Aduyaiii....tensen betul dengan anak-anak zaman sekarang. Satu kita cakap, lebih dari sepuluh dia kasi reason. Garang salah, lembut pun salah. Nak dipaksa sangat, salah...kalau dibiarkan aje lagi la salah, kan...
Periksa akhir tahun, seminggu je lagi. Bila disuruh baca buku, dia ambik je buku tu baca saja tapi tak masuk ke kepala. Pastu boleh lak create satu cerita dari gambar dalam buku teks tu yang takde kena mengena dengan topik dalam buku tu ha, siap dengan sound effect sekali. Yang tak tahan tu, buku matematik yang di bacanya. Bila kita tegur, buat latihan, jangan dok baca je. Katanya, ibu suruh baca buku, diorang baca la. Salah ke ayat aku tu ek... Payah betul nak mengajar bebudak yang terlebih bijaksana nih.
Kalau mengadap tv, lebih lebih lagi cite kartun ataupun main games kat komputer tu, tak yah susah-susah kita nak suruh-suruh. Tak makan, tak minum pun takpe. Bahasa jepun sekalipun diorang paham....heran gak aku. Terpikir lak , bila aku bercakap...aku sorang je ke yang dengar bahasa melayu tapi diorang dengar aku cakap pakai bahasa alien....agaknya kot...sebab tu diorang buat dek je.
Hubby ada gak cakap kat aku, suruh kurangkan aktiviti anak-anak tengok tv tapi nak buat lagu mana? Bukan macam tv zaman dulu yang ada peti tv siap ngan kunci. Kekadang rasa serba salah juga, nak dibuang astro tu kang, mata kita lak tak tahan menengok hujan rintik2 kat kaca tv tu ha. Jenuh lak nak ngejas arial bila nak tukar channel. Nak dibuang line internet, payah lak aku nak meng update blog ni ha.... Nak buang komputer....acer giler, bukan singgit , dua inggit nak dapatkan sebuah...huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan