~ sambungan
Hari ketiga kitorang masih lagi guna khidmat travel agency tu lagi. Kos hari kali ni bernilai Euro250 (Rm986.81). Share jugak. Diorang ambik kitorang kul 9 pagi. Tempat mula2 kitorang pegi hari ketiga ni, Galata Tower. Kitorang tak naik pun menara ni sebab rasa macam takde la special sangat. Sama je macam KL Tower & Riyard Kingdom Tower. Beza cuma menara tu dah lama wujud dan klasik Lagipun cuaca hari ketiga kitorang kat sini, semakin sejuk. Kalau naik kat atas tu, lagilah sejuk.
nilah Galata Tower tu.. |
Lepas tu kitorang pegi ke tempat tinggi lagi yang boleh tengok keseluruhan Kota Istanbul tu, Camlica Hill. Kitorang lepak2 kat sini sementara menunggu masa untuk solat Jumaat.
Selesai solat maghrib, kitorang dibawa ke satu tempat untuk sopink. Nama tempat tu aku dah tak ingat. Tapi tak menarik minat kitorang pun nak sopink kat situ sebab macam sama je ngan shopping mall yang lain. Ye lah, kitorang sekadar nak beli souvenir yang melambangkan kota Istanbul tu je. Setakat nak beli seluar ke, blouse ke.. kat KL berlambak. Kitorang pun adjust balik ngan drebar kitorang tu.. so terus la melencong ke destenasi seterusnya... Harley Davidson Bosporus. Para somi nak beli t-shirt ori HD Bosporus sebagai kenang2an..
Settle urusan para somi tu, kitorang pun bergerak balik ke appartment. Anak2 seme dah takmo keluar lagi sebab tak tahan sejuk. Lepas solat isyak, aku ngan en somi, bawak si ammar sorang keluar jalan2 kat area Sultanahmet tu sambil snap2 gambar. Disebabkan Turki ni terletak di benua eropah, so paham2 aje la kan.. rase nyesal pulak bawak si ammar keluar malam2 tu sebab banyak sangat live scene pasangan kekasih (laki bini ke taktau, wallahualam) yang kissing2 kat situ. Pastu kitorang singgah tapau makanan untuk dinner. Sini majoriti orang jual kebab. Kena beware jugak halal tak halal tu sebab ada jugak yang bukan muslim. Aku bawak gak la megi dari Jubail tu, tapi standby untuk bekfes je la. Bawak jugak bekal sambal jawa, kot2 la nak makan dengan nasi. Penyudahnya makan dengan megi.
Keesokkannya, kitorang tak lagi guna khidmat travel agency tu sebab rase tak berbaloi. Lebih baik sewa kereta. Tapi hari keempat ni, kitorang naik kaki je melawat tempat2 bersejarah sekitar Sultanahmet. Mula2 kitorang masuk ke Hagia Sophia, gereja yang diubah menjadi masjid tapi sekarang dah dijadikan muzium. 2 gambar bawah ni aku ceduk kat gugel sebab tensen sangat nak upload yang sendiri. Line internet sehari dua ni sangat 'sakit'..
Hagia Sophia ~ cedok gambar kat gugel |
bahagian ruang utama Hagia Sophia |
Lepas tu naik bukit lagi ke Topkapi Palace yang merupakan kediaman rasmi kesultanan Utsmaniyah ( Turki Ottoman )
pintu masuk utama Topkapi palace |
Topkapi Place |
Yang ni gambo kat
atas ni pun aku cedok kat gugel pasal aku takde helikopter peribadi yang
boleh bawak aku ambik gambo dari atas... hehehe. Yang ni pun round tak
habis, luas ngat kawasannya. Ramai giler pelancong, siap kena beratur
panjang nak masuk tiap muzium. Satu lagi takleh bawak stroller baby
masuk dalam. Leceh lah, kan. Kalau diorang sediakan tempat simpan
stroller tu kat luar, ok gak... Apa yang penting, kitorang dah dapat tgk
sendiri pedang Rasulullah saw dan para sahabat, dapat tengok koleksi
kunci Kaabah dan dapat tengok bekas tapak kaki Rasulullah saw jugak..
Yang tak best kat sini, takleh bawak masuk kamera.. curi2 snap pakai
henpon pun tak leh. Setakat ambik gambo permandangan dan luar dari bilik
muzium takpe..
cedok gambo kat gugel lagik.. |
Ni pulak Masjid Biru (Blue Mosque) atau nama lainnya Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu tempat yang popular dikalangan para pelancong tanah Istanbul. Kenapa digelar Masjid Biru, aku tak sure tapi ada jugak baca kat internet sikit2 pasal ni, maybe sebab dalamannya dipenuhi dengan tiles/dinding seramik yang berkaler biru kot... ( kitorang tak masuk pun, sekadar tengok dari luar )...
gambo Blue Mosque dari jauh.. |
Kata en somi, sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Istanbul, Turki ni tapi masa tak mengizinkan kitaorang pegi. Maklumlah, cuti tahun en somi dah banyak habis masa aku bersalin si bongsu awal tahun hari tu. Ni pun ambik cuti sehari.. kebetulan pulak offday ada 4 hari, tu yang plan gi sana tu. Kata member2 dia yang pernah ke Istanbul ni... kalau gi sana, cuti 2 minggu baru puas hati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan