Rabu, 18 April 2018

...43rd oledi...

Diam tak diam dah pertengahan April... meaning umur akak naik satu anak tangga lagi. Hai... cepat betul kekertuan itu datang. Rasa baru semalam terkinja-kinja kat hostel SMDB sampai kena denda ketuk ketampi sampai pitam... hehehe...ehh,, bukanlah, yang pitam tu masa main bola tampar, See... dah nampak sangat simptom2 ketuaan tu. Daya ingatan semakin tak berdaya..hahaha

Tahun ni biasa2 aje. Kebetulan anak sulung, kedua dan si bongsu pun lahir bulan April. Celebrate sekali je lah. Tempah kek sebiji cukup. Jimat duit den. Asalnya kitorang dah cantik planning nak makan2 kat luar tapi malangnya tetibe en somi dapat mesej panggilan meeting tergempar, so kena lah dia berangkat awal balik ke laut dalam. Oklah, demi pat lima nam suap nasi... akak dan anak2 pun redha je lah. Tak jadi dinner kat luar, ganti dinner megi samyang je la kat umah. Ater memang tak plan nak masak pun.
chocolate cake with cream cheese topping

Hadiah?..hmm... dah tua2 ni tak terpikir dah pasal hadiah. Dah lebih 20 tahun kenal, en somi pun dah blank pale otak tak tau nak bagi hadiah apa kat bini. Hadiah kasih sayang je la kot....hehehe.. Tak kisahlah bab hadiah tu pasal tahun ni dah dapat banyak hadiah dah sempena pencen ritu. Orang ingat besdei akak pun, dah cukup dalam hati ada taman jadinya. 

Hadoi... tensen betul nak update blog bila anak2 akak yang tadika ni nyanyi2 kat sebelah telinga. Hilang idea jadinya. Siap typo bagai tertaip mende diorang cakap...huhuhu.. nampak gayanya pendek jela entry kali ni. 

Sebelum akak log out, akak nak ucap terima kasih atas segala ucapan dan segala doa yang manis dari sekalian teman di alam maya ni khususnya teman di pesbuk dan insta. Pada kawan2 yang wish dalam grup wasap juga. Moga doa dan ucapan manis dari korang tu akan berbalik pada korang jua adanya.

Ahad, 13 Ogos 2017

....i am me...

Dah lebih pertengahan tahun baru nak buat 1st entri untuk 2017.. Wahhhh...betapa akak sudah melupakan laman ini ya. Jenuh menyelak tabir sawang...hehehe.. Ye akak lupa... lupa password dik non. Bese la bila dah masuk kategori senja nan merah ni, penyakit kelupaan makin ketara. Yang herannya bila bab makan tak pulak dia lupa gitewww...

Makan dan akak memamg takkan terpisah. Memang akak spesis yg suka makan. Nak kata 'kuat makan' tu macam pelahap la pulak kan. Mulut ni asyik nak mengunyah je, tak kira la hepi ke, sedih ke, stress lagi la kan.. hehehe. Sebab tu la makin hari makin kembang bermangkuk hayun,, hehehe, Ex2 boipren akak memang tak menyesal la broke up ngan akak dulu. Kalo tak, senget sebelah bila naik kete ngan akak... 

picture from google

Dan sebab suka makan jugaklah, akak jadi suka masak. Akak kerap upload gambo2 lauk pauk yg akak masak tu kat pesbuk dan instagram. No.. tak harap orang puji pun dik non, walaupun ada 'haters' yang bermulut longkang kata akak nak tunjuk rajin. Perghhhh... macam retis you, ada 'haters'. Besela..kita ni tak seme orang suka kannnnn.. ade mak kesah (mata pandang atas sambil mulut mencebik)

Akak upload gambo2 tu sebab nak bagi idea kat my 'friends' and 'stalkers' kat alam maya tu ha.. yg masih tak menyala mentol dalam kepala diorang nak masak apa. Nak share jugak resepi campak2 dengan kengkawan yg baru2 nak berjinak-jinak ngan periuk belanga yg dorang baru beli kat gosop ngan lazad tu ha.. kihkihkih. 

