Selasa, 29 Mac 2011

Ammar lagi..

Petang semalam aku jadi panik kejap bila anak aku yg bongsu (buat masa ni...hehehe) menangis dalam kereta masa aku tengah drive dari taska ke sekolah, nak ambik anak2 aku yg lain. Memang biasa la si cengeng ni menangis, tapi petang tu kedengarannya pelik sikit. Selalunya aku pekakkan telinga aje tapi tetiba mata aku terpandang dia kat dalam cermin pandang belakang tu. Mulut penuh darah. Arrrgghhh....apa pula kali ni...

Tisu....sakit hati betul, time nak guna, time tu lak dia takde. Mujur teringat pada tuala anak kat dalam beg taska dia tu. Tibai je la. Aku mula rasa tak sedap hati. Pehal pulak budak ni. Sebelum ni asyik berdarah hidung. La ni mulut pulak. Aku teringat lak dalam dua tiga hari sebelum tu, dia pernah mengadu yang dia sakit mulut, tapi aku tak ambik pot pun...ala, ingatkan dia nak manja-manja ngan ibu, malas la nak layan.
Malam tu jugak, lepas antar si kakak tuisyen kat rumah cikgu dia, aku pun terus bawak Ammar ke klinik yang biasa aku pergi. Aduh, payah betul parking....hujan lak tu. Selepas 4,5 kali tawaf, aku pun naik fed up, bantai je parking kat tepi stesen minyak tu. Aku turun jap gi daftar anak. Aku tengok dalam klinik tu punya la ramai umat, tempat duduk ade la seciput. Aku pun tanya kat adik yang jaga kaunter tu.."lambat lagi ke dik?"... tengok dalam klinik tu pun aku dah tau pun jawapannya. Aku pun bagitau minah tu yang aku tunggu kat luar. Aku nunggu dalam kereta, sesambil ngajo si abang buat homework. Si abang tu kalau nak tunggu balik rumah baru nak ngadap homework, hmm... alamatnya esok pagi belum tentu siap. Lebih kurang sejam aku duduk dalam kereta tu, aku pun bawak si adik masuk ke dalam klinik. Aku tanya kat minah tadi samada nama anak aku dah di panggil ke belum. Dia cakap nanti dia check sebab dia rasa macam dah panggil. So aku pun duduk. Aku tengok ada pesakit keluar dari bilik doktor, aku ingatkan dia terus nak panggil kami masuk, tapi hampeh. Pas sorang2 pesakit lain yang dia panggil. Yg buat aku baran tu, pesakit2 yang dia panggil tu datang kemudian dari aku. Agak2 dah setengah jam aku nunggu, aku pun pegi balik kat minah tu dan tanya balik kat dia soalan tadi. Boleh minah tu jawab, "tadi panggil akak takde, nanti lepas patient yg last tu akak masuk".. hangin betul aku. Aku dah tak pandang kiri kanan dah... aku tengking kat budak tu, "kan aku dah bagitau yang aku tunggu kat luar, enko pekak ke? Dah dekat 2 jam aku tunggu, dah..cancel..byk lagi klinik lain aku boleh pegi!!!".. aku pun blah. Lepas masuk dalam kereta, aku tarik nafas dalam-dalam. Sian lak kat minah tu, terkulat2 muka dia tadi. Tak leh salah kan aku, aku penat weh, balik keje nak terkejar sana-sini, makan pun tak sempat... kalo korang di tempat aku, mesti hangin jugak bila kena gitu.

Jam dah dekat 10pm. Nasib baik aku sempat kejar klinik yang satu ni. Doktor tu pun tak dapat nak pastikan apa kena dengan si Ammar ni. Dia syorkan aku bawak Ammar buat ujian darah kat spital nanti.
Pagi tadi masa aku kejutkan Ammar masa nak keluar rumah, aduhhh...sekali lagi penuh darah kat mulut dia. Aku decide nak ambik 'off petang' hari ni nak bawak dia jumpa doktor pakar. Macam biasalah, pagi aku tinggalkan dia kat taska dulu tapi aku dah pesan kat owner taska tu kalo nampak benda yang pelik pada Ammar, aku suruh dia terus call aku. Masa tengah kerja tu, akak tu call. Bagitau mulut Ammar masih berdarah. Dia dah tengok tapi takde apa2 kesan luka tapi dia kata gusi Ammar merah. Dia cadangkan aku bawak Ammar jumpa dentist. Mula la aku dalam dilema......specialist @ dentist???

Petang tadi soalan aku dah terjawab. Boleh tarik nafas lega. Bawak Ammar jumpa dentist. Nasib baik Ammar ni jenis suka jumpa doktor. Tak menangis dan tak tunjuk rasa takut pun. Elok je dia duduk atas kerusi tu. Dentist tu kata, gusi Ammar ada infection. Gusi keliling semua bengkak. Punca??.....err...gosok gigi tak bersih...(nak buat camner, dia taknak aku gosokkan). Apa2pun hujung minggu ni dah buat appointment dengan dentist tu nak buat teeth scaling untuk Ammar lepas complete kan dia punya antibiotik 4 hari untuk kurangkan radang.... harap2 dia tak meronta2 nanti.......;p

Rabu, 9 Mac 2011

update blog

As Salam.

Tahun 2011 ni, semakin lama semakin jarang aku meng'update' blog ni. Macam yang aku maklumkan sebelum ni, bukan takde idea, bukan juga takde cerita nak dikongsikan cuma masa lapang yg aku ada tu , amat2lah ciput. Yang ciput tu la, aku gunakan untuk rehat2kan diri. Paling kerap pun sekadar meng'update' status fb jer. Itupun sebab boleh bukak fb kat hanset. Lagipun meng'update' status fb tak sepanjang cite meng'update' blog, kan... err...takkan nak update guna hanset lak... acer giler nak taip panjang2 kat skrin yg kecik tuh..!

Tahun ni aku rasa penat la sikit berbanding tahun lepas, pasal tahun ni anak aku sorang sesi pagi, dan sorang sesi petang. Yang sesi pagi tu kang, pas balik sekolah dah nak terkejar lak nganto dia pi tuisyen. Kalo takde tuisyen kang, ada lak ko-kurikulum kat sekolah. Kelab itu la, kelab ini la. Persatuan itu, persatuan ini. Iskh..... ngalahkan bini2 menteri la pulak. Kadang2 tu terpaksa ngulor la jap nak nganto anak sana sini. Nak ambik cuti, tak berbaloi la setakat nak kuar dalam 15minit tu. Lainlah kalo diorang kasi cuti rehat 200 hari setahun (boleh gitu...hehehe). Yang menjadikan lama sikit tu, bkn pe.. bila nak cari parking semula kat spital tu. Kompem kena tawaf 2,3 kali baru dapat semula tempat parking. Kalo rasuah tu tak dosa, nak gak aku rasuah pak guard yg jaga parking, tolong standby kan satu lot parking untuk aku...;p
Anak2 pun dah pandai, balik sekolah, jejak je kaki kat dalam rumah....diorang siap dah hafal dialog wajib aku setiap hari. "bawak beg masuk terus dalam rumah, pegi mandi. Pastu makan. Pas makan buat homework. Kul 9 tido!"......(sambil kedua tangan berada di pinggang macam mak mertua Kasim Selamat tu) kekadang tu, aku belum habis cakap lagi, diorang dah tolong complete kan ayat aku tu... bagus punya anak (at least aku tau yg diorang beri perhatian apa ibu dia cakap, kan... hehehe)
Masa diorang buat homework tu, aku lak buat aku punya housework. Sesekali dok jeling ke skrin komputer tu. Tengok kot2 ada pesanan penaja. Abis aku punya housework, baru aku ngadap desktop. Kebetulan lak desktop dok bersebelahan dengan meja study anak2. Kekadang bila idea datang mencurah-curah, acer baru jari jemari aku nak menari rap kat keyboard pc tu.. anak aku datang tunjuk buku... "ibu, macamana nak buat ni? ...ibu, betul tak buat cam gini? ..ibu, macamana nak kira ni? ...bla..bla..bla.." terus terbantut la apa yang aku nak taip pada asal tadi.


Selasa, 1 Mac 2011

Hubby's birthday

Sudah agak lama juga aku tidak meng'update' blog ini. Bukan tiada cerita yang nak dikongsikan, cuma ketiadaan masa untuk menaip patah-patah ayat untuk bercerita. Baru je nak tulis tajuk, mulut pun mula la menguap2. Kalo time segar sikit, anak yang kecik lak ngacau. Nak menaip pun tak concentrate. Tak pasal2 tertaip ayat yang aku marah2 kat dia. Hilang 'keibu mithalian' aku nanti (hehehe...abih la kena marah dek sasterawan negara, ayat aku ni kang).

inilah wajah lelaki yg berjaya memiliki hati aku

Hmm....hari ni, 1hb Mac 2011. My hubby's birthday. Hari jadi yang ke 40thn. Cepatnya masa berlalu, kan. Sudah tua lakiku... no wonder la rambutnya sudah bertukar kaler.... hehehe....(kepada suamiku tersayang, ya...ampunnnn).
Tahun ni merupakan tahun ketiga aku tak dapat meraikan hari jadinya, bersama. Maklum ajelah, dia jauh diperantauan... bermakna tahun ketiga la aku tidak menghadiahkan dia apa2 melainkan doa semoga dia sentiasa dilindungi Allah.
Walaupun begitu, aku tetap akan meraikannya dengan anak2. Beli sebiji kek ( ye la... takkan nak beli 20biji lak..), rakam anak2 nyanyi lagu hepi besdei tu dan send video anak2 tu kat dia.

hadiah dari puteri tersayang

Gambar kat atas tu, gambar kad yang ditulis oleh puteri tunggal aku. Kalo baca, usahkan korang... aku pun tak paham. Tapi dia ada terangkan kat aku, ada pari2 hantar kotak hadiah untuk ayah. Lepas tu ayah tanya, apa dia isi kandungan dalam kotak tu. Pastu pari2 jawab, "keluarga". Ayah pun bersedih (aku rasa dia maksudkan 'terharu' kot). Walaupun bahasa anak aku nih agak tunggang langgang sikit, tapi jauh disudut hati, aku bangga sebab dia punya daya imaginasi dan penterjemahan dia terhadap sesuatu cerita agak kreatif. Betul kata orang, mana tak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi, kan.... orang kata la... bukan aku kata.... ;-)

Jumaat, 4 Februari 2011

ayah balik...:)

Hari yang dinantikan sudah tiba. My hubby selamat sampai kat KLIA jam 6.00 pagi, 29/01/2011 yang lalu. Berdebar-debar jugak nak menatap wajah hubby tercinta setelah hampir 3 punama tak bersua muka...cewahhh... Macam budak-budak baru nak belajar bercinta lak rasanya. Rasa macam pengantin baru pun ada. Malu..hehehe
Masuk-masuk kete, ayat dia yang pertama "ada nasi lemak tak, lapar la"... aik.. nasi lemak lebih dirindukan dari aku. Sedey la weh...huhuhu. Sesekali menjeling pada hubby tersayang, aku nampak dia macam susut sikit. Ni yang aku jeles ni pasal aku kat Malaysia ni bagai di pam-pam kembangnya. Ah, tak kisah la tu, janji dia selamat sampai. Cuti dua minggu je, kebetulan minggu dia balik tu, sekolah cuti seminggu sempena merayakan Tahun Baru Cina. Hajat hati nak la bawak anak-anak jenjalan. Tak dapat yang jauh-jauh, area KL pun jadi ler... Sian kat diorang, kalau ayahnya takde, usahkan nak jenjalan KL, nak kuar jenjalan kat padang depan rumah pun aku tak kasi. Bak kata mertua aku, macam burung dalam sangkar.

Sayang seribu kali sayang, sepanjang hari KL dilimpahi hujan time tu. Nak jalan camner. Bukan tau ngat area KL ni. Pikir punya pikir, bawak je la tgk ikan kat KLCC tu lagi. Dah tak tau nak bawak ke mana lagi dah dalam hujan2 gitu. Nak round lebih-lebih, takleh gak pasal hari yang sama gak nak balik Kuantan.
Sampai Kuantan, budak2 dah request nak gi Gambang Waterpark. Macam KL, hujan dah 3 hari non-stop. Ace gile (ayat yang dramatist Wan Maimunah suka pakai) nak mandi kolam dalam hujan. Kalau hujan sikit-sikit takpe la jugak, ni lebat giler. Hari ke 4 hubby aku balik, baru la nampak matahari kuar. Aku pun cepat2 sound kat anak2, sapa2 nak gi Gambang Waterpark.. siap cepat sebelum hujan datang lagi. Wah, sepantas kilat diorang bangun. Ace kalau kejut bangun pegi sekolah, 10 kali menggeliat belum tentu gi masuk bilik mandi tu lagi.
Apa-apa pun, lepas gak lak hajat diorang nak main air kat Gambang Waterpark tu....=)




Isnin, 24 Januari 2011

Lambat vs Lupa

Aisehhh, masuk hari ni, tah berapa kali tah aku kena u turn balik ke rumah. Kalau sikit2 punya u turn, ok la jugak....ni kalau dah sampai 3,4 traffic light nak kena tempoh, ape ke jadohnye (bak kata orang Pahang).
Aku memang pencinta wanita...ehh..ternyanyi la pulak. Aku nak kata, aku memang siap sediakan barang2 yang nak bawak masa gi keje keesokan hari dah malam2 lagi tapi tidak la pulak masukkan terus barang2 tu dalam kete. Tabiat. Biasa bila start je enjin kete, aku pun mula la jadi mesin ingatan untuk anak2 aku:-

(dialog tiap pagi)

Aku : beg sekolah?
Anak : dah
Aku : kasut?
Anak : dah
Aku : beg taska?
Anak : dah
Aku : baju sekolah?
Anak : dah
Aku : beg adik?
Anak : dah
Aku : bekal?
Anak : dah
Anak : duit belanja, ibu?
(huh...bab yang satu ni je yang diorang tak pernah lupa)

Jenuh la kalau hari-hari aku nak kena ingatkan benda yang sama, kan. Kekadang aku ni pelupa jugak walaupun jarang-jarang sekali pekena kari kepala ikan kat kedai mamak depan tu.
Kekadang, ada gak time kelam kelibutnya kan. Tu yang ter miss nak 'berdialog', pepagi hari. Yang tak tahan tu, selalu pagi2 dah nganto si kakak gi sekolah, pastu aku tiga beranak dok lepak depan taska sambil makan karipap beli kat tepi jalan (laa...memang lah tepi, acer gile gi beli tengah jalan). Dah habis karipap dua inggit, baru diorang nak kabor yang tertinggal beg lah, tertinggal kasutlah, tertinggal bekal lah .......yang tak pernah tertinggal.. kompem la 'duit belanja'. Tak ke baran aku pepagi buta. Rugi masa aku setengah jam dok saje depan taska sementara tunggu taska tu bukak.
Nak balik umah pun dah ambik masa dalam 15minit jugak (kalau tak jem la, maklum le time orang kuar gi keje) . Tak pasal2 lewat lak aku datang keje rini. Dah la lewat, cari parking kat tempat keje pun satu hal. 5 kali tawaf, baru dapat mencelah. Nasib tak baik lagi, keje lak ngan partner yang tak best. Lewat 10 minit, kepoh satu opis... chaitt.. Aiyaaa mami, macam la lu tak pernah lewat....


Sabtu, 22 Januari 2011

ulcer

aduyaiii...tetiba je la pulak ulcer ni muncul. Dekat gusi lak tu. Nak makan pun tak selesa. Pedih giler, nak pulak kalau terkena makanan yang bergaram. Perrrgghhh....tak tertahan rasanya. Boleh menitik air mata macam tengok cerita hindustan kat tv. Kata orang la kan, benda alah tu jadi sebab dek panas dan kurang minum air masak, tak tau la aku betul ke tidak.
Tadi masa kat trafik light, aku pasan gak driver Myvi sebelah tersenyum2 tengok aku. Pastu dok gelak2 bercakap ngan orang sebelah dia sambil paling kat aku. Mamat2 motor kapcai kat sebelah pun dua tiga kali paling tengok aku.....hah, baru aku tersedar yang aku dok buat kembung pipi sepanjang jalan pasal nak hilangkan rasa sakit ulcer tu.
Mesti dalam hati diorang, muka aku dah macam muka ikan buntal, takpun macam muka katak kembung...waaaaa

Khamis, 20 Januari 2011

Sedetik Lebih

First time dengar lagu hasil ciptaan si Edry Abdul Halim ni, aku tertarik dengan melodi dia. Sejuk hati dengar. Bila lama-lama aku cuba hayati lirik dia...aduhhh...terharu sekali. Makin tebal ingatanku pada suami tercinta yang jauh di mata tapi selalu dekat di hati..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Khamis, 13 Januari 2011

kontrol marah


Sudah masuk hari kesepuluh, aku cuba menjadi seorang ibu yang lemah-lembut terhadap anak-anakku. Azam tahun baru la konon. Maklum ajelah, aku terasa jugak bila terbaca (err...terbaca ker??) diari anak dara aku yang sorang tu. Majoriti anak aku mengadu kat diari dia yang aku ni garang sangat. Aku ni suka marah-marah. Diorang terasa susah kalau ayah diorang takde kat sini sebab aku tegas sangat. Takde orang nak backup diorang bila aku marah. Yang sadisnya, boleh dia samakan aku macam IBU TIRI dalam cerita2 dogeng yang dia baca. Betulkahhhh???? .... tapi marah aku marah bersebab. Bukan saje2 nak marah, bukan saje2 nak membebel.. tujuan aku nak mendisiplinkan diorang tapi anak-anak ni tak paham.

Dalam nak menyampaikan sepuluh hari ni, macam2 dugaan dan ujian diorang kasi kat aku. Bila nak marah, aku cuba tarik nafas dalam2, then try to smile. Aiyooo....susah sangat. Rasa di dalam dah bertukar hijau ala2 HULK dah tapi di luar kontrol kasi ala2 Hello Kitty, soft & sweet. Kakak dengan ragam angannya........selalu cuai buat kerja, abang dengan diam degilnya....selalu buat senyap bila buat salah, adik dengan cengengnya.....sikit2 nangis, sikit2 nangis.....arrgghhhh....
dalaman

luaran


Tak tahu la aku dapat bertahan sampai bila karakter ibu mithali cam gini. Mau dapat darah tinggi rasanya pasal dok kontrol takat didih dalam jiwa.


Sabtu, 8 Januari 2011

hujan

Sudah dua hari berturut-turut awan menangis tak henti-henti. Al-maklum ajelah, dah lama dia memendam perasaan. Mujur jugak awan tu menangis sedih....kalau menangis marah, kompem la 4,5,6 kali aku kena gi on suis kat kotak letrik rumah aku ni pasal kilat berdentum-dentam. Aku sebenarnya masih tertanya-tanya dan sedikit heran, apasal la rumah aku sorang je yang 'kena tendang' bila ada kilat.

Masa kecik-kecik dulu, time hujan lah yang amat dinanti-nantikan. Boleh mandi hujan beramai-ramai ngan sepupu-sepapat. Berlari-lari, terlompat-lompat sambil menyanyi-nyanyi dalam hujan tu sampai menggigil-gigil sebab dek sejuk. Satu lagi yang buat aku heran, awat time tu kalau mandi hujan berjam-jam pun, takde lak kena demam. Kalau zaman sekarang ni, kena hujan renyai sikit pun, dah mula hatcum sana hatcum sini, start terbersin macam orang kena resdung makan belacan......petanda nak kena demam selesema. Agak-agak la kan, air hujan zaman ni makin tak sihat ker atau itu satu lagi tanda-tanda 'penuaan'..???!!...antibodi dah makin weak...=p

Aku yang lemah bab hujan ni sebab sekarang budak-budak dah start sekolah. Mula-mula kena turun keta payungkan anak pompuan aku & begnya (kalau tak hujan aku suh turun sendiri je) sampai dalam dewan. Pastu kena turun keta sekali lagi hantar anak kedua aku lak kat taska. Kena gak tolong payungkan sebab banyak barang nak bawak. Beg sekolah, kasut sekolah, beg taska, uniform dah siap gosok yang berhanger & bekal sarapan 'berat' dia (kena bawak bekal pasal dia tak tahan sebab kat taska hari-hari sarapan roti). Dulu sekali dengan yang sulung, so diorang bahagi dua bab bawak barang-barang kat taska ni. Sekarang si kakak sekolah pagi, so dia lah kena angkat semua....tapi kalau nak harap dia yang angkat semua...alamat ada je yang tertinggal dalam keta karang. Satu hal lak aku kena gi hantar balik. Pastu sekali lagi kena turun keta, bawak si kecik kat taska. Mana nak dukung dia lagi, pegang beg lagi, pegang payung lagi... at last, aku jugak yang basah lencun. Tu yang sampai tempat keja, rasa liat je nak turun keta lagi. Sejuk pasal uniform abis kebasahan. Part yang lagi baran tu, part nak jalan dari tempat parking ke banggunan tempat keja tu.....time lalu kat lopak air, ada pulak pemandu keta yang bawak keta tak pakai otak, tak reti nak perlahankan keta bila lalu kat lopak air tu. Kompem korang tau la kan, apa jadi....pakai payung pun dah takde makna...=(

Selasa, 4 Januari 2011

kakak

Jam 2.30 petang tadi, masa aku baru keluar dari 'bilik termenung'.. dapat satu call. Nombor caller takde dalam list buku telefon aku. Nombor caller macam dari 'handphone'. Selalu kalau takde dalam list, aku malas nak jawab tapi tah ngapa aku tergerak hati nak jawab call tadi tu.
Aikk...pasal lak aku dengar suara macam anak dara aku lak. Aku cuma dengar "ibu noor tak datang". Panggilan tak berapa clear, pastu putus. Mula rasa tak sedap hati, aku call balik nombor telefon tadi. Lagi berdebar bila dengar suara garau lelaki di sebelah sana. Suspen.

Rupa-rupanya, tu uncle guard kat sekolah punya handphone. Dia heran apasal aku tak ambik-ambik anak dara aku tu. Dah sejam lebih anak aku habis kelas. Orang lain semua dah balik. Dia kata anak aku nak call aku tak boleh sebab semua public phone kat sekolah tu tak terima syiling. Penuh kot. Cuma boleh pakai kad. Patutnya taska yang ambik. Aku pun cepat-cepat call owner taska. Aduhhh....dia boleh kata yang diorang terlupa nak ambik anak aku tu. Dengan stat diorang gi ambik. Aku masih tak senang duduk selagi pihak taska tak kompem semula kat aku yang diorang dah ambik anak aku tu. Risau wehhhh....pasal tu satu-satunya puteri yang aku ada.