Petang semalam ada la sorang mamat motor ni singgah kat rumah aku tapi tidak le masuk dalam. Kat luar pagar je. Dia dok kasi 'surat cinta' ajak gi 'dating' kat depan dewan badminton kat simpang masuk ke taman perumahan yang aku duduk ni. Hahaha... suspen korang kan.. Mentang-mentang laki ai jauh, tetibe lak ada orang ajak dating, ek... Yang sebenarnya mamat tu orang Alam Flora ( ala...syarikat angkut sampah tu la ). Dia dok ngedar surat suruh penduduk kat taman perumahan sini pi ambik tong sampah baru hari ni.
tong sampah yang baru... |
Tak tau sebab apa diorang nak tukar. Agaknya tukang angkut sampah tensen tengok tiap rumah ada dua tiga tong sampah... tak kata orang lain la kan, sebab aku pun sama. Tah-tah juara...hehehe. Satu tak muat beb. Tu baru yang ada dua tiga tong, belum masuk yang spesis orang-orang yang tak reti-reti nak masukkan sampah dalam plastik. Ada jugak weh, spesis orang yang tak reti bahasa ni, main campak je sampah-sarap diorang dalam tong tu. Sampaikan tukang angkut sampah nak kena kutip lak sampah-sampah itew untuk diorang, kalau setakat kertas ke, kotak ke, bekas makanan ke... takpe la jugak... ni ada gak yang membuang segala jenis 'diapers' macam gitu jer.. eeuuuuww... kalo korang pun kompem geli-geleman nak tolong kutip...kan.. Satu lagi la aku rasa kan, mungkin jenis tong sampah baru ni lebih molek dari yang lama. Ye la, saiz dia besar sikit, pastu tinggi so payah sikit la anjing-anjing yang tak bertuan tu nak selongkar cari makan. Aku pun tak tensen sebab takkan ada lagi sampah-sarap bergelimpangan depan gate rumah... Kalo tak, jadi satu kerja la pulak nak kena cari gloves untuk kutip balik sampah tu ( tak pakai kang kena samak la pulak...kan.. ) Pastu takde la aku asyik memendam rasa ngan jiran sebelah yang selalu cilok aku punya penutup tong sampah pasal dia punya dah hilang tah ke mana pasal yang jenis baru ni, penutupnya melekat sekali ngan badan..
yang lama tapi banyak 'berjasa'... ;) |
hmm....nasib baik ai ada 'assistant' baekkk punyaa.. Nasib korang le anak-anakku sekalian... Penat-penat balik sekolah, kena lak tolak tong sampah dari dewan ke rumah... Takpe-takpe, kat umah ada kuew teaw goreng korang punya peberet sedang menanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan