Chewahhh, sama tajuk felem ini kali punye story.. hehehe. Sangat2 hepi bila impian aku nak tengok bumi
Istanbul terlaksana jugak. Lama dah verangan nak gi sana. Thanks to en somi yang merealisasikan angan2 aku ini. Kitorang ke sana pada 14/11/12 yang lepas. Actually, bukanlah hebat sangat Istanbul tu cuma selalu tengok dalam rencana kat tv dan buku2, macam cantik sangat tempat tu. Ok la jugak, yang menarik tu kat area
Sultanahmet Old City, yang kitorang sewa appartment tu. Banyak tinggalan sejarah yang berkaitan dengan agama Islam. Sikit sebanyak, anak2 aku dapat belajar sejarah dunia islam kat sini... kan..
Sampai sana pun dah agak lewat jugak, ye la kan... pegi tempat orang yang kita tak pernah jejak, terkial2 lah mencari apparment yang kitorang booking kat Booking.com tu. 1st time jugak la aku ngan anak2 naik tren... laju giler. Dah la banyak beg, ngan stoller lagi.. tren lak penuh.. tempat duduk ciput. Mujur tak tersembam ke depan aku yang dukung si bongsu sambil berdiri masa tren brek nak berhenti... huhuhu
Lepas turun tren, kitorang sewa lak teksi ke Sultanahmet tu. Hari mula gelap walaupun baru lebih kurang jam 5 petang. Sejuk lak tu.. Pastu tah mana la teksi tu turunkan kitorang. Katanya kete tak boleh masuk dalam, tak pasal2 menapak naik bukit nak cari appartment tu. Sampai appartment, memang menyumpah driver teksi tu sebab actually boleh je dia turunkan kami depan appartment tu pasal banyak teksi lalu-lalang kat situ.. phuiihh...
|
ni lah appartment yg kitorang sewa.. |
2nd day, kitorang blur jugak mana nak pegi. Maklumlah, kitorang pegi pakej sendiri, bukan melalui travel agency. So, en somi pun tanyalah kat owner appartment yang kitorang sewa tu. Dia suggest kan kat kitorang satu travel agency ni.. member dia kot. Pikir punya pikir, kitorang pun setuju lah ambik pakej travel agency tu. Kos yang ni Euro245 (Rm971.98). Share dua keluarga. Tempat pertama yang diorang bawak kitorang gi ialah
Istanbul Teleferik (Cabel Car). Biasa2 je rasa, takde lah tinggi sangat. Mesia punya lagi best rasanya. Cermin tepi kiri kanan, kabur giler. Patut kena tukar baru nih. Permandangan yg sepatutnya nampak cantik, jadi tak cantik. Yang tak tahan tu, kitorang lintas kubur kat bawah. Hadoiii la..
|
cedok gambar gugel, internet slow sgt nak upload my own |
|
naik kete kabel sampai tempat ni ~ Pierre Loti |
Lepas turun dari
Pierre Loti Hill, kitorang dibawa ke satu tempat yang digelar
Eyyub. Kat sini terdapatnya
Masjid Eyub Sultan . Nama masjid ni diberi nama bersempena dengan nama salah seorang sahabat Rasullullah saw iaitu
Abu Ayyub al Ansari.
|
Masjid Eyub Sultan |
Lepas tu kitorang singgah kat satu tempat ni, aku pun tak ingat apa nama dia. Tapi kat sini terdapat makam2 sahabat2 Rasulullah saw yang menakluk Istanbul suatu ketika dulu. Terpikir gak, jauhnya para sahabat merantau mengembangkan agama Islam ni ek.. berapa lama lah masa diorang ambil untuk sampai ke Turki.. yelah, dulu mana ada kapal terbang, sekejapan je dah sampai..
|
batu nisan tinggi2 belaka |
Tempat last kitorang pegi untuk hari kedua ni, kira yang paling best la... anak2 apatah lagi. Kemain terujanya. Naik private boat pusing2 kat
Selat Bosporus. kena angin laut sejuk tak terkata.. kembang kempis hidung dibuatnya. Kitorang tapau kebab for lunch, makan2 dalam bot sambil menikmati keindahan dunia ciptaan Allah swt..
|
Dolmabahce Palace |
|
Bosporus Bridge yg menghubungkan eropah & asia |
|
my happy family...forever..aamiin.. |
Malam tu, kitorang keluar lagi. Jalan kaki pegi survey barang2 nak beli kat
Grand Bazaar. Bukan apa sangat, sekadar nak cari souvenirs untuk adik beradik. Punyalah ramai manusia kat sini. Ada jugak peniaga yang boleh la cakap melayu ( sekadar.."apa khabar, mari masuk, murah saja, seploh ringgit, duaploh ringgit".. je la..) Punyalah nak tarik pelanggan, sanggup belajar yang basic. Satu lagi kat sini, jangan gatal tawar menawar kalau tak berniat nak beli. Diorang akan follow kita dan try deals sampai kita akhirnya beli jugak barang tu. Sekadar tanya harga, takpe.. bila tak nak, jalan terus jangan dok sengih2 kat peniaga tu..
|
sempat snap gambar en somi dln Grand Bazaar tu |
Grand Bazaar ni tutup pukul 6.30 petang. Dah gelap pun time tu. Kedai2 disekitarnya pun sama. Diorang buka awal, tutup pun awal. Pastu kitorang balik appartment, hajat nak ronda2 sekitar tempat tu terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca luar dah semakin sama dengan suhu dalam peti sejuk... hehehe.. tak tahan wehhh.
~ to be continued
Tiada ulasan:
Catat Ulasan