Sepanjang 15 tahun aku bergaji sendiri ni, tak pernah terlintas di fikiran aku nak membeli benda2 gini yang berharga agak 'tuttttt'.. ni. Aku ni kedekut sikit, kedekut kalo beli barang untuk diri sendiri. Takat periuk belanga, beli kat 'cowboy' je (tu pun masih belek rege yang murah sekali... hehehe). Pinggan mangkuk?.. pakai hok hadiah orang kasi masa kawin dulu jer.. ada gak tambah sebiji dua yang baru tapi hok beli sabun basuh dapat percuma pinggan tu. Maklum le.. dah hobi suka beli barang yang ada percuma barang. Tah nape tetibe lak kali ni aku tergatal fikiran nak membeli barang2 berjenama lagi fofuler di abad ini. Maklum la, aku kan jenis yang suka membuat aktiviti2 kedapuran. Biar dapur tak cantik asal barang2 yang diguna tu cantik... boleh gitu?.. hehehe
Bukan sengaja nak ngabihkan duit yang sokmo tak berapa nak cukup tu (cukup sekadar2 je) tapi bila difikir2 semula, selama 15 tahun keje, aku tak nampak duit hasil titik peluh aku tu (aikk... keje dalam ekon pun berpeluh kerrrr....). Nak kata simpan dalam bank berkepuk2 pun, iskh. hujung bulan je balance tinggal paling minima. Nak kata habis bersoping sakan pun.. hmmm... tak nampak pun apa benda yang aku soping tu melainkan barang2 yang dah jadi sisa kat dalam toilet tu. Mungkin selama ni Allah memang beri rezeki kat aku untuk dikongsi dengan makluk2 Dia yang lain. Mungkin semuanya dah bertukar jadi 'pahala' disebabkan kemaksimaan sifat 'kemurahan hati' dan 'mudah kesian' yang Allah salut pada jiwa aku. Alhamdulillah...
Satu perkara yang aku akan pastikan... barang2 ni takkan sekadar menjadi barang hiasan di dalam kabinet dapur mahupun di bawah katil yang sokmo2 menjadi amalan sesetengah pompuan di luar sana.... jangan marah aaaa......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan