Isnin, 26 Mei 2014

...pantang...

Diam tak diam, dah dekat nak sebulan aku memberanakkan si bongsu. Lagi 3,4 hari nak kena masuk keje dah. Maklum la, cuti bersalin yang aku layak cuma tinggal 30 hari. Masa anak no 4 dulu tu, gatal sangat ambik sampai 90 hari. Ingatkan tak beranak dah, mana tau Allah nak kasi aku rezeki menjelang 40 series... syukurrrrrr. Ramai yang tanya, nape aku tak ambik cuti tanpa gaji ke.. cuti nyusu anak ke.. kan.. Actually bukan tak terpikir nak ambik tapi aku kesian kat kawan2 sekerja. Klinik bukan macam spital. Ramai staf boleh cover. Kat klinik ni payah sikit bab cari pengganti ni. Lagipun aku rasa, keje kat klinik tu takde la seberat dan sesibuk keje kat spital. Duduk2 packing ubat je, tak payah buat keje angkat mengangkat. Alhamdulillah, dapat YM a.k.a bos pun yang memahami.

Ini kali ke 3, aku pantang ala2 je.. Masa anak no 3, aku siap jaga arwah mak yang sedang bertarung ngan breast cancer. Masa anak ke 4, en somi lak kena terbang semula ke Tanah Arab lepas seminggu aku beranak. Dugaan berat lak bila sedang molek je si ayah sampai kat fadang fasir.... si kecik pulak admit wad sebab acute bronkolitis. Serabut gak mikir yang di spital dan yang di rumah, haihhh. Lepas sebulan, disebabkan arwah mak dah takde, abang sulung aku lak duduk Johor, aku kena ambik alih menguruskan majlis kawin adik bujang aku kat mentakab tu.. selesai majlis, terus berangkat ke Saudi menemani sang somi yang cari rezeki kat sana. Saja ambik 'cuti panjang' nak release tensen la konon. Then kali ni pun tetap berpantang ala2.. Lepas seminggu bersalin, en somi dah terbang ke laut. Mujur ada mak mertua yang sudi teman aku sepanjang en somi takde. Tapi aku tak haraplah mak mertua aku uruskan aku sebab aku tahu yang dia pun tak sihat mana. Semua keje pun aku uruskan sendiri. Mujur jugak ada adik ipar aku yang sudi jadi drebar untuk anto anak2 aku ke sekolah selama 2 minggu tu jugak. Disebabkan kali ni aku bersalin czer, so agak takutlah sikit aku nak drive awal2. Ikutkan, tak nak la nyusahkan orang lain walaupun adik beradik..
Seriusly (eh, ada ke perkataan ni)  aku pun nak jugak berpantang macam orang lain. Ada orang jaga dan pantau makan minum. Duduk2, baring2, makan, tido, nyusu baby je keje. Mandi ngan uruskan baby pun ada orang tolong. Hal2 rumahtangga yang lain takyah kisah, takyah mikir. Namun apalah dayaku (cewahhhh, macam lirik lagu la pulak)... hmm.. jaga je la benda2 yang patut dijaga, kannnn...

antara yang aku 'komplian' sekarang..hehehe

yang spital kasi...

yang terseksa aku nak nelan... huhuhu

Beranak kali ni, aku jadi seorang yang komplian pada ubat-ubatan. Moden, tradisional, sunnah... seme aku bahan. Ater... cukup sebulan, kena dah masuk keje. Tempoh 'berpantang' pun belum abih. Aku nak men'sihat'kan diri aku dalaman dan luaran secepat2nya. Mujur juga aku bukan spesis orang yang 'manja'... (ai manja kat laki ai jer). Ndak tak ndak... pati haruan la yang wajib aku telan hari2. Ikan haruan fresh?... hmm, makan jugak tapi payah nak cari kat bandar ni. Ikan keli berlambak la. Kalo ikan keli elok dimakan masa dalam pantang, kompem la aku ni memang bukan sihat je... 'sehat' pun ye... pasal itu aku punya peberet. Sepinggan nasi tak cukup maaaa.... (hek ele, bukan lauk ikan bilis goreng semata pun bertambah2 nasi tu.. Kihkihkih)

Khamis, 22 Mei 2014

.....cite lepas czer..

Bersalin ikut 'tingkap' ni kata orang, kena jaga lebih sikit dari ikut 'pintu'. Dulu aku tak tau, sekarang baru tau. Dari pengalaman aku sendiri (orang len aku tak tau la kan).. lepas beranakkan 4 orang askar aku sebelum ni secara induce (normal delivery), keesokkannya aku dah rasa ok. Dah boleh bangun dari katil, ber'catwalk' masuk bilik air sendiri. Duduk wad pun semalaman je. Lepas discaj, siap boleh nguruskan makan minum, sekolah anak2. Minggu ke 2 aku dah start enjin kete nganto anak2 sekolah.

aku dibelah melintang mcm gambar atas sebelah kiri tu

Sangat2 lain bila beranakkan si bongsu nih. Ceaserean. Lepas keluar dari bilik bedah, semalaman aku terbaring je atas katil. Nak gerak pun tak boleh. Sakit wooi.. Esoknya datang misi, tolong tukarkan pad. Segan pulak rasa. Sebelum sarapan datang dua orang misi kat bilik aku. Diorang tolong aku bangun dari katil. Seksa betul aku rasa. 1st, 2nd dan 3rd time aku cuba bangun sendiri tapi tak lepas beb.. sakit. Saiko pun ye kot. Dalam kepala takut jahitan tertetas ke, kan.. Kali ke 4, misi tu suruh aku ngesot ke tepi katil, turunkan kaki dulu, pastu tarik nafas dalam2, pastu dorang berdua cepat2 tolong tarik aku duduk. Aku siap nangis lagi. Sakit tak terkata. Dorang pun cakap, kali pertama memang sakit. Pastu dorang papah aku kat bilik air untuk mandikan aku. Tetiba rasa malu sangat dah tua2 gini di mandikan dek orang.

mula2 sakit mcm no 8, skrg dah jd no 2
3 hari jugak aku 'bercuti' kat spital tu. Hari ke 3 tu la aku rasa ok sikit tapi still tak leh jalan lama2 sikit. 7,8 langkah.. kena berenti sebab rasa perit kat luka jahit. 

Isnin, 19 Mei 2014

...the 5th...

hmm... sudah dua purnama aku tak mengerakkan jejari menyinggah di sini. Maklum la.. busy membawak perut yang keboyotan sampai hilang idea ngan mood nak menaip panjang lebor. Alhamdulillah, nak gitau ni... aku dah selamat di belah perut untuk keluarkan zuriat en somi yang ke 5 pada 29/04/2014 jam 4.40 petang baru nih. Dapat baby girl lagi, tak kisah la asal sihat tubuh badan. As usual la, anak aku mana ada bersaiz kecik2 bila keluar.. kali ni 3.86kg. Sikit je beza ngan kakak dia sebelum ni.

me & my latest princess

Kali ni juga buat pertama kalinya aku dapat pengalaman bersalin ikut tingkap.. (ceaserean la..). Berbulan-bulan gak aku menggugel pasal bersalin ceaser ni. Siap hari2 tengok you tube. Ngeri, dan seram sejuk je rasa. Lagi dekat harinya, lagi berdebar aku rasa. Walaupun dah confirm kandungan aku tu placenta previa (uri duduk bahagian bawah) tapi aku dan doktor pakar masih berharap yang aku still boleh bersalin secara normal. Berkali2 gi check perut dan scan pun masih di situ duduknya cuma type je yang berubah. Kejap type 3... kejap 2.. kejap 1.. pastu jadi type 2 balik.. haihhhhh..

Nak dijadikan cite..... sampailah kandungan mencecah 37w plus. Pada 29/04/2014 aku ke Kuantan Medical Centre sekali lagi scan untuk tentukan samada boleh induce atau confirm ceaser. Disebabkan aku ni kategori pregnancy with gdm (kencing ada manis jugaa), so takleh tunggu 40w. Ada tanda2 nak bersalin atau tidak, 38w aku kena keluarkan baby jugak. Doktor kata nak cuba induce boleh tapi risiko pada nyawa baby dan ibu. Aku pandang en somi, pastu aku cakap aku takmo ambik risiko dan redha je la dengan kaedah ceaser tu. Pastu doktor cakap, " kalo nak ceaser, hari ni jugak boleh buat".. aku pun dah alang2 doktor kabor gitu, aku pun on je la..

Dalam kul 4 petang gitu, aku pun dorang tolak dalam bilik ot (operation theatre la.. bukan over time). Pastu pakar bius datang, dia cakap nak masukkan ubat kat tulang belakang. Sakit bebbbbbb... Tak lama pastu aku rasa kebas bahagian perut ke bawah. Bilik bedah tu aku dah rasa sejuknya kemain macam cite Frozen tu ha.. (agaknya la kan..). Tangan aku punya gigil, kalah orang sakit parkinson.

Actually, masa doktor toreh perut aku tu.. aku sikit pun tak rasa apa2... tapi bila dorang start dah korek2 dalam perut tu... tetiba aku rasa tak selesa sampai kuar dari mulut aku.. "arrghhh", last aku dengar pakar bius yang berdiri sebelah aku tu cakap, "tak boleh ni, kena bius penuh"... pastu rasa sejuk ngalir kat dalam tangan aku dan... zzzzzzzzzzzz. Sedar2 aku dah kat waiting room. Macam baru jaga dari tidur, pandang keliling tertanya dalam hati, kat mana aku ni, mana anak aku... 

Lepas sedar, aku pun dorang tolak ke wad. Masa kuar dari lif, baru aku nampak en somi. Dia terus pegang tangan aku dan aku terus tanya pasal anak. "Alhamdulillah", katanya. Itu sudah cukup buat aku tarik nafas lega. 


Sabtu, 22 Februari 2014

hmm... rezeki...

Alhamdulillah... tak sangka jugak dalam menginjak ke era penghujung 30an ni, Allah bagi lagi peluang kat aku menambah umat Nabi Muhammad saw... hehehe. Daku sangkakan sudah mau menopos sebab last bulan jatuh keriba cuma sehari. Rupanya satu petanda si kecik nak beradik lagi. Rasa macam baru dua tiga bulan lepas aku dok menahan sakit teramat kat dalam wad masa nak lahirkan si Nuha.

girl lagi...
Serius aku gitau, aku sangat2 takut dengan pregnancy kali ni. Banyak sangat problem. Mula2 gula tinggi, ok fine.. aku start diet plus insulin. Naik kebas peha berlemak tepu ni nak pekena jarum 4 kali sehari. Belum kira jarum cucuk kat hujung jari untuk buat BSP ( blood sugar profile ). Mujur tu 4kali sehari tapi untuk seminggu sekali je. Pastu result urin kurang cantik, tak tertarik, ko memang tak bommm.. sokmo2 ada ketone trace la, blood trace la dan bla...bla...bla... Ok, aku ikut cakap misi, minum air masak banyak2, minum air barli, komplian dengan antibiotik. Then, bab HB ( haemoglobin ) lak... makin banyak bulan, makin besar perut, makin merundum bacaan dia. Ok, ni pun aku ikut pharmacist & doc advice. Makan iron lebih. Alhamdulillah, latest check hb, ada naik sikit bacaan dia. Yang sadis, problem yg latest ni la... hmm... placenta previa type 3. Arrrgghhhh.... tensen100x bila doc gitau kena beranak ceaser kali ni. Rasa nak nangis pun ada.

Memang aku sedikit gerun bila dengar kena ceaser. Yang paling gerun, ramai yang cite luka lambat baik. Takleh gerak banyak.. wehhh.. aku ada 4 anak lagi nak handle. Camner? Yang buat aku semakin gerun, waktu aku dijangka ditoreh tu kebetulan betul en somi sudah berangkat ke atas kapal untuk start keroje. Sape nak jaga aku? Sape nak uruskan anak2 aku? Makan minum dorang, sekolah dorang lagi.. Dah la takde bas dari taman perumahan aku ni ke sekolah dorang. Takkan dorang kena 'cuti bersalin' selama aku sihat sikit boleh drive... arrrghhh, tambah lagi 100x tensen... hadoiiiiii laaaa...

Ahad, 9 Februari 2014

I'm back...

Uittt... sekian lama jugak aku tak menjengok blog ni ek. Maklum le sejak bertambah umat dalam rumah ni.. nak bukak pc pun malas, ni kan pulak nak duduk lelama menaip depan pc tu. Busy melayan karenah dorang. 4 orang, 4 karenah.. kalo seploh orang, pengsan mak oiii.. kang my blood go upstairs, masuk wad pulak akak ni dek non...

Ok la.. entry kali ni cuma nak warm up je dulu, esok2 kita bikin panasssss.. oppss, tu dah kedengaran macam tagline blog gosip retis tu.. hehehehe... tagline takleh pakai.. ok uols, esok pagi rutin mingguan pun bermula, anak2 nak gi sekolah.. aku nak gi keje. Jam sudah 11.34 malam, masa untuk aku berkerohhhhhhh.. hehehe. Nite uols, esok ada masa ai updet story ek.. kalo tak sempat esok, esok lagi, dan lagi... dan lagi.... dan lagi.. bila aku free... ;P

Rabu, 24 Julai 2013

ramadan 2013..

Pejam celik pejam celik, dah dua minggu umat Islam kat Malaysia ni berpuasa sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Sure esok pagi kat radio, dorang pasang lagu2 raya. Ye la, kan sebelum ni ada kuar arahan yang lagu raya boleh pasang kat radio lepas dua minggu pose gara2 satu stesen radio yg tak dan2 nak pasang lagu tu pada hari pertama pose... huhuhu... 

Sepanjang pose ni, aku jarang gak gi bazar ramadan. Mahal la menda2 sekarang ni. Hok anak ala2 ramai macam aku ni ha.. boleh botak kaplaaaaa... nak2 pulak anak2 yg makin membesar, selera pun besarrrrr... masak sendiri lagi jimat. Lagipun, bila beli nampak sedap ngat mende tu tapi bila makan... ya adoooo... buang jugak akhirnya. Aku cuma gi beli kat bazar kalo rasa penat ngat nak masak, al maklum la... aku kan keroje. 



Menu2 atas meja makan bulan pose atau tak, sama je pada aku. Tah, takde la macam sesetengah orang yg beriftar penuh meja makan, pastu tong sampah gak yg kenyang. Menu beriftar aku ngan anak2 sempoi sesangat. Hari ni mi kuning, esok kuew teau, lusa bihun.. kalo masak nasi pun, cuma satu je lauk.. gulai ayam ke, kari ayam ke, sup ayam ke, ikan kerisi berlada ke.. cuma kalo lauk tom yam, aku kena tambah satu lauk lagi samada telur dadar atau ikan goreng (kerisi, selar, siakap @ tenggiri je pasal ikan lain dorang kurenggg) masak banyak2 pun bebudak ni bukannya makan. Sebelum ni adik ipar aku duduk sekali, that's why selalu meriah sikit meja makan tu sebab ada lawan aku nak makan.. anak2? ... memilih gak dorang ni, sayur? menda yg paling awal di reject dek tekak dorang. Masak dua tiga lauk pun, satu gak yg dorang pilih. Last2 perut aku gak yg jadi tong sampah. Caner tak kembang... huhuhu

Jumaat, 12 Julai 2013

Ramadan..

Ramadan menjelma sudaaa.. kali ni back to menjalani rukun islam yang ketiga tanpa en somi. Tak meriah la meja makan.. huhuhu.

Walaupun dah masuk 3 Ramadan, rasanya belum terlewat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ibadah puasa kita ini diterima Allah swt. aamiin.

Ahad, 19 Mei 2013

hari guru..

