Khamis, 22 Mac 2012

Lemak o lemak...

Dah dekat nak abih tempoh berpantang dah aku ek.. pejam celik pejam celik, dah dekat 40 hari umur si kecik. Best la kan, pasni takde orang nak berleter kat aku bila keluar rumah gi kedai. Takde orang bising pasal aku lupa nak pakai stoking... yeay
Tapi ada gak bab yang tak bestnya tau.. orang lain abih pantang, badan jadi slim melim, yang aku lak jadi kembang melim.....pahhhh.... camner???? Ni la side effect dari 'berpantang' tanpa 'orang tua'. Sendirian berhad. Apa anak makan, aku bedal.. abih... takde sape nak larang, kan... Kalau 'berpantang' ngan mak mentua... kompem body boleh jadi cam Maya Kering... hehehe... pasal boleh makan nasi ngan sambal lada hitam je. Nak up sikit, tambah lauk ikan talang masin bakar. Boleh makan berkuah bila masuk 2 minggu... itupun dia masak sup 'ayam hutan' takpun sup ikan haruan. Memang takkkk la aku nak telan. Tak selera la nengok kaki ayam hutan yang kaler hitam tu. Ikan haruan pun aku tak tertelan. Hubby kata dua-dua tu ubat pulih luka ngan tenaga tapi.... tetap takleh gi. Kalo 'kapsul', lain la kan.. tak rasa hanyir. Pastu petang-petang boleh makan biskut cream crakers cicah milo jer.. roti pun tablehhh.. nanti kembang katanya..


Tetiba pagi tadi, aku terpandangkan benda alah ni yang sekian lama dipinggiran.. dengan rasa yang berdebar-debar ibarat peserta rancangan realiti tv 'The Biggest Loser', aku jejakkan jugak kaki kat atas mesin tu... waaaa... rasa nak nangis.. dua minggu lepas beranak dah turun 10kg.. la ni naik balik 3kg. Memang la bunyi macam tak banyak tapi cuba korang gi pasar tani beli daging sekilo. Banyak jugak kan... Kalo buat rendang, tiga, empat kali ulang makan anak beranak jugak la... inikan pula tiga kilo... sadessss

lemak terkumpul yg telebih sudaaa....

sila abaikan jari2 kaki yg buruk itewww...

kalori berlebih, gunanya kureng...

Rabu, 21 Mac 2012

tong sampah..

Petang semalam ada la sorang mamat motor ni singgah kat rumah aku tapi tidak le masuk dalam. Kat luar pagar je. Dia dok kasi 'surat cinta' ajak gi 'dating' kat depan dewan badminton kat simpang masuk ke taman perumahan yang aku duduk ni. Hahaha... suspen korang kan.. Mentang-mentang laki ai jauh, tetibe lak ada orang ajak dating, ek... Yang sebenarnya mamat tu orang Alam Flora ( ala...syarikat angkut sampah tu la ). Dia dok ngedar surat suruh penduduk kat taman perumahan sini pi ambik tong sampah baru hari ni.

tong sampah yang baru...
Tak tau sebab apa diorang nak tukar. Agaknya tukang angkut sampah tensen tengok tiap rumah ada dua tiga tong sampah... tak kata orang lain la kan, sebab aku pun sama. Tah-tah juara...hehehe. Satu tak muat beb. Tu baru yang ada dua tiga tong, belum masuk yang spesis orang-orang yang tak reti-reti nak masukkan sampah dalam plastik. Ada jugak weh, spesis orang yang tak reti bahasa ni, main campak je sampah-sarap diorang dalam tong tu. Sampaikan tukang angkut sampah nak kena kutip lak sampah-sampah itew untuk diorang, kalau setakat kertas ke, kotak ke, bekas makanan ke... takpe la jugak... ni ada gak yang membuang segala jenis 'diapers' macam gitu jer.. eeuuuuww... kalo korang pun kompem geli-geleman nak tolong kutip...kan.. Satu lagi la aku rasa kan, mungkin jenis tong sampah baru ni lebih molek dari yang lama. Ye la, saiz dia besar sikit, pastu tinggi so payah sikit la anjing-anjing yang tak bertuan tu nak selongkar cari makan. Aku pun tak tensen sebab takkan ada lagi sampah-sarap bergelimpangan depan gate rumah...  Kalo tak, jadi satu kerja la pulak nak kena cari gloves untuk kutip balik sampah tu ( tak pakai kang kena samak la pulak...kan.. ) Pastu takde la aku asyik memendam rasa ngan jiran sebelah yang selalu cilok aku punya penutup tong sampah pasal dia punya dah hilang tah ke mana pasal yang jenis baru ni, penutupnya melekat sekali ngan badan..
yang lama tapi banyak 'berjasa'... ;)
hmm....nasib baik ai ada 'assistant' baekkk punyaa.. Nasib korang le anak-anakku sekalian... Penat-penat balik sekolah, kena lak tolak tong sampah dari dewan ke rumah... Takpe-takpe, kat umah ada kuew teaw goreng korang punya peberet sedang menanti... 

Isnin, 12 Mac 2012

online billing..

For the first time dalam empat tahun ni, aku beranikan jugak diri untuk bayar bil-bil rumah guna online. Sebelum ni ramai gak kengkawan sekerja yang kasi cadangan kat aku tentang bayar bil-bil rumah guna online ni. Yelah, aku sokmo dok merungut kat diorang pasal jenuh tawaf cari parking bila nak gi pejabat pos untuk bayar bil-bil. Pastu jenuh menunggu no giliran bila kebetulan time pegi tu ramai pulak customer. 

Itu baru bab cari parking, kekadang tu ada gak bil yang takleh bayar kat pejabat pos tu. Sistem offline la, alasan klise diorang kasi. Dah jadi satu hal lak lagi kena gi bayar bil-bil yang tertentu tu kat centre masing-masing. Alahai, bukan takat sekali... tapi berkali-kali la kena tawaf cari parking lagi. Kalau ada driver kat sebelah, kira ok la kan pasal boleh gak aku turun dulu settle bil sementara driver kat sebelah tu nunggu parking kosong ( tu pun kalau ada kosong la, kan..) tapi kalau drive sendiri........ abih masa nunggu parking kosong je la.


Sebenarnya bukan aku tak nak bayar bil guna online tapi aku takut la kan, mana lah tau tersalah tekan button kat keyboard nanti idok ke haru. Setakat singgit dua tersilap, boleh tutup mata lagi tapi kalau silapnya seratus dua... naya gak beb.. Maklum je la, aku ni spesis cuai gak kengkadang..... biasa la kan, dah tua-tua ni, mata pun kurengggg....

Ahad, 11 Mac 2012

nuha lagi..

Hari ni dah masuk hari ke... err.. jap2 nak kira sat...  masuk hari ke 27 aku 'dalam pantang'. Sori, perkataan 'berpantang' aku rasa agak tak sesuaiiii ( nada sengau sikit ala2 Raja Azura tu ek.. ) nak guna. Dok dang nak berpantang kali ni. Banyak ngat hal nak buat. Nak pulak baru 3 minggu keluar spital, si kecik masuk spital balik sebab dek penyakit 'Acute Bronchiolitis'... apa ke jadah penyakit tu, err... pandai2lah korang search kat Mr Google ek...


kena buat chest fisio, ambik nebulizer & inj antibiotik
yeay.. dah sihat, dah boleh balik umah...
Seminggu gak la aku teman anak aku kat wad. Seminggu gak la aku dok nangis sensorang kat wad nengok anak dan nengok diri sendiri. Stress wehhh... ngenangkan anak2 lain kat umah apa cite, dah la minggu ni diorang exam... ngenangkan anak kat dalam wad yang tak sihat lagik.... ngenangkan diri sendiri yg tak berapa nak sihat lagik. Apa nak buat, nasib badan.... tapi Alhamdulillah jugak, ramai kengkawan antar mesej samada melalui facebook dan sms, ada gak yang tlipon bagi semangat. Bertanya kabar. Itupun dah cukup baik. Yelah, bukan anak aku je yg kena suntik, aku pun kena jugak suntik baru boleh kuat tapi bukan suntik antibiotik macam anak aku tu tapi suntikan semangat untuk kurangkan rasa stress. Makasih la pada kawan2 itew... Makasih juga pada hubby yang 'tetap bersama' walaupun jauh di sana...


Ahad, 4 Mac 2012

tentang Nuha

Hari ni genab 20 hari aku mengharungi detik itu. 20 hari aku dapat menatap wajah si kecil. Melihat wajah Nuha, hati aku sayu je rasa. Tak tau kenapa. Barangkali sebab aku berpantang sendirian berhad. Hubby terpaksa balik bertugas nun jauh di sana masa Nuha baru 14 hari. Tahu sajalah emosi pompuan dalam pantang ni, mudah tersentuh. Aku malas ngat nak layan emosi.. siapa tak sedih kan.. saat macam gini malahan lagi kesihatan belum pulih sepenuhnya, bohonglah kalau aku cakap aku tak perlukan hubby di sisi tapi nak buat guane, keadaan tak mengizinkan... samada aku atau dia, kitorang sama2 berkorban rasa. Kalau ikutkan rasa sedih tu tak pasal2 meroyan lak nanti... hai mintak jauhhhhh...
Nuha yg tak sihat...
Malam tadi semalaman aku tak dapat nak lelapkan mata. Tak tau la samada sebab seteko kopi o kaw yang aku bedal atau hati risau sebab si Nuha kena batuk, berkahak dan selesema. Baru aku cuba nak terlelap, dengar dia batuk... cepat2 tengok. Bukan apa, sekarang ni banyak sangat kes tersedak. Sekuat2 aku, paling kalah kalau anak2 sakit. Mulalah berlinang airmata... bukan takat berlinang, siap turun mencurah sama lebat ngan hujan kat luar tu ha...

Pagi ni cik misi datang lagik. Timbang si Nuha. Alahai, dari keluar 3.9kg, la ni dah jadi 3.6kg. Si tembam dah jadi si kuncup. Apa-apapun, esok aku nak kena bawak si Nuha jumpa doktor pakar kat KMC sebelum melarat sakitnya....