Dah dekat nak abih tempoh berpantang dah aku ek.. pejam celik pejam celik, dah dekat 40 hari umur si kecik. Best la kan, pasni takde orang nak berleter kat aku bila keluar rumah gi kedai. Takde orang bising pasal aku lupa nak pakai stoking... yeay
Tapi ada gak bab yang tak bestnya tau.. orang lain abih pantang, badan jadi slim melim, yang aku lak jadi kembang melim.....pahhhh.... camner???? Ni la side effect dari 'berpantang' tanpa 'orang tua'. Sendirian berhad. Apa anak makan, aku bedal.. abih... takde sape nak larang, kan... Kalau 'berpantang' ngan mak mentua... kompem body boleh jadi cam Maya Kering... hehehe... pasal boleh makan nasi ngan sambal lada hitam je. Nak up sikit, tambah lauk ikan talang masin bakar. Boleh makan berkuah bila masuk 2 minggu... itupun dia masak sup 'ayam hutan' takpun sup ikan haruan. Memang takkkk la aku nak telan. Tak selera la nengok kaki ayam hutan yang kaler hitam tu. Ikan haruan pun aku tak tertelan. Hubby kata dua-dua tu ubat pulih luka ngan tenaga tapi.... tetap takleh gi. Kalo 'kapsul', lain la kan.. tak rasa hanyir. Pastu petang-petang boleh makan biskut cream crakers cicah milo jer.. roti pun tablehhh.. nanti kembang katanya..
Tetiba pagi tadi, aku terpandangkan benda alah ni yang sekian lama dipinggiran.. dengan rasa yang berdebar-debar ibarat peserta rancangan realiti tv 'The Biggest Loser', aku jejakkan jugak kaki kat atas mesin tu... waaaa... rasa nak nangis.. dua minggu lepas beranak dah turun 10kg.. la ni naik balik 3kg. Memang la bunyi macam tak banyak tapi cuba korang gi pasar tani beli daging sekilo. Banyak jugak kan... Kalo buat rendang, tiga, empat kali ulang makan anak beranak jugak la... inikan pula tiga kilo... sadessss
lemak terkumpul yg telebih sudaaa.... |
sila abaikan jari2 kaki yg buruk itewww... |
kalori berlebih, gunanya kureng... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan