Isnin, 13 September 2010

Beberapa hari sebelum Syawal

2,3 HARI SEBELUM RAYA

Agak lama jugak aku tidak meng'update' blog ini. Maklum ajelah, minggu-minggu raya nak tiba ni aku agak sibuk sikit dengan persediaan & persiapan menyambut kedatangan bulan Syawal ni. Sibuk mengatur-atur baju-baju yang nak diperaga sepanjang bercuti yang tak berapa sakan nanti (pasal tahun ni raya ke 4 dah kena masuk kerja). Sibuk mengatur-atur biskut-biskut raya yang mana nak dibawak balik ke kampung aku yang tak berapa nak kampung tu (ater...kat alamat pun tertulis 'BANDAR MENTAKAB'). Sibuk mencari-cari resepi rendang di laman-laman web & blogger yang lain. Maklumlah, tahun ni tahun pertama aku masak rendang raya sendirian. Kebetulannya adik pompuan raya kat rumah mertua dulu & adik ipar pompuan aku tahun ni giliran beraya kat rumah orang tua dia. Kakak ipar aku lak hari sebelum raya baru start cuti, kata dia sampai lewat petang. Aku pun paham....yelah, jauh, jalan pun jem....

Aku gerak balik ke rumah orang tua aku, petang hari Selasa (07/09/2010). Ambik off sebelah petang. Atas budi bicara U38, aku pun mendapat keizinan untuk chow awal tapi bukan tuang keje saje2 tau....claim off dari off lunch call yang terkumpul. Aku lorat gak pasal mikir nak masak juadah berbuka pose takut tak sempat. Sedar tak sedar, tengok meter dah cecah 140.....err, biasa la tu tapi kalo hubby aku tau, maunya aku kena dengar ceramah keselamatan jalan raya dari dia nanti....hehehe.....dah terpandang ke meter tu, baru control balik ke 110.....Pertama, sebab aku baru teringat yang aku bawak lagi 3 nyawa dalam keta tu dan yang kedua, sebab aku sayang duit beb......dari aku bagi kat polis @ jpj, baik aku kasi duit raya kat anak-anak buah lebih sikit, kan.......
Agak bernasib baik bila sampai ke destinasi di tuju, sebaik je selesai bersalam ngan bapak aku, dia pun terus bagitau takyah masak apa-apa pasal makcik aku dah masak, dia & anak-anaknya nak berbuka sekali dengan kitorang sebab tau yang aku ngan anak-anak nak balik hari yang bertarikh seperti di atas. Fuhhh...pucuk dicita, ulam mendatang....aku letih sesangat dek pun.. menu malam ni ( 07/09/2010 ), ayam golek bapak beli kat Lanchang, makcik masak sambal udang, sayur bayam tmis air, buah melaka & pengat pisang. Boleh la...

Keesokan paginya, seperti rutin biasa setiap kali balik ke rumah orang tua aku, aku ke pasar basah Mentakab untuk beli bahan-bahan untuk memenuhkan ruang-ruang kosong dalam peti ais rumah tu dan bahan-bahan untuk merendang nanti. Ayam 2 ekor cukup kot. Bukan ramai pun. Aku bawak aku punya PA untuk jadi peneman dan pengangkat barang....siapa lagi kalo bukan anak dara ku satu-satunya. Sambil-sambil tu aku boleh ajar dia apa-apa yang patut, dari kecik la kena ajar sikit-sikit kan.. kalo tak takdelah kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"...kan.
Balik dari pasar, aku start bersihkan apa yang patut kat rumah peninggalan arwah mak aku ni. Sawang sana sini. Memandangkan aku ni dari spesis yang tak berapa nak tinggi, so...ada la jugak sawang-sawang yang tak tercapai akalku macamana nak sapu. Dah berdiri atas kerusi, siap jengket kaki lagi, still tak sampai. Nak tak nak, aku buat-buat tak nampak je la saki baki sawang yang tak tercapai tu. Harap-harap tetamu yang sudi singgah beraya kat rumah ni nanti tak pandang ke atas nih. Lepas siap mengemas rumah yang tak berapa nak kemas tu, aku pun mula berhijrah ke dapur. Nak siap-siap bahan nak masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Sorang jugak.....huhuhu.... Menu buka puasa nanti ( 08/09/2010 ), sambal tmis petai, kobis grg, asam pedas talapia, daging grg kunyit & ikan kembong goreng.

Keesokan hari pulak, aku ajak sepupu aku gi ziarah sambil membersihkan sekitar pusara arwah mak aku, arwah mak dia & arwah wan kitorang. Kebetulan adik pompuan the one & only aku singgah jap kat rumah orang tua kitorang sebab nak hantar barang. Aku pun ajak dia sekali. Petang, adik aku & famili dia bertolak balik ke kampung mertua dia di Maran. Aku???....sendirian lagi melakukan kerja-kerja seorang 'chef' di dapur. Mula mengupas-ngupas bawang, sesekali airmata mengalir jua....tapi bukan sebab sedih beb, pedih mata la weh...bapok banyaknya bawang nak dikupas. Dah siap-siap bahan, aku pun start merendang untuk esok. Dah jadi kebiasaan, rendang untuk raya kitorang masak petang sehari sebelum raya. Habis, acer gila nak masak rendang pagi raya........maunya nanti pagi raya makan lemang cicah garam je nanti. Yelah, masak rendang ni kan lama, berjam-jam nak tunggu kering. Rendang daging lagilah lama pasal nak tunggu daging jadi lembut. Kalo tak, kunyah rendang daging jadi macam kunyah chewing gum........liat tak lumat-lumat. Tapi bangga gak sebab rendang aku buat, boleh la ditelan dek famili aku...walau tak sesedap arwah mak punya..kan.. Rendang daging dah beres, then start masak rendang ayam.....kebetulan betul, abang & kakak ipar pun sampai. Akhirnya, ada gak pembantu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan