Hari ni, Isnin ( hari yg tak disukai ramai pekerja ) public holiday lagi tapi khas untuk mereka2 yang mencari rezeki di negeri Pahang Darulmakmur sahaja. Lusa lak ( tentulah hari Rabu, kan..) kaum India akan sambut Deepavali, bermakna public holiday lagi. Kompem la ramai staff apply cuti rehat hari Selasa, dah alang2 je selang sehari nak gi keje, kan... tak terkecuali la aku. Sebenarnya aku sayang gak kat cuti aku yang dah tinggal sejemput tu. Malas nak ambik cuti tapi terpaksa jugak bila memikirkan ramai yang mohon cuti hari Selasa tu. Bukan apa, biasanya setiap petang Selasa aku akan ambik off petang sebab nak antar dan ambik anak sulung aku dari kelas tuisyen. Kelas start kul 3ptg sampai 4.30ptg. Kalau aku tak ambik off, nanti kengkawan sekerja jeling menjeling kat aku sebab mengulau 2 kali. Aku pun tak suka nak 'berbulu' kan mata kengkawan sekerja. Dah kalau ramai ngat bercuti, tentulah aku punya 'supervisor' tak benarkan aku off, kan..
Ambik cuti hari Selasa bermakna 5 hari la aku tak jejak tempat keje. Syok memang syok tapi yang tak syok pun ada gak.... pasal cuti saja, dok bertapa kat rumah. Nak jenjalan pun tak berapa nak syok pasal 'big boss' takde kat rumah. Tak kuasa la nak bawak anak-anak aku yang tersangat lasak ni gi shopping tingkap, nak pulak si kecik tu.. kang dia ternampak benda yang dia berkenan kang, haru... selagi tak dapat, selagi tu tak berganjak. Tak pun nanti satu mall dengar suara lemak merdu aku ni. Nak bawak ke tempat riadah pun, pikir dua tiga kali bila mendengar guruh di langit dan melihat awan2 nano yang mendung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan