For the first time dalam empat tahun ni, aku beranikan jugak diri untuk bayar bil-bil rumah guna online. Sebelum ni ramai gak kengkawan sekerja yang kasi cadangan kat aku tentang bayar bil-bil rumah guna online ni. Yelah, aku sokmo dok merungut kat diorang pasal jenuh tawaf cari parking bila nak gi pejabat pos untuk bayar bil-bil. Pastu jenuh menunggu no giliran bila kebetulan time pegi tu ramai pulak customer.
Itu baru bab cari parking, kekadang tu ada gak bil yang takleh bayar kat pejabat pos tu. Sistem offline la, alasan klise diorang kasi. Dah jadi satu hal lak lagi kena gi bayar bil-bil yang tertentu tu kat centre masing-masing. Alahai, bukan takat sekali... tapi berkali-kali la kena tawaf cari parking lagi. Kalau ada driver kat sebelah, kira ok la kan pasal boleh gak aku turun dulu settle bil sementara driver kat sebelah tu nunggu parking kosong ( tu pun kalau ada kosong la, kan..) tapi kalau drive sendiri........ abih masa nunggu parking kosong je la.
Sebenarnya bukan aku tak nak bayar bil guna online tapi aku takut la kan, mana lah tau tersalah tekan button kat keyboard nanti idok ke haru. Setakat singgit dua tersilap, boleh tutup mata lagi tapi kalau silapnya seratus dua... naya gak beb.. Maklum je la, aku ni spesis cuai gak kengkadang..... biasa la kan, dah tua-tua ni, mata pun kurengggg....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan