Selasa, 23 Oktober 2012

...hotel yang adoooo.....

Alhamdulillah, aku, somi dan anak2 selamat landing kat airport Madinah lepas lebih kurang 2 jam berada di ruang udara. Kitorang bertolak naik teksi dari Jubail ke airport Riyard dalam pukul 12 tgahari. Sampai kat airport tu dalam pukul 5 lebih jugak la. Pastu baru naik flight pukul 9 malam terus ke Madinah. Mulanya plan nak naik flight terus dari Dammam (45minit dari Jubail) ke Madinah tapi tiket habis lak. Maklum je la musim2 haji ni kan. Salah kitorang gak, cari tiket last minit sokmo2.


Sampai kat airport Madinah, masya Allah... ramainya umat dari pelbagai negara. ofcoz la muslim, nama pun musim haji. Somi aku cari kete sapu untuk ke hotel yang dh dia booking online. Mujur jugak ada lagi yang kosong yang dekat dengan masjid. Somi kata lebih baik cari kete sapu sebab caj teksi kat sini memang tekan habis2an nak2 pulak tau kita dari luar, walhal bukan jauh pun airport dengan hotel yang kitorang nak gi tu. Nak check in hotel, dalam kul 12 lebih gak. Memang betul sesangat lokasinya dekat sangat dengan masjid Nabawi. Sebelah aje. Kitorang ada terbaca jugak komen2 negatif tentang hotel ni, tapi so far sampai kitorang masuk bilik tengok... not bad at all pun. Ada dua bilik. Satu bilik ada tiga single bed dan satu bilik lagi ada 4 single bed. Ada dapur letrik untuk masak, fridge, mesin basuh dan cerek letrik. Ok la kan..


Nak dijadikan cite, malam tu aku pun try la basuh aku punya arbaya/jubah sebab esok nak pakai balik arbaya tu memandangkan aku cuma bawak sepasang je 'uniform hitam' tu. Masa dia nak kuarkan air basuhan tu, tak semena2 satu bilik kitorang kuar satu bau yang teramatlah harumnya sampai boleh hilang selera makan dan selera tido. Bau air kumbahan uolllss... uwekkssss. Apa lagi somi aku dan2 tu gi turun kat kaunter bawah komplen dan mintak tukar bilik. Diorang tetap takmo kasi tukar... alasan diorang bilik dah penuh dan diorang akan panggil orang untuk baiki. Hampeh betul. Somi aku sangat2 tak puas hati pasal dia dah bayar mahal, kan.. dapat lak room gitewww. Dah la tu, sinki dalam bathroom pun sumbat. Hadoiiii... patutlah majoriti komplen tentang 'servis dan kebersihan' kat dalam internet tu. Somi aku memang tak sabar nak komplen kaw2 kat booking.com tu balik nanti...

Cari hotel yang dekat dengan masjid, sebab nak senang menapak jalan kaki ke masjid tu. Al maklumlah, membawak si kecik nih. Hajat hati boleh buat solat fardu 5 waktu jemaah kat masjid tapi rasanya sama jugak kalau ambik hotel jauh sikit pasal lif sikit, pastu kerap jem dan ramai orang. Bosan nunggu lif sikit punya lama, kitorang guna manual je abih cite. Mujur kitorang duduk kat tingkat 4, kalau tingkat 13, maunya pengsan panjat tangga sampai atas tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan