Hari ni aku ke sekolah anak-anak untuk sign kad kemajuan anak. Terasa amat-amat kecewa dengan result anak-anak yang kian merosot. Dan untuk kesekian kalinya, dialog yang sama berulang antara aku dengan cikgu kelas putera sulung aku tu. Puteri tunggal aku? ...............mmm..biasalah, selalu dapat pujian tapi bab-bab kelakuan je lah. Akademik.......maintain slow.
Tak tahu apa silapnya, apa yang kurangnya, apa yang salahnya aku sebagai seorang ibu. Semak kerja sekolah, aku dah buat. Hantar tuition, aku dah hantar. Alatulis?....tak pernah kurang. Buku-buku latihan?....dah berlambak aku belikan. Dua jam pertama je tunjuk minat, pastu campak merata. Kadang-kadang terfikir jugak....agaknya sebab aku pun bukan dari golongan cerdik pandai kot. Faktor genetik, mungkin....:(
Kadang-kadang terfikir....apa aku terlalu memaksa diorang untuk penuhi impian aku. Salahkah aku jika aku inginkan yang terbaik untuk anak-anak aku. Aku hantar diorang ke sekolah cina sebab aku nak diorang punya satu kelebihan dari aku. Aku nak diorang boleh menguasai bahasa cina. Untuk kebaikan masa depan diorang juga. Aku juga tau memang trend sekolah cina suka beri pelajar homework yang banyak, berbanding dengan sekolah kebangsaan....tapi itu juga untuk kebaikan pelajar juga. Bukan nak perkecilkan sekolah kebangsaan tapi dah sejak azali, orang melayu bukan kisah sangat tentang kemajuan orang lain. Sebab tu melayu lambat maju, sebab tu mantan PM kata "melayu mudah lupa". Aku bukan buat cerita, tapi itulah hakikatnya yang aku ketahui dari rakan taulan aku yang menghantar anak mereka di sekolah kebangsaan.
Cara lembut tak jalan, cara kasar pun tak jalan gak. Tak reti dah aku nak buat macamana lagi. Putera sulung aku cukup tak suka menulis apatah lagi membuat homework yang berduyun tiba tu. Pelbagai jenis pensel yang aku belikan untuk menarik minat dia tapi dia cuma minat pada pensel...bukan minat nak menulis dengan pensel tu. Tulisan????.....ya ampunnn....kecik sikit dari tulisan kat papan-papan iklan kat kiri kanan lebuhraya KL-Karak tu. Kalau tak terkeluar dari petak.....tak sah, dan setiap kali aku semak buku-buku latihan putera sulung aku tu, terpampang besar disetiap helaian....gambar telinga gajah yang besar giler..
Puteri tunggal aku, bab homework takde masalah. Beresssss. Mungkin minat dia mempengaruhi kot. Dia memang minat dalam bab-bab penulisan dan 'pelukisan' nih. Dinding-dinding rumah aku nih dah penuh dengan hasil 'kerja tangan' dia sorang. Macam-macam mural ada......yang tak tahan tu...ada gak terselit nama binatang b@*# tu....iskh..iskh...iskh.. Cuma satu yang kekadang naik geram dengan 'kerajinan' tuan puteri sorang ni, suka sangat tolong buat kerja sekolah adik dia...sebab tu la adik dia naik lemak sesangatttttt.....:(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan