Syukur Alhamdulillah, macam mimpi je aku dapat jejak kaki kat kota kedua paling suci selepas Makkah.. kota Madinah al-Munawwarah ni. Kota di mana letaknya masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Di Madinah ni jugaklah letaknya makam junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw.
|
pandangan Jabal Uhud dari Jabal Rumah. Di belakang papan tanda biru tu letaknya makam2 para syuhada' semasa perang uhud. |
|
macam suasana kat pasar malam lak.. |
|
Jabal Rumah, tempat Rasulullah mengarahkan para pemanah bersembunyi semasa perang uhud |
Selama empat hari kitorang kat Madinah ni, somi aku bawak aku ngan anak2 ziarah ke tempat2 bersejarah yang ada di sini. Tempat2 tu jugak la yang biasa dilawati atau diziarah para jemaah haji dan umrah. hmmm... sejak tengok drama bersiri Adam dan Hawa kat astro tu, rasa berkobar2 nak gi tengok tempat2 yang si Ain Hawani dan Adam Muhkriz gi tu. Tempat kedua yang kitorang pegi,
Jabal Uhud di mana zaman nabi dulu berlakunya
Perang Uhud. Lepas tu kitorang singgah buat solat sunat kat
Masjid Qiblatain dan
Masjid Quba.
|
si kakak bergambar di Masjid Quba yang mana diberitahu pahala melakukan solat sunat di sini bersamaan dengan sekali umrah |
|
Masjid Qiblatain, yg dikatakan mempunyai 2 kiblat.
Nak tau lebih lanjut tentang sejarah 2 kiblat tu boleh klik kat link di atas.
Gambar ni pinjam kat pakcik gugel sbb tak sempat nak snap sendiri |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan