Isnin, 24 Januari 2011

Lambat vs Lupa

Aisehhh, masuk hari ni, tah berapa kali tah aku kena u turn balik ke rumah. Kalau sikit2 punya u turn, ok la jugak....ni kalau dah sampai 3,4 traffic light nak kena tempoh, ape ke jadohnye (bak kata orang Pahang).
Aku memang pencinta wanita...ehh..ternyanyi la pulak. Aku nak kata, aku memang siap sediakan barang2 yang nak bawak masa gi keje keesokan hari dah malam2 lagi tapi tidak la pulak masukkan terus barang2 tu dalam kete. Tabiat. Biasa bila start je enjin kete, aku pun mula la jadi mesin ingatan untuk anak2 aku:-

(dialog tiap pagi)

Aku : beg sekolah?
Anak : dah
Aku : kasut?
Anak : dah
Aku : beg taska?
Anak : dah
Aku : baju sekolah?
Anak : dah
Aku : beg adik?
Anak : dah
Aku : bekal?
Anak : dah
Anak : duit belanja, ibu?
(huh...bab yang satu ni je yang diorang tak pernah lupa)

Jenuh la kalau hari-hari aku nak kena ingatkan benda yang sama, kan. Kekadang aku ni pelupa jugak walaupun jarang-jarang sekali pekena kari kepala ikan kat kedai mamak depan tu.
Kekadang, ada gak time kelam kelibutnya kan. Tu yang ter miss nak 'berdialog', pepagi hari. Yang tak tahan tu, selalu pagi2 dah nganto si kakak gi sekolah, pastu aku tiga beranak dok lepak depan taska sambil makan karipap beli kat tepi jalan (laa...memang lah tepi, acer gile gi beli tengah jalan). Dah habis karipap dua inggit, baru diorang nak kabor yang tertinggal beg lah, tertinggal kasutlah, tertinggal bekal lah .......yang tak pernah tertinggal.. kompem la 'duit belanja'. Tak ke baran aku pepagi buta. Rugi masa aku setengah jam dok saje depan taska sementara tunggu taska tu bukak.
Nak balik umah pun dah ambik masa dalam 15minit jugak (kalau tak jem la, maklum le time orang kuar gi keje) . Tak pasal2 lewat lak aku datang keje rini. Dah la lewat, cari parking kat tempat keje pun satu hal. 5 kali tawaf, baru dapat mencelah. Nasib tak baik lagi, keje lak ngan partner yang tak best. Lewat 10 minit, kepoh satu opis... chaitt.. Aiyaaa mami, macam la lu tak pernah lewat....


Sabtu, 22 Januari 2011

ulcer

aduyaiii...tetiba je la pulak ulcer ni muncul. Dekat gusi lak tu. Nak makan pun tak selesa. Pedih giler, nak pulak kalau terkena makanan yang bergaram. Perrrgghhh....tak tertahan rasanya. Boleh menitik air mata macam tengok cerita hindustan kat tv. Kata orang la kan, benda alah tu jadi sebab dek panas dan kurang minum air masak, tak tau la aku betul ke tidak.
Tadi masa kat trafik light, aku pasan gak driver Myvi sebelah tersenyum2 tengok aku. Pastu dok gelak2 bercakap ngan orang sebelah dia sambil paling kat aku. Mamat2 motor kapcai kat sebelah pun dua tiga kali paling tengok aku.....hah, baru aku tersedar yang aku dok buat kembung pipi sepanjang jalan pasal nak hilangkan rasa sakit ulcer tu.
Mesti dalam hati diorang, muka aku dah macam muka ikan buntal, takpun macam muka katak kembung...waaaaa

Khamis, 20 Januari 2011

Sedetik Lebih

First time dengar lagu hasil ciptaan si Edry Abdul Halim ni, aku tertarik dengan melodi dia. Sejuk hati dengar. Bila lama-lama aku cuba hayati lirik dia...aduhhh...terharu sekali. Makin tebal ingatanku pada suami tercinta yang jauh di mata tapi selalu dekat di hati..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Khamis, 13 Januari 2011

kontrol marah


Sudah masuk hari kesepuluh, aku cuba menjadi seorang ibu yang lemah-lembut terhadap anak-anakku. Azam tahun baru la konon. Maklum ajelah, aku terasa jugak bila terbaca (err...terbaca ker??) diari anak dara aku yang sorang tu. Majoriti anak aku mengadu kat diari dia yang aku ni garang sangat. Aku ni suka marah-marah. Diorang terasa susah kalau ayah diorang takde kat sini sebab aku tegas sangat. Takde orang nak backup diorang bila aku marah. Yang sadisnya, boleh dia samakan aku macam IBU TIRI dalam cerita2 dogeng yang dia baca. Betulkahhhh???? .... tapi marah aku marah bersebab. Bukan saje2 nak marah, bukan saje2 nak membebel.. tujuan aku nak mendisiplinkan diorang tapi anak-anak ni tak paham.