Akak jugak nak bagitau, walaupun akak masuk keje kul 7.30am, balik kul 5pm. Senin sampai Jumaat...and have 5 kids to handle without my hubby sebab 'pjj' (perkahwinan jarak jauh kata orang).. sempat je untuk sediakan bekpes, lunch & dinner untuk my family. Sempat je uruskan keje2 rumah. Sempat jugak selit2 baca novel... hehehe... Actually, pokok pangkalnya diri sendiri. Nak dan tak nak... macam DSV kata  "i'm inspire your desire"...hahaha. Kita punya badan, kita punya masa... pandai2 la kita aturkan.. no matter working mom or stay at home mom

pinjam kat gugel

And you.. women out there... please la.. sudah2 la merendahkan sesama sendiri. Para isteri yang berkerjaya merendahkan para isteri yang sepanjang masa menguruskan rumah. Begitu jugak sebaliknya. Dua2 ada kelebihan, dua2 ada kekurangan. Dua2 pun 'surirumah'... dua2 pun permaisuri dalam rumahtangga. Dua2 pun mulia.

p/s : kalo ade typo tu buat2 tak nampak je la ye.. 😉

Khamis, 22 Disember 2016

...whatsapp dan kawan...

Tengah menguap sambil ngadap pc kemaskini stok kat dalam stor tempat keje, keting keting bunyi aplikasi whatsapp masuk. Mula-mula jeling je, tak dan nak main balas wasap ni masa tengah keje kecuali yg berkaitan ngan keje. Bukan ape, karang syiok ngat berwasap, keje pun terbengkalai. Tapi tadi, sedang molek duduk menyandor rehatkan bahu sebab sakit belakang duduk depan pc lelama, akak pun tergerak la nak me'reply' wasap grup bekas kengkawan se'hostel' masa sekolah menengah dulu. Terhibur jugak hati yang lara, terubat rindu di dada... cewahhh

Kitorang jarang-jarang jugak berhubung dalam wasap tu tapi sekali timbul... rancak jugak jejari masing-masing. Belum face to face.... harus kantok bak kata orang Pahang. Watak masing-masing masih sama zaman muda belia dulu, walau rupa parasnya ada lari sikit la ( akak letteww ). Dulu slim river, sekarang big mountain... hahaha

Sebelum ni ramai je yg memasukkan no enpon akak kat dalam whatsapp group. Macam-macam grup ande. Rimas siut. Kejap ting, kejap ting... nak tido pun tarak senang. Memang la ada button nak silent kan enpon tu tapi kang tetibe ada emergency kang, tak dengar bunyi enpon. Masalah jugak. Belek punye belek, la.... boleh 'mute' kan grup mana yg kita nak rupanya... hehehe... maklum la, ai kan warga emas...mana tauuuu...hahaha

pinjam gambo pakcik gugel

Best jugak ada aplikasi gini... tapi kena tau la batas-batasnya kan. Akak paham sebab tu lah akak banyak left group. Nak-nak pulak kalo ada yang dalam grup tu kaki sentap, tak reti beza mana gurau mana serius. Satu lagi, akak lebih senang kalo group tu tak melibatkan kaum adam dalam grup kengkawan nih. Lainlah grup opis, bos dah warning jangan gatal nak 'mengiri' melainkan dah berenti keje kat situ. Bukan apa...tak semua orang open minded. Akak jenis yg move on with my life. Takut jugak la ada bini-bini ahli grup tu yang terjeles tahap gaban bila tengok laki dorang galak berwasap sampai malam. Tapi kalo akak pun meradang jugak kalo dah tengah malam buta kita duduk sebelah, laki dok main wasap sambil tersengeh-sengeh...nak pulak dalam grup tu ada ex gepren dia, memang dapat 'jelingan manja' la dari akak... gitewww. 

Apapun pada akak, aplikasi tu tak salah.... yang salah orang yang gunakan aplikasi tu. Tuhan dah bagi kita akal, pandailah guna. Takkan nak kena create aplikasi akal pulak baru boleh pikir mana betul dan mana salah kannnn. Ok lah... sambung lain kali, nak titun, esok keje lagi. Jaga diri, hiasi peribadi, kurangkan kontroversi dan tingkatkan iman di hati..... melodiiiahhh... ehh... tetibe.... hehehe




Rabu, 21 Disember 2016

..acah-acah diet lagi...

Semakin hari akak terasa baju keje akak a.k.a uniform keje semakin mengecut. Tak tau la kenapa diorang bagi kat akak kain yang tak berkualiti... hehehe. Tetiba kain dipersalahkan...

Awal tahun ritu, molek je akak follow menu sihat. Dapat jugak lah buangkan kilo dalam badan ni dalam 5,6 kg, itupun terseksa perut dalam masa 3 bulan. Bersemangat waja bila member-member tegur akak dah kurus sikit... sikit la kan. Pastu tetibe tak leh nak kontrol, asyik kemaruk je nak makan. Lupa terus kat azam nak kuruih tu. Macam ada sesuatu yang tak disangka je. Hahaha... betul punnnn.. ter'peknen' la pulok tua-tua gini. Tapi rezeki tu tak bape nak sampai kat akak ngan en somi. Genap 12 minggu, akak miscarrige... dalam kata lainnya, keguguran.

Lepas gugur tu, akak berpantang la jugak... err... sikit-sikit. Habis 2 minggu cuti sakit, masuk keje. Perut asyik berceriuk mintak diisi. Mulut ni asyik nak mengunyah je. Sedar tak sedar, nak zip kain pun se'eh bak kata orang Pahang. Bila lalu kat pintu cermin,.... omg... buat-buat terkejut la konon tengok biasan diri sendiri dalam cermin tu. Gila babas besor. Tak boleh jadi gini..

pinjam gambar pakcik gugel

Minggu ni akak cuba start balik menu diet hari tu. Harap akak dapat 'tabah' kan hati bila bukak pesbuk nanti.... huhuhu... al maklum je la, kengkawan alam maya akak suka berkongsi gambar resepi yang dah jadi.... sabarlah duhai tekak....

Isnin, 19 Disember 2016

...pt3..


Hari ni rata-rata dok post kejayaan anak masing-masing dalam laman sosial. Akak pun tumpang gembira la dengan kejayaan anak-anak kengkawan akak samada di luar dan di dalam alam maya ni. Tahniah pada yang cemerlang.. dan pada yang result dia tak berapa nak best, chill... this is not the end of the world. Masih ada lagi satu exam besar yang korang boleh tebus semula jika betul-betul ada niat dalam hati tu untuk berjaya. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...kannnn. SPM masih ada..

Hari ni akak tak keje. Saje ambik cuti nak teman puteri sulung ambil result PT3 dia. Debar jugak, sama je kot ngan anak tapi buat-buat cool sebab tak nak anak tu stress. Result dia? Alhamdulillah jugak. Dia punya result di luar jangkaan akak. Tidaklah cemerlang tapi tidak jugak teruk. Berapa tu, akak tak boleh nak cerita sebab anak dah besar. Akak respect privacy dia. Anak ni bila dah masuk peralihan zaman, kita kena paham la kan. Mungkin dia segan atau rendah diri takut dibanding-bandingkan result dia dengan orang lain. Tak bagi mak dia canang. Akak ni jenis mak yang open, tapi tak bermaksud akak tak pentingkan pelajaran untuk anak-anak akak. Kita pun pernah berada kat tempat dia dulu. At least dia dah usaha sehabis baik. Akak redha dan tetap bangga dengan dia. Kesian tengok dia tadi, macam gelisah dan takut nak tunjuk result pada akak. Hmm... mungkin sebab akak ni garang kot ngan anak..huhuhu 

Sebenarnya, akak pun rasa bersalah jugak. Dia tak dapat nak study dengan tenang. Apa taknya, tengah-tengah study, akak suruh dia buat itu ini. Nasib dia lah jadi anak sulung yang masih ramai adik-adik bawah dia. Nasib dia la, dapat parents yang PJJ (perkahwinan jarak jauh). Nasib dia la dapat mak bukan surirumah sepenuh masa, yang balik keje kadang-kadang moody, penat dan selalu mintak bantuan dia untuk menguruskan rumah dan adik-adik. Macamana la dia nak tumpu 100% dengan study, ye dak. Apapun akak bangga dengan dia. Sangat sabar. Sesuai sangat la akak letak nama dia NURSABRINA...cahaya kesabaran.

Dan pada puteri sulung akak tu, andaikata satu hari nanti dia terbaca entry akak kali ni, akak nak dia tau yang akak sangat sayang dia, bangga ada anak macam dia. Dan akak pasti, satu hari nanti dia akan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..... sebab itulah doa akak setiap hari. Allah pasti dengar..

Sabtu, 17 Disember 2016

...sawang...

uitt... lama benar akak tak menjengah blog ni sampai terlupa password. Gitu la kalo dah banyak sangat akaun email. Boleh tertukar id ngan password. Mujur akaun ni tak macam akaun bank. Tiga kali salah, terus kena block gitu.

Hari ni akak terlebih bosan kot, sebab tu tetibe terpikir nak bukak blog ni. Novel2 dah abis baca. Tunggu gaji masuk esok lusa baru gi cari novel baru. Cite kat tv lak bila time cuti hujung minggu gini, takde yang menarik minat akak nak berlingkor depan tv tu. Nak layan drama online, aduyai... line sangkut-sangkut. Asyik buffering je, Lama lak tu. Potong stim nak masuk dalam drama tu fifiling jadi heroin...kihkihkih..

Hmm... dah tak tau nak buat apa. Nak keluar jenjalan... ahh malaslah kalo en somi takde. Lagipun akak ni, bukan spesis suka keluar rumah. Jarang sangat keluar jenjalan. Anak-anak ngan en somi pun sama spesis. Bak kata mak mentua akak kitorang ni macam burung dalam sangkor. Muka pucat tak kena cahaya matahari nasib baik dia tak cakap macam dracula tak kena cahaya matahari.. hahaha.

pinjam gambar mr google

Disebabkan tak bape ada keje nak dibuat, akak cucilah sawang kat sini sikit-sikit. Kang penuh sawang, takde dah yang sudi menjengah... (err.. macam lah selama ni ada yang jengah, ek ) Nanti akak cuba rajinkan jari jemari akak untuk update blog ni. Itupun kalo sel-sel otak akak berhubung.. hehehe



Jumaat, 24 Julai 2015

...juadah raya..

Dah seminggu rasanya kita meraikan Aildilfitri. Baru hari ni aku ada kesempatan nak meng’update’ cite raya kat sini. Busy uolss… (hehehe).. la sangatttt.. Bukan busy beraya, tapi busy mendobi dan melipat kain baju yang menimbun gara2 cuti lama kat kampung. Statement poyo sangat… macam la balik berbulan2 kat kampung tu kannnn… 4 hari je pun… hehehe

Slogan raya aku tahun ni.. ‘makan tido’.. takde maknanya turun pat lima kilo time puasa ritu. Dah memang dijangka.. hari raya je kompem ‘ter’makan melebihi had yang ditetapkan oleh perut. Macam selok sangat dapat makan di siang hari tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut diangkut van jenazah… muahahahaha….  Juadah atas meja kompem la bukan salad sayuran atau singgang ikan tenggiri atau roti bakar sapu margerin campur sekaya (yang baik2 untuk kesihatan) kannn.. Raya.. memang tak lengkap kalo takde tiga benda merangkap bff ni…. Si manis, si lemak dan si karbohidrat, kat atas meja makan. Celik mata je, dorang bertiga macam melambai-lambai je kat aku walaupun dorang tau yang aku belum gosok gigi lagi..

Dulu2 masa arwah mak ada… juadah pagi raya kitorang cuma rendang dan lemang. Kekadang sampai lunch kitorang makan rendang dan lemang tu. Tapi sejak arwah mak takde, aku ngan adik beradik serta ipar duai bergotong royong la main masak2 untuk juadah di raya. Disebabkan adik beradik aku majoriti ‘kawin campur’ (utara selatan timur barat Malaysia jer).. hehehe… makin banyak la menu pagi raya kitorang. Tu yang kejenya makan tido makan tido di hari raya. TV pun tak dan nak tengok. Apatah lagi nak gi beraya umah tetangga.


Meh cuci mata dengan hasil ‘kerjatangan’ kitorang. Aku belanja gambo sikit..

lemang
rendang daging ciliapi
acar mentah
Menu kat atas ni hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Kluang tapi duduk kat Serting. Lemang tu dorang kongsi buat ngan kengkawan dorang. Yang pastinya lemang tu memang sangat berlemak... dan punca utama aku tak dapat menahan mata dari terlelap lepas pekena lima enam potong... iskh3x, baik makan sebatang terus.. kannn (lemang jugak yang dipersalahkan..haihhh...)

rendang ayam goreng
Yang ni pulak hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Aloq Setaq tapi keje kat Kolumpo. Aku pasan yang bapak aku suka pasal nampak dia ulang makan rendang nih...

nasi minyak
kari kambing

ayam masak merah
Yang atas ni pulak.... hmm.. aku la yang punya keroje. Tak la sesedap kat restoran tu tapi boleh la di telan dek tekak dorang.. tapi sedey pasal bapak aku komplen kari kambing kurang garam dan kurang pekat (ala... aku tak makan kambing sebab tu aku tak rasa dulu...hehehe...alasannn). Malamnya pulak ada lagi acara mentekedarah kitorang. Adik ipar aku masak mee goreng. Biasa adik aku yang masak, tapi sejak dah kawin ni dia dah turunkan skill goreng mee tu kat orang rumah dia. Servis bertukar tangan la sekarang. Yang ni tak dan aku nak snap gambo. Satu lagi menu yang aku tak dan nak snap gambo...bbq kambing... dorang kata sedap tapi aku bab kambing ni, masak boleh.. makan tidak. Adik aku yang duduk Nilai beli daging kambing 5kg. Puas la mengembek hari tu.. mujur tak lekat bau kambing. 

sate ayam & daging - 400 batang
Sate ni aku tempah ngan member satu keje ngan aku. Aku tak kose nak mengadap mencucuk sate yang banyak gitu. Kang tercucuk mata lak sebab dek ngantuk. Kebetulan dia cuti sebelum raya, tu yang dia ada masa nak menyucuk tu. Kuah ngan nasi impit.... pun aku tak kose nak buat. Guna yang segera je...


rasa dia sedap jugak
Yang sadisnya raya pertama tahun ni, aku cuma sempat ambik gambo makanan je... gambo pakai baju raya sedondon tak dan nak ambik.. sian baju raya... terpinggir...hehehe










Rabu, 15 Julai 2015

..dah nak raya..

hmm... pejam celik dah hampir ke penghujung dah Ramadhan ini tahun. Lagi dua hari kot nak ghaye (masa entri ni aku publish la). Keluar rumah nak gi keje pagi tadi pun tengok jalanraya dah lengang. Sunyi pulak. Alhamdulillah, kurang bau asap kete... Aku rasa hari ni, kete2 tu dah start beratur kat lebuhraya... pantai timur khususnye. Yelah, yang duduk kat sekitar kuantan ni rata2nya ramai orang belah2 pantai timur. Ganu Kelate.  Mungkin ada jugak yg masih lagi sibuk bersopink kat bandar, biasalah... dihujung2 Ramadan ni, lagi banyak 'sale' adanya. .Rege penghabiskan stok kata dorang tapi... yang benornya rege penghabiskan isi dompet. Sopink tu beringat sikit ye, jangan sampai lepas raya terpaksa ikat perut tunggu gaji. Mesti ada ibu2 kat rumah baru nak packing kain baju untuk gerak balik kampung esok... check betul2, jangan ada yg tertinggal.... terutama 'duit ghaye' untuk anak penakan.... hehehehe

Aku?... masih menghabiskan sisa2 hidup berkhidmat untuk masyarakat kat klinik ni. Termenung situ, termenung sana. Dekat2 raya ni tetiba kurang lak khidmat diperlukan. Rakyat jelata dah balik kampung barangkali, nak2 pulak sekolah dah start cuti. Terasa lambatnya lusa.... tak sabor nak start cuti2 malaysia. Tak sabor nak jumpa adik-beradik. Tak sabor nak bergelak tawa ngan dorang. Tak sabor nak makan ramai2 ngan dorang. Tak sabor nak makan biskut semperit 'melting in my mouth' yang aku kirim kat adik ipar aku yang duk KL tu....(kompem abisla diet aku sebulan)... hehehe. Yelah, besenye time raya je la dapat kumpul semua adik-beradik. Korang pun sama, kan...

hmm.... yang pasti tahun ni tahun ke 5 kitorang beraya tanpa 'dia'... tahun ke 6 kitorang tak merasa airtangan 'dia' di pagi raya. Rindu..... sangattttt..


Selasa, 7 Julai 2015

...sopink raya..

Sudah dua minggu Ramadhan tahun ni berlalu. Sekejap je kan.. tu pun ada yang sengaja culas nak puasa. Bermakna lagi dua minggu, kita nak beraya. Bermakna penantian segolongan hamba Allah untuk kembali makan di siang hari semakin tiba…. Hehehehe…

Macamana persiapan korang? Sakan ke idok? Aku tahun ni teruja jugak nak beraya… bukan sebab nak bertandang ke rumah orang tapi time raya je la dapat berkumpul semua adik-beradik. Kebetulan 1st Syawal tahun ni giliran ke rumah orang tua aku dulu… dan kebetulannya jugak en somi ‘offday’. Last year sikit pun tak cakna nak buat persiapan raya sebab en somi kena bertugas di laut dalam. Baju raya anak-anak pun aku beli sehari dua nak raya. Ikutkan malas nak beli tapi kesian lak kat anak2. Cukuplah sekadar baju untuk pakai di pagi raya. Itu cite tahun lepas la kan… tahun ni sakan jugak aku berbelanja untuk baju baru anak2. Beli online jer. Takde mase nak kuar gi beli.. jalan jem satu hal… nak beratur membayor kat kaunter pun satu hal..

