Selasa, 14 Ogos 2012

apam balik..

Sejak berada diperantauan ni, makin rajin pulak aku mencuba-cuba resepi kat blog-blog orang yang terer masak ni. Aku pun minat main masak-masak ni, tapi sekadar yang senang-senang je untuk tekak family sendiri. Nak jamu kat orang... iskh.. segan la pulak. Bukan reti sangat memasak ni. Yang cincai-cincai je. Memang tabik spring la aku kat bloggers yang terer bab masak-memasak ni. 
Semalam terasa nak mencuba buat Apam Balik. Macam biasa la, rujukan utama... Makcik Gugel. Tengok resepi dan cara buat... la.. senang giler. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Resepi ni hasil dari olahan semula resepi-resepi para masterchef kat rumah Makcik  Gugel ni.

Bahan untuk apam/pancake

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
11/2 cawan air masak
1 sudu teh sodium bicarbonate
1sudu teh baking powder (tapi kalau dah guna tepung naik sendiri tu, takyah taruk la menda ni)

Bahan untuk tabur

Kacang tanah yang dah di kisar
Gula pasir
Jagung dalam tin yang spesis berkrim

Planta/margerin untuk sapu kat kuali

Cara buat dia;

Pukul telur ngan gula sampai kembang, pastu taruk la sodium bicarbonate dan baking powder tu dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan air sikit-sikit dan kacau sampai sebati. Then boleh la masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau tau. Kalau tak nanti, berketul-ketul lak jadinya.. lagi senang kalau pakai mesin buat kek tu. Aku kat sini guna manual je la.
Panaskan kuali seeloknya guna yang non-stick pan..... nak elok lagi pakai kuali tembaga yang khas untuk buat apam balik tu ha.. hehehe.... Kuali dah agak suam-suam kuku panasnya, sapukan margerin kat kuali tu. Pastu masukkan sesenduk adunan tadi dan ratakan... (ala.. macam buat lempeng tu la, takpun macam buat telur dadar).. biar sekejap, api jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang-sedang saje... Bila nampak macam nak jadi berlubang-lubang tu, sila taburkan gula ikut suka la nak banyak mana. Aku suka tabur lebih sikit pasal nak kurangkan rasa payau sodium bicarbonate tu. Pastu taburkan kacang yang dah dikisar. Kalau malas nak goreng kacang tu, guna je readymade salted nut yang selalu buat kudapan tu ha. Kisar je sikit. Untuk yang alahan kat kacang tanah lak, boleh ganti dengan kacang hazel ke, kacang gajus ke atau badam pun boleh kot. Jangan tertinggal lak cik jagung berkrim tu. Taruk la sesudu dua. Nampak kulit cam nak garing sikit, boleh la lipat dua kan apam balik tadi. Pastu pindahkan ke pinggan. Makan panas-panas lagi best. Nak lagi best, sapu margerin kat kulit dia... perrrgghh... lagi syiok. Manis-manis lemak masin gitu....
tadaaaa..... jadik pun. Walau rupanya tak secantik kat pasar malam tu,
tapi cukup cantik di tekak laki & anak-anak aku... licinnnnnnnn...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan