petang sebelum dinner tu kitorang dok melantak buah-buahan tempatan. Ada la yang bermurah hati bawak dari kampung cuma durian je yang takde sebab almaklumlah, kat depan pagar hotel tu pun dah ada signboard gambo durian yang kena pangkah. Paham-paham ajelah maksudnya. Bukan dia suruh ngundi parti durian tau...
Time dinner malam tu, aku sebenarnya ada hati nak meratah lauk-lauk kat situ terutama sekali lauk ayam ala-ala nasi ayam punya ayam tu, tapi segan ngan kengkawan lain yang aku tengok macam tak kemaruk nak makan semua tu. Takut la kang depa kata aku ni pelahap sangat...... no wonder la dah 'kembang bermangkuk-mangkuk' sekarang...:) Sampai dalam bilik aku terbayang-bayang lagi lauk ayam tu. Kalaulah bungkus lauk dibenarkan kat hotel tu, dan-dan tu jugak aku jadi orang yang pertama mintak plastik...hehehehe.....

25/07/2010, checkout kul 11.30am. Sampai rumah kul 12.30 tgh tadi. Singgah Restoran Rahmat kat depan Masjid Ataraba tu tapau lunch. Mula-mula pikir nak gi KFC jer tapi malas la pulak sebab baru semalam pekena KFC tu. Tekak dah 'tua', takleh gi ngan KFC dah. Nak pekena nasi jugak. Nak masak, rasa malas....ahh...beli je senang. Cepat lagi.
Setelah 3 kali tawaf meja yang penuh ngan lauk-pauk tu, akhirnya beli 2 ketul ayam goreng, 2 ketul sup ayam, gulai pucuk ubi ngan ikan masin je. After melantak.. biasa ler, mesti mata pun berat punya. Ingatkan terlelap dalam setengah jam jer, bila tengok jam.....alamak, dekat 2 jam gak la....nasib baik sempat solat Zuhur. Waktu tengah taip artikel ni, aku baru bangun tido, balas dendam pasal malam tu tido lewat giler. Hampir kul 1 pagi jugak la. Bukan tengok worldcup ataupun piala thomas tapi pasal sembang-sembang tak ingat ngan member-member lama bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Bahaman tu lah. Almaklum ajelah, berbelas tahun punye cerita. Ketawa ngan bercakap 50-50 sama banyak. Memang dapat terapi muka free la malam tu. Kalau anak aku tak merengek pasal terkucil dalam seluar tu, sah-sah aku terus join diorang sampai pagi...hehehe
Berbalik pada cerita reunion tadi, sedikit mengecewakan jugak, sebenarnya tak ramai yang dapat menghadirkan diri. Nak wat camner, semua ada alasan relevan yang baikkkkkk punyer... walaupun cuma 12 famili yang berusaha meng'adjust' masa diorang untuk hadir, sudah cukup mengamatkan suasana. Tersingkap kembali ceritera di zaman persekolahan dulu. Ada part happy, ada part sedih dan ada gak part rasa bersalah pada kengkawan, pada cikgu..sebut pasal cikgu.....pelbagai nama cikgu didengarkan semula. Ada yang ingat dan ada yang buat-buat tak ingat...hehehe....cikgu yang paling popular disebut....Cikgu Rashid al-Bongo (sempena nama van yang dia pakai...err aku pun tak ingat dah camner rupa van tu, yang aku ingat ada tertera perkataan BONGO kat belakang)....hehehe...tersedak agaknya cikgu Rashid malam tu.....tak baikkkk korang.....;)
Diam tak diam, semuanya dah berubah sekarang.....yang nakal jadi baik, yang pendiam jadi ramah, yang samseng dah pun insaf...hehehe, yang kecik dah makin besarrrr (termasuk le yang tukang taip artikel ni)...hehehe. Yang pasti semuanya dah jadi mak orang dan bapak orang. Macam mimpi jer....yelah, rasa macam baru tahun lepas habis spm....perrrgghhh....hehehe
Masing-masing dengan kerjaya masing-masing. Keja ngan gomen ada, ngan swasta pun ramai tak terkecuali ada yang bisnes sendiri. Tapi aku ni idak le nak bertanya kat sorang-sorang apa keja depa. Aku bukan spesis yang nak bercita-cita jadi wartawan tak bergaji ni...hehehe.
Ada jugak yang sedihnya bila mendengar cerita rakan-rakan yang tidak bernasib baik dalam rumahtangga. Yelah, semuanya ketentuan Allah, kan. Perkahwinan tu ibarat satu perjudian. Harap-harap rakan-rakan yang datang ni, berkekalan dan bahagia sehingga ke nafas terakhir...yang lain-lain tu, aku tetap mendoakan yang terbaik buat korang.
Sehingga ke saat ini, aku masih lagi tersenyum sorang mengingatkan pertemuan dengan semua, walaupun sedikit upset sebab ada seorang 'kawan' tu macam tak berapa nak bersembang dengan aku. Aku berharap sangat tahun depan aku berpeluang join our reunion sekali lagi. Dah mula miss u guys....



Sabtu, 3 Julai 2010

Result Exam Anak 2010-1

Hari ni aku ke sekolah anak-anak untuk sign kad kemajuan anak. Terasa amat-amat kecewa dengan result anak-anak yang kian merosot. Dan untuk kesekian kalinya, dialog yang sama berulang antara aku dengan cikgu kelas putera sulung aku tu. Puteri tunggal aku? ...............mmm..biasalah, selalu dapat pujian tapi bab-bab kelakuan je lah. Akademik.......maintain slow.
Tak tahu apa silapnya, apa yang kurangnya, apa yang salahnya aku sebagai seorang ibu. Semak kerja sekolah, aku dah buat. Hantar tuition, aku dah hantar. Alatulis?....tak pernah kurang. Buku-buku latihan?....dah berlambak aku belikan. Dua jam pertama je tunjuk minat, pastu campak merata. Kadang-kadang terfikir jugak....agaknya sebab aku pun bukan dari golongan cerdik pandai kot. Faktor genetik, mungkin....:(

Kadang-kadang terfikir....apa aku terlalu memaksa diorang untuk penuhi impian aku. Salahkah aku jika aku inginkan yang terbaik untuk anak-anak aku. Aku hantar diorang ke sekolah cina sebab aku nak diorang punya satu kelebihan dari aku. Aku nak diorang boleh menguasai bahasa cina. Untuk kebaikan masa depan diorang juga. Aku juga tau memang trend sekolah cina suka beri pelajar homework yang banyak, berbanding dengan sekolah kebangsaan....tapi itu juga untuk kebaikan pelajar juga. Bukan nak perkecilkan sekolah kebangsaan tapi dah sejak azali, orang melayu bukan kisah sangat tentang kemajuan orang lain. Sebab tu melayu lambat maju, sebab tu mantan PM kata "melayu mudah lupa". Aku bukan buat cerita, tapi itulah hakikatnya yang aku ketahui dari rakan taulan aku yang menghantar anak mereka di sekolah kebangsaan.
Cara lembut tak jalan, cara kasar pun tak jalan gak. Tak reti dah aku nak buat macamana lagi. Putera sulung aku cukup tak suka menulis apatah lagi membuat homework yang berduyun tiba tu. Pelbagai jenis pensel yang aku belikan untuk menarik minat dia tapi dia cuma minat pada pensel...bukan minat nak menulis dengan pensel tu. Tulisan????.....ya ampunnn....kecik sikit dari tulisan kat papan-papan iklan kat kiri kanan lebuhraya KL-Karak tu. Kalau tak terkeluar dari petak.....tak sah, dan setiap kali aku semak buku-buku latihan putera sulung aku tu, terpampang besar disetiap helaian....gambar telinga gajah yang besar giler..
Puteri tunggal aku, bab homework takde masalah. Beresssss. Mungkin minat dia mempengaruhi kot. Dia memang minat dalam bab-bab penulisan dan 'pelukisan' nih. Dinding-dinding rumah aku nih dah penuh dengan hasil 'kerja tangan' dia sorang. Macam-macam mural ada......yang tak tahan tu...ada gak terselit nama binatang b@*# tu....iskh..iskh...iskh.. Cuma satu yang kekadang naik geram dengan 'kerajinan' tuan puteri sorang ni, suka sangat tolong buat kerja sekolah adik dia...sebab tu la adik dia naik lemak sesangatttttt.....:(