pinjam gambo gugel lagi..
Bab sekut2 ghaye pun dah settle. Banyak gak susut fulus. Ater… seme barang dah naik rege, takkan pengusaha sekut ghaye nak guna rege lama. Sian dorang takde untung. Aku memang sokmo kesian kat peniaga2…hehehehe… nak beli sekut ghaye, kena beli 3 set. Rumah mak bapak aku, rumah mok aboh en somi dan untuk rumah aku jugak (biar takde pun orang datang beraya kat umah aku nih..) Biasa kalo kat umah aku nih.. mende2 tu semua akan lesap dalam perut kitorang anak-beranak sebelum raya lagi. Macam baru ni, awal puasa aku ada beli kerepek bawang ngan member dalam 15 bungkus.. ni masuk dua minggu puasa, kerepek tu dah tinggal 6 bungkus... entah2 raya nanti tetibe orang datang nak beraya, aku dapat hidang sekut kering jer...

Tapi ok la kan… aku cuma belanja dua menda je sempena sambut lebaran tahun ni. Bajet ciput. Kalo bajet sama level ngan Rozita Che Wan, mau akak beli semua baru dari hujung pagar depan umah sampai hujung gril pintu dapur rumah akak nih.. kihkihkih…

Sabtu, 27 Jun 2015

...jengah blog bersawang..

Asalamualaikum semua….

Hehehe…. Dah bersawang dah blog aku ni rupanya. Nak buat macamana, sejak pesbuk, ig dan wasap makin fofuler ni… makin jarang la nak meng’update’ blog. Jejari aku dah macam kena block nak sign in blog…hehehe. Hari ni tetibe rasa nak cuci la sawang2 tu sikit kan. Biasa la... bersih2 umah sebelum ghaye..

Hmm… dah seminggu kot umat Islam seluruh dunia menahan nafsu tak makan siang (kecuali yg ‘uzur’ & anak2 yg belum baligh). Tak kira la terlambat atau tidak, aku nak jugak ucap selamat menunaikan ibadah puasa pada korang semua. Semoga amalan baik kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah swt. Amalan buruk??...simpanlah sendiri… hehehe


Macamana korang semua??... hagak2 tahun ni dapat tak menahan diri dari menjengah bazar Ramadhan? Aku dah lama mengurangkan aktiviti SEHAT itewww. Tak terkawal nafsu bila buat ‘lawatan’ kat situ nanti. Nak2 pulak zaman semua benda naik rege ni, parah dompet. Lagipun, penatlah nak cari parking bagai. Jalan raya pulak makin hari makin macam tak berapa nak bergerak je kenderaan atas jalan tu. Tak kuasa. Baik balik rumah terus dari kerja kul 5 petang  tu, boleh buat sesi baring2 setengah jam, pastu ambik 15 minit mandi manda ngan solat. Pukul 6 lebih sikit start masak sempoi2 untuk berbuka. Sejam dah cukup kot nak masak sempoi2 tu. Ala… setakat buat sup atau gulai ayam, goreng telur, goreng ikan masin takde la lama sangat ambik masa. Bukan buat bufet untuk seratus orang, ye dok.. Sayur??... tak yah membazir. Budak2 kat umah ni karnivor belaka. Masak nasi pun pakai hok periuk letrik je … tak payah susah2 nak tunggu. Sedang molek siap hidang atas meja.. dengor la orang azan kat radio. Dah boleh soru, kannnn….

Bab bangun sahur tak jadi masalah pada aku sebab hari2 biasa pun, gitu la time aku bangun.  Masak ala kadar je untuk anak2 buat alas perut. Untuk aku, sahur dapat segelas nescafe pun dah ok kot. Aku makin senja ni, selera tekak makin kurang. Nak2 pulak pada menda yg aku masak sendiri. Macam bosan jer walau orang lain kabor sedap (cehhh…perasannn). Biasa la… Allah tarik sikit2 nikmat hidup kannn… hehehe. Cuma  satu  la aku heran, walaupun cenggitu… badan aku tetap menten montel. Camner tu??!!!