Ahad, 25 Julai 2010

Reunion SMDB @ HolidayVilla Cherating





Asalamualaikum semua,

KELMARIN, 24/07/2010, kul 4pm lebih aku drive bawak anak-anak ke Holiday Villa Cherating. Ada la dalam setengah jam perjalanan dari rumah aku kat Indera Mahkota ni ha. Ada perjumpaan bekas-bekas pelajar SMDB kat sana. Sampai-sampai, anak-anak aku dah tak sabar-sabar nak terjun kolam. Maklum ler kat umah takde. Cantik gak tempat ni, memang sesuai bawak famili. Boleh la nak ajak abang sayang honeymoon kat sini nanti, maklum ler tak pernah gi honeymoon pun sejak menikah.... tak berkesempatan....huhuhu
Lepas simpan bargasi(ceh, macam besar je bunyinyer...;P) kat bilik dan solat asar, aku bawak anak-anak turun ke laut...eh....ke kolam. Tak sampai hati lak aku nak turut serta masuk dalam kolam tu, kang timbul je kain baju yang aku pakai. Takkan nak berbikini lak....haru nanti bila terserlah segala mangkuk tingkat yang ada. So, lepak-lepak sambil bergosip ngan para ibu, manakala para bapak sibuk berendam sambil melayan karenah permata hati masing-masing dalam kolam tu....tapi tak taula samada bapak jaga anak atau anak yang jaga bapak....hehehehe.
Bilik pun okay cuma yang tak okay nya, pintu bilik aku yang dah dua kali takleh nak buka. Pihak
hotel kata belum ada bajet nak tukar stail card key macam kat hotel-hotel lain tu. Kira okay la jugak aku ni setakat pintu takleh bukak.....ada gak member yang aircond bilik yang tak berfungsi...tapi tanpa pengetahuan aku, tingkat bawah bilik aku blackout malam tu rupanya. Member-member yang dapat bilik area tu, mengeluh pasal berpeluh satu malam. Well guys jangan marah, aku lak menggigil sampai ke pagi....
Dinner malam tu jugak okay. Kena dengan selera aku. Itupun ada gak lauk yang aku tak terambil dan para desert yang tak termakan pasal perut dah penuh. Apa taknya, petang sebelum dinner tu kitorang dok melantak buah-buahan tempatan. Ada la yang bermurah hati bawak dari kampung cuma durian je yang takde sebab almaklumlah, kat depan pagar hotel tu pun dah ada signboard gambo durian yang kena pangkah. Paham-paham ajelah maksudnya. Bukan dia suruh ngundi parti durian tau...
Time dinner malam tu, aku sebenarnya ada hati nak meratah lauk-lauk kat situ terutama sekali lauk ayam ala-ala nasi ayam punya ayam tu, tapi segan ngan kengkawan lain yang aku tengok macam tak kemaruk nak makan semua tu. Takut la kang depa kata aku ni pelahap sangat...... no wonder la dah 'kembang bermangkuk-mangkuk' sekarang...:) Sampai dalam bilik aku terbayang-bayang lagi lauk ayam tu. Kalaulah bungkus lauk dibenarkan kat hotel tu, dan-dan tu jugak aku jadi orang yang pertama mintak plastik...hehehehe.....

25/07/2010, checkout kul 11.30am. Sampai rumah kul 12.30 tgh tadi. Singgah Restoran Rahmat kat depan Masjid Ataraba tu tapau lunch. Mula-mula pikir nak gi KFC jer tapi malas la pulak sebab baru semalam pekena KFC tu. Tekak dah 'tua', takleh gi ngan KFC dah. Nak pekena nasi jugak. Nak masak, rasa malas....ahh...beli je senang. Cepat lagi.
Setelah 3 kali tawaf meja yang penuh ngan lauk-pauk tu, akhirnya beli 2 ketul ayam goreng, 2 ketul sup ayam, gulai pucuk ubi ngan ikan masin je. After melantak.. biasa ler, mesti mata pun berat punya. Ingatkan terlelap dalam setengah jam jer, bila tengok jam.....alamak, dekat 2 jam gak la....nasib baik sempat solat Zuhur. Waktu tengah taip artikel ni, aku baru bangun tido, balas dendam pasal malam tu tido lewat giler. Hampir kul 1 pagi jugak la. Bukan tengok worldcup ataupun piala thomas tapi pasal sembang-sembang tak ingat ngan member-member lama bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Bahaman tu lah. Almaklum ajelah, berbelas tahun punye cerita. Ketawa ngan bercakap 50-50 sama banyak. Memang dapat terapi muka free la malam tu. Kalau anak aku tak merengek pasal terkucil dalam seluar tu, sah-sah aku terus join diorang sampai pagi...hehehe
Berbalik pada cerita reunion tadi, sedikit mengecewakan jugak, sebenarnya tak ramai yang dapat menghadirkan diri. Nak wat camner, semua ada alasan relevan yang baikkkkkk punyer... walaupun cuma 12 famili yang berusaha meng'adjust' masa diorang untuk hadir, sudah cukup mengamatkan suasana. Tersingkap kembali ceritera di zaman persekolahan dulu. Ada part happy, ada part sedih dan ada gak part rasa bersalah pada kengkawan, pada cikgu..sebut pasal cikgu.....pelbagai nama cikgu didengarkan semula. Ada yang ingat dan ada yang buat-buat tak ingat...hehehe....cikgu yang paling popular disebut....Cikgu Rashid al-Bongo (sempena nama van yang dia pakai...err aku pun tak ingat dah camner rupa van tu, yang aku ingat ada tertera perkataan BONGO kat belakang)....hehehe...tersedak agaknya cikgu Rashid malam tu.....tak baikkkk korang.....;)
Diam tak diam, semuanya dah berubah sekarang.....yang nakal jadi baik, yang pendiam jadi ramah, yang samseng dah pun insaf...hehehe, yang kecik dah makin besarrrr (termasuk le yang tukang taip artikel ni)...hehehe. Yang pasti semuanya dah jadi mak orang dan bapak orang. Macam mimpi jer....yelah, rasa macam baru tahun lepas habis spm....perrrgghhh....hehehe
Masing-masing dengan kerjaya masing-masing. Keja ngan gomen ada, ngan swasta pun ramai tak terkecuali ada yang bisnes sendiri. Tapi aku ni idak le nak bertanya kat sorang-sorang apa keja depa. Aku bukan spesis yang nak bercita-cita jadi wartawan tak bergaji ni...hehehe.
Ada jugak yang sedihnya bila mendengar cerita rakan-rakan yang tidak bernasib baik dalam rumahtangga. Yelah, semuanya ketentuan Allah, kan. Perkahwinan tu ibarat satu perjudian. Harap-harap rakan-rakan yang datang ni, berkekalan dan bahagia sehingga ke nafas terakhir...yang lain-lain tu, aku tetap mendoakan yang terbaik buat korang.
Sehingga ke saat ini, aku masih lagi tersenyum sorang mengingatkan pertemuan dengan semua, walaupun sedikit upset sebab ada seorang 'kawan' tu macam tak berapa nak bersembang dengan aku. Aku berharap sangat tahun depan aku berpeluang join our reunion sekali lagi. Dah mula miss u guys....



2 ulasan:

  1. laa...baru prasan ko pun ada blog rupanya.. err... aku pun teringin nk ratah lauk... tapi perut dah se'eh wehh, kalo dbiorkn lauk yg x abis tu sampai pkl 12... boleh kita mkn supper... kui3

    BalasPadam
  2. apa la...malu2 lak
    sama lak...ngan aku...nak ratah udang tu
    hahaaa..malu gak...kui3x

    BalasPadam