16 Mei datang lagi.. (dah bunyi macam iklan Tora la pulak, hihihi). Seperti tahun2 sebelumnya, sejak anak2 mula bergelar 'murid', sekali lagi buat aku pening mikirkan hadiah2 untuk cikgu2 anakandaku sekalian. Actually, cikgu2 tu bukan kemaruk nak sangat hadiah walau ada la jugak dua tiga orang cikgu yang siap pesan bawak hadiah untuk dia. Pada cikgu cikgi ni sebenarnya cukuplah sekadar bebudak yang dorang ajar tu belajar rajin2 dan 'menjadi' tapi tau je la kan bebudak. Tengok kawan kasi, dia pun takmo kalah... nak kasi gak. Alaaa... sama la macam kita zaman sekolah dulu, kannnnn....

Terkadang aku tertanya gak kot la cikgu2 tu betul2 simpan tak hadiah dari murid2 ni? Kot la ada yang memang sangat2 menghargai pemberian murid walaupun hadiahnya dua tiga hinggit je kan tapi kalo bebudak hadiah cekelat, takkan nak simpan lak bertahun2. Agak2 la, kan. Kalo aku la, kompem beli satu lemari khas untuk buat koleksi 'hadiah hari guru'. Maklumla... jiwa sentimentel.. hihihi..

Memandangkan si kakak dan si abang akan bertukar sekolah lagi tahun depan, aku pun terpikirlah nak kasi hadiah spesel sikit la dari bebudak lain kan. Pikir punye pikir, tetiba keluar mentol menyala kat kepala aku ni. Cepat2 call one and only my beloved sister yang bertangan kraf tu. Tempah ngan dia beg make up untuk cikgu kelas ngan keyholder untuk cikgu2 yang lain. Punya la advance... sebulan sebelum hari guru aku dah tempah kat adik aku tu.

Apa2pun, walaupun hari guru 2013 dah pun berlalu tapi rasanya belum terlewat aku nak ucapkan Selamat Hari Cikgu pada cikgu2 yang sudi baca blog ting tong aku ni. Semoga ilmu yang korang curahkan takkan dilupakan anak2 murid sekalian. Kepada cikgu2 aku dulu, aku sangat2 berterima kasih. Harap dorang dah ampunkan segala salah silap zaman nakalku dulu dan harap juga dorang dah halalkan segala ilmu yang dicurah. Dan kepada bapakanda ku juga, Selamat Hari Cikgu.. terima kasih sebab selalu denda angah berdiri atas kerusi kat dalam kelas sebab tak buat keje sekolah. Sekarang angah dah paham betapa sakitnya jiwa bila anak malas buat keje sekolah.. huhuhu... dan sangat2 mintak maaf sebab angah takde talent jadi cikgu macam bapak (err.... talent garang macam bapak je yang angah dapat.. hihihi)



Ahad, 28 April 2013

keropok

Semalam aku terpaksa keluar nak nganto henbeg mak mertua yang tertinggal kat atas sofa kat rumah aku. Mujur gak sampai kat Jaya Gading, baru dia perasan yang henbeg dia tertinggal. Adik ipar aku lak malas nak patah balik... takut jem katanya.. Nak tak nak, terpaksalah aku gi anto.

Dah alang2 dah sampai kat Jaya Gading tu, nyinggah jugak la aku menyopink keropok seploh duaploh hinggit. Gerai yang hujung sekali. Dari belum kawin sampailah sekarang, kitorang memang beli kat gerai hujung sekali tu... Dah kenal dengan abang kakak owner gerai tu. Sokmo gak dapat 'percuma' jajan untuk anak2 dari dorang... tapi setahun dua ni bila singgah, tak jumpa lak dorang. Tak tau la kalau2 dah bertukar owner. Maklum la, sejak ada highway ni, jarang sangat dah aku ikut jalan ni bila balik Mentakab. Tak kuasa lak nak tanya, kang kata busy the body lak kang.
Puas hati dapat makan keropok lekor. Pagi petang siang malam dok ulang goreng keropok tu. Memang la kadang2 ada jugak beli yang dah goreng kat gerai depan umah tepi padang tu petang2 tapi tak best. Sejuk dan berminyak sangat. Lagipun tak sedap la, nipis dan ada kalanya tawar. Macam keropok dah lama. Sedap yang goreng sendiri lagi. Makan panas2.

pinjam gambo kt gugel... ni lah tempat sopink kopok
kat Jaya Gading Kuantan tu..

Seingat aku, masa kecik2 dulu.. aku tak panggil keropok lekor tapi keropok 'gondeng'. Kelakor kan nama dia. Pernah masa belajar kat SLPF dulu, aku panggil la keropok ni dengan nama keropok gondeng, pastu housemate aku dari Kelantan marah kat aku. Dia kata aku mencarut pasal makanan... hihihi.. aku bagitau dia balik, kat Temerloh memang kitorang panggil keropok gondeng... tak caya tanya Dato Siti Nurhaliza.. ;P

Yang aku goreng untuk minum petang tadi..

Cite pasal keropok lekor ni, teringat balik zaman sekolah rendah. Lepas abih waktu sekolah, memang dok serbu rumah cikgu Sani pasal isteri dia jual keropok lekor dan ais krim mesia. Semua berebut nak bahagian 'kepala' pasal bahagian tu tebal sikit, harga sama. Seposen satu. Sekarang dorang dah tak berniaga keropok lagi dah.. dah pencen jadi cikgu dah pencen jual keropok. Aku tau la sebab sekarang ni cikgu Sani tu berjiran ngan rumah orang tua aku kat Mentakab tu ha..


Khamis, 25 April 2013

cite besdei yg belated..

hmm... dah seminggu berlalu, baru mau cerita. Sori la weh, masa free aku memang banyak tapi full dengan aktiviti membuto.. one of my hobby, whatttttt... hihihi

Ni ha, nak cite.... 17/04/2013 lepas, umur aku up lagi satu tangga. Tua sudaaa. Macam tahun sebelumnya, takde la dapat wish besdei dari ramai kengkawan sebab aku tak pamer birthday date aku kat laman pesbuk. Ada jugak la sorang dua, itupun sebelum aku hide birthday kat info. Saje malas. Kang tetibe penuh wall ngan besdei wish walaupun dari 'kawan' yang baru kenal sehari.. mula la heran.. "mana tau ni?!".... hehehe.. dan2 tu gak rase glamer. Pada yang ingat tu, terima kasih sangat. Terharu gak dah tua2 ni.

Aku dah awal2 tempah kek besdei untuk diri sendiri dan putera sulung aku, si Amir (walaupun aku tahu dia tak makan).. saje gatal. Kasi kat kawan2 dia boleh, apeee... Aku pun tak gemor gak makan kek ni tapi dah ketagih makan cupcake redvelvet dari Syafacupcake tu. Rasa dia lain sikit. Sedap. Aku kenal si pembuat cupcake ni pun kat pesbuk je. Saje gatai bila tengok cupcake tu comei2. Amir punya kek, aku order la perisa coklat. Kalo ikutkan si Amir, dia lebih suka kalo aku beli ayam kfc pastu letak lilin seketul atas ayam tu ha... Terlanjur cite pasal kek ni, aku nak berterima kasih gak pada bff aku yang buat surprise anto kek kat umah aku. Memang kenyang ngan kek la satu hari tu. Bertambah balik kolestrol koi, wehhhh..



kek surprise dari member

ni untuk belated si kakak 6/4
Petang tu aku gi beli pizza dan panggil kengkawan anak2 sekitar rumah tu berkongsi rezeki kek ngan pizza yang Allah kasi. Seronok dorang semua.

birthday boy yang paling hepi, dapat makan pizza
Lepas aku upload gambo kek kat pesbuk, baru la ada kawan2 yang wish berserta doa yang baik2 untuk kitorang.. aamiin. Thanks korang.. dan lepas tengok gambo yang aku upload kat pesbuk tu jugak la, en somi baru teringat tarikh tu... sian aku, kan. Seharian tunggu bedsei wish dari dia, walhal hari yang sama.. dua tiga kali gak dia tlipon. Tak pe la... dimaafkan dengan alasan 'semakin tua semakin kurang ingatan' asal bukan, 'semakin tua semakin dilupakan'... hadoiiiii