Dalam nak menyampaikan sepuluh hari ni, macam2 dugaan dan ujian diorang kasi kat aku. Bila nak marah, aku cuba tarik nafas dalam2, then try to smile. Aiyooo....susah sangat. Rasa di dalam dah bertukar hijau ala2 HULK dah tapi di luar kontrol kasi ala2 Hello Kitty, soft & sweet. Kakak dengan ragam angannya........selalu cuai buat kerja, abang dengan diam degilnya....selalu buat senyap bila buat salah, adik dengan cengengnya.....sikit2 nangis, sikit2 nangis.....arrgghhhh....
dalaman

luaran


Tak tahu la aku dapat bertahan sampai bila karakter ibu mithali cam gini. Mau dapat darah tinggi rasanya pasal dok kontrol takat didih dalam jiwa.


Sabtu, 8 Januari 2011

hujan

Sudah dua hari berturut-turut awan menangis tak henti-henti. Al-maklum ajelah, dah lama dia memendam perasaan. Mujur jugak awan tu menangis sedih....kalau menangis marah, kompem la 4,5,6 kali aku kena gi on suis kat kotak letrik rumah aku ni pasal kilat berdentum-dentam. Aku sebenarnya masih tertanya-tanya dan sedikit heran, apasal la rumah aku sorang je yang 'kena tendang' bila ada kilat.

Masa kecik-kecik dulu, time hujan lah yang amat dinanti-nantikan. Boleh mandi hujan beramai-ramai ngan sepupu-sepapat. Berlari-lari, terlompat-lompat sambil menyanyi-nyanyi dalam hujan tu sampai menggigil-gigil sebab dek sejuk. Satu lagi yang buat aku heran, awat time tu kalau mandi hujan berjam-jam pun, takde lak kena demam. Kalau zaman sekarang ni, kena hujan renyai sikit pun, dah mula hatcum sana hatcum sini, start terbersin macam orang kena resdung makan belacan......petanda nak kena demam selesema. Agak-agak la kan, air hujan zaman ni makin tak sihat ker atau itu satu lagi tanda-tanda 'penuaan'..???!!...antibodi dah makin weak...=p

Aku yang lemah bab hujan ni sebab sekarang budak-budak dah start sekolah. Mula-mula kena turun keta payungkan anak pompuan aku & begnya (kalau tak hujan aku suh turun sendiri je) sampai dalam dewan. Pastu kena turun keta sekali lagi hantar anak kedua aku lak kat taska. Kena gak tolong payungkan sebab banyak barang nak bawak. Beg sekolah, kasut sekolah, beg taska, uniform dah siap gosok yang berhanger & bekal sarapan 'berat' dia (kena bawak bekal pasal dia tak tahan sebab kat taska hari-hari sarapan roti). Dulu sekali dengan yang sulung, so diorang bahagi dua bab bawak barang-barang kat taska ni. Sekarang si kakak sekolah pagi, so dia lah kena angkat semua....tapi kalau nak harap dia yang angkat semua...alamat ada je yang tertinggal dalam keta karang. Satu hal lak aku kena gi hantar balik. Pastu sekali lagi kena turun keta, bawak si kecik kat taska. Mana nak dukung dia lagi, pegang beg lagi, pegang payung lagi... at last, aku jugak yang basah lencun. Tu yang sampai tempat keja, rasa liat je nak turun keta lagi. Sejuk pasal uniform abis kebasahan. Part yang lagi baran tu, part nak jalan dari tempat parking ke banggunan tempat keja tu.....time lalu kat lopak air, ada pulak pemandu keta yang bawak keta tak pakai otak, tak reti nak perlahankan keta bila lalu kat lopak air tu. Kompem korang tau la kan, apa jadi....pakai payung pun dah takde makna...=(

Selasa, 4 Januari 2011

kakak

Jam 2.30 petang tadi, masa aku baru keluar dari 'bilik termenung'.. dapat satu call. Nombor caller takde dalam list buku telefon aku. Nombor caller macam dari 'handphone'. Selalu kalau takde dalam list, aku malas nak jawab tapi tah ngapa aku tergerak hati nak jawab call tadi tu.
Aikk...pasal lak aku dengar suara macam anak dara aku lak. Aku cuma dengar "ibu noor tak datang". Panggilan tak berapa clear, pastu putus. Mula rasa tak sedap hati, aku call balik nombor telefon tadi. Lagi berdebar bila dengar suara garau lelaki di sebelah sana. Suspen.

Rupa-rupanya, tu uncle guard kat sekolah punya handphone. Dia heran apasal aku tak ambik-ambik anak dara aku tu. Dah sejam lebih anak aku habis kelas. Orang lain semua dah balik. Dia kata anak aku nak call aku tak boleh sebab semua public phone kat sekolah tu tak terima syiling. Penuh kot. Cuma boleh pakai kad. Patutnya taska yang ambik. Aku pun cepat-cepat call owner taska. Aduhhh....dia boleh kata yang diorang terlupa nak ambik anak aku tu. Dengan stat diorang gi ambik. Aku masih tak senang duduk selagi pihak taska tak kompem semula kat aku yang diorang dah ambik anak aku tu. Risau wehhhh....pasal tu satu-satunya puteri yang aku ada.


Isnin, 3 Januari 2011

homework

Hmm... seperti yang dijangkakan, hari pertama persekolahan, anak-anak sudah dibekalkan 4,5 homework. Zaman aku dulu, usahkan hari...minggu pertama tu kira rileks lagi la kan pasal cikgu-cikgu sibuk nak nguruskan segala yuran-yuran anak-anak murid.

Seperti biasa pulak la satu taman perumahan aku ni akan mendengar siaran radio free dari rumah aku setiap malam. Dan aku pulak menjadi deejay tak bergaji. Hai, maklum ajelah.... anak jantan aku tu kalau tak disergah & dibebel sokmo-sokmo, kompem la besok pun belum tentu siap homework dia. Pesen dia dah.. tengah2 buat kerja sekolah tu kang tetiba melayang kat litar sepang...tetiba jugak la aku terdengar bunyi ferrari dalam rumah. Kuat angan...

Nasib la jugak si kakak sekolah sesi pagi. Balik sekolah tadi dah aku kerah siapkan homework. Si kakak ni bagi aku, no worries. Memang spesis rajin menulis. Pernah sekali je dia tak siap homework pasal misunderstanding. So, malam bolehlah aku tumpu pada si abang je. Kakak boleh tolong jaga si adik, maka dengan ini si abang tiada lagi alasan untuk tak siap kerja sekolah. Adik dah tak kacau......kan...=)

sekolah dah start..

Hari ni sesi persekolahan 2011 bermula sudah. Alarm kat handphone dah membingitkan telinga. Dah kul 5 pagi. Mujur jugak aku setting kat situ 'kejut akak sekolah'. Kalau tak, maunya aku offkan bunyi pastu sambung tido balik. Maklum je la musim-musim tengkujuh ni, pagi-pagi liat sikit nak bangun, tambah pulak dek sejuk aircond...mula la rasa syiok je tarik selimut. Bila tengok kakak masih lena, rasa kesian pulak nak kejutkan. Biasa kul 6.15 pagi baru aku kejutkan diorang. Biarlah dia tido 15minit lagi. Awal sangat kang, ngantuk lak dia kat sekolah. Aku siap-siapkan diri aku dulu.

Aku kejutkan kakak masa 'on de way' nak buat sarapan dan bekal. Terpaksa buat sebab tak berapa yakin ngan kantin sekolah cina pasal tak nampak pun 'kemelayuan' pekerjanya. Cepat pulak dia bangkit dari katil. Selalunya 10 kali mengeliat, selagi aku tak sergah, selagi tu dok mengeliat atas katil tu. Nampak teruja sangat nak pegi sekolah. Ala, bukan teruja nak belajar tu...teruja nak jumpa kengkawan. Maklum je la, sebulan setengah 'terputus hubungan'.

Aku memang mohon cuti hari ni pasal nak adjust masa dalam urusan harian aku. Nak buat camner, tahun ni anak-anak aku sekolah lain sesi. Kakak sesi pagi. Abang sesi petang. Adik lak sesi pagi petang...hahaha...taska la tu. Seperti yang pernah aku cerita sebelum ni, kompem la si adik kena tukar taska yang dekat ngan bandar, dekat jugak ngan tempat kerja aku. Memang tak sempat aku nak pusing balik kalo still hantar taska yang sebelum ni. Jalan jem (bukan yang sapu kat roti tu tau..) gilerrrrr...=(

Selamat Tahun Baru...


Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca yang sudi menyinggah menjamu mata dan minda di blog ini. Semoga tahun 2011 ini membawa berjuta rahmat dalam hidup kita dan semoga kita dapat membaikpulih segala semangat dan perilaku. Juga semoga kita dapat menzahirkan segala azam-azam yang tertunda dan merealisasikan azam baru yang dibina di minda. Dengan izin Allah...