Isnin, 19 Disember 2016

...pt3..


Hari ni rata-rata dok post kejayaan anak masing-masing dalam laman sosial. Akak pun tumpang gembira la dengan kejayaan anak-anak kengkawan akak samada di luar dan di dalam alam maya ni. Tahniah pada yang cemerlang.. dan pada yang result dia tak berapa nak best, chill... this is not the end of the world. Masih ada lagi satu exam besar yang korang boleh tebus semula jika betul-betul ada niat dalam hati tu untuk berjaya. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...kannnn. SPM masih ada..

Hari ni akak tak keje. Saje ambik cuti nak teman puteri sulung ambil result PT3 dia. Debar jugak, sama je kot ngan anak tapi buat-buat cool sebab tak nak anak tu stress. Result dia? Alhamdulillah jugak. Dia punya result di luar jangkaan akak. Tidaklah cemerlang tapi tidak jugak teruk. Berapa tu, akak tak boleh nak cerita sebab anak dah besar. Akak respect privacy dia. Anak ni bila dah masuk peralihan zaman, kita kena paham la kan. Mungkin dia segan atau rendah diri takut dibanding-bandingkan result dia dengan orang lain. Tak bagi mak dia canang. Akak ni jenis mak yang open, tapi tak bermaksud akak tak pentingkan pelajaran untuk anak-anak akak. Kita pun pernah berada kat tempat dia dulu. At least dia dah usaha sehabis baik. Akak redha dan tetap bangga dengan dia. Kesian tengok dia tadi, macam gelisah dan takut nak tunjuk result pada akak. Hmm... mungkin sebab akak ni garang kot ngan anak..huhuhu 

Sebenarnya, akak pun rasa bersalah jugak. Dia tak dapat nak study dengan tenang. Apa taknya, tengah-tengah study, akak suruh dia buat itu ini. Nasib dia lah jadi anak sulung yang masih ramai adik-adik bawah dia. Nasib dia la, dapat parents yang PJJ (perkahwinan jarak jauh). Nasib dia la dapat mak bukan surirumah sepenuh masa, yang balik keje kadang-kadang moody, penat dan selalu mintak bantuan dia untuk menguruskan rumah dan adik-adik. Macamana la dia nak tumpu 100% dengan study, ye dak. Apapun akak bangga dengan dia. Sangat sabar. Sesuai sangat la akak letak nama dia NURSABRINA...cahaya kesabaran.

Dan pada puteri sulung akak tu, andaikata satu hari nanti dia terbaca entry akak kali ni, akak nak dia tau yang akak sangat sayang dia, bangga ada anak macam dia. Dan akak pasti, satu hari nanti dia akan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..... sebab itulah doa akak setiap hari. Allah pasti dengar..

Sabtu, 17 Disember 2016

...sawang...

uitt... lama benar akak tak menjengah blog ni sampai terlupa password. Gitu la kalo dah banyak sangat akaun email. Boleh tertukar id ngan password. Mujur akaun ni tak macam akaun bank. Tiga kali salah, terus kena block gitu.

Hari ni akak terlebih bosan kot, sebab tu tetibe terpikir nak bukak blog ni. Novel2 dah abis baca. Tunggu gaji masuk esok lusa baru gi cari novel baru. Cite kat tv lak bila time cuti hujung minggu gini, takde yang menarik minat akak nak berlingkor depan tv tu. Nak layan drama online, aduyai... line sangkut-sangkut. Asyik buffering je, Lama lak tu. Potong stim nak masuk dalam drama tu fifiling jadi heroin...kihkihkih..

Hmm... dah tak tau nak buat apa. Nak keluar jenjalan... ahh malaslah kalo en somi takde. Lagipun akak ni, bukan spesis suka keluar rumah. Jarang sangat keluar jenjalan. Anak-anak ngan en somi pun sama spesis. Bak kata mak mentua akak kitorang ni macam burung dalam sangkor. Muka pucat tak kena cahaya matahari nasib baik dia tak cakap macam dracula tak kena cahaya matahari.. hahaha.

pinjam gambar mr google

Disebabkan tak bape ada keje nak dibuat, akak cucilah sawang kat sini sikit-sikit. Kang penuh sawang, takde dah yang sudi menjengah... (err.. macam lah selama ni ada yang jengah, ek ) Nanti akak cuba rajinkan jari jemari akak untuk update blog ni. Itupun kalo sel-sel otak akak berhubung.. hehehe



Jumaat, 24 Julai 2015

...juadah raya..

Dah seminggu rasanya kita meraikan Aildilfitri. Baru hari ni aku ada kesempatan nak meng’update’ cite raya kat sini. Busy uolss… (hehehe).. la sangatttt.. Bukan busy beraya, tapi busy mendobi dan melipat kain baju yang menimbun gara2 cuti lama kat kampung. Statement poyo sangat… macam la balik berbulan2 kat kampung tu kannnn… 4 hari je pun… hehehe

Slogan raya aku tahun ni.. ‘makan tido’.. takde maknanya turun pat lima kilo time puasa ritu. Dah memang dijangka.. hari raya je kompem ‘ter’makan melebihi had yang ditetapkan oleh perut. Macam selok sangat dapat makan di siang hari tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut diangkut van jenazah… muahahahaha….  Juadah atas meja kompem la bukan salad sayuran atau singgang ikan tenggiri atau roti bakar sapu margerin campur sekaya (yang baik2 untuk kesihatan) kannn.. Raya.. memang tak lengkap kalo takde tiga benda merangkap bff ni…. Si manis, si lemak dan si karbohidrat, kat atas meja makan. Celik mata je, dorang bertiga macam melambai-lambai je kat aku walaupun dorang tau yang aku belum gosok gigi lagi..

Dulu2 masa arwah mak ada… juadah pagi raya kitorang cuma rendang dan lemang. Kekadang sampai lunch kitorang makan rendang dan lemang tu. Tapi sejak arwah mak takde, aku ngan adik beradik serta ipar duai bergotong royong la main masak2 untuk juadah di raya. Disebabkan adik beradik aku majoriti ‘kawin campur’ (utara selatan timur barat Malaysia jer).. hehehe… makin banyak la menu pagi raya kitorang. Tu yang kejenya makan tido makan tido di hari raya. TV pun tak dan nak tengok. Apatah lagi nak gi beraya umah tetangga.


Meh cuci mata dengan hasil ‘kerjatangan’ kitorang. Aku belanja gambo sikit..

lemang
rendang daging ciliapi
acar mentah
Menu kat atas ni hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Kluang tapi duduk kat Serting. Lemang tu dorang kongsi buat ngan kengkawan dorang. Yang pastinya lemang tu memang sangat berlemak... dan punca utama aku tak dapat menahan mata dari terlelap lepas pekena lima enam potong... iskh3x, baik makan sebatang terus.. kannn (lemang jugak yang dipersalahkan..haihhh...)

rendang ayam goreng
Yang ni pulak hasil kerjatangan adik ipar yang asal dari Aloq Setaq tapi keje kat Kolumpo. Aku pasan yang bapak aku suka pasal nampak dia ulang makan rendang nih...

nasi minyak
kari kambing

ayam masak merah
Yang atas ni pulak.... hmm.. aku la yang punya keroje. Tak la sesedap kat restoran tu tapi boleh la di telan dek tekak dorang.. tapi sedey pasal bapak aku komplen kari kambing kurang garam dan kurang pekat (ala... aku tak makan kambing sebab tu aku tak rasa dulu...hehehe...alasannn). Malamnya pulak ada lagi acara mentekedarah kitorang. Adik ipar aku masak mee goreng. Biasa adik aku yang masak, tapi sejak dah kawin ni dia dah turunkan skill goreng mee tu kat orang rumah dia. Servis bertukar tangan la sekarang. Yang ni tak dan aku nak snap gambo. Satu lagi menu yang aku tak dan nak snap gambo...bbq kambing... dorang kata sedap tapi aku bab kambing ni, masak boleh.. makan tidak. Adik aku yang duduk Nilai beli daging kambing 5kg. Puas la mengembek hari tu.. mujur tak lekat bau kambing. 

sate ayam & daging - 400 batang
Sate ni aku tempah ngan member satu keje ngan aku. Aku tak kose nak mengadap mencucuk sate yang banyak gitu. Kang tercucuk mata lak sebab dek ngantuk. Kebetulan dia cuti sebelum raya, tu yang dia ada masa nak menyucuk tu. Kuah ngan nasi impit.... pun aku tak kose nak buat. Guna yang segera je...


rasa dia sedap jugak
Yang sadisnya raya pertama tahun ni, aku cuma sempat ambik gambo makanan je... gambo pakai baju raya sedondon tak dan nak ambik.. sian baju raya... terpinggir...hehehe










Rabu, 15 Julai 2015

..dah nak raya..

hmm... pejam celik dah hampir ke penghujung dah Ramadhan ini tahun. Lagi dua hari kot nak ghaye (masa entri ni aku publish la). Keluar rumah nak gi keje pagi tadi pun tengok jalanraya dah lengang. Sunyi pulak. Alhamdulillah, kurang bau asap kete... Aku rasa hari ni, kete2 tu dah start beratur kat lebuhraya... pantai timur khususnye. Yelah, yang duduk kat sekitar kuantan ni rata2nya ramai orang belah2 pantai timur. Ganu Kelate.  Mungkin ada jugak yg masih lagi sibuk bersopink kat bandar, biasalah... dihujung2 Ramadan ni, lagi banyak 'sale' adanya. .Rege penghabiskan stok kata dorang tapi... yang benornya rege penghabiskan isi dompet. Sopink tu beringat sikit ye, jangan sampai lepas raya terpaksa ikat perut tunggu gaji. Mesti ada ibu2 kat rumah baru nak packing kain baju untuk gerak balik kampung esok... check betul2, jangan ada yg tertinggal.... terutama 'duit ghaye' untuk anak penakan.... hehehehe

Aku?... masih menghabiskan sisa2 hidup berkhidmat untuk masyarakat kat klinik ni. Termenung situ, termenung sana. Dekat2 raya ni tetiba kurang lak khidmat diperlukan. Rakyat jelata dah balik kampung barangkali, nak2 pulak sekolah dah start cuti. Terasa lambatnya lusa.... tak sabor nak start cuti2 malaysia. Tak sabor nak jumpa adik-beradik. Tak sabor nak bergelak tawa ngan dorang. Tak sabor nak makan ramai2 ngan dorang. Tak sabor nak makan biskut semperit 'melting in my mouth' yang aku kirim kat adik ipar aku yang duk KL tu....(kompem abisla diet aku sebulan)... hehehe. Yelah, besenye time raya je la dapat kumpul semua adik-beradik. Korang pun sama, kan...

hmm.... yang pasti tahun ni tahun ke 5 kitorang beraya tanpa 'dia'... tahun ke 6 kitorang tak merasa airtangan 'dia' di pagi raya. Rindu..... sangattttt..


Selasa, 7 Julai 2015

...sopink raya..

Sudah dua minggu Ramadhan tahun ni berlalu. Sekejap je kan.. tu pun ada yang sengaja culas nak puasa. Bermakna lagi dua minggu, kita nak beraya. Bermakna penantian segolongan hamba Allah untuk kembali makan di siang hari semakin tiba…. Hehehehe…

Macamana persiapan korang? Sakan ke idok? Aku tahun ni teruja jugak nak beraya… bukan sebab nak bertandang ke rumah orang tapi time raya je la dapat berkumpul semua adik-beradik. Kebetulan 1st Syawal tahun ni giliran ke rumah orang tua aku dulu… dan kebetulannya jugak en somi ‘offday’. Last year sikit pun tak cakna nak buat persiapan raya sebab en somi kena bertugas di laut dalam. Baju raya anak-anak pun aku beli sehari dua nak raya. Ikutkan malas nak beli tapi kesian lak kat anak2. Cukuplah sekadar baju untuk pakai di pagi raya. Itu cite tahun lepas la kan… tahun ni sakan jugak aku berbelanja untuk baju baru anak2. Beli online jer. Takde mase nak kuar gi beli.. jalan jem satu hal… nak beratur membayor kat kaunter pun satu hal..

pinjam gambo gugel lagi..
Bab sekut2 ghaye pun dah settle. Banyak gak susut fulus. Ater… seme barang dah naik rege, takkan pengusaha sekut ghaye nak guna rege lama. Sian dorang takde untung. Aku memang sokmo kesian kat peniaga2…hehehehe… nak beli sekut ghaye, kena beli 3 set. Rumah mak bapak aku, rumah mok aboh en somi dan untuk rumah aku jugak (biar takde pun orang datang beraya kat umah aku nih..) Biasa kalo kat umah aku nih.. mende2 tu semua akan lesap dalam perut kitorang anak-beranak sebelum raya lagi. Macam baru ni, awal puasa aku ada beli kerepek bawang ngan member dalam 15 bungkus.. ni masuk dua minggu puasa, kerepek tu dah tinggal 6 bungkus... entah2 raya nanti tetibe orang datang nak beraya, aku dapat hidang sekut kering jer...

Tapi ok la kan… aku cuma belanja dua menda je sempena sambut lebaran tahun ni. Bajet ciput. Kalo bajet sama level ngan Rozita Che Wan, mau akak beli semua baru dari hujung pagar depan umah sampai hujung gril pintu dapur rumah akak nih.. kihkihkih…

Sabtu, 27 Jun 2015

...jengah blog bersawang..

Asalamualaikum semua….

Hehehe…. Dah bersawang dah blog aku ni rupanya. Nak buat macamana, sejak pesbuk, ig dan wasap makin fofuler ni… makin jarang la nak meng’update’ blog. Jejari aku dah macam kena block nak sign in blog…hehehe. Hari ni tetibe rasa nak cuci la sawang2 tu sikit kan. Biasa la... bersih2 umah sebelum ghaye..

Hmm… dah seminggu kot umat Islam seluruh dunia menahan nafsu tak makan siang (kecuali yg ‘uzur’ & anak2 yg belum baligh). Tak kira la terlambat atau tidak, aku nak jugak ucap selamat menunaikan ibadah puasa pada korang semua. Semoga amalan baik kita di bulan Ramadhan ni diterima Allah swt. Amalan buruk??...simpanlah sendiri… hehehe


Macamana korang semua??... hagak2 tahun ni dapat tak menahan diri dari menjengah bazar Ramadhan? Aku dah lama mengurangkan aktiviti SEHAT itewww. Tak terkawal nafsu bila buat ‘lawatan’ kat situ nanti. Nak2 pulak zaman semua benda naik rege ni, parah dompet. Lagipun, penatlah nak cari parking bagai. Jalan raya pulak makin hari makin macam tak berapa nak bergerak je kenderaan atas jalan tu. Tak kuasa. Baik balik rumah terus dari kerja kul 5 petang  tu, boleh buat sesi baring2 setengah jam, pastu ambik 15 minit mandi manda ngan solat. Pukul 6 lebih sikit start masak sempoi2 untuk berbuka. Sejam dah cukup kot nak masak sempoi2 tu. Ala… setakat buat sup atau gulai ayam, goreng telur, goreng ikan masin takde la lama sangat ambik masa. Bukan buat bufet untuk seratus orang, ye dok.. Sayur??... tak yah membazir. Budak2 kat umah ni karnivor belaka. Masak nasi pun pakai hok periuk letrik je … tak payah susah2 nak tunggu. Sedang molek siap hidang atas meja.. dengor la orang azan kat radio. Dah boleh soru, kannnn….

Bab bangun sahur tak jadi masalah pada aku sebab hari2 biasa pun, gitu la time aku bangun.  Masak ala kadar je untuk anak2 buat alas perut. Untuk aku, sahur dapat segelas nescafe pun dah ok kot. Aku makin senja ni, selera tekak makin kurang. Nak2 pulak pada menda yg aku masak sendiri. Macam bosan jer walau orang lain kabor sedap (cehhh…perasannn). Biasa la… Allah tarik sikit2 nikmat hidup kannn… hehehe. Cuma  satu  la aku heran, walaupun cenggitu… badan aku tetap menten montel. Camner tu??!!!

Ahad, 15 Jun 2014

..masuk keje daaa..

Bab ni yang aku rasa culas sikit. Al maklum la lama bercuti. Yang buat lagi culas tu, terpaksa masuk keje dalam tempoh berpantang (err... pantang la sangattttt). Gomen bagi cuti bersalin 300 hari sepanjang servis. Maksima 5 kali beranak. Maksima 90 hari setahun. Pandai2 la nak ngejas macamana. Anak pertama kedua ketiga, aku ambik 60 hari sorang. Anak ke empat lak, aku gatai ambik 90 hari. Aku ingat last dah tu mengenangkan faktor usia yang semakin mudo.. Alih2 berubah fikiran, yang last dah jadi not least. Allah nak kasi rezeki lagi, alhamdulillah. Dalam kepala.. "alamak, cuti balance 30 hari je ni"... asudahhhhh



Alhamdulillah jugak sebab aku mewarisi kuasa super dari arwah mak aku. After 2 weeks lepas ceaser, aku nak gagah buat keje2 ringan. Main masak2 minggu pertama pun aku dah start berperang kat dapur. Minggu ke 3, aku dah start merempit dengan kete anto anak2 gi sekolah. Allah sayang aku, Dia kesian dan Dia paham situasi aku, sebab tu Dia pinjamkan aku kuasa super ni. Bukan nak riak, bukan jugak nak bangga diri, tapi nak tunjuk kat korang yang membaca entri aku ni.. hidup akan sentiasa jadi mudah bila kita selalu ingat yang Dia bersama kita.

Aku gi keje sehari je dulu, pastu aku sambung balik cuti seminggu. Sian kat baby aku tu ha. Tempat keje aku lak sejuk giler. Nak tak nak, aku terpaksa bawa dia sekali kat tempat keje. Mujur jugak boss aku sangat sporting dan prihatin orangnya (bujang trang tang tang lagi ni.... highly recommend). Owner taska pun tak kompiden nak suh anak2 buah dia yang rata2 berkategori remaja gediks2 untuk jaga baby yang masih lembik loklek. Aku pun sama, takut juga jadi apa2 nanti. Banyak ngat kes negatif jadi kat taska, kann. So, tak yah la nak ambik risiko. Aku pun sokong jugak kat menteri pompuan yang jaga bahagian kebajikan masyarakat tu. Pernah la dengar kat media yang dia syorkan setiap tempat keje, sediakan pusat asuhan kanak2 untuk kakitangan. Bila la agaknya nak direalisasikan ek..

Isnin, 26 Mei 2014

...pantang...

Diam tak diam, dah dekat nak sebulan aku memberanakkan si bongsu. Lagi 3,4 hari nak kena masuk keje dah. Maklum la, cuti bersalin yang aku layak cuma tinggal 30 hari. Masa anak no 4 dulu tu, gatal sangat ambik sampai 90 hari. Ingatkan tak beranak dah, mana tau Allah nak kasi aku rezeki menjelang 40 series... syukurrrrrr. Ramai yang tanya, nape aku tak ambik cuti tanpa gaji ke.. cuti nyusu anak ke.. kan.. Actually bukan tak terpikir nak ambik tapi aku kesian kat kawan2 sekerja. Klinik bukan macam spital. Ramai staf boleh cover. Kat klinik ni payah sikit bab cari pengganti ni. Lagipun aku rasa, keje kat klinik tu takde la seberat dan sesibuk keje kat spital. Duduk2 packing ubat je, tak payah buat keje angkat mengangkat. Alhamdulillah, dapat YM a.k.a bos pun yang memahami.

Ini kali ke 3, aku pantang ala2 je.. Masa anak no 3, aku siap jaga arwah mak yang sedang bertarung ngan breast cancer. Masa anak ke 4, en somi lak kena terbang semula ke Tanah Arab lepas seminggu aku beranak. Dugaan berat lak bila sedang molek je si ayah sampai kat fadang fasir.... si kecik pulak admit wad sebab acute bronkolitis. Serabut gak mikir yang di spital dan yang di rumah, haihhh. Lepas sebulan, disebabkan arwah mak dah takde, abang sulung aku lak duduk Johor, aku kena ambik alih menguruskan majlis kawin adik bujang aku kat mentakab tu.. selesai majlis, terus berangkat ke Saudi menemani sang somi yang cari rezeki kat sana. Saja ambik 'cuti panjang' nak release tensen la konon. Then kali ni pun tetap berpantang ala2.. Lepas seminggu bersalin, en somi dah terbang ke laut. Mujur ada mak mertua yang sudi teman aku sepanjang en somi takde. Tapi aku tak haraplah mak mertua aku uruskan aku sebab aku tahu yang dia pun tak sihat mana. Semua keje pun aku uruskan sendiri. Mujur jugak ada adik ipar aku yang sudi jadi drebar untuk anto anak2 aku ke sekolah selama 2 minggu tu jugak. Disebabkan kali ni aku bersalin czer, so agak takutlah sikit aku nak drive awal2. Ikutkan, tak nak la nyusahkan orang lain walaupun adik beradik..
Seriusly (eh, ada ke perkataan ni)  aku pun nak jugak berpantang macam orang lain. Ada orang jaga dan pantau makan minum. Duduk2, baring2, makan, tido, nyusu baby je keje. Mandi ngan uruskan baby pun ada orang tolong. Hal2 rumahtangga yang lain takyah kisah, takyah mikir. Namun apalah dayaku (cewahhhh, macam lirik lagu la pulak)... hmm.. jaga je la benda2 yang patut dijaga, kannnn...

antara yang aku 'komplian' sekarang..hehehe

yang spital kasi...

yang terseksa aku nak nelan... huhuhu

Beranak kali ni, aku jadi seorang yang komplian pada ubat-ubatan. Moden, tradisional, sunnah... seme aku bahan. Ater... cukup sebulan, kena dah masuk keje. Tempoh 'berpantang' pun belum abih. Aku nak men'sihat'kan diri aku dalaman dan luaran secepat2nya. Mujur juga aku bukan spesis orang yang 'manja'... (ai manja kat laki ai jer). Ndak tak ndak... pati haruan la yang wajib aku telan hari2. Ikan haruan fresh?... hmm, makan jugak tapi payah nak cari kat bandar ni. Ikan keli berlambak la. Kalo ikan keli elok dimakan masa dalam pantang, kompem la aku ni memang bukan sihat je... 'sehat' pun ye... pasal itu aku punya peberet. Sepinggan nasi tak cukup maaaa.... (hek ele, bukan lauk ikan bilis goreng semata pun bertambah2 nasi tu.. Kihkihkih)

Khamis, 22 Mei 2014

.....cite lepas czer..

Bersalin ikut 'tingkap' ni kata orang, kena jaga lebih sikit dari ikut 'pintu'. Dulu aku tak tau, sekarang baru tau. Dari pengalaman aku sendiri (orang len aku tak tau la kan).. lepas beranakkan 4 orang askar aku sebelum ni secara induce (normal delivery), keesokkannya aku dah rasa ok. Dah boleh bangun dari katil, ber'catwalk' masuk bilik air sendiri. Duduk wad pun semalaman je. Lepas discaj, siap boleh nguruskan makan minum, sekolah anak2. Minggu ke 2 aku dah start enjin kete nganto anak2 sekolah.

aku dibelah melintang mcm gambar atas sebelah kiri tu

Sangat2 lain bila beranakkan si bongsu nih. Ceaserean. Lepas keluar dari bilik bedah, semalaman aku terbaring je atas katil. Nak gerak pun tak boleh. Sakit wooi.. Esoknya datang misi, tolong tukarkan pad. Segan pulak rasa. Sebelum sarapan datang dua orang misi kat bilik aku. Diorang tolong aku bangun dari katil. Seksa betul aku rasa. 1st, 2nd dan 3rd time aku cuba bangun sendiri tapi tak lepas beb.. sakit. Saiko pun ye kot. Dalam kepala takut jahitan tertetas ke, kan.. Kali ke 4, misi tu suruh aku ngesot ke tepi katil, turunkan kaki dulu, pastu tarik nafas dalam2, pastu dorang berdua cepat2 tolong tarik aku duduk. Aku siap nangis lagi. Sakit tak terkata. Dorang pun cakap, kali pertama memang sakit. Pastu dorang papah aku kat bilik air untuk mandikan aku. Tetiba rasa malu sangat dah tua2 gini di mandikan dek orang.

mula2 sakit mcm no 8, skrg dah jd no 2
3 hari jugak aku 'bercuti' kat spital tu. Hari ke 3 tu la aku rasa ok sikit tapi still tak leh jalan lama2 sikit. 7,8 langkah.. kena berenti sebab rasa perit kat luka jahit. 

Isnin, 19 Mei 2014

...the 5th...

hmm... sudah dua purnama aku tak mengerakkan jejari menyinggah di sini. Maklum la.. busy membawak perut yang keboyotan sampai hilang idea ngan mood nak menaip panjang lebor. Alhamdulillah, nak gitau ni... aku dah selamat di belah perut untuk keluarkan zuriat en somi yang ke 5 pada 29/04/2014 jam 4.40 petang baru nih. Dapat baby girl lagi, tak kisah la asal sihat tubuh badan. As usual la, anak aku mana ada bersaiz kecik2 bila keluar.. kali ni 3.86kg. Sikit je beza ngan kakak dia sebelum ni.

me & my latest princess

Kali ni juga buat pertama kalinya aku dapat pengalaman bersalin ikut tingkap.. (ceaserean la..). Berbulan-bulan gak aku menggugel pasal bersalin ceaser ni. Siap hari2 tengok you tube. Ngeri, dan seram sejuk je rasa. Lagi dekat harinya, lagi berdebar aku rasa. Walaupun dah confirm kandungan aku tu placenta previa (uri duduk bahagian bawah) tapi aku dan doktor pakar masih berharap yang aku still boleh bersalin secara normal. Berkali2 gi check perut dan scan pun masih di situ duduknya cuma type je yang berubah. Kejap type 3... kejap 2.. kejap 1.. pastu jadi type 2 balik.. haihhhhh..

Nak dijadikan cite..... sampailah kandungan mencecah 37w plus. Pada 29/04/2014 aku ke Kuantan Medical Centre sekali lagi scan untuk tentukan samada boleh induce atau confirm ceaser. Disebabkan aku ni kategori pregnancy with gdm (kencing ada manis jugaa), so takleh tunggu 40w. Ada tanda2 nak bersalin atau tidak, 38w aku kena keluarkan baby jugak. Doktor kata nak cuba induce boleh tapi risiko pada nyawa baby dan ibu. Aku pandang en somi, pastu aku cakap aku takmo ambik risiko dan redha je la dengan kaedah ceaser tu. Pastu doktor cakap, " kalo nak ceaser, hari ni jugak boleh buat".. aku pun dah alang2 doktor kabor gitu, aku pun on je la..

Dalam kul 4 petang gitu, aku pun dorang tolak dalam bilik ot (operation theatre la.. bukan over time). Pastu pakar bius datang, dia cakap nak masukkan ubat kat tulang belakang. Sakit bebbbbbb... Tak lama pastu aku rasa kebas bahagian perut ke bawah. Bilik bedah tu aku dah rasa sejuknya kemain macam cite Frozen tu ha.. (agaknya la kan..). Tangan aku punya gigil, kalah orang sakit parkinson.

Actually, masa doktor toreh perut aku tu.. aku sikit pun tak rasa apa2... tapi bila dorang start dah korek2 dalam perut tu... tetiba aku rasa tak selesa sampai kuar dari mulut aku.. "arrghhh", last aku dengar pakar bius yang berdiri sebelah aku tu cakap, "tak boleh ni, kena bius penuh"... pastu rasa sejuk ngalir kat dalam tangan aku dan... zzzzzzzzzzzz. Sedar2 aku dah kat waiting room. Macam baru jaga dari tidur, pandang keliling tertanya dalam hati, kat mana aku ni, mana anak aku... 

Lepas sedar, aku pun dorang tolak ke wad. Masa kuar dari lif, baru aku nampak en somi. Dia terus pegang tangan aku dan aku terus tanya pasal anak. "Alhamdulillah", katanya. Itu sudah cukup buat aku tarik nafas